Assalamualaikum..
Salam sejahtera pada semua tak kiralah di mana sahaja anda berada. Semoga hari ni menjanjikan keceriaan buat kita semua, melangkah ke minggu baru dengan semangat yang baru..
Dah sarapan??
Jom bersarapan bersama ita.. hehe
Sebenarnya dah lama sangat ita teringin buat Talam Skoteng.. emmmm... sebut betul betul ejaannya.. jangan tersalah gi skodeng pulak kan.. haha
Mula-mula ita terperasan tentang talam skoteng ni bila Kak Zuraini dok tayang kat FB lama dulu.. seawal-awal ita mula berjinak-jinak dalam laman Muka Buku ni.. Bagaimanalah rupa skoteng ni kan tak pernah tengok apalagilah pulak nak merasa.. Kat mana nak cari.. puas ita tanya kat pasar.. mana sahaja pasar yang ita pergi pasti bebola mata ita melingas-lingas mencari kalaulah ada skoteng ni tersesat..
Pas tu ita terperasan Kak Am pulak buat.. menggunakan resepi dari Chef Asma. Aduyaiii.. lagi lah tak sabar nak mencuba. Di sebab kan teringin sangat nak makan ita cuba juga tapi gunakan bahan yang lain.. jadi lah Talam Dot Dot yang ita pernah tunjukkan di SINI. Dalam resepi tu ita gunakan bebola beras yang ita beli di Pasaraya. Jadilah kan dapt juga lah merasa lemak manisnya talam ni.. pulak bila terhidu bau ros yang harum aje..
Pas tu ternampak pula kat rumah beberapa kenalan blog yang dah pon dapatkan skoteng ni. Bila tengok dorang buat lagi lah kemaruk ita nak mencari skoteng ni dan dengar khabarnya hanya di negeri Melaka sahaja ada jual skoteng ni.
Setiap kali singah ke Melaka ita cuba juga bertanya tapi bila tanya kat peniaga tu semua macam terpinga-pinga seakan tak pasti apalah yang ita maksudkan.. Bila ita ternampak talam skoteng ni Dari Dapur CT barulah tahu bahawa skoteng ni lebih di kenali dengan nama Mata Ikan di kalangan peniaga di Melaka.. laaa.... rupanya.. padanlah tak jumpa-jumpa.. Terika kasih ye CT atas infonya.
Bila Kak Ummi terbaca komen ita kat blog CT tentang ita yang masih mencari bayangan skoteng ni.. kak Ummi pun mengirimkan ita skoteng tu.. Bukan 1 bungkus tau! 3 bungkus sekali.. aduyaiii.. segannya ita.. tak tau nak cakap apa.. rasa gembira mendapat skoteng dan perasaan terharu.. bercampur baur.. Alahaiiii... malu ita >o< terima kasih yang tak terhingga daripada ita buat kak Ummi yang bersusah payah kirimkan skoteng ni.. bertuah rasa diri ini bila dikelilingi sahabat-sahabat yang sangat perihatin, saling membantu di saat memerlukan.. inilah realitinya dunia blog.. kemanisannya terasa... semanis dan selemak Talam Skoteng..
Sebenarnya dah lama berhajat nak buat Talam Skoteng ni.. bagaikan satu dugaan pula terasa. Bila masa kak Ummi kirimkan terkena pula musim tengkujuh. Tak dapatlah ita nak mengukus talam ni. Sebenarnya ita kalau mengukus kuih di dapur basah.. hihi dapaur ita ni memang basah kalau hari hujan memang terus basah kuyup sebab ia tak berbumbung.. haha
Nak mengukus kat dalam payah sikit sebab dapur ita guna dapur karen dan kukus yang sesuai untuk dapur karan ita tu pulak kecik sangat.. lagi pun ita lebih selesa menggunakan kaedah mengukus yang lama..
Kini barulah hajat ita tertunai dapat lah ita merasa skoteng ni.. Rupanya skoteng ni macam agar-agar dan ita rasa sememangnya agar-agar cuma di keringkan.. Tentang talam nya tak payah cakap lah kan air tangan Chef Asma memang memukau! lazat tak terkata.. "seakan ia melompat - lompat dan menari2 dalam mulut saya" hihi
TALAM SKOTENG
By : Chef Asma
Rujukan : Yatie
Sediakan loyang 10 X10 X2 inc
Oles loyang dengan minyak
Lapik dasar loyang dengan plastik
Panaskan kukusan dan balut tutup kukusan dengan kain bersih
~ Adunan ni dapat banyak ita nasihatkan kalau keluarga tak ramai buat 1/2 dari adunan
LAPISAN BAWAH
50g sekoteng ~ rebus dan toskan
~ Kalau x ada sekoteng blh guna sengkuang cina yg direndam dgn perwarna pink
150g tepung beras
250ml santan pekat
450ml air
1tbsp Tepung Hoen Kwee ~ putih
150g gula castor
1tsp garam
Bancuh semua bahan yg bertanda kecuali skoteng.
Tapis dan masak atas api perlahan sambil mengacau hingga naik wap
Tutup api
Masukkan sekoteng yg telah direbus tadi dan kacau rata
Tuang ke dlm loyang dan kukus selama 25 minit
Jika menggunakan acuan kecil oles acuan dengan minyak terlebih dahulu
Tuangkan adunan dan kukus selama 15 minit
LAPISAN ATAS
150g tepung gandum
300g gula halus
5/3/2 biji telur ~ ita guna 2 biji
250ml santan pekat
500ml air
1/2 tsp garam
1 ½ tsp perisa rose
pewarna pink
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk dan masak dengan api perlahan sambil sentiasa di kacau hingga naik wap
Tuangkan ke atas lapisan bawah
Kukus selama 30 minit
Setelah siap, angkat dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.
Jan 9, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
22 comments:
salam dek ita lawa
kak ilah dah lama beli benda ni kat melaka bawa balik buat pengat...tapi nama tak tau....yg tau nama pelik selain skoteng..cantik laa bentuk2 yg ita gunakan tuuu..lepas ni balik melaka cuti raya cina kak nak beli lagi laa hehehe...resepi dah lama simpan hajat lom sampai..
yg halus2 tu ke skoteng? saya lg laa xpernah tgk apatah lg dengar..interesting!
Salam pagi Ita :)
Sekoteng nie mama beli di melaka jgk.. kalau kat spore pun ada jual tapi ada yg berbentuk beza..
Masih tersimpan lagi dlm fridge..lps nie mesti buat lah bila tgk talam sekoteng Ita yg cantik nie :)
Alamak dapat jamu mata kat sini pun dah rasa puas kak. Tq
As'salam Ita
Salam keceriaan seindah Talam Sekoteng tu. ct pun masih ada berbaki sebungkus lagi tu Ita. senang2 nak buat lagi memang sedap masih terasa2 lagi lemak2 talam ni kan.
Di Indonesia ni Ita kalau kita sebut sekoteng bukan dibuat kuih tapi dihidang penjaja seperti bubur atau pengat gitulah lebih kurang..terbaca dalam satu blog Indon :)
cantik bentuk2 mould memikat hati yang melihatnya. sesuai dan seindah bentuk dan rasanya..ada lagi kan, nakkkk...! hihihi
Assalamualaikum dan Slmt Pagi Ita,
bila terpandang talam skoteng je terus dtng cepat2 kot2 dapat rasa...he3..alahai sekadar kat gambar je ghupernya, takpelah...cantiknya bekas yg Ita gunakan tu..jatuh chenta di buatnya..cute jek..
masa tak ada stok skoteng teringin sangat yatie nak buat, siap berdoa bagai...bila dah ada tak terbuat2lah pulak talam skoteng ni...aritu Seri pergi rombongan sklh ke Melaka masa cuti sklh, mcm biasalah kita bagi duit belanja dan terpulanglah dia nak beli apa..Ita tawww, bila balik dia buat surprise kat Yatie..hah3..dia bagi SKOTENGGGG 6 bungkus...walaweiii gelak abes..dia taw betul minat mamanya...terharu pun ada di buatnya...
ermmm..nampak sedap::
Nyummyyyyyyyyyyy::
terliurla=)
Assalamualaikum... ita,
Pepagi nie akak punya ruang sekejap nak skodeng dapur ita.... waww..terpegun.. terpukaw.. bukan sekejap tapi sampai x berkelip2 mato udah jadi mcm mato ikang...menenung talam skoteng ita tu... mcm yatie juga.. bukan setakat terghuda kueh talam tu... tapi ngan bekas2 tu skali... hehehe.. All the best Ita.. semoga sentiasa ceria.. akak mmg suka baca cerita2 santai Ita..
Assalam Ita cayang...sama2 kasiiiihh...hehe. Tu dia rupanya talam skoteng Ita nak muncul semasa matahari naik rupanya...heheh. Apalah sangat kiriman tu Ita, lebih bermakna lagi pada akak jika ukhwah tersimpul rapi, bukan setakat share ilmu di alam maya jek..kalau dah terbaca hajat hati tu, mana yg boleh tunai, x kisah pun kan... Lagi suka tengok hajat org kesampaian...hehe
Cantiiiik bangaaatt talam skoteng ta tuh...puas hati dah akak dapat tengok kejadiannya..berbaloi2 rasa mengirimnyaa...hehehe..muaaahhh!
Salam Ita. Satu kemestian bagi akak tiba je office mst jengah blog Ita. Cari idea untuk juadah bila berkesempatan. Kat rumah ada skoteng ni tak tau lah leh bt talam. Ha, insyallah bila berkelapangan leh cuba. Hubby akak suka kuih2 macm ni. TQ
kak ita..
miss u..muahhhhhhhhh
wahhhh..cantikkk la talam skoteng tu...
curi sepiring..kikikiki
Selamat pagi Kak Ita...
mau saja kuambil semua kuih talam yang cantik tu...lewat sampai..bermakna dah abis la tu...
salam kak ita
geramnya hanim tengok talam kak ita ni. paling geram tengok bentuk2 mould talam tu lebih2 lagi bentuk bunga ros
canteknya...
skoteng ke mata ikan ke, mmg tak penah rasa pun kak..sian saya kan...huhuhu...taupun bila tengok rakan2 blogger yg guna..adoi..byknya lagi menda yg saya x tau...bak sekuntum talam tu kak...
comelnye talam skoteng akk ni....xpnh lg mkn...nnti nk try lah...
cantik! tapi kat sini tak ada jual pulak sekoteng ni nk kena tunggu blk Malaysia la cari nanti..hehe
Assalamualaikum Ita
Selamat Tahun Baru 2012
*Cantiknya talam sekoteng tu...kalau buat makanan pengantin ni mmg bagus...
ica suka gambar yg 2nd last tu.... mablessssssss!!!
cantiknyerrr..syang pulok nak makan :)
cantiknyerrr..syang pulok nak makan :)
Assalamualaikum kak ita, saya Anis, salah seorang pengikut kak ita. Banyak sgt dah resepi kak ita yang anis cuba..semua alhamdulillah berjaya. Untuk talam sekoteng ni pun anis berminat nak buat. Boleh kak ita atau kawan2 blogger di atas beritahu tak kat kedai mana boleh beli sekoteng ni di melaka? Terima kasih atas jawapan..
Post a Comment