Alhamdulilah.. 2 hari ni cuaca tak seterik beberapa hari sebelumnya.. Mendung dan hujan yang renyai2 buatkan terasa sejuk sikit.. bumi Johor ni..
Dah bersarapan ke pagi ni..? Jom lah bersarapan bersama ita. Hari ni ita buat apam pisang coklat urai. Resepi ni sebenarnya resepi yang selalu mak ita gunakan setiap kali buat kuih apam pisang untuk jualan.
Cuma bezanya kali ini ita tambahkan coklat urai dan ovelate aje.. yang lain adalah bahan2 asas yang biasa emak gunakan.
Orang lama kalau buat kuih biasanya tiada sukatan yang tepat. Dan biasanya mak ita kalau buat jualan mesti guna sekampit tepung, lepas tu sekampit gula. Bila ita nak minta sukatan tu payah lah sikit kat nak agak-agak berapa sukatannya. Kata orang resepi campak-campak..
Disebabkan keluarga ita tak ramai dan ita pun bukanlah nak buat jualan, ita terpaksa lah sukat juga untuk dapatkan jumlah yang seminima mungkin untuk ita sekeluarga.
Kalau orang lama, apam mestilah di makan bersama kelapa parut putih dan digaulkan dengan sedikit garam. Barulah ia di namakan apam. Kalau tak makan dengan kelapa mereka kata ia adalah kek kukus.
Tapi kita ni sekarang lebih suka yang mudah dan ringkas, kadang malas sebenarnya nak parut kelapa. Tu yang makan cam tu .. aje kan..
Untuk apam pisang yang ita buat ni terpulang lah pada citarasa masing-masing samaada nak makan dengan kelapa atau nak makan cam tu aje pun boleh sebab tu ita letakkan coklat urai.. kalau tak makan dengan kelapa pun sedap!
APAM PISANG COKLAT URAI
5 biji pisang emas ~ kalau pisang besar dlm 3 biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur ~ gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovelate
3 sudu besar coklat urai
Panaskan kukusan
Balut tutup kukus dengan kain
Sediakan acuan kecil atau loyang
Oleskan acuan atau loyang dengan sedikit minyak masak
Lenyek pisang hinga halus, kemudian tambahkan esen pisang dan soda bikarbonat ~ ketepikan
Dalam bekas lain satukan tepung gandum, garam dan baking powder.
Kemudian ayak ~ ketepikan
Dalam bekas lain, pukul telur, ovelate, gula perang dan minyak
Pukul adunan sehingga pekat dan berkerim
Kemudian masukkan adunan pisang yg di lenyek tadi.
Kacau sebati
Kemudian masukkan adunan tepung dan gaul rata
Akhir sekali masukkan coklat urai, dan gaul sempurna
Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang
Kukus adunan selama 20 ~ 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang
Keluarkan apam dari acuan setelah masak.
Bolehlah di makan bersama kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam
Enak juga di makan begitu sahaja
27 comments:
lama dah mas tak buat apam pisang...
sedapnya tengok kak..
ada kelapa lagi..he3
As'salam Ita
dah sihat dah ya, Alhamdulillah. KL ni masih panas terik,tak menampakkan titisan hujan lagi ni. berpeluh2 duduk dalam rumah apa lagi kalau bejalan diluar rumah..menduga betul kepanasannya. bukak aircond pun tak terasa sejuknya.
ct ni bab2 apam atau kuih muih yang ada pisang memang suka Ita. Tapi kalau beli pisang kena sorok sikit sebab anak2 suka makan macam tuuu jer..hihi
salam ita....simpan cikt ye..jap lg saya sampai...hehehe....
boleh cuba hari jumaat ni sebab anak ada jamuan kat sekolah.budak2 mesti suka ni...tq kak ita...
lapar laa kak ita..nak sikit. hihi
Pagi Kak Ita. comel apam pisang nya,kapan kapan mau coba buat ,belum tau lagi anak2 suka atau tidak kalo melly mah sudah tentu suka apalagi makan dengan kelapa parut. ;)
Morning Ita...awal bersiaran pagi ni..elok la nampak ita dah kembali sihat..kadang2 cuaca juga mempengaruhi kesihatan..kita
Di Alor Star semalam hujan agak lebat ..eloklah kesian pokok2 yang kering kontang tu..
Aduh sedapnya tengok apam pisang ni my feberat ..thanks for sharing.
By the way salam perkenalan sudi-sudilah singgah di blog Anim at hanimmdzain@blogspot (segalanya tentang kehidupan)
Cantik akak punyer picture...:)
Salam kak ita. Nampak Sedap apam pisang ni. Tengok gambo terus rasa laporrr.
as salam...sedap betul tgk apam pisang akk.
sukanya apam...
apam tu mmg cun.! tp kalau dtg ke laman akak..sy suke tgk gambo..bkn main cantik lg gambo2 dlm ni..hehe
props yg akak gnakan pon menarik..sy plak yg teruja..nk buat cam akak xmmpu sbb mls nk kemas apa yg dh disepahkan..hahaha :)
salam ita..
sihat daknya.masih mampu walaupun tak sihat.tetap menarik entry2 ita.
sedapnya
Assalam Ita cayangggg, dah sihat eh...alhamdulillah... Apam pisang kampung camni mmg fav akak...nnt bila2 datang ke rumah Ita, buatkan ni tuk akak taauu...hehe, tp kek2 cantik buat jgk taauuu...
asslam kak...alhamdulillah akak dh sihat...QH pula yg tbatuk2 skrg ni...
geramnya tgk kuih apa akak tu...comel2 n gebu2 belaka...
gmbr pon super gojes....
Asslmkm..Alaa, cumel ja apam2 tu.
Still suka tgk gambo2 food tu. Kreatif tau
ala Kak Ita,baru smlm teringin nak buat apam pisang nie..rinie tgk akak dah buat..mengidam nie..ayooo...yummyy...la tgk apam akak tu..
Cantiiiiknya kue apem Kak Ita. Aku suka semua yang berbau pisang...pingin coba resep kakak. KAk, aku izin link blog kakak ya??
Tiap2 pagi sebelum start keje mesti jengah masam manis dulu, tapi pagi ni tak sempat sbb ada meeting pagi petang. Alhamdulillah dapat juga datang malam ni,
Confirm sedap,tak lapok dek zaman apam pisang ni..nyum2
assalamualaikum kak ita....
terimakasih kak ita sdh sudi jenguk dapur mimie....
senang bukan kepalang..blogger idola mimie hadir di blog....
rasa nak lompat2....eheheh
terimaksih juga untuk doanya kak..
aminnn...semoga allah mengabulkanya..
BTW cengeng tu saje2 kak....
hobby.... xixixixi
ow ya kak...blig mimie tu tak tau lah kenapa....
tak boleh komen....error semacam....:(
yatie mmng peminat pisang..kalau wat apa2 pun mmng layan punyerrrr...kalau apam mcm ni lagilah..maunya berketul2 masuk mulut hingga takmo makan nasi...he3..
what a great blog you have, i do enjoy seeing all your recipes collection. i love it! your photos are amazing!
akak ita cayang... apam pisang tu nampak sgt comel ler akak... mmg tergoda tgk nya... tmbhan lagi ada coklat urai tu... bertambah ler sedapnya..
Assalam kak ita..smalam dh try buat apam mabeles nih..tq for rcp..memg sdap ya amat!!
Post a Comment