PUDING KEJU CAROLINA - masam manis f

Breaking

Jan 12, 2012

PUDING KEJU CAROLINA

Assalamualaikum...

Selamat malam semua.. Maaf lah dah malam-malam baru masuk dapur. Siang tadi ita sibuk sikit, hari esok  ada buat kenduri kecil-kecilan sikit.. hanya buat doa selamat untuk keluarga. Ita pon tak buat kat rumah, ita buat kat Madrasah. Tak larat nak buat kat rumah sebab ita sorang-sorang.. tak de pembantu. Badan ni pon dah terasa letih sangat..


Sebenarnya nak masukkan N3 ni semalam tapi line tenet kat area rumah ita ni selalu sangat problem sejak kebelakangan ni. Bila ita telefon telekom dia kata ada masalah di area rumah ita. Pada hal rumah ita ni  berdekatan dgn hospital, kolej swasta dan pusat beli belah.. tapi masih lagi prob. Etahlah.. sabor je le kan..


Memandangkan ita agak sibuk esok, jadi ita masukkan lah N3 ni malam ni. Tak pe walaupun malam hihi ita dah pasang lilin.. masih lagi boleh nampak puding ita tu.. haha
Jomlah kita intai-intai resepi puding ni.. dah malam ni nanti dah nak tidur.. sebelum tu nak ucapkan selamat malam buat semua.. dan mimpi yang indah-indah tau!


PUDING KEJU CAROLINA
Rujukan : The Magic of Agar-Agar

Bahan A
75 gm butter
75 gm margerin
200 gm susu pekat manis
5 biji telur

Bahan B
15 gm agar-agar
100 gm gula
1000 gm air

Bahan C
1 tin fruit coktail ~ toskan airnya
perasa vanila, strawberry, dan moca
cery merah ~ untuk hiasan


Sediakan loyang, basahkan sedikit dengan air
Pukul butter, margerin dan susu hingga gebu
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi
Dalam periuk lain, satukan bahan B dan masak atas api hingga agar-agar larut.
Kemudian campurkan dalam adunan Bahan A
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian
Letakkan perasa strawberry, vanila dan moca dalam 3 adunan yang telah di asingkan tadi
Satu bahagian satu perasa
Boleh tambahkan pewarna jika suka

Hiaskan dasar loyang dengan chery
Tuangkan lapisan vanila ke dalam loyang
Taburkan fruit coktail
Tunggu ia mengeras sedikit
Tuang pula lapisan kedua iaitu strawberry
Taburkan juga fruit coktail
Tunggu sejuk seketika
Dan akhir sekalai lapisan terakhir iaitu lapisan moca
Simpan dalam peti ais hingga puding mengeras


Semua gambar ni ita ambil sekitar  pukul 3 petang di luar rumah. Cahaya terang dan tak hujan.

19 comments:

quinnie said...

assalammualaikum kak ita...cantik puding akak ni...buat saya teringin nak makan puding la pulak..hehehe...

moga selamat kenduri akak esok ye...saya pun macam akak jugak..kalau buat kenduri lebih suka hantar kat masjid je sebab tak dek sape nak mengelolakan kalau buat kat rumah...dah la letih masak segala bagai...hehehe

Anonymous said...

wah, sedapnya

CT Delima said...

As'salam Ita

Salam pagi, ceria dan terasa nikmat elihat puding keju ni. KL ni cuaca panas tidak mendung pun tidak. kira separuh2lah..macam nak jerebu pun ya gak. bimbang anak2 yang kesekolah kalau jerebu ni kan.

CT sabtu ni ada gotong royong kat taman yang ct duduk ni. jadi masing2 kena bawaklah makanan sikit2. Insya'Allah nak buat juga puding ni buat anak2 dan suami. masing2 suka dessert macam ni Ita.

cuaca petang kalau kita pandai lagi tambah cantik gambar kan Ita :)

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak ita cayang...
sama ler ngan diana.. skg nie teramat ler sibuknya sejak irfan bersekolah nie.. hanya pagi jer ada masa nak on9..
ermm...wah cantik sungguh puding yg akak ita buat tu.. menarik!! sedap d makan sejuk2 kan akak..

Liza said...

salam kak ita...mmg nmpk sedap sgt puding tu, dah terasa2 kat tekak ni...nnt Liza nk buat jugak la....hihihihi

Kak Wan said...

Assalamualaikum..selamat pagi kak ita...tgk puding ni pun dah rasa sejuk jer anak tekak ni...belum telan lagi tuh...aiii...peberet wan sekeluarga ni...tak kira la apa nama puding tu...boleh try gak ni...bahan2 pun tak susah mna ni....

Kak Sam said...

Assalamualaikum..
Rasanya dalam almari ada setin fruit coktail harap2 weekend ada virus R.

Chah said...

dah nak tido eh? senanglah nak menyelinap masuk dapur akak, pow puding comey tomei tomei tu...kat sini cuaca dh mula panas, sedap pekena puding time2 cenggini...

faa.rosli said...

ya allah lazatnya...

Ummi said...

Assalam Ita cayang...waaah menggodanya puding carolina tu...terasa2 sejuk ke masuk tekak Ita, jeleeess nih....hehe. Nnt akak nak try, thanks kongsi Ita eehh...muaaah. Dah cek sini Ita, byk gambar2 Ita, kena cilok...adeeii

http://frommyinside.blogspot.com/2011/12/sambal-terung_25.html

Mas said...

terasa sejuk tekak tengok puding akak tu...
sedappnya.......

Mazuriah Mohamed said...

salam kak,

agar-agar tu dalam bahan B bukan C. harap maklum.

terima kasih. :)

t.o.p.a.z said...

agak2 akak kan susu pekat tu leh ganti ngan susu biasa ke tk eh?

Attila razmie said...

urmmmpphh sedapnye tgk berair je kuah koktel tu cip cap cip dah air liur ni terase kat dlm mulot..boleh la nnti cuba buat..bahan-bahan pon mudah huhu..:)

Nina Mirza said...

Menawan sungguh puding kak Ita.
Tengok ajerr pun dah terasa sejukkk tekak Nina nie ~~~

Zue El Razak said...

menyelerakan sungguh...!!!!

~~Premium Beautiful~~ said...

wow... yummiliciousss

Martika Diyana said...

assalammualaikum Kak Ita.... saye jarang komen dan hanya jadi silent reader akak je selame nih hehehe...
minat gak nak cube resipi resipi akak... tapi lom berkesempatan...
insya Allah, kalau saye buat resipi akak, saye share gak :)

saye komen neh takde kene mengena ngan puding akak yang mmg tak dinafikan nampak mnarik giler hehe.. rase macam nak pg beli kat kedai skang haha.. :p

tapi saye nak komen pasal video akak yang veeery sweet... love it kak.. very the sentimental value.. doa saya akak bahagia selalu n dapat masak macam2 lagi yang best2 hehe... take care kak..

Nina Garcia said...

kak intan, kenape nama puding cheese?
takde cheese pun kat bahan2 tu... :)

Post Top Ad

test