My Love Cake - masam manis f

Breaking

Dec 27, 2011

My Love Cake

Assalamualaikum...

Ini adalah percubaan pertama ita menggunakan Heart Tasty ~ fill Cake Pan Set. Terlalu excited nak mencuba loyang ni. Dan tak sabar rasanya nak mengintai apakah yang bakal terjadi pada love di dalamnya.. hihi betul ke jadi bentuk love atau nanti love tu terbalik ke.. haha takut dan berdebar-debar juga..

Pada kotak atau buku tu tak di berikan panduan dan cara-cara bagaimana kita nak menggunakan loyang ni. Tapi bila ita belek-belek rasa-rasa taulah kan cara menggunakannya.
Loyang ni di berikan 2, satu untuk bahagian atas dan satu untuk bahagian bawah. Pada loyang bahagian atas dan bawah tu juga kita kena pastikan bahagian yang mana yang kita nak letakkan adunan kek dan bahagian mana yang kita nak letakkan bahagian cream.


Kek di bakar dalam 2 loyang yang berasingan. Mujur oven ita boleh muat 2 loyang ni, jadi mudah untuk ita membakar kedua2 loyang dalam satu masa. Bila kek dah siap di bakar ia terenggang sendiri dari loyang. Pada mulanya bimbang juga kalau kek melekat atau susah nak keluarkan kek dari loyang. Rupanya loyang ni adalah non-stick pans dan kek memang mudah sangat tanggal dari loyang. Ia keluar licin dan cantik!


Kerana adunan ita tak sampai ke bibir loyang, ita tak pasti berapa ketinggian love dari permukaan kek. Oleh sebab itu ita tak potong bahagian atas kek kerana bimbang kek terlalu rendah. Bila dah potong baru lah tahu dan next time ita harus potong bahagian atas yang sedikit keras tu supaya kek nampak lebih cantik! dan rata.

Untuk percubaan pertama ni ita menggunakan Marble Chocolate Banana Cake, resepi dari Chef Zubaidah yang ita pernah kongsikan resepinya sebelum ni di SINI
Cuma kali ni ita tak lah marblekan kek ni. Ita buat plane aje.. Kebetulan ada sesisir pisang yang dah masak ranum atas meja, ini lah peluang untuk ita menghabiskan pisang tu dari terbuang.. hihi


Kerana ita tak ada resepi yang sesuai untuk kek ni. Percubaan pertama ni ita gunakan resepi Bavarian dari Chef Wan untuk filling love dia. Untuk filling love tu kita kena gunakan adunan cream yang stiff, ia tak boleh lembik atau berair sebab kita nak kena terbalikkan kek  tu kalau cream dia jenis cream yang lembik masa terbalikkan kek, cream dia akan jatuh.

Insyaallah ita akan cuba lagi buat kek ni menggunakan bahan kek yang lain pula dan resepi kek yang berlainan. Ita akan tunjukkan cara bagaimana nak gunakan loyang ni kemudian.. hihi sebab ni percubaan pertama ita tak lah buat step by step sebab mula2 takut tak jadi.. Bila dah jadi ni barulah ada keyakinan nak cuba dengan resepi yang lain pula..


Untuk topping kek kali ni ita gunakan Whip Topping Base. Ini juga adalah percubaan pertama ita menggunakan topping ni dan atas cadangan dari tuan empunya bakery yang selalu ita kunjungi. Katanya kalau gunakan whip toping ni lebih mudah. Warna toping juga lebih putih dan lebih gebu. Kita tak bimbang bila terlebih pukul kerana dia tak berair seperti Whipping Cream. Tapi jangan terlebih pukul sangat dia akan kaku dan tak cantik bila kita nak sapu pada kek. Ia juga tahan lama di luar dan kita tak bimbang cream mencair. Mudah untuk kita paip kan dan bentukkan atas kek. Boleh lah kalau nak letakkan pewarna dan nak buat bunga dengan cream ni. Memang sangat mudah. Penggunaan nya pula adalah dengan kaedah 2:1. iaitu 2 bahagian Whip Topping dan satu bahagian cecair. Kita boleh lah letakkan bahagian cecair tu dengan jus, susu atau apa2 aje yang kita nak letak untuk gantikan bahagian cecair. Tak perlu tambahan gula kerana ia dah cukup manisnya. Kali ni ita letak Whipping Cream. Rasanya macam buttercream.  


MARBLE CHOCOLATE BANANA CAKE 
By: Chef Zubaidah 

250 gm pisang dilecek
250g tepung kek
1st baking powder
200g gula castor
6 biji telur
1 sb ovellette
2 sb susu pekat manis
50 g fresh milk atau susu cair
90 g minyak
1 sb choc emulco

1 sk esen pisang

Leser loyang berukuran 10 x 10 inc dgn butter dan alaskan tapaknyer dgn kertas minyak.
Panaskan oven 170C.

Lenyek atau kisar pisang dan esen pisang hingga halus. Ketepikan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali

  • minyak
  • choc emulco
  • pisang
  • esen pisang
dan pukul dgn kelajuan max hingga adunan pekat dan gebu. Masukkan pisang dan putar lagi dgn kelajuan perlahan hingga semuanyer sebati.
Masukkan minyak dan gaul dgn spatula hingga adunan rata dan sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
1 bahagian diletakkan choc emulco dan satu bahagian dibiarkan pada warna asal.
Masukkan 3 sudu besar warna asal betul2 ditengah2 loyang. Kemudian tuang pula warna coco betul ditengah dan di atas warna putih sebanyak 3 sudu besar juga. Buat begini hingga 3/4 adunan kemudian buat pula dgn 2 sudu besar  dan akhir sekali 1 sudu.
Kemudian bakar pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga masak.


* Untuk resepi ni ita abaikan penggunaan choc emulco
Ita tuang kan adunan dalam 2 loyang tadi dan bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 45 minit
Setelah kek masak sempurna
Keluarkan kek dari loyang dan biar atas redai hingga kek sejuk sepenuhnya
Buangkan bahagian atas kek yang keras
Sekarang barulah kita sediakan filling untuk love


BAVARIAN ~ untuk filling love
By : Chef Wan

1 1/2 cawan susu segar
1 camca teh esen vanila
5 biji kuning telur
65 gm gula halus
1 camca besar serbuk gelatin
Secubit garam
1 cawan krim putar ~ putar rata dan simpan dalam peti sejuk

Satukan susu dan esen vanila
Masak hingga mendidih dan ketepikan
Putar telur bersama gula, serbuk gelatin dan secubit garam hingga kembang
Masukkan susu ke dalam adunan telur dan kacau rata
Kemudian tuangkan semula krim ke dalam periuk
Masak menggunakan api perlahan hingga krim tadi melekat di belakang senduk kayu
Kemudian tuangkan adunan ke dalam bekas  yang di letakkan di atas bekas yang lebih besar dan berisi ketulan ais. Kacau selalu adunan supaya tidak bergentil sehingga adunan hambir mengeras.
Apabila krim hampir membeku, masukkan krim putar yang kita simpan dalam peti ais
Kacau rata kedua bahan dengan kaedah kaup balik hingga adunan rata
Simpan sekejap aje dalam peti ais jangan lama2 nanti dia beku. Anggaran 5 minit
Kemudian bolehlah tuangkan dalam loyang untuk bahagian love tadi
Apitkan kedua2 kek kemas
Kemudian balut kek dengan wraping plastik dan simpan dalam peti ais dalam 15~30 minit

WHIP TOPPING

2 cawan Whip Topping base
1 cawan whipping cream ~ atau apa2 bahan cecair

Putar dengan speed sederhana hingga berkrim dan gebu

Keluarkan kek dari peti ais, sapukan Whip Topping di seluruh kek
Dan hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.

 

29 comments:

liana ab malik said...

kak, corak bunga kecik2,garisan bulat tgh, dan daun guna nozel dan piping bag ker..??

Gee® said...

fantastic..!! cantek giler...

ShaSha The Baker said...

Assalamualaikum.. ishh santeknye.. teruje la nk buat T__T

Azlita Aziz said...

Yang lain akak guna nozel dan piping bag bunga yang ros kecik dan kuning tu akak beli yang dah siap buat dari icing

Azlita Aziz said...

terima kasih Gee dan Shasha :D

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam azlita.wah...kagumnya tengok kecantikan kek ni.Tak akan dapat la kak ros nak buat kek begini kerana tak ada kepakaranya.Betul cantik.

Ummi said...

Adeeeeii...fengsaaaannnn tgk? Belum makan lgk...mau terbongkang gak kalu dpt.. ^__^

Me, Myself & I said...

Kreatifnyer kak...sangat comel la kek tue...luv tue yang ngancem..

Nur Ede said...

Salam Ita...
wadusss... cantik nyer kek love yang Ita buat nie... tahniah buat Ita yang sentiasa berusaha membuat yang terbaik... suke sesangat tengok hasil kerja tangan Ita...

Ibu Darwisy said...

cantiknyer..next time akk buat step by step yer..x dpt nak imagine..hehehehe

norliza said...

jom join contest cimb bank...https://www.facebook.com/CIMBMalaysia?sk=app_285738514793932

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantiknyerrrrr..... sangat berkenan.. hehe.. tp mesti mahal acuan tu kan.. adeeiii..

akak pegi melaka aritu boleh terlupa nak beli sekoteng.. adeiii... rugi betul.. lgpun masa akak pegi tu asyik ujan aje... tak semangat nak berenti beli buah tangan kat tepi2 jalan tu...

RamRamCute said...

sayang nak makan..hehehehe.... :)

Aza/Rin/Na said...

.... memang kagum giler tengok hasil airtangan kak ita! snapshots yang cantik2 - memang sumber inspirasi ... rin dah cuba KEK LAPIS CHEESE PERSONA ( buat semalam ) - superb!! thanks kak ita - ryo ...:-)

Liza said...

mmg kak ita ni kreatif la, tgn berseni...kagum Liza tgk kek2 akak, mmg setanding dgn bakery...

fazian.batrisyia said...

Tak sabar nak tgk acuan yg kak ita guna tu...Suka jugak bila ke kedai brg2 bakery ni, mcm2 ada, & tak tau nak guna pun ye...

rahel said...

Cantek sangat kek ni Kak Ita...
nak tengok gak acuan kek tu...

Sari said...

santekk sgt..sayangnya nk makan..bila la ble buat cenggini :)

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Ita..wahhh lama betul saya duk intai2 loyang ni kat google tapi bila tgk kena beli on line terus padamkan niat tu...rupanya boleh cari kat Sunway Giza..Thanks untuk info ni...

Cantik kek Kak Ita...tergoda tgk..agak2 kalau buat kek coklat moist then whip stoberi mesti sedap ni....

Acik Erna said...

Assalam Ita..memang cantik sangat..ack memang ta pandai nak buat kek yang ada topping ni walaupun teringin nak mencuba..
acik nak tau..dimana ita beli whip topping yang ada tanda halal macam tu..
acik pernah nak beli di pasaraya tapi belum jumpa yang ada tanda halal.

Fafau de Craft ( Zana ) said...

salam akak,mcm mn bole terbentuk love kt tu?loyang dia cam mn...daa tgk loyang akak tue...tp xtau gak.. :p

Fafau de Craft ( Zana ) said...

ooo ok...br tauu...sory akak!TQ ;)

misymuchy said...

salam Ita...cantikkknya...pelik cam ner nk buat nya? dok nunggu Ita nk tunjuk kan cara nya step by step hehe..

lilly said...

salam kak ita,
selalu sangat jenguk blog kak ita dan kagum dengan hasil kerja yg berseni. Boleh tahu tak harga loyang hearty ni yg kak ita beli dekat msia? nak compare harga dengan yg jual dekat riyadh..

noorlie said...

Ita,

mana nak beli acuan ni........cantiknyee

noorlie said...

Sue@Ninie

Sunway Giza...nama kedai

Gorgeous Fever said...

kreatifff~ suke nyaa. ade step by step tak? hihi.

glo said...

hi..sangat cantik..la..tpi keliru pula mcm mana nak bentuk n masuk kan love dlm kek tu ye..perah otak nak tau mcm mna tpi tdk dpt la pula mcm mana nak buat..bole sis ajar tak..thanks..

dalila said...

cantinye kak ita..
nyum nyummm..

Post Top Ad

test