CARAMEL CHEESE PUDDING - masam manis f

Breaking

Jan 26, 2012

CARAMEL CHEESE PUDDING

Assalamualaikum


Lama rasanya ita tak sharekan resepi puding karemel. Ita buat puding ni dah lama sebenarnya. Tapi ita hampir terlupa nak sharekan. Bila ita selongkar kembali semua gambar ita barulah terperasan yang puding ni ita tak sharekan lagi.


Resepi puding ni ita ambil dari My Resepi. Resepi ni telah dikongsikan oleh Yani. Ita memang suka cuba resepi dari Yani. Banyak resepi yang telah Yani sumbangkan di My Resepi dan rata-rata mendapat komen yang cukup baik daripada rakan-rakan yang telah mencuba.

Kali ni ita teringin pula mencuba Caramel Cheese Puding yang ita lihat telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di ruangan My Resepi. Rakan-rakan yang dah mencuba pun memberikan komen yang cukup baik tentang rasa dan tekstur puding yang dikatakan sangat lembut.


Sebenarnya selain daripada ingin merasa ita juga buat puding ni kerana nak menghabiskan stock cheese ita yang sudah hampir ke tarikh luput. Daripada ianya lapuk dan rosak, ada baiknya ita jadikan sesuatu hidangan untuk hidangan keluarga tersayang.

Terima kasih kepada Yani selaku penyumbang resepi. Puding ni memang sedap! dan terasa cheesenya setiap kali puding meluncur dan melintas di anak tekak ni. Kepada rakan-rakan yang sukakan puding karemel, apakata jadikan puding ni sebagai salah satu koleksi puding kesayangan anda dan keluarga


CARAMEL  CHEESE PUDDING
By : Yani
Rujukan : My Resepi

Karamel
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Puding 
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

 

Sediakan karamel 
Panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. 
Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. 
Tuangkan ke dalam loyang yang sesuai.

Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. 
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati. ( Tak perlu kembang)
Panaskan susu sehingga hampir mendidih. 
Kemudian tuang ke dalam kedalam adunan telur tadi. Kacau sekata.
Tuangkan adunan puding ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
Alaskan loyang dengan bekas lain yang berisi air. 
Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit.
Sejukkan sebelum dihidang.




21 comments:

Gee® said...

nak sket boleh...?

@lfidah @dim said...

sedapnya kak ita..mesti cuba nie..:-)

nanonano said...

sy demam ni kak, terliur nk mkn puding ni, :(

*motip raih simpati?? :p

Puan Olynn said...

kalau kukus boleh x?

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak...
Jatuh cinta pandang pertama dibuatnya bila negok love2 kat atas tu. Huhuhu nak minta jauh sgt le pulak jadi kena le merajinkan diri.

rahel said...

Selamat pagi Kak Ita,tergoda lagi dengan hidangan puding cheese tu...nampak soft sangat..

Hanim said...

assalamualaikum kak, mak aiii sedapnye nengok...tu br tengok lom rase lg, sure sodappp. ish teringin plak nak masuk list la nak buat nanti. TQ..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

mengancam jiwa dan ragaku...

Liza said...

mmg nmpk sedap la kak ita...terliur pulak....

ibh_sue said...

Wahhh....sedapnya. terliur ja tengok..(^_^)

Anna Cotton said...

kak...kalau bole nak tgk loyang/acuan luv yg akak guna tu..comei sgt

Uji Hussein said...

Cantiknya!!! Mesti sedap.

idzaidah said...

best nye tgk puding k.ita....actually sy pn dh lama nk try resepi k.yani ni tp xberkesempatan lg...ni smngat nk cuba wat ni..hihihihi

cik cek said...

Memang dah lama teringin nak buat puding karamel...dapat dah resepi yang dicari....amik dulu resepi...thanks Ita...:)

HUSNA said...

Assalammualaikum & a very good afternoon.

Aunt, have your ever heard about kek Hati Pari? It is Traditional Sarawak food.

Feel free to share this recipe with us. (: Thank you

shuha.zainal said...

salam k.ita. cantik2nye lahh gambar2 k.ita. kdg2 on9 xbuat ape, mengadap blog k.ita aje pun sedar2 dh berjam2. semua sedap2 & cantik2.

Hanya Sejarah said...

akak..kite cume silent reader je tp bile nmpk puding akk nie terus nak mcuba..walaupon 1st time try..x baper mjadi sgt sbb tekstur tu selembut yg sptutnye..ader tip x?

MARIAM said...

kak ita..kalo kukus boleh tak?

Sebuah Pertemuan Bersulamkan Keikhlasan said...

salam akak... emmm last sekali kalau letak krim kat atas puding tu sedap x ? hias ngn strawberry.

Bicara Hatiku said...

must try.. tq for sharing kak ;)

shidasanmil said...

oooOOOoo bakar pun boleh juga ye kak ita...igt kukus jee..hahah noob betul bab masak..dah kawin baru terhegeh2 nak balajar..T_T

Post Top Ad

test