Assalamualaikum dan selamat malam semua..
Dah tidur ke?? Maklumlah esok dah nak mula bekerja, bagi pelajar-pelajar pula nak kena bangun awal ke sekolah.. Ita tak mengantuk lagi baru lepas meraikan kejayaan juara pertama Master Chef musim pertama.
Tahniah pada Ezani, atau nama sebenar beliau Ezani Farhana Bt Mohd Monoto. Seorang Doktor Pergigian. Siapa sangka Doktor juga hebat di pentas masakan.. emm... jadi lepas ni jangan ada yang bagi alasan untuk tidak mahu jengah ke dapur.. Teringat pesan atok ita masa ita kecil-kecil dulu.. walau bagaimana tinggi darjat kita, sehebat mana kedudukan kita.. sampai masanya di dapur juga tempat kita.. tak kira lah kan ke dapur untuk memasak atau untuk makan hehe.. Tapi ita rasa semua pon pernah turun ke dapur dan memasak tak kiralah kan walaupun memasak air.. haha
Seawal ita menonton Master Chef hati ita dah terdetik bahawa Ezani bakal bergelar Juara Master Chef musim pertama ni.. Kebolehan Ezani memasak dan kecekapan beliau di dapur Master Chef memang tidak dapat di sangkal lagi. Ini terbukti dengan beberapa cabaran yang di lalui. Masakan Ezani selalu mendapat pujian dari juri-juri dan tidak pernah menghampakan.
Semoga Ezani terus melangkah maju dalam bidang kulinari yang merupakan minat beliau.. Semoga berjaya di masa hadapan dan selamat menempuhi dunia celebriti yang penuh cabaran.. Sabar menempuhi onak dan badai adalah kunci utama untuk terus mara dan berjaya.. Tahniah sekali lagi.. Tak sabar nak tunggu buku masakan dari Master Chef yang pertama ni..
Haiiiii... sunyilah hari-hari ita lepas ni tanpa Master Chef. Sebenarnya banyak yang ita belajar dari Master Chef. Ita juga turut terhutang budi dengan semua chef yang terlibat. Banyak sangat ilmu yang di curahkan untuk kita semua jadikan panduan di dapur masakan.Hanya pada Allah juga ita mohon semoga setiap perkongsian ini mendapat keberkatan dari yang maha Esa
Master Chef banyak mengajar ita supaya lebih fokus, memasak dengan citarasa tersendiri, menghargai setiap sajian, yakin pada keupayaan sendiri dan cekap memasak serta menyediakan pelbagai hidangan di dapur. Ita berharap program ilmuan sebegini diteruskan kerana ia membuka minat dan semangat kepada anak-anak muda kita untuk turut beraksi di dapur..
Kepada semua 'Happy Cooking and Baking'
Jan 8, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
10 comments:
Slamat malam Kak..Rahel lum tido lg..hihihi..kalau mcm tu memang sama la kita punya filing...dari awal tengok masterchef malaysia dah terdetik dalam hati klu Ezani yang bakal jadi juara MCM pertama.
selamat malam kak ita
ayu pun bangga bila ezani menang, rasa sedih pula dah habis pertandingan tu
kak...
ayu mcm tak percaya, wahidan pulang tanpa apa2 hadiah.. sungguh kan>> kalau ayu salah tolong betul kan?
dia ke menang? lama tak tengok sebab duduk dekat hostel :(
pasni kalau ada master chef ke-2 kak ita plak masuk..mesti kak ita menang..kak ita kan pandai masak2 ni hehehe
tahniah,,tgk cara ezani handle pun smooth je kak ita,,,next year kak ita la msuk masterchef lak..
Saya pun dah dapat rasa Ezani yg bakal menang.. Sebab dia nampak rilex dan penuh dgn passion...
Kak Ita, kalau ada MCM2 ... kak ita cuba masuk mesti saya sokong kaw2 punya....
Blog akak pun byk beri tunjuk ajar kpd saya pasal masakan ni.... thanks akak.....
http://miraie2713.blogspot.com/2012/01/masam-manis-rencah-kehidupan.html
Bangga jugak Ezani jadi masterchef pertama Malaysia..Ikut punye ikut punye ikut, memang dia lebih layak sebab konsisten je.Blog akak ni pun ape kurangnya, saye ikut punye ikut, da byk kek saya cuba buat, semua menjadi.Thanx a lot sbb share resepi.
best kan jd dia? saya nak sgt jadi camtu!
kak ita masuk laa masterchef 2..mesti best..
mmg dh jangka si Ezani ni menang. mmg suka cara dia memasak..
hope kak ita join next season master chef.. kitorang sokong kak ita ^_^
alhmdullh...untung badan dye....
Post a Comment