Nama aje tak sama tapi ianya serupa.. - masam manis f

Breaking

Jan 12, 2012

Nama aje tak sama tapi ianya serupa..

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.. mesti semua dah makan tengahari kan..
Petang ni ita nak sharekan satu resepi yang kira 2 dalam satu lah kan ada kek coklat dan ada cheese bergabung dalam satu cawan kertas yang comel...


Ita ambil resepi ni dari dapur Kak Ummi. Ita nampak Diana  pun dah buat. Diana pon kata sedap! lagi lah bersemangat nak mencuba.  Bila ita belek2 resepi kek ni, ita rasa kek ni sama juga dengan kek yang di buat oleh Kavis My Cookingdom. Tapi Kavis ambil resepi dari Joy of Baking  dengan nama Black Bottom Cupcakes dan kak Ummi pula ambil dari Home Baking Book dengan nama Gooey Chocolate and Cream Cheese Cupcakes


Cuma bezanya kek yang kak Ummi punya ni cream cheesenya di letakkan coklat cip lagi menarik kan?? Kerana nak sangat mencuba ita mengambil keputusan untuk mencuba kek dengan resepi kak Ummi dan mengikut cara dari kavis. Tapi ita ubah sikit yang coklat cip tu ita gantikan dengan coklat rice hihi


Ok lah kat sini ita akan sharekan kedua-dua resepi dari kak Ummi dan dari kavis. Masing-masing boleh cuba resepi yang mana yang menambat hati.. hihi atau boleh ikut cara ita buat ikut resepi dari kak Ummi dan caranya ikut Kavis.. adil kan.. ??

Terima kasih kepada semua yang menyumbang resepi dan yang kongsikan resepinya juga. Semoga semua perkongsian ni memberikan manfaat kepada kita semua.


GOOEY CHOCOLATE & CREAM CHEESE CUPCAKES
Recipe taken from: Home Baking Book
Tested & Translated by : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan (12 biji cupcakes )
175 gram tepung
20 gram serbuk koko
1/2 sudu teh soda bikarbonat
200 gram gula kastor (akak letak 180 gm jek...sedang elok manis)
50 ml minyak masak Sunflower
175 ml air
2 sudu teh cuka putih / cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila
150 gram cream cheese
1 biji telor, dipukul sikit
100 gram chocolate chips
Panaskan oven ada suhu 180 C dan sediakan bekas muffin atau cawan kertas.
Ayak tepung, serbuk koko dan soda bikarbonat ke dalam mangkuk besar. Masukkan 150 gram gula kastor. Masukkan minyak, air, cuka dan esen vanila dan gaul dgn whisk hingga bercampur rata. (jangan dikacau terlalu lama, cukup setakat bercampur rata jek)
Dalam mangkuk lain, masukkan lebihan gula kastor, cream cheese dan telor dan pukul bersama hingga betul2 sebati. Masukkan chocolate chips.
Sudukan adunan kek ke dalam bekas mufin/cawan kertas dan sudukan pula adunan cheese di atasnya hingga memenuhi 3/4 bahagian bekas.
Bakar selama 25 minit hingga nampak "firm" bila disentuh. Keluarkan dan biarkan sejuk 10 minit di atas tin pembakar dan kemudian baru disejukkan di atas loyang.


Black Bottom Cupcakes
Adapted @  Joy of Baking
Tested by : Kavis
Ingredients: Makes 12 cupcakes
Cream Cheese Fillings:
227g cream cheese, room temp
65g granulated sugar
1large egg
1/2tsp vanilla extract
Chocolate Cupcake:
195g all purpose flour
200g granulated sugar (I used 125g)
30g natural unsweetened cocoa powder
1tsp baking soda
1/4tsp salt
240ml water
80ml flavorless oil {I used canola}
1tbsp white vinegar
1tsp vanilla extract

Method:
Preheat oven to 350degrees f (177 degrees C) and line 12 muffin cup with paper liners. 
Cream Cheese Filling: In your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese until smooth. Add the sugar, egg, and vanilla extract and beat until creamy and smooth. Set aside while you make the Chocolate Cupcake batter. 
Chocolate Cupcakes: In a large bowl sift together the flour, sugar, cocoa powder, baking soda, and salt. In a separate bowl mix the water, oil, vinegar, and vanilla extract. Make a well in the center of the dry ingredients and stir in the wet ingredients until nice and smooth. Evenly divide the batter among the 12 muffin cups. 
Then spoon a few tablespoons of the cream cheese filling into the center of each cupcake.Bake in the preheated oven for about 25 minutes, or until the cream cheese filling has set and the cupcakes feel springy to the touch (a toothpick inserted into the chocolate part of the cupcake will come out clean).Remove from oven and place on a wire rack to cool. The cupcakes can be covered and stored in the refrigerator for about 3 - 4 days.


Semua gambar ita ambil kat dalam rumah tapi tepi pintu. Cahaya datang dari pintu.

15 comments:

Gee® said...

wow!! gojes...

faa.rosli said...

sedap!sedap! n sedap! tu je mampu cakap!

Ummi said...

Waaaaaaa...mantopsss la gabungan 2 resepi sekali Ita cayang weeii.. Akak rasa penah gak buat black bottom cc tuh...ingat2 lupa resepi sape..kena cek blk...hehe. Apapun, mst lg sedap nih....adeeii, terasa nak buat semula pulak...letak fresh blueberry best x eh...hahaha

cik cek said...

emmmm...yummyyyy....:)

Attila razmie said...

cantiknyee...haih..mood makan datang balik camni..huhu

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kebetulan besday Yaya minggu dpn, blehlah buat utk dibawa ke sekolah, dia pun dah sibuk order goodies utk kwn2nya tu.. macehhhh

Anonymous said...

As Salam....a'ah ya..Diana pun uat kebetulan same timing : )....dah blajar cara2 aspek lighting sket2 from u..hehe..ok gak lah ada improvements in my pixs (ke sniri perasan, walhal tarak apa2)..hehe..cept those yg I amik waktu mlm n for dinner, tak bleh uat apalah kan..tambah lak, camera biasa je..hehe..Thanks....

KG said...

woot! suka!

sitiezahim said...

resepi yg mudah..gamba cantik..memang menarik..hehehe

Nieda said...

Tergoda sungguh tengok gambar yg cantik dari blog Ita. Masakan yg sedap bertambah sedap rasanya.

Sheery Dream Cakes said...

memang sedaaap... n cantiik CC yg akak buat nie... mmg berbaloi2 mencubanya kan akak... sedaaap sesangat

Azira...Nozie...Kechik said...

sdap nyerrrrr

Rs Iena D'Izmans said...

Assalamualaikum..Salam kenal.. cantik blog..cantik namanya..cantik2 masakannya. sama cantik dgn puan punya blog. MashaAllah tabarakallah. Yg penting kita sama2 org JB.. teruja nak cuba semua resepi yg ada kat blog masam manis ni.. Tahniah. harap bila balik Msia dapat bersua muka dan salam ziarah ya... ♥ ~~ iena dri bumi Saudi ~~

jahitbynadia said...

sedap sangat and mudah nak buat..thanks...i rasa choc chip tu memang penambah rasa...coklat chip tu cair ditengah2..anak2 saya suka...:)

Unknown said...

salam...klu cuka tu boleh rplace dgn apa ye kak ita?

Post Top Ad

test