Assalamualaikum...
Hari ni ita nak ke Putra Jaya kerana menghantar Azrul balik ke asrama. Sesi persekolahan bagi anak-anak yang tinggal di asrama bermula hari ini. Semoga tahun ini akan memberikan semangat baru bagi anak-anak ita untuk melangkah dengan lebih berjaya lagi di masa hadapan. Semangat dan azam baru di tahun ini harap dapat meningkatkan lagi semangat mereka untuk mencapai kejayaan yang cemerlang... mudah-mudahan doa dari ita yang tak putus-putus untuk anak- sentiasa di rahmati Allah..
Doa kan ita selamat pergi dan selamat kembali.. Ye..
Sebelum tu, ita nak sharekan satu lagi jus yang banyak khasiat dan kebaikkannya. Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa merupakan buah yang sangat unik kejadiannya. Bentuk seakan-akan bunga mempunyai kelopak dan warna merah baldu yang sangat menarik. Ita pernah dengar tentang kebaikan buah Rozel dari seorang teman yang menyatakan sangat baik di berikan pada anak2 kerana kandungan omeganya yang tinggi dan sesuai untuk pertumbuhan otak yang cerdas.
Semalam masa ita pergi pasar ita nampak banyak sangat buah Rozel di jual dipasar. Eh! musim buah rozel ke sekarang ni.. Sekarang kan musim hujan banyak sayur yang tak de kat pasar dan harga sayur pon boleh tahan juga bila tiba musim hujan. Tapi buah Roszel pula yang muncul berbakul-bakul..
Nak buat apa ye dengan buh Rozel ni.. ?? Kerana ita tak pernah lagi merasa jus Rozel ita mengambil keputusan untuk mencuba.. apalah rasanya dan bolehkah tekak ita dan anak-anak menerimanya..
Bila dah di jadikan jus.. emmm.. boleh tahan juga rasanya.. tapi sedikit masam.. untuk rasa yang lebih sedap dan lazat boleh lah tambahkan sedikit gula. Kalau sukakan yang asli tak perlulah tambahkan gula..
Untuk membuat jus rozel ni kita hanya gunakan kelopaknya sahaja. Biji yang di sebelah dalam tu tak boleh lah di gunakan. Tambahkan sedikit air dalam mesen pengisar dan kisar lah hingga halus. Tapis jus untuk mendapatkan satu gelas jus rozel yang segar dan penuh hasiat.
Jom kita intai-intai apakah kebaikan dan khasiat jus Roselle ni. Ita dapatkan maklumat tentang khasiat jus Roselle dari SINI. Kepada tuan empunya maklumat ni, izinkan ita untuk copy kat sini pula ye untuk rujukan kawan-kawan tentang kebaikan buah Roselle ni.. Kepada sesiapa yang berminat atau nak dapatkan jus Roselle boleh lah kunjungi link yang ita dah sebutkan di atas.
Rozel (Roselle) atau dikenal dengan nama latin Hibiscus Sabdariffa, merupakan tumbuhan yang memiliki banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan. Jangan terkejut, ia mempunyai 3 kali lebih banyak vitamin C daripada anggur. Dr. Abdul Aziz Sharaf dari Sudan Research Unit, Institute of African and Asian Studies telah mengadakan penelitian mengenai khasiat bunga rozel dan mendapat
Khasiat:
- Membantu proses pencernaan, meningkatkan kelenjar usus dan berfungsi sbg tonik.
- Memperlancar peredaran darah.
- Mengubati luka luar dan dalam.
- Mengubati penyakit kulit, menghaluskan kulit dan memperlambat penuaan, menyebabkan wajah nampak muda dan berseri.
- Sbg diuretic, penurun suhu dan pereda rasa nyeri (penenang alami.)
- Bersifat detoksifikasi, membuang racun.
- Mempunyai efek anti kejang otot.
- Memiliki zat anti bakteria dan anti virus.
- Membunuh bakteria penyebab TBC.
- Memiliki zat anti kejang saluran pernafasan
- Mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu karang.
- Mencegah penyakit jantung.
- Mengatasi masalah selsema, batuk, dan demam.
- Mengubati asma dan alergi.
- Mengubati insomnia.
- Menormalkan kadar gula darah, tekanan darah, kolestrol, dan asam urat.
- Mengatasi penyakit kardiovaskular/darah tinggi.
- Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam rozel mampu bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.
- Meningkatkan stamina dan daya tahan tubuh
- Menyihatkan mata
- Menyeimbangkan berat badan.
- Mengurangi panas dalam .
- Menurunkan tingkat penggumpalan lemak di hati.
- Mengubati pening kepala/migraine.
- Membantu memulihkan dari ketergantungan ubat dan alkohol.
- Menghilangkan sakit sakit di badan.
- Membantu mencerdaskan otak pada anak-anak kerana mengandungi Omega 3 dan DHA
- Dapat mengurangi risiko osteoporosis.
- Mengobati sakit tenggorokan dan sawan.
- Mengatasi masalah stress/tekanan.
Kandungan Rozel:
Mengandung vit.C kadar tinggi (tiap 100 gram Roselle mengandung 280 mg Vit. C);Vit.B1, B2; D, dan Niasin; Protein 1,145 gr;Lemak 2,61 gr;Serat 12gr; Kalsium 1,263 gr;Fosfor 273.2 mg;Zat besi 8,98 mg; Malic Acid 3,31%;Fruktosa 0,82%;Sukrosa 0,24%; Karoten 0,029%;Tiamin 0,117 mg;Niasin 3,765 mg; juga mengandung 18 asam amino yang diperlukan tubuh; Gossypetin Anthocyanin; Potassium, dan Flavonoid.
Jan 3, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
18 comments:
saya dulu pernah buat sirap roselle nie...sedap n masam2 sikit
nenek saya penah buat!! tp sy xsuke rasa dia sgt..huhuhu
this is a tad overdue...but happy new year to you! tqs for leaving a comment on my blog, i lompat lompat you!hope to meet you one day in ayer baloi woot!
awesome pics as usual...wink!
KKA ITA, MAK SAYA SELALU REBUS JE ROSELLE NI. HASILNYA NOT BAD. SEDAP SANGAT. LAGI2 KALAU MINUM SEJUK2 N RASA MANIS YANG CUKUP. SEBIJI RASE BLACKCURRANT. :)
air ni memang my peberet.. kalau dibuat jem lagi sedap tau kak ita...
1st time komen sini..
aritu ada officemate bawak bunga rosel..yg dia tanam dihalaman rumah..Pastu buat sirap..rebus kelopak rosel..kemudian tambah gula..kelopak tu pulak..kalau rajin boleh la jemur kering..buat asam..ohh..sedapnyee..
ita, mak aida ada tanam pokok ni. musim dia berbuah, sampai tak tahu nak bagi kat siapa lagi. hehehe. next time, kalau dia berbuah, aida antar kat ita. Mak aida selalu buat sirap. dia buang biji, rebus pas tu bila nak cukup lembut, dia angkat buah tu, sejuk & blender, then masuk semula dlm periuk, masak dgn gula. so sirap tu boleh lah tahan lama sikit (tak basi @ berlendir). boleh tahan dalam 2 minggu - 1 bulan. Ke ita nak yang dah siap punya? hehehehehe
Salam kak ita...mmg betul rosel byk khasiat...kat umah saya ada tanam pokok ni...selalunya saya rebus jer kelopak rosel + air + gula...then kelopak yg dah direbus saya makan...sedikit masam manis
Assalam Ita, tengah sedih ke tuh? Rindu kat Amirul ke...hehee...xpa la kan..kejap jek... Bawak jus rosselle tu kat akak segelas...cantik jek tgk kalernya...hehe
ala-ala ribena rasanya, dulu masa kecik2 rajin dok kutip kat kampung tok, tok kata tu pokok ribena...rupanya roselle nama dia..heeeeeeeee
Assalamualaykumwbh Kak Ita...
Salam ziarah salam perkenalan. I've been here for many times, love the way u put things in your recipes and entries. Haa....suke tgok video tu jugak. Ayu mohon simpan recipe and learn from here ye. Nak link akak jugak. Sukeeeeee nengok gambar2 makanan kat sini. Thay are so gorgeous,....:)!
tq 4 sharing kak. teringin plak nak cari.
salam..hari tu ada saya beli buah rozel di pasar. pakcik yang jual rozel tu cakap kalau nak buat jus rozel, rebus dulu kelopak tu, air tu la buat jus..isi yang diblender tu buat jem...best dan berkhasiat...
jus roselle sedap sekali,
rasanya masam dan juga manis,
sekali minum pasti nak lagi,
warnanya cantik laksana manggis.. :)
mood berpantun pulak ni kak ita..hehe
kak ita. cuba kak ita buat jem.. sangat sedappp..
Teringat masa kecil2 dahulu, aunty saya gemar buat jus ni. Buat jeruk & cake pun pernah.Sedap sangat. Sampai anak sepupu saya pun nama dia dibuat sempena buah ni. ehehehe
mmg sedap nih..masam masam manis kalau kita makan bunga mcm tu je..:)
Bunga rossele ni kalau diminum airnya tanpa gula boleh menurunkan kadar gula dlm bdn dengan cepat skali..mmg bagus
Post a Comment