PULUT KUNING ~ 2 - masam manis f

Breaking

Dec 24, 2011

PULUT KUNING ~ 2

Assalamualaikum...

Pejam celik.. pejam celik.. dah sampai kita ke penghujung minggu.. Kita sudah semakin meninggalkan tahun 2011 dan semakin menghampiri 2012. Sepanjang tahun lalu sudah tentu banyak kenangan masam manis yang sentiasa berlegar dan berenang-renang dalam kota ingatan kita.. Setiap yang baik kita jadikan ianya sebagai panduan dan setiap yang buruk kita jadikan ianya sebagai pengajaran supaya kita tidak mengulanginya lagi di tahun2 yang mendatang..

Semoga kita sentiasa tabah dan sabar menjalani kehidupan di muka bumi Allah ini.. Setiap yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya..  Semuanya menjadi satu pengalaman yang sangat berharga dan semakin mematangkan kita..

Jutaan terima kasih yang tak terhingga di atas ucapan tahniah buat Azrul dan kami sekeluarga. Kejayaan Azrul juga adalah berkat doa dari rakan2 sekalian yang sentiasa doakan yang baik2 untuk ita dan keluarga. Terima kasih sekali lagi.. Semoga Azrul tidak terleka dengan segala pujian.. dan semoga kejayaan ini memberikan semangat kepadanya untuk melakukan yang lebih baik dan  merebut lebih banyak lagi peluang di masa hadapan..


Sebagai mensyukuri dan menghargai kejayaan anak ita Azrul, semalam ita buat pulut kuning. Memang dah menjadi tradisi dalam keluarga ita dan mungkin juga sebahagian besar rakyat Johor, bila kita mensyukuri nikmat yang Allah beri kita akan buat kenduri, kadang kala kita buat pulut kuning dan ada kalanya di buatkan bubur putih bubur merah untuk di berikan pada jiran tetangga atau di hantar ke surau yang berhampiran. Ini sebagai satu simbolik berkongsi kegembiraan bersama jiran2 tetangga.


Pulut kuning biasanya di makan bersama lauk kari daging atau ayam yang sedikit pekat kuahnya. Bersama sambal tumis udang dan ulam-ulaman lain seperti timun dan telur asin.

Cara membuatnya juga tak lah sesukar mana.. Pulut di rendam bersama kunyit hingga lembut. Kemudian pulut di kukus bersama santan dan garam. Ada juga yang menggunakan kaedah menanak pulut seperti menanak nasi. Apa cara sekali pun ia di sajikan ianya sangat enak di makan dan menjadi kegemaran ita sekeluarga.



PULUT KUNING

4 cawan beras pulut
3 inci kunyit hidup ~ boleh juga guna serbuk kunyit anggaran 2 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugor ~ nak letak boleh tak letak pun ok
2 1/2 cawan santan + 1 sudu kecil garam, kacau rata
1 helai daun pandan, disimpul

Kupas kunyit hidup (jika menggunakan kunyit hidup), cuci dan tumbuk, campur sedikit air dan perah jusnya.
Cuci beras pulut dan rendam, campur asam gelugor dan jus kunyit atau serbuk kunyit tadi.
Gaul rata dan biar terendam  semalaman.
Kemudian toskan pulut tadi, keluarkan asam gelugor, letak daun pandan dan kukus 30 minit.
Kukus di jaringannya dan buatkan sedikit lubang di tengahnya.
Apabila pulut sudah separuh masak, alihkan pulut tadi ke dalam bekas lain.
Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil digaul hingga santan habis.
Gaul hingga sebati bersama pulut dan kukus balik 20 minit.
Bila masak, balik2kan pulut dan jika tiada lagi pulut yang mentah, boleh di alihkan ke dalam bekas lain.
Pulut kuning kebiasannyer dimakan bersama kari ayam atau daging, sambal tumis dan telur rebus.
Boleh juga jika dimakan bersama rendang.
Boleh juga memasak pulut seperti menanak nasi.



KARI DAGING

1 kg daging - potong kecil, direbus sampai empuk (klu guna batang pinang tak payah rebus)
4 sudu makan rempah kari
1 cawan santan
4 biji kentang dibelah 4
2 cawan air rebusan daging - klu pakai daging batang pinang guna air putih
3 tangkai daun kari
1/2 minyak untuk menumis
rempah tumis - 4 sekawan
1 kiub daging
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar cili kisar ~ jika suka pedas

Bahan Hiris
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
1 batang serai ~ dititik

Daging dibasuh dan tuskan.
Panaskan minyak dan tumiskan rempah tumis dan daun kari hingga harum.
Masukkan bahan yg dihiris, masak hingga garing.
Masukkan kari daging dan masak hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan daging dan air dan masak hingga daging empuk.
Masukkan kentang dan masak lagi hinggakentang empuk pula.
Akhir sekali masukkan garam,gula dan santan dan masak hingga kuah pekat.
Siap untuk dihidangkan bersama nasi, ketupat atau pulut kuning.




SAMBAL UDANG

1/2 kg udang - dibuang kepala dan ekor, dibasuh gaul dgn garam dan goreng sebentar agak2 merah aje...jgn sampai garing tau..) angkat dan ketepikan

Bahan Kisar
1 mangkuk  lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend

1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak

Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau ~ tumis biar lama supaya hilang bau lada
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...
Akhir sekali masukkan Udang biarkan sebentar siap utk di hidangkan.. 

12 comments:

nonierahman said...

Sedapnya kak ita.suka pulut kuning,tp xpandai nak buat sendiri

Munn Jaafar said...

ai belum jmp resipi smbl udang yg betul2 sedap...stkt yg mkn ni biasa2 je..

nak cuba resipi akak..pakai bawang merah 15 ulas =)

yana lyana said...

sedapnyaa..
saya penggemar pulut..
fuh meleleh air liur tengok pulut2 tu..hehe..

Nazrah said...

saya memang fail nak masak pulut..tapi terima kasih atas resepi..boleh saya cuba

Ida,Japan said...

slm k'ita....baru sempat jengah sini, tahniah utk azrul dan k'ita jugaa...sejuk hati ibu mendengarnya, anak kakak ida pun baru lepas PMR...alhamdulillah juga mendapat keputusan yg cemerlang, masa bukak blog akak ni, anak ida pun ada sama tgk...bila dia tgk, dia ckp mcm nak makan jugaa pulut kuning tu, haishh..nmpknya esok nak kena buat pulut kuning jugak la ni....pulut kuning mmg feberet diaorg...selalu pakai beras pulut jepun jer la, kontot2 jer butir berasnya,sukatan santan pun nak kena kurangkn

Cik Sibuk said...

cantiknya gambar..

Junie Octovian said...

Alhamdulillah...moga diberkati Allah.

w4w4d33 said...

Salam Kak Azlita.. Am your blog silent reader, cuma terpanggil untuk comment ari ni. Sebelum tu, saya mintak maaf in advance yer kalau comment saya ni inappropriate. Saya nak private message akak actualy dalam masam manis punye FB, tp takde column message...Camni, someone added me dalam satu FB group called Resipi Turun Temurun and from there saya macam ternampak few gamba yang familiar posted by ID Putera Samarinda and all those gamba mcm pernah nampak dekat blog akak...

This is the group link..

https://www.facebook.com/groups/resepituruntemurunkeluarga/

tapi watermark kat picture tu lain so saya bukak blog tu .. http://frommyinside.blogspot.com/... rasa nye macam sume post dlm tu sume saya pernah baca dlm blog akak.... If the owner of the blog so happened to be related to you and he got your consent from you to use your picture, then saya seikhlas ikhlas nya mintak maaf banyak2 about this message yer and to the blog owner. Kesilapan saya lah tu maknanyer.. Cuma tertanya tanye sebab all the pic were so identical :)

Wsalam..

Unknown said...

Sedapnya kak Ita...
btw tahniah buat kak Ita dan Azrul

MISSNICK said...

sedapnya pulut kuning tu...makan dengan kari ayam :D

Unknown said...

Salam Kak Ita,

Betullah kata w4w4d33 seperti di atas tu...saya pun musykil jugalah...takkan akak ada bagi orang lain copy semua dengan gambar2 tu.

Menu2 Che Mat Gebu DTS pun ada juga...ada sesiapa lagi yang dah tengok dan boleh mengesahkan dakwaan kami berdua ni? Sekiranya kami tersalah dan silap, harap dimaafkan, cuma sebagai rakan blogger yang prihatin, kami tidak mahu ada orang yang mengambil kesempatan atas populariti akak sekarang ini, begitu jugalah kepada blogger2 lain.

The Ladybird said...

Memang betul kata w4w4d33 dengan ummi nor.... mmg gambar2 tu dari blog kak ita tp di edit kat bahagian water mark tu... apa la, kalau ye pun nak copy paste at least link kan lah sumber dari siapa... sebab kalau kita tengok dari tarikh dan masa uploas, kak ita lebih dulu upload dar MOFABISA tu... kan

Post Top Ad

test