AIR BATU NENAS - masam manis f

Breaking

Jan 6, 2012

AIR BATU NENAS

Assalamualaikum..

Selamat petang semua. Petang ni ita nak sharekan air batu Malaysia yang paling ita suka apalagi kalau bukan air batu nenas. Ita memang suka sangat air batu nenas. Rasanya yang masam manis amat memikat selera. Masa ita kecil-kecil dulu mak ita selalu buatkan air batu ni untuk kami adik beradik. Disebabkan adik beradik ita yang ramai, mak ita sering buat air batu ni untuk jajan kita adik beradik sehari-hari.


Macam-macam sebenarnya yang mak ita buat, ada air batu asam kecut, jagung, milo, lemon dan yang paling ita suka air batu nenas. Bila ita dah jadi mak, kini giliran ita pula buatkan untuk anak-anak. Maklumlah rumah ita terlalu jauh dengan kedai dan sukar anak- anak beli jajan. Bila maknya buatkan jajan macam ni anak-anak pon tak teringat nak gi kedai.. asyik berulang buka peti ais aje tak kira siang ataupon malam.


Air batu nenas ni ita buat masa cuti sekolah yang lepas. Ita tak sempat kongsikan kerana terlalu sibuk dengan tugas seharian. Banyak sangat N3 yang tertunda dan belum lepas  syarat-starat wajib tayang.. hehe kalau ada kesempatan ita akan kongsikan dan masukkan semuanya dalam Masam Manis ni.

Untuk buat air batu nenas ni tiada resepi khusus yang ita gunakan. Semuanya sesedap rasa aje.. kalau suka manis lebihkan gula kalau suka masam lebihkan nenas mudah je kan..


Untuk resepi kali ni ita buat banyak satu periuk besar lah jugak kan.. Ita guna 2 biji nenas, satu biji ita parut dan sebiji lagi ita potong dadu memanjang. Air macam biasa satu periuk... gula pula secukup rasa. Tambahan lain ita cuma letakkan esen nenas supaya harum dan wangi dengan bau nenas.. 


Mula-mula ita parut nenas dan yang sebiji lagi ita potong kiub. Kemudian masukkan dalam periuk yang besar bersama air dan rebus hingga nenas lembut. Kemudian ita tambahkan gula. Dengan periuk yang agak besar ita perlukan 1 1/2 kg gula pasir. Biar manis nanti air batu ni lembut dan halus. Kemudian tambahkan esen nenas. Biar ia mendidih.
Bila dah didih kita tunggu sejuk barulah masukkan dalam plastik untuk di ikat. Ok Ikat ketat-ketat, simpan dalam peti ais hingga beku.. wallaa..

11 comments:

Yusliza Lailatushalah said...

bestnya tgk dalili makan..:)

MummyAmmar said...

hi...blogwalking and found ur blog..
wahh...sgt sedap tgk..saya panggil aiskrim malaysia..kat rumah pon saya selalu buat..tapi wat perasa asam boi..anak2 dgn suami suke..sayer lagikla suker..saya ada habit suke makan ais batu..kunyah ais batu macam makan jajan..hohohoho...so stok aiskrim malaysia is a must dalam freeze saye..so tgk kat blog awak buat aiskrim nenas..blehla cuba plak lepas ni..mesti sedappp....TQ

The Ladybird said...

sebatang baper sen ek kak ita... hik hik... nak singgah ni beli...

d said...

hai...assalamualaikum...wah...bila tengok air batu malaysia ni..terus teringat masa zaman kecik kecik dulu...suka sangat beli dari jiran...lagi lagi kalau perisa milo..hehe...sekarang ni dah susah dah nak jumpa air batu .insyaallah boleh lah saya try lepas ni.. :)

umieaisyah said...

wajib dibuat ni kak ita..cuaca paneh terik skrang ni!!

emma marini said...

Kitaorang panggil ni ais krim malaysia...kalau kat kedah dulu satu seposen, macam2 rasa Ada

Amie said...

teringat masa kecik2 dulu...harganya 5 sen saja,lepas tu naik sepuluh sen... sedap nyonyot dia!

Liza said...

bestnya....teringat zaman dolu2...hihihi

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam kak ita..
memang sedap aiskrim ni terutama musim panas skrg kan..
dulu masa sekolah aiskrim ni je selalu dijual kan, macam2 perisa ,sy paling suke aiskacang hijau tu..emmmsedapnya alahai..

ilahjy said...

teringat kak ilah masa sekolah rendah dulu.. balik dari sekolah jalan kaki pastu dahaga.. beli aiskrim malaysia ni kat umah kawan...mcm2 ada masa tu cuma nanas jer tak dak ...emmmm dappp nyeeee nak sikit dalili... kasi long ilah rasa sikit leh tak?? hehehe

Unknown said...

Asskm k.ita...slm perkenalan...asz dulu kecik2..siap tlg mak buat ais krim nie tuk jualan kat rumah...dl jual 1 10 sen je...mcm2 perisa... kdg2 teringin buat jgk..ank2 pun suka gak...xcited pggl ais kirim...:))

Post Top Ad

test