Assalamualaikum
Kalau di tanya apakah hidangan yang paling anda suka semasa kecil. Pasti fikiran terbayang wajah lembut seorang ibu yang sedang bertungkus lumus menyediakan hidangan buat keluarga tersayang.
Menyediakan hidangan pada masa lalu tidak semudah zaman sekarang. Kita sangat beruntung kerana di lengkapkan dengan pelbagai kemudahan yang menjadikan kerja memasak kita di dapur semakin mudah dan senang.
Kalau di kenang kembali kenangan masa kecil pasti cucur pisang yang menjadi penambat selera ita. Sebenarnya ita tak panggil cucur pisang, sebaliknya lebih selesa memanggil jemput-jemput pisang.
Kenapa di panggil jemput-jemput? sebenarnya ita telah diperkenalkan dengan panggilan itu oleh mak ita sedari kecil lagi.... Disebabkan cara membuatnya yg kita perlu jemput-jemputkan ia bulat-bulat sebelum di luncurkan ke dalam kuali panas maka gelaran itu lebih mudah diingati dan juga mudah disebut.
Mak ita biasa kalau buat jemput-jemput pastilah sebesen besar dan setandan pisang emas di gunakan, memandangkan adik beradik ita ramai dan banyak mulut yang hendak di suap. Lagipun ianya sedap dan lembut walaupun telah sejuk.
Makan jemput-jemput pisang ni pun mengenyangkan. Sampai ke petang tahan tak perlu makan nasi lagi dah ita, kalau dah mengadap jemput-jemput ni.
Hari ni ita nak sharekan cara mudah dan ringkas hidangan untuk anak-anak bersarapan pagi atau boleh juga jadikan kudapan di masa senggang. Resepi ita ni menggunakan roti butterscotch, jadi ita tak letak banyak gula kerana roti tu dan pisang dah cukup manis.
Ita juga tambahkan sedikit kismis untuk menambahkan lagi kesedapan cucur ni. Kalau anak-anak tak suka kismis tak letakk pun tak apa.. tapi, sebagaimana yamg kita sediamakhlum, kismis ni baik untuk kecerdasan minda.
Jom kita intai resepi yang mudahdan ringkas ni..
CUCUR PISANG ROTI
7 biji pisang emas ~ dilenyek
5 keping roti butterscotch ~ di dadu kecil
1/2 cawan tepung
1/2 sudu teh baking powder
secubit garam
1 sudu teh gula
Sedikit kismis ~ jika suka
Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata
Panaskan minyak
Goreng cucur hingga masak
Post Top Ad
test
13 comments:
Sgt setuju dgn kata2 CMG; sentuhan Ita ni memang ada class!! sangat cantek....
housemate saya suka buat ni..cuma kitaorang pening camna xnak dia serap minyak banyak sangat sebab jadi mual klu minyak banyak diserap,.
Terima kasih Gee..
aduyaiii... malu ita :-)
Suhaiyl ~ sebenarnya ia bergantung pada pisang yang kita gunakan. Ada sesetengah pisang yang tidak sesuai di goreng kerana ia akan menyerap minyak
Biasa untuk cucur ita lebih suka guna pisang emas, selalu pisang emas tak menyerap minyak dan rasanya pon sedap!
As'salam Kak Ita
Good Morning!!
Mak aiiii ~~~~ cucur pisang yang simple. Nina suka .....
Kak Ita, walaupun, sekadar cucur pisang, bila tengok picture Kak Ita terus terliur. Classss nyer picture Kak Ita. Nina amat kagum!
Tahniah kak ...
Happy Holiday~
Ikhlas,
Nina
As'salam Ita
Selamat hali laya..hehehe
Ita..jemput2 pisang ada lagi tak..? tapau sepiring ya lapor ni, tak sempat nak menjemputlah pagi ni..hihi
Semalam tido lambat kul 1.30 pagi..berdentam dentum depan belakang kanan kiri semuanya mercun..pengsannn hahaha
Salam Kak Azlita...
comel2 je cucur pisang tu..Rahel suka sangat dg cucur pisang..lebih2 lg klu guna pisang emas..manis rasanya..
salam kak azlita,
mmg fav cucur pisang nie. nti nk try la gune roti butterscotch. thnx for sharing:)
Slm k.ita..nie mmg fav ank2 asz,sentuhan yg sgt class kak...
sha setuju sangat dengan gee..memang class la picture nyer..walaupon cucur pisang nampak class gitu dengan sentuhan kreatif akak tu...
salam ita..superb presentaion n jemput jemput pisan mmg sedappp :)
sedap!!!!
Wah! Mesti best ni. 1 idea baru. ada roti butterscotch dan kismis. Sedaapnyer....
Post a Comment