Assalamualaikum..
Hari tu masa ita gi jalan ronda-ronda kat Midvalley ita ada lah ternampak satu gerai yg menjual kuih. Ita kalau jalan mmg suka sangat singah kat gerai jual kuih atau pon singah kat bakery. Ita suka cuci mata dengan melihat kek atau kuih muih yang mereka pamerkan. Kebanyakkannya cantik2 dan unik2. Macam-macam idea kreatif daripada Si Penjual.
Dalam banyak-banyak kuih ita terbekenan dengan Hokkaido Chifon Cupcakes ni. Tapi maaakkkk aiii... mahalnyaaa.. 1 biji RM 8.00 biar betullll...
Macam tak percaya pulak! mahalnya cup cake ni.. sedap sangat ke??
Bila pulang aje ke rumah ita terus mengoogle cari resepi kuih ni. Alhamdulillah ita telah di temukan dengan blog adik manis ni Shyieda yg telahpon mencuba membuat cupcakes ni..
Melihatkan cara membuatnya yang agak mudah ita pun terpanggil untuk mencuba! Kata orang tak cuba tak tau kan??
Sesekali nak juga lah mencuba resepi dari negara lain.. Adakah ianya serasi dengan tekak kita..
Cara membuatnya agak mudah, sama macam kita buat chiffon cake hihi nama pun chiffon cupcakes mestilah sama cara membuatnya tu kan.. Tapi kenapalah di jual dengan harga yg mahal..
Tekstur keknya sangat lembut... lembut sangattt... dan sangat halus. Ita rasa penambahan tepung kastard dalam adunan yg membuatkan teksturnya halus mulus tu.. rasanya sama juga macam kek chiffon bila kita makan begitu sahaja.. tapi bila diletakkan filling cream custard rasanya terus berubah.. wallllaaa... sedapnya!!
Pada ita Hokkaido Chiffon Cupcakes ni mmg sedap! tapi itu pada selera ita lah kan.. apa-apa pun kita mesti ingat setiap selera kita berbeza walaupun rambut sama hitam dan uban sama putihnya..
Dan ita mmg sukakan rasanya yang lemak berkrim dan kelembutan kek yang.. aduyaiiii... ia seakan mengelunsur laju aje di anak tekak ita ni...
Satu adunan dapat banyak jugak kalau kita guna cawan cup cake atau cawan muffin. Untuk filling ita masih lagi menggunakan filing cream puff yang pernah ita buat dulu. Semua sukakan rasa cream custard dari Honey ni..
Sebenarnya dalam memasak semua bergantung pada selera masing-masing.. jangan takut nak mencuba dan merasa.. Bila memasak jangan hadkan pemikiran kita.. yg tu tak boleh.. yg ni tak boleh... sebenarnya memasak ni kita bebas mengikut selera dan citarasa kita sebab yg nak makannya pun kita.. Oleh itu kita kena bijak serasikan hidangan antara resepi asal dan selera untuk kita dan keluarga..
Terima kasih ita pada adik Shyieda yang sudi kongsikan resepi ni. Akak minta izin untuk sharekan pula di sini.. mana lah tau kalau ada pulak yang teringin nak mencuba dan merasa..
HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
By : Seadragon
Rujukan : Shyieda
4 egg yolks
30g caster sugar
1 teaspoon vanilla extract
40ml milk
40ml canola & sunflower oil
55g cake flour
20g custard powder
1 teaspoon baking powder
4 egg whites
1/4 teaspoon salt
80g caster sugar
Preheat oven to 170°C. Prepare about 8 one-cup-capacity ramekins or dariole moulds; use Texas muffin tin if you do not have individual ramekins or dariole moulds. If you are using Texas muffin tin, line with paper cases. Sift cake flour, custard powder and baking powder three times and set aside.
Beat egg yolks and 30g sugar briefly to combine, add vanilla, milk and oil, beat well to combine. Sift flour mixture in a few batches into the yolk mixture and lightly fold in to combine.
Whisk egg whites and salt until foamy. Gradually add 80g sugar, spoonful by spoonful, and continue beating. Beat until soft peaks.
Scoop 1/3 of the egg white mixture into the yolk mixture and fold in with the balloon whisk. Repeat two more times with the remaining egg white mixture.
Divide batter into the ramekins or dariole moulds, filling to about 70-80% full.
Give each ramekin or dariole mould a light tap on the kitchen bench to get rid of any large bubbles in the batter; do the same if using muffin tin.
Bake for about 20 minutes for muffin tin or metal dariole moulds, or 25-30 minutes for ceramic ramekins, until cooked. Remove from oven and tap again. Let cool (no need to cool upside down).
When the cupcakes are cold, use the nozzle of the piping bag to poke a hole on each cupcake and pipe in custard. Stop piping as soon as you see custard oozing out from the hole. Serve straight from the cup with a spoon.
CUSTARD FILLING
100g Instant Pudding (Vanilla Flavoured)
700ml cold milk
or
100g Instant Pudding
600ml heavy cream
Make the custard according to instructions on the package.
Taste: Light and soft cupcake with a delicious custard filling
Consume: Best served cold
Storage: Store in airtight container in the refrigerator for up to 2-3 days
HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES
4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster
Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata
Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)
Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama
Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek
Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.
CREAM CUSTARD
by : Honey
1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.
Jan 17, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
46 comments:
sungguh menyelerakan....
salam ita..nmpak sdap dan menyelerakan....
As'salam Ita
ni alah2 chiffon cakelah ya Ita. dah sememangnya chiffon cake ni lembut tambah sedap dan sesuailah ada custard tu juga.
ct kalau ke MId tu jarang nak makan sangat. setakat cuci mata beli apa2 yang patut dan duduk kat MPH tu yang lama dengan anak2..hihi. Apalagi buat kat situ cari buku resipilah jawabnya..hihi
Enjoy the gambar , cantik.
Salam ITA ..Saya memang minat sangat dengan chiffon kek ni..gambar yang cantik..
resepi yang ringkas dengan bahan-bahannya mudah didapati
teringin sangan nak mencubanya.Thank you for sharing .
agak2 blh dpt berapa cup utk satu adunan?kos nya takde lah byk sgt kan,nak cuba nie,tq k.ita.
looks yummy.. serasa mau ambil satu dan makan nya. ;)
k.ita...nampak sgt menarik...kn cube nnti..:)) thanks kak
Amboii harga! Kalau harga camni mau mkn sebiji jimat2 hihi..
Wow! Memang terbaiklah Kak Ita ni.. Terus dpt hasilkannya ;-)
Salam kak ita...waaahhh bestnya chifffon cupcake nie.nampak lembut sgt.dpt pulakk filling kastard.mmg terbaeklah.nyum2
Bila Ita dah ckp sedap...teruja lak akak nak mencuba...letak filling custard pulak tu...emmm...yummyyy...:)
aaaaaaaaa...akhirnya.....
saya cita2 dalam hati dah lama..tapi asyik terbengkalai jek...last2 kak ita yang buat dulu...
Kalau saya balik kg kelantan...seketol RM3 ke 5 tah..dekat kdai kek muhibbah, kota bharu tuh....ke 3biji RM5 tahh...
suke..sukeee
uwaaa tngk pun dah tau mmng sedap kek ni...kena plk rasa chiffon lagilah sedapkan Ita...meh bagi yatie rasa seketoi..he3....
pe yg mahalnye ek? hihi
hiii.....sib baik ada yang malay version, yang omputih tak berapa nak faham..
assalamualaikum kak ita
tepung kek tu boleh digantikan dgn tepung lain tak? huhu
saya dah cuba, memang sedap. minta kebenaran nak amik resipi letak kat blog.
Akak, mmg ne gune remakins ke? klu paper cukcakes je boleh x?
salam kak,saye baru je cube resipi ni,memang sedap,lagi2 kalau dah simpan dalam peti ais...terima kasih sebab berkongsi ye kak. ^___^
salam, sy amik resepi ni dan cuba..alhamdulillah mmg sedap cupcakes ni..tq ya sb sudi share
Alahaii..tgk je pon dah nampak sedap..belom mkn lagi ni xD
Sya dah cuba td n bjaya.. Alhmdulillah sdap sgt.. Trima ksh k itaaaa..... Wani sabah
Sya dah buat ptg td n dah mkn pun. Sdap sgttt.. Makasihk ita
wahhhh memang best kek ni..1st tym mkn org dkat king's introduce..sedappp sgt2 nk try la bt sndri..tengs 4 d resepi..n cntik sgt gmbar..
salam..kak ita,sy dah cuba resepi hokkaido chiffon cupcake ni..sedap sgt..n heppy sebab menjadi..sy letak dalam blog sy..mohon share ye kak..TQVM! ^_^
http://eqincakelover.blogspot.com/2013/01/hokkaido-chiffon-cupcake.html
dah try resepi akak ni melalui blog Kak Mas..memang sedap..tapi faa punya hitam legam..rasa hebat!hehe
http://faafeefoo.blogspot.com/2013/03/hokkaido-chiffon-cupcake.html
memang sedap...makan sekali mesti nak lagi..huuhuh
Baru lepas kekenyangan makan 2 biji..sedap kak mkn dgn kstad dia.trima kasih dgn resepi yg sedap
akak , mintak izin ambik resepi .
Assalam sis...klu guna tpung gandum mcm mana sukatan dan perlu tambah brp byk baking powder? Satu adunan blh dapat brp bekas cupcakes?
Assalamualaikum
Terima kasih atas perkongsian resepi ni. Menjadi. Ofismate kata dah boleh ambil tempahan ni.... Sedap....
Assalamualaikum
Terima kasih atas perkongsian resepi. Memang sedap. Ofismate kata dah boleh buat tempahan ni....
Hi, nak tanya untuk buat cream custard filling (honey) 1 sudu besar tepung custard ke? Maaf budak baru belajar. Thks
Salam..nak tanyalah..kenapa hokaido cake saya jadi padat kat bawah tapi atas gebu bila masak..selalu sangat jadi macam tu..kenape ye??
Sy nk tanye..tepung utk custard tu kn, guna tpg custard or tpg lain??sbb dy tulis tepung je..hehe..tq😊
Kak...sy baru ja cuba resepi ni...mmg mavles sgt...tq utk resepi =)
instagram/eedazzed
Tq for recipe. Memang menjadi.. sedap sgt.
Salam..boleh ke buat kek hokkaido dlm loyang bsr?☺
Salam..klau nk buat kek hokkaido dlm loyang besar boleh ke?
Nak tanya knp kek y sy buat jd mendap kat bhg bawah?
Saya tgh buat yessss. Gebu..dia tgh baik..seronok tgk..tq kak ita
Saya tgh buat yessss. Gebu..dia tgh baik..seronok tgk..tq kak ita
Salam k.ita..tepung kek biasenya tepung mcmne ye..klau xde,boleh gnti tepung ape..
Saya share ye kak. 😁
Kenapa mahal sangat? Saya beli rm12 Ada 12 cup. Maknanya rm 1.00 satu.
k.ita..tepung kek cap apa?
Post a Comment