Dan selamat petang semua..
Petang ni ita nak sharekan resepi Mushroom Soup yang ita hidangkan bersama Garlic Roll tadi. Gandingan yang cukup serasi bagai pinang di belah-belah.. hihi
Resepinya pon sangat ringkas dan mudah di sediakan. Bahan-bahan pon sangat simple dan mudah di dapati..
Biasa ita kalau anak-anak nak makan mushroom soup ita beli yang dah sedia samaada dalam tin atau yang serbuk dalam peket tu.. Tapi kali ni ita nak cuba buat sendiri.. Bagaimanalah rasanya kan kalau kita sediakan sendiri.. Adakah ianya setanding dengan yang di jual di pasaran..
Percubaan yang bagi ita tidak mengecewakan.. Sedap! memang seakan-akan dengan yang di hidangkan di Pizza Hut.. Kepada yang nak merasa bolehlah mencuba..
Resepi macam biasa hasil selongkar ita di dapur My Resepi. Resepi kiriman dari Minami 133. Ita tertarik nak mencuba resepi ni kerana ramai rakan-rakan yang telah pon mencuba.. Rata-rata memberikan reaksi yang cukup positif.. lagi lah bersemangat ita nak mencubanya.. Dan hasilnya memang terbaikk...
Terima kasih kepada Minami 133 dan My Resepi juga.. Ita minta kebenaran untuk kongsikan di sini pula sebagai rujukan ita dan kawan-kawan yang lainnya juga..
MUSHROOM SOUP
By : Minami 133
Rujukan : My Resepi
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar ~ fresh milk
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang ~ dihiris
garam ~ secukup rasa
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum
Sedikit lada hitam ~ dikisar ita tambah
Potong ayam kecil2.
Masukkan ayam dan air ke dalam periuk.
Rebus sehingga masak.
Masukkan susu dan kiub ayam.
Masak guna api yang perlahan.
Masukkan mushroom.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
Masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat.
Tambah perisa, garam dan ajinomoto.
Sedia untuk di hidangkan bersama roti
Sedia untuk di hidangkan bersama roti
12 comments:
Assalamualaikum kak ita...sihat ke ptg ni...nmpk sedap sup tu...blh try jg ni.
Selamat petang Ita,
sejuknya di sini, hujan... nampak pulak soup Ita yang lazat tu....adeeehhh nak hirup juga!
Salam Kak Ita..
terliurnya tengok mushroom soup ni. saya nak tanya yang satu tin cendawan tu akak guna cendawan tin ke cendawan yg fresh. sbb saya tengok dalam gambar tu bertaburan cendawan segar.. teringin sangat ni nak buat ni.. asyik2 makan cream soup yg dalam tin aje. nak jugak la buat hasil air tangan sendiri.. terima kasih ye kak ita share resepi2 menarik kat blog ni.. he...
salam ita,
memang sedap dan puas kalau buat mushroom soup sendiri..bila anak2 dok terkumpul akak pun suka buat sendiri juga..dan garlic bread tu mmag teringin nak buat..dah save resepi dah tapi belum ada masa lagi nak membaking...tunggu balik dari coti2 dulu lah nampaknya..
jom kita ke guangzhou....jom..
salam Ita...pekena sup dgn roti panas2 mmg sedap kan.....teringin nak rasa sikit hehe
salam kak ita...nmpk creamy sgt sup tu...bungkus dah Pizza Hut kali ni...hihihihi
sy br je jd follower blog akak ni. ya RABBI memang style sume masakan akak. thanx coz share resepi mcm2. =)
mushroom soup...wallah...resepi ni mmg saya dah cuba...mmg sedap dan boleh lawan dgn pizza hut ...tgk kak ita punya soup ni...rasa nak buat lagi utk anak2 kat rumah ni...
Saya dah cuba,sedap. Thanks sis untuk resepi. saya mohon share ya =)
Woow kak. Creamy sungguh nampak nye.. Setanding cam mushroom soup kat Levain.. :)
Kak ita , mushroom dgn ayam perlu blend tak.. Nampak mcm semua halus.. Tp kak ita tak tulis plak kene blend ke ape
dah cuba resepi ni memang menjadi. cuma ayam & mushroom tu saya blend bagi halus. kalu potong2 je alamtanya anak2 saya tak makan yg ketul2 tu. so blend dah sebati dgn kuah...sume depa hirup.
Post a Comment