Assalamualaikum...
Semalam ita gi KL. Saje aje gi jalan-jalan cuti hujung minggu. Bila ita gi KL ita suka makan kat Restoran Rebung milik Chef Ismail dan Dato Dr. Sheikh Muszaphar. Sebenarnya ita suka makan masakan kampung. Masakan kampung dah sebati dengan diri ita lebih2 lagi ita mmg berasal dari kampung.
Asam pedas, masak lemak cili api, ulam- ulaman, kerabu semua menjadi kegemaran ita. Dulu masa kecik2 ita tak berapa suka sangat makan lauk macam ni.. Bila mak masak ita selalu merajuk tak mau makan.. Tapi bila usia semakin bertambah ita semakin suka makan.. dan bila dah berumahtangga kadang kala ita semakin rindu dengan masakan kampung lebih2 lagi air tangan emak. Tapi kalau nak minta mak buatkan segan pulak terasa walaupun kadang kala ita rindu benar air tangan mak..
Kalau cuti ini lah peluang untuk ita gi jalan-jalan cari makan. Sekurang-kurangnya ita dapat merasa dan bertukar selera. Mencuba merasa masakan dari chef-chef lain yang begitu hebat air tangannya..
Di restoran ni ada pelbagai resepi masakan warisan Melayu yang tak lapuk di telan zaman. Hasil air tangan chef Ismail ni memang hebat. Ita paling suka asam pedas dan daging salai masak lemak cili api. Memang sangat sedap! di lawan pula dengan sambal belacan dan kerabu mangga fuh! memang menangissss....
Lepas makan pasti tersandar kekenyangan.. Tapi jangan balik dulu... banyak lagi juadah pencuci mulut yg menanti, dengan bubur kacangnya, kuih-muihnya, pengat dan serawa memang buat kan kita sedawa.. kekenyangan.. tak payah cakap banyak jom kita ronda-ronda restoran ni dan intai menu hidangan daripada Chef popular ni..
Jan 15, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
11 comments:
Kak ita...saya yang dekat ni pun belum pernah pegi lagi..he he..
Saya yg jauh ni tengok ajelah ...hihi
dkt sangat ngan umak akk retoran rebung ni, selalu lalu je, time lunch penuh parking tepi jln
oh Ita dah sampai ke Rebung ker? Hari tu Kjee jumpa Chef Ismail. Dia ajak Kjee makan kat sana tapi masih belum kesempatan.
bestnya dapat kesempatan merasa hasil air tangan chef terkenal, memang terasa sedapnya dari cerita Ita tu... kita yang jauh kat seberang laut ni mandang ajelah...:)
errmm...takde rezeki jumpa Ita, semalam saya pergi sebelah petang, dlm pukul 4 gitu..(tak juga minum petang, siap makan pelbagai..sendat perut, ketat baju) wakahkahkah
niat selalu de nak g makan cni..dah tgk posting ni..insyaAllah sampai la nanti :)
k.ita, restoran ni dkt bangsar ke?area mane erk?
K.ita,
mmg sedap kan. suka juga daging salai masak lemak tuh. masa g bulan pose blk last dapat tapau bawak balik :)
kalau sebut pasal harga mugkin mahal siiiikiit jer tapi mmg puas hati. tak rasa rugi makan kat situ.
As'salam Ita
ct yang dah lama duk kat KL ni masih tak sempat2 nak makan kat situ..hihi
tengok dari jauh jer lah..hihi Rajin naik KL sekarang ya :)
saya pun suka restoran rebung ni.. makanan dia sedap2....
am gonna blog about this resto too. .so google tengok org lain punya blog dulu... ;D
Post a Comment