Yang pergi sembahyang dah pun balik dari menunaikan solat Jumaat. Yang pergi makan dah pun kembali ke pejabat. Anak- anak yang bersekolah petang dah pun melangkah ke sekolah. Ini lah masanya ita nak menari-narikan jari jemari di papan kekunci ni.. mengetuk bagaikan ayam yang mematuk jagung.
Dok rumah ajelah kan.. kita masak pas tu kita makan.. pas tu kita masak lagi dan kita makan lagi..
Emm.. ingat nak buat kek lah rasanya.. cuti ni.. tapi kek apa yang best ek!
Kalau kek yang ada cream nanti ita yang kena makan.. bagi perabis.. tau tau je lah kan.. badan ita ni dah montok semacam aje..
Apa ye cadangan dari kawan-kawan ita ni.. rasa-rasa nak suruh ita masak apa esok??
Any idea??
Boleh ita timbang-timbangkan.. kalau ada yang ita berkenan boleh lah ita usahakan.. hihi
Bila dah tingal tiga beranak ni, masak tengahari ita biasa yang simple aje.. cukup untuk makan 3 beranak. Suami ita ni jarang pulang makan tengahari.. Petang nanti baru balik.. Jadi biasa ita masak untuk malam sekali lah kan..
Kalau anak-anak semua ada dan berkumpul, seronok sikit lah nak memasak. Ita suka masak makanan yang anak-anak boleh ulang-ulang makan.. macam mee kari ke.. laksa.. mee bandung... soto dan yang sewaktu dengannya..
Seronok tengok anak-anak makan..
Anak ita yang paling kuat makan mestilah Azrul. Tapi ita suka... sebab dia tak memilih bab makan... Apa yang maknya masak semua dia makan.. dan semua sedap aje di tekaknya... sama lah macam ayahnya jugak!
Jangan pulak pada yang kecik tu.. yaaaa.. ampun... cerewet yang amat..
Entah ikut sapa lah tuu..
Ini tak nak .. itu tak nak.. jangan pandai-pandai kita nak ubah apa yang dah biasa dimakan..
Kalau buah Melaka tu.. yang asli kan warna hijau.. jangan pandai2 nak buat rainbow nanti dia tak makan..
Kalau serimuka kuih fav dia tu biasa warna hijau.. jangan lah di ubah boh kaler lain.. nanti dia kata ni bukan kuih yang dia suka makan.. alahaiii.. anak omak ni.. cerewetnya..
Becerita bab makan ni.. hari ni ita nak kongsikan satu legi resepi yang ita selongkar dari dapur kawan ita yatie..
Tak habis lagi ita selongkar dapur yatie ni kan.. Sebenarnya ita suka pergi dapur yatie ni.. sebab macam-macam resepi yatie dah cuba dari yang serumit-rumit resepi hingalah semudah-mudah resepi.. dan rata2 resepi tu sedap-sedap belaka!
Kali ni juga resepi yang mudah dan sesuai juga bagi orang bujang.. yang sukakan kehidupan yang serba ringkas.
Mudah aje buatnya.. rasanya pun sedap!
Sesuai di makan bersama roti. kalau nak makan ala.. ala.. tortilas pun ok! atau nak makan dgn nasi pun ok jugak ita rasa ni.. Ikut selera masing-masing lah kan.. kalau rasa nak jadi anak pak salleh kita makan lah dengan roti.. kalau nak jadi anak pak aji.. hihi makan lah dengan nasi..
Seperti biasa ita kalau masak lauk ayam, ayam mestilah di goreng atau di bakar dahulu.. Untuk resepi ni pun ita bakar dulu ayam tu.. Kalau ikut resepi asal tak payah sebenarnya.. tengok keadaan lah kan..
Terima kasih kepada penyumbang resepi juga kepada yatie yang sudi berkongsi.. Semoga perkongsian ini memberikan seribu rahmat..
AYAM KACANG PEAS
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Yatie
1 tin kacang peas-toskan
500 gm ayam ~ buangkan kulit dan potong kecil
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 biji bawang besar ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ cincang
3 tangkai cili merah ~ hiriskan serong
2 biji cili padi
garam dan gula
1 pokok kecil daun sup ~ cincang
minyak utk menumis
Panaskan minyak dlm kuali.
Tumis bawang putih & halia.
Masukkan ayam ~ seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak.
Masukkan tomato sos dan sos cili, gaul rata.
Masukkan kacang peas, cili merah dan bawang besar. Gaul hingga rata.
Taburkan daun sup dan tutup api.
Hidang bersama roti bakar atau garlic bread.
15 comments:
kak ita, kite dah makan tghari. tapi bile tengok ayam tu kite jadi lapar balik. nak sikit....
Kak Ita...blom lunch lg ni...mintaklah secucuk!
X makan nasi ya Ita? Ni ratah ayam dgn sayur2 jer...jom kita diet...hahahhaa....tp bila perut lapor x ingat dunia makan akak ni, xda dah diet dlm kamus hidup ku agaknya...huhu...
Salam Kak Ita,
Sedapnye nampak.. saya suka juga hidangan berasaskan salad macam ni. Lagi lagi nak ajar si kecit makan sayur. Jenuh berperang kalau letak sayur dalam pinggan dia. hihi..
Kak Ita, terima kasih tinggalkan komen tempoh hari. Terharu saya akak sudi bertandang. Terima kasih sekali lagi. Saya salah seorang peminat setia akak dan blog masammanis :)
Ijan
As'salam Ita
kenapa lambat sangat hantar hidangan, dah petang dah siap makan pun...hehehe. kalau macam ni lah hidangan tengahari ct, sampai malam tak nak jamah nasi lagi dah..kenyanggg!
Ita, menu diet ni...i like...!
Salam Ita :)
cantik presentation.. dah mcm salada pun yer.. healthy menu
salam...
nikmatnya mata bila masuk belog ni. :D
salam kak..dah lame jadi silent reader blog ni..awesome..bukan makanan je nampak sedap..photography yg hebat sgt2...
asslm kak...
QH cam suka la menu ni...
menu sihat...sesuai utk berdiet...hehehe
akak!! buat pavlova.. hehehe.. faa baru buat tadi..rase dah jatuh chenta!! rase nak buat ari2..heheh
-tp still mknan yg mnambahkan berat badan..hihi
Assalamualaikum Ita,
dtng lambat mesti dah abeskan ayam kcng peas ni....menu simple tapi sedapkan....bila tngk menu Ita jadi lain pulak dari yatie...mmng kelasss Ita ni...menyelerakan set ayam kcng peas Ita ni...
Selamat malam Kak Ita,tomei2 je ayam kacag peas tu...skali ngap je kan? hehe..
Assalamualaikum akak ita cayang...
wah menu nie mmg nampak sedap n sihat...
salam kak ita..waaaaaaa pengsan nengok gambo2 !!
Post a Comment