Assalamualaikum..
Selamat berhujung minggu pada semua..
Di kesempatan hari baik dan bulan baik ni ita ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada sifu masak-masak dalam dunia blog ni yang sangat ita kagumi bakat dan kebolehannya. Beliau yang ita maksudkan ialah Adnan Ibrahim atau lebih suka dikenali sebagai Mat Gebu dan peneraju utama blog Dapur Tampa sempadan
Tiada apa yang dapat ita katakan.. setiap perkongsian Mat selama ini cukup besar dan tak dapat terbalas rasanya. Hanya doa dari akak dan keluarga semoga Mat sentiasa sihat, beroleh rahmat dariNya, di murahkan rezeki dan sentiasa ceria bersama insan-insan yang di sayangi.
Walaupun baru sekali bertemu itu pun secara tidak sengaja... Ita dapat rasakan Mat adalah seorang yang sangat ramah dan mudah mesra. Keramahan dan sikap merendah diri itulah yang membawa Mat di tempat ini sekarang. Semoga jalinan ukhwah antara kita rakan alam maya sentiasa di berkati dan kekal abadi selamanya.. Semoga Mat terus berkarya walau kadang kala banyak rintangan yang harus mat tempohi..
Kepada semua yang sambut ulang tahun pada bulan Januari, ita ucapkan Selamat Ulang Tahun semoga hari ni lebih menceriakan hari-hari anda..
Di kesempatan ini juga ita ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada rakan alam maya dari seberang Tambak, kak Mardiana Ahmad yang bersusah payah kirimkan buah tangan dari bumi Temasik.. emm... lama tak sebut Temasik sebab sekarang lebih popular dengan nama S'pore..
Terima kasih ye kak atas kiriman ini.. sangat terharu rasanya.. bila terima pemberian hadiah dari rakan-rakan.. Sebenarnya ita ikhlas kak berkongsi resepi untuk semua tiada niat di hati inginkan balasan atau apa-apa penghargaan..
Syukur Alhamdulillah, ita terima kiriman ni pada penghujung tahun lalu.. dua kali kak Mardiana terpaksa kirim barang ni kerana kesilapan alamat.. maka barang tak sampai.. alahai.. kesian akak.. buat susah-susah aje.. Semoga jalinan persahabatan kita kekal abadi.. walaupun kita tak pernah bersua.. Harap-harap satu hari nanti dapat kita bertentang mata..
Terima kasih sekali lagi ye kak Mardiana.. semoga keikhlasan akak sentiasa di rahmati.. semoga akak sentiasa sihat dan gembira di samping insan-insan yang di sayangi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
6 comments:
Begitulah Mat ni Ita weeii, tetap dengan keletah ala2 lawaknya yang sentiasa menjadi...wpun ada masa dia tersentap jgk...hehehe.. Tahniah Ita atas jalinan ukhwah sesama rakan blogging...rasa penghargaan kadang2 diucap, kadang diberikan hadiah tanda ingatan, walau apapun pastinya ikhlas dan moga keakraban ini berlarutan ke hujung nyawa... :)
happy bday to him..hehe..saya punye hari esok..saje nk bgtaw..hehehe
assalamualaikum...selamat hari lahir buat beliau gak yer...:)
Kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan juga. Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan. Harap2 tahun berpeluang le turun ke JB.
terima kasih kak, sesungguhnya tiada apa yang menggembirakan bila kita blogger masakan saling bertukar2 idea, memberi dan menerima seadanya tanpa ada rasa tak senang hati. Saya secara jujur rasa bertuah bila akak muncul di kalangan kami blogger masak2 dan sudi berkongsi apa pengetahuan yang akak ada, pada saya biar lah apa sekali pun penerimaan orang lain, janji nawaitu kita betul....sekali lagi saya ucapkan terima kasih pada akak..dan moga perkongsian ilmu antara kita blogger masak2 akan terus terjalin. Insya Allah....
Nampak sedap. Boleh cuba ni ;)
Post a Comment