NASI KEJU - masam manis f

Breaking

Dec 16, 2011

NASI KEJU

Daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu telah berkata
Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : 

Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
 

~ Riwayat imam Tarmizi 



Assalamualaikum 
Salam di pagi Jumaat yang mulia..
Hari ni ita terpaksa bersiaran agak awal kerana ita akan ke Kuala Lumpur. Ada beberapa perkara yang menanti di sana dan harus di segerakan.. Ita sebenarnya menemani suami ita yang ada urusan di Kuala Lumpur hari ni.. Pergi sekejap aje.. bila selesai segala urusan ita akan berangkat pulang ke Johor semula.. Semoga di permudahkan segala urusan bersempena hari Jumaat penghulu segala hari..



Hari ni sebenarnya ita nak sharekan satu resepi yang pada ita paling mudah yang pernah ita sediakan.. memang cukup mudah! Senang sangat penyediaan Nasi Keju ni.. tak sampai berapa minit dah siap nasi di tanak.. itu yang palig ita suka tu.. cepat masak .. cepat makan dan cepat lah ita berkemas.. 



Walaupun nasi ni cukup mudah penyediannya tapi hasilnya memang di luar jangkaan kerana sedap nasi ni.. Lembut aje.. Rasa seakan2 nasi ayam.. tapi mudah sangat buat dia.. Sesuai kalau kita nak hidangkan untuk menjamu tetamu..



Resepi adalah hasil perkongsian Hjh Alijah Abdullah dan ita ambil resepi ni dari buku masakan Pn Asmah Laili Minta Ampun Sedapnya... Memang Sedappp!! dan memang benar bagai dikata  nasi ni sedap! dan ita makan bersama lauk ayam juga resepi cadangan untuk dimakan bersama nasi ni. Resepi dari Hjh Alijah Abdullah juga.. nanti ita kongsikan resepi lauk yang memang serasi dimakan bersama Nasi Keju ni bila ita balik nanti ye.. 



NASI KEJU
by : Hjh Alijah Abdullah
Rujukan : Buku Masakan
Asmah Laili Minta Ampun Sedapnya...
Memang Sedappp!!


600 gm beras basmathi ~ cuci bersih, rendam selama 10 minit dan toskan
Air mengikut sukatan beras
10 biji bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
150 gm keju cheddar ~ diparut kasar
2 sudu makan mentega
2 kiub stok ayam ~ ita guna air rebusan ayam dan 1 kiub ayam
Rempah tumis 4 sekawan ~ ita tambah

Cairkan mentega
Tumis rempah tumis dan bawang merah sehingga layur
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga naik aromanya
Masukkan stock ayam
Kacau rata dan tuangkan air
Ita tambahkan secubit garam
Apabila air mendidih masukkan beras dan masak sehingga nasik tanak
Akhir sekali parutkan keju chedar gan gaul rata
Enak di sajikan dengan sajian daging atau ayam

19 comments:

Fazlinil Irma said...

selamat pagi kak ita..

semoga dipermudahkan perjalanan ke kl utk akak sekeluarga. :)

kalau lalu danau kota dah dekat dgn rumah sy.:)

Kak Wan said...

Assalamualaikim kak ita..bestnya pagi2 dah ada hidangan sedap mcm ni..apapun semoga kak ita sekeluarga selamat smp kedestinasi dan dpermudahkan segala urusan hari ni...amin...

CT Delima said...

As'salam Ita

Kalau dah kata tuan dapur nasi ni sedap, memang sedap lah tu. Ada keju jadinya memang lemak2 rasanya tu kan Ita. Emmm ...tak sabar juga ct nak mencuba untuk hidangan keluarga minggu ni..Insya'Allah jika diberi kesihatan yang baik ya.

Ita.. ke KL kemana tu..? Putrajaya ker..hehehe. Kalau dapat bersua muka di KL ni mesti kecohkan..hehehe

Amie said...

Selamat jalan Ita,
hati-hati di jalanraya,
tertariklah pula dengan nasi keju, Amie minta izin copy paste dulu ye Ita.

Chah said...

Ada cheese, terus terangkat kening saya..pasti lemak kan? Bab2 berlemak tu memang idaman kalbu ku...huhu.. Dah abih shopping kt KL singgahla Kajang, saya tunggu akak kat satey kajang yer...hati2 di jalan raya... Byk sale sekarang kak, sila beli jgn tak beli...;)

Nurul said...

Assalam k Ita...
Semoga selamat perjalanan pergi dan balik.. Pagi2 dah terhidang makanan enak camni... menarik juga nasi keju ni... dah K Ita kata sedappp, confirm sedappp tu... ^__^

Suhaina said...

wow...cheese rice looks very yummy...

Mimiey.. (^-^) said...

sedapnye nasi keju tu...
wahhhh, kak ita dtg kl ehhh...
singgahla wangsa maju...hehhehehe

Wanieyra said...

salam kak...

tak pernah dengar lagi nama nasi ni....mesti sedap

mimie said...

jumuah mubarakkk kak ita.... :)
semoga selamat pergi dan selamat kembali...... ^_^

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaahhh ke KL eh Ita....bagus la tinggalkan nasi keji atas meja...boleh akak santap japgi...hehee. Alahaaaii xda org kat rumah la yea....nnt posmen ketuk pintu, xda org nak terima bungkusan...hahahhaa

Nattasha Zainal said...

Selalu dengar pasal nasi cheese..x pernah terpikir plak nak try.. harus cuba la resepinya nie.. yum! Semoga perjalanan dan urusan akak dipermudahkan..

zuwaidah said...

semoga selamat pergi dan kembali serta dipermudahkan segala urusan.
wah!!! sedapnya tengok nasi keju tu...ditambah pulak dengan gambar yang amat menarik. thumbs up!!!

rahel said...

Selamat petang Kak Azlita..dah sampai KL? hehe..singgah kejap tengok nasi keju ni..wah menggiurkan banget..mesti sedap ni..bole bertambah nasinya kat pinggan..

cik cek said...

Itaaa...mesti sedap nasi ni..ada gabungan western ngan masakan kita...ada cheese lagi...Wah! nanti akak nak try la pulak...:)

zihan said...

pertama kali dengar nasi keju ni...harus cuba ni..tq kak ita..;)

Intan said...

salam kak ita,
nampak sedapnya nasi keju ni. cantik pulak tu berasnya. panjang betul...nampak gebu dan sebiji2 je nasinya tu. kak ita pakai beras basmathi brand apa ye?.

myxa said...

ye, saya pon nak tanya soalan yg sama.. Kak ita gune beras basmathi jenama apa? nampak panjang sgt dh cantik je berderai biji ulas nasi tu..

lina said...

salam ita - ALLAH hu ALLAH...nikmat atas nikmat nya ...Insya ALLAH nak masuk kan list dulu. Pasti sedap..anak2 mmg suka cheese..

Post Top Ad

test