Assalamualaikum..
Salam di pagi Jumaat yang barakah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Semoga di permudahkan segala urusan dan sentiasa di bawah rahmatNya..
Semalam ita buat Nasi Ayam Hainan. Tapi tak sempat nak masukkan N3. Bila anak-anak dah balik peluang maknya nak mengadap komputer ni amat terbatas . Masing2 dok berebut2 nak gunakan komputer. Jadi terpaksalah maknya beralah masukkan N3 malam2 hari. Esok mmg lah tak sempat nak mengarang akibat di hambat masa.. yang amat terbatas.
Rasa-rasa ramai juga yang dah mencuba resepi Nasi Ayam Hainan dari Ros ni.. kalau nak di cari dan di selongkar blog sorang-sorang siapa yang dah pernah mencuba pasti sampai minggu depan pun ita tak dapat nak masukkan N3 ni.. dan pasti anak2 dah bergendang kat meja kerana dapur tak berasap! haha Jadi untuk berlaku adil biarlah ita letakkan resepi tuan yang empunya diri kan..
Terima kasih pada Ros yang sudi berkongsi resepi yang sedap ni. Tapi ita macam biasa.. bukan menderhaka pada resepi.. Ita seboleh-bolehnya memang tak mahu derhaka kat resepi sebab kalau boleh ita memang nak merasa sentuhan air tangan pencipta resepi itu sendiri.. Barulah kita tahu ianya sedap atau tidak pada selera kita. Tapi ada masa kita terpaksa mengikut keadaan dan situasi.. bak kata orang rambut sama hitam tapi hati dan citarasa berbeza-beza..
Begitulah juga ita, tak dapat lari... ita terpaksa juga memasak mengikut selera keluarga. Ita tak lah tukar bahan-bahan, cuma ita bakar ayam tu sekejap dalam oven supaya garing sedikit. Biasalah penghuni dalam rumah ita ni kalau ayam di rebus aje cam tu semua tak mahu makan terutamanya suami ita.. nanti dia tak mahu sentuh lansung.. kesian kan bila kita penat masak orang tak mau makan.. sebab tu kenalah ikut citarasa mereka yang nak menikmati juadah tu.. barulah kita akan tersenyum puas bila semuanya licin di santap!
Berasnya pula ita gunakan beras basmathi. Puas hati dengan beras kali ni kerana nasi lembut dan beras pun berderai aje.. Nasi ni, rasanya sama macam nasi ayam yang lain, tapi ayamnya aje yang tidak di bakar atau di goreng. Kepada yang teringin mencuba di sini ita salinkan semula sebagai rujukan..
NASI AYAM HAINAN
By : Ros
Rujukan : Bukan Sekadar Masakan
Bahan A ~ Ayam
1 ekor ayam
3 biji bawang putih dicincang halus atau diblender
1/2 buku halia saiz sederhana ~ dipotong nipis
1 kiub pati ayam maggi
sedikit garam
Mula-mula letak se-ekor ayam dlm periuk dan masukkan air
Biar ayam tenggelam, masukkan juga bawang putih dan halia
Kemudian masukkan garam dan kiub pati ayam, rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam.
Angkat ayam dan ketepikan.
Ita bakar ayam ni sekejap dalam oven
Bila nak makan baru di potong ayam ni
Letakkan sedikit kicap cair dan renjiskan sedikit minyak bijan
Baki air ayam jangan di buang kita akan gunakan untuk menanak nasi dan untuk sup
Bahan B ~ Nasi
4 cawan beras biasa atau beras jasmine ~ kuantiti beras ikut isi rumah
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih
2 inci halia ~ dihiris nipis
1 sudu besar minyak bijan
2 helai daun pandan ~ disimpul
Rempah tumis 4 sekawan ~ ita tambah
secubit garam
Beras di cuci bersih
Masukkan beras dalam periuk nasi bersama daun pandan
Ketepikan
Panaskan minyak dan tumis rempah tumis
Masukkan bawang putih, dah halia, dan masak hingga agak garing
Bahan ni kita bahagi 2
separuh bahan tumis digunakan untuk masak nasi
separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti,
Setelah di keluarkan separuh bahan tumis untuk sup,
Masukkan separuh air rebusan ayam tadi ke dalam periuk
Masak sekejap hingga didih
Kemudian kita curahkan dalam periuk nasi
masak nasi seperti biasa dan masukkan juga sedikit minyak bijan.
Bahan C ~ Sup
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
1/2 bahagian bahan tumis nasi ayam
daun sup
Carrot ~ ita hambah
1 sup bunjut ~ ita tambah
Secubit garam
Di dalam periuk lain masak sup ayam hingga mendidih
Masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi,
Perasakan garamya
Akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api,
Bahan D ~ Sambal Lada
1 biji capcicum merah ~ ita letak 5 biji cili merah
2 biji bawang putih
1/2 biji bawang besar
3/4 buku halia saiz sederhana ~ agak2
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos cili maggi atau sos cili thai
1 sudu besar cuka makan
Kisar semua bahan
Masak atas api sederhana hingga kuah sos pekat.
Sedia di hidangkan Nasi Ayam bersama, sup ayam, sambal lada , ayam dan ulam-ulaman seperti timun , daun salad dan tomato.
Post Top Ad
test
25 comments:
salam pagi jumaat kak ita..
tergelak sy tgok ayam tu kena ikat. hihii. siaaann dia.. ;)
wasalam...
hihi nak suruh dia tutup rapat2 sebab nanti nak posing malu.. weiii... orang tengok haha
selamat pagi kak ita..laparnya pagi2 dah ada nasi ayam..sedapnya...terliur sudah...
Assalam kak ita,adoyaiiii nmpak sungguh sedap nasi ayam air tangan kak ita..Sy pon duk bertagaknak wat nasi ayam hainan,coz hubby sy pon msti xsuka kalo ayam yg direbus jer,kalo nak wat nanti2,nak bakar kejab cam kak ita lah..
Saya pun baru buat nasi ayam kemarin...tp still terliur lg tengok akak punya...blm penah lg menerai versi hainan, makan kt kedai tau ajelah rasanya.... Sedih plak baca catatan akak masa ambik si abang macho tu kt sekolah... Lama betul dh tinggalkan alam persekolahan...tengok gambar bangunan sekolah, nostalgia abess...
Salam.Pagi2 nampak nasi ayam buat kak ros lapar la.
salam ita - best nya nasi ayam
biasa buat yg biasa jer. InsyaAllah akan ducuba ns ayam hainan ini nanti...
Salam pagi Jumaat Kak Ita, sedapnyeee nasi ayam hainan tu. mintak sikit kakkkk....
nasi ayam hainan.. pujaan hatiku tapi sllnya kalau nak makan gi kedaijer sebab kalau kat rumah nasi ayam kena nasi ayam melayu... suami kureng sikit kalau stail hainanni...
Cantiknya posing set nasi ayam nihh..ayam punyalah seksi...takut lari ke tu Ita...hehee. Dah lama jgk akak x wat nasi ayam...msti cuba la nmpaknya nih....x sama dgn nasi ayam ipoh eh Ita? ^__^
slm kak ita...makin meriah la rumah k'ita dan dapurnyer sekali yer bila sume anak2 dah cuti sekolah ni....
emmm....dari sini dh bau aroma nasi ayam hainan kak ita ni, pernah buat sekali kut he.he...mcm2 versi kan nasi ayam hainan ni...yg beza resepi ros ni minyak bijan letak dlm sambal lada dan tak buat sambal kicap ye...
isi rumah ida pun agak kureng gak ngan ayam yg hanya direbus2 ni kak...
pic2 akak always cun....kagum2..
Assalam.....wah pagi2 tengok nasi ayam, terasa lapar sgt ni....terliur seh !
Aslmkum ita.. tentu meriah meja makan ita bila anak2 bergurau senda sambil makan nasi ayam ibunya yg sedap.. nmpk panjang2 nasi yg ita masak.. cam iklan pulak.. ita guna beras basmati king jasmine ke..
gambar yg cantik & nmpk menyelerakan..
Salam k.Ita...
tengok hiasan kt nasi tu..macam pokok pinang ditaman atas pasir ..cantik sangat2...
kak ita, terima kasih byk2. blog saya dh ok. syukur sgt. skrg baru tau mcmana perasaan rakan2 yg blognya kena removed.mmg meroyan laaa...
Salam di hari Jumaat Kak Ita, lama tak singgah dapur akak ni..mcmx2 ada. sedap tgk nasi ayam hainan ni..lama tak buat ni:)
thanks k.ita kasi resepi.. sy memang dh lama mencari2 resepi nasi ayam hainan yg mcm ni.. nampak sedap.. tambah pulak dgn dekonya ala2 masterchef gitu.. tak sabar nak mencuba..
k.ita, nak tanya..k.ita guna software apa utk edit gambar? i'm sure u use dslr camera tapi nampak sgt cantik mcm guna software utk edit. appriciate ur response k.ita.
suami ita samalah dengan suami akak.. kalau ayamnya berebus gitu jer mmg tak layanlah kot.. tu sebab akak malas nak msk nasi ayam hainan ni sbb dah tentu2 kena bakar / goreng juga ayamnya.. hehe.. tp kalau teringin nak buat juga may be just utk ambik gambar.. kita potong ajelah ayam yg tak bakar.. yg selebihnya kita bakarlah kekekee..
Cantik betul gambar akak, saya pun teringin nak tahu software apa yg k.ita guna utk edit pic ni.
***sharing is caring***
wah kak ita..cantik tergolek ayamnya..hehhehe...saya esok nak masak ayam panggang...tak sabar rasanya lepas tengok ayam kak ita nih...hehhehe
Sangat menggoda.. Kak Ita memang berjaya membuatkan Nur teringin nak masak menu ni..
akak ita cayang...
sedaaaapnya tgk set nasi tu... mmg nampak sedap sgt.. nasi ayam hainan mmg fav diana.. sedapnya tu...
Post a Comment