PLKN - masam manis f

Breaking

Jan 2, 2012

PLKN

Assalamualaikum...

Minggu ini adalah minggu yang paling sibuk bagi ibu dan bapa, kerana sesi persekolahan akan bermula pada minggu ini. Banyak kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah harus di sediakan. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.


Minggu ni juga, ita adalah antara ribuan ibu bapa yang turut sibuk menyediakan kelengkapan anak-anak. Kepada semua pengunjung Masam Manis ampun maaf di pinta sebab tiada hidangan juadah istimewa sepanjang minggu ni.. hanya tugasan biasa ita sebagai ibu dan suri rumah yang  memikul tugas dan tanggungjawab terhadap anak-anak.. Insyaallah selepas selesai semuanya ita akan bersiaran seperti biasa dengan menu-menu yang istimewa insyaallah..



Hari ni anak ita Amirul memulakan satu lagi fasa baru dalam hidupnya apabila terpilih untuk menyertai Latihan Khidmat Negara. Surat tak dapat lagi sebenarnya, tapi nama dah keluar dalam senarai mereka yang dikehendaki hadir untuk PLKN di internet. Walaupun surat tak dapat, ini adalah satu tanggung jawab dan harus di pikul.




Pagi tadi ita hantar Amirul di Dataran Bandaraya Johor Bahru. Semua pelatih di minta berkumpul di situ seawal pukul 9 pagi. Amirul di tempatkan di kem PLKN di Mersing Johor. Berat aje tengok Amirul melangkah pergi.. Lagi pula tiada kawan dari sekolah dia yang turut serta di Mersing. Kebanyakkan kawannya di tempatkan di sekitar Pahang. Mungkin mereka pilih mengikut kawasan penempatan. Tak pe lah nak.. nanti pasti Amirul akan jumpa kawan baru di sana.. jaga diri baik-baik, jaga tingkah laku.. ingat pesan mak..dimana bumi kita pijak di situ langit kita junjung..

Apalah yang di bualkan 3 beranak ni... aik!! nampak macam yang tengah tu aje yang nak gi PLKN.. hihi rambut baru nak ke sekolah esok.. hahaha dah ilang dah rambut Aizat.. yaaa... adooo..

Bisik apa pulak tu..??

ibu bapa yang sabar menunggu dalam cuaca yang panas terik..

aik!.. ada juga ke yang menangis hantar anak gi PLKN.. sabar ye pak cik.. anak tu berkhidmat untuk negara 3 bulan aje tu.. esok lusa balik lah tu.. hihi
Kita makan aiskrim dulu ye pak cik... ala tomeiii tomeiii.. :-)

14 comments:

Amie said...

Selamat petang Ita,
memang sibuk...awal tahun! Selamat Tahun Baru 2012!

Lydia Miza said...

pakcik tu sedih ke?hehe..lama tu 3 bln .mujur time saya dulu takda benda2 camni.

CT Delima said...

As'salam Ita

Adoiii...sedihnya melepaskan anak ni kan. kalau ke U tu lain sikit rasanya. Ni ke PLKN anak dara ct tak dapat Ita. Tak tahu lah 3 bujang2 ct tu nanti. mahu menitis juga airmata ni nanti... huhuhu

Semoga Amirul selamat dan sihat selalu disana ya Ita..

Gee® said...

Alahai Ita, anak gee pon dpt PLKN juga ke Kem Lebak di Temerloh. Kalau ikutkn dia memang taknak pergi sbb takde kawan katanya. 2,3 hari ni moyok jer... Puas pujuk... Apapon, mudah2an anak2 kita dpt menghadapi cabaran PLKN dgn baik...

bachelors diary said...

betul ke pakcik tu nangis?OMG!

Unknown said...

Kak Ita...
janganlah kacau pakcik tu...tgh melayan perasan tu. Cuba kak Ita belanja aiskrim...sure tomei balik wajah pakcik

ZalinZalina said...

Selamat Malam kak ita...tak sangka pulak anak sulong saya pun nama Amirul pun dapat PLKN juga...tapi blm tahu lagi dapat kat mana... risau juga hati ni tapi nak buat camne...biar dia belajar berdikari..at least Amirul anak akak dah pernah dok asrama.. sama2 la kita berdoa agar semuanya selamat...

Kak Sam said...

Suka..suka..suka sangat kat gambo2 yang akak kongsikan

Mat Gebu said...

Hahah..cute aje pic pakcik nanges tu, walaupun tak nampak muka....

Meteoragurlz said...

hehe..tahniah kat anak kak ita sbb dpat PLKN..amirul kira bertuah dpt dkt semenanjung shaja sya dulu lagi lah dapat kat sarawak..meraung lah jugak tp bila nak kena balik kl tu mcm x nak balik je..huhu..pape pon selamat tahun baru kak ita..

fazian.batrisyia said...

mmg sedih kalau berjauhan dgn anak. Lain jek rasa...smlm hari pertama sekolah sy kesian tgk si adik bgn tido cari kakak dia...belum balik sekolah agama...menangis kena pujuk...dapat ice cream...br diam.

zhrhtoodem said...

mersing johor? sama tempat dengan saya dulu :)

Papa-NtiQ said...

hmmm...nampak mcm kat JB ni...bagus la tu kita sama2 sekampung Ita. Anak sulung pompuan saya nama tak naik so bukan main hepi dia dulu. Anyway senang2 tu Ita jenguk la ye blog saya topik2 makan kat JB kat www.blogmakanbest.blogspot.com dan follow yer TQ TQ... anyway isteri saya suka baca your blog

b said...

haha cute je pakcik tuu.. ;)

Post Top Ad

test