Hujung minggu datang lagi.. cuti... cuti.. cuti... rehat...rehat..rehat..
Tapi bagi pelajar-pelajar hari ni adalah hari persekolahan, bagi mengantikan cuti tahun Baru Cina tempoh hari.
Apa pula perancangan untuk cuti hujung minggu ni.. ada yang bercadang untuk makan di luar nampaknya hari ni..
Bagus juga kalau sesekali makan di luar, dapat juga dapur tu berehat buat seketika..
Bila bercakap pasal makan di luar ni, pilihlah kedai yang terjaga kebersihannya.. bukan apa.. bimbang juga kalau kita termakan makanan yang tercemar.. bimbang silap hari bulan mengundang penyakit pulak!
Memandangkan ita masih tak berapa sihat, hari ni ita dok lepak-lepak aje di rumah. Dalili pun sekolah dan akan ke kelas tusyen pulak di sebelah petang.
Hari ni, ita bercadang nak pergi semula ke klinik, memandangkan batuk ita yang tak berhenti lagi.. dan tekak ita dah terasa semakin bengkak.. hingga sukar nak menelan makanan..
Ok lah kita berbalik pada resepi hari ni. Sebenarnya dah lama ita buat muffin ni, tapi terlupa nak masukkan N3 nya. Bila dah tak berdaya nak kedapur ni.. ita mulalah intai-intai kembali resepi yang mungkin ita terlupa nak masukkan.. dan inilah salah satu darinya..
Resepi asal daripada Yani, ita ambil dari My Resepi. Tapi ita ubah sikit resepi dari pisang ita tukar kepada blackberries. Maka terhasilah Blackberries Yogurt Muffin.
Kadang-kala bila memasak ni, ada masa kita kena intai-intai juga apa barang yang ada di dapur. Kalau ada bahan yang boleh di jadikan galang gantinya apalah salahnya jika kita mencuba. Teringat kata2 chef dalam program Master Chef Malaysia, guna kreativiti anda ketika memasak. Gunakan juga segala deriarasa yang anda ada untuk memberikan tarikan pada hidangan yang bakal anda sajikan..
BLACKBERRIES YOGURT MUFFIN
Adaptasi dari resepi : BANANA YOGURT MUFFIN
By : Yani
Rujukan : My Resepi
Buah Blackberries segar secukupnya ~ resepi asal menggunakan 1 biji pisang
50g yogurt
120g tepung
50g gula
50g mentega
30cc fresh cream
1 biji telur
5g baking powder
120g tepung
50g gula
50g mentega
30cc fresh cream
1 biji telur
5g baking powder
Naikkan suhu oven ke 180C
Jika menggunakan pisang, lenyekkan pisang terlebih dahuluPukul gula dan mentega sehingga kembang
Masukkan telur, pukul lagi
Masukkan yogurt dan fresh cream
Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam adunan
Kacau tepung sehingga sebati
Masukkan ke dalam cup muffin
Letakkan blackberries di atasnya
Bakar selama 25minit
17 comments:
comei betul rupanyer itue!!
salam kak ita ..morning ..masuk dapur kak ita tengok kucing kak ita dulu ..comei betol kucing hihi ... ooo lepas tu baru tengok blueberry muffin ni ... sedapnya ... take care ya kak ita jaga diri elok2 ... jangan lupa makan ubat ya ... semoga cepat sembuh ... :)
Cantik...
pasti sedap..
Wahhhh k.itaa best n cantik muffin nih..nak cuba..nanti nak kena g tesco cari blackberry...thanks...ni sy kena buat lg apam belang..permintaan anak2.seementara diaorg balik kelas tuisyen..nak siapkan dulu...diaorg kata balik nanti nk mkn apam belang lagi..huhuuuu
get well soon kak ita..resepinyer simple sahaja..tapi bila penyakit M ni dah dtg..APE PUN X BOLEH...hehehe
cantik muffinnya...
so gojes the mufin posing dgn cik yam!!!
menggodanya tengok mapinnn tu.....
akak..faa nak tanya..mana akak beli buah-buah berries ni? mahal x?hehe
cantiknye...letak buah2 kt muffin x jd keras ke kak ita?
so cute. ermm yogurt ada tapi malas pulak nak merayau cari resepi. hehehe nampak bebeno malasnya.
Banyakkan minum air masak yea kak ita. moga cepat sembuh.
so mabeles...
comeynya muffin kak ita..pasti sedaaaappp....tiap2 hari saya x pernah miss mjenguk dapur kak ita...semoga kak ita cpat smbuh yaaaa
Yoghurt muffin, Wah! Spesialnya!
salam ita,..cantiknya ayam yang duduk sekor2 tengah kek tu...
tuuuuuu..nasi ayam tu dah habis ya..sedapkan ta?...akak suka...hehe
Kunjungan balik niy...
Waaah blognya bikin aku terpana...cantik nian foto fotonya, apalagi resepnya. Kereeeeennn...
Get well soon sis..
cuba cari unat batuk nama Tamsolo kat Farmasi...ari tu saya batuk teruk & panjang...makan ubat tu alhamdulillah x abis sebotol kecik tu dah baik...harap ia serasi jugak dgn sis...
Post a Comment