PUDING KARANG - masam manis f

Breaking

Feb 23, 2012

PUDING KARANG

Assalamualaikum


Selamat petang semua..
Dah petang dah kan.. emm.. hari ni lambat lagi ita masukkan N3 ni..
Sekarang ni masa ita sangat terbatas. Menguruskan anak ita Dalili tu sorang macam memguruskan 10 anak rasanya.
Ita ni dah tak dok rumah aje.. hari2 masa ita banyak dlm kereta, kehulu-kehilir dok menghantar anak dara ita tu.. ke sekolah, sekolah agama, latihan koko, kelas mengajinya.. itu tak termasuk masa tusyen dan lain2 songeh anak dara itu..
emm.. dah tangungjawab kenalah buat..


Semalam bila hantar Dalili, ita balik sekejap nak sembahyang. Sampai rumah mak dan bapa ita dah tunggu.. nasib baik pintu pagar tak berkunci, dapatlah mereka masuk dan tunggu ita di gazibo. ala kenapa mak tak telefon nak datang.. kesian mak.. kalau ita tak balik mesti dia dok tunggu aje kat luar.. kan.. Dia kata telephone tapi tak de org angkat, ingat telephone rumah rosak.. Ita ni sebenarnya tak suka pakai hp, ita ni ada cuai cikit asyik salah letak aje hp tu.. sekarang dah tak de hp.. eee.. lega lah sikit kan..


Eh.. banyak pulak celoteh ita, kejap lagi nak ambil Dalili pulak balik sekolah, ok lah kita terus aje pada resepi ita petang ni. Kali ni resepi pun simple jugak! dan sesuai lah kalau nak buat kenduri kendara.. lagi sesuai dimakan bila musim panas2 ni.. sekurang-kurangnya dapat jugak sejukkan anak tekak ni..



Resepi ni ita ambil dari beberapa blog Indonesia yang ita lihat cara membuatnya ada pelbagai versi, tapi yang ita punya ni ita olah sikit sukatannya dan ita sesuaikan dengan citarasa ita dan keluarga. Resepi ni lebih kurang sama dengan Lengkong Santan atau Puding Santan. Tapi ada kelainan kerana menggunakan kelapa muda dan menambahkan lagi kesedapan puding ni disamping corak karangannya yang sangat memikat.


Hasilnya dapat banyak dan sesuai untuk majlis kenduri atau nak jamu kawan-kawan. Ita dak kurangkan sukatannya supaya lagi mudah di cuba untuk keluarga yang tak ramai.


PUDING KARANG

1 buku gula Melaka ~ anggaran 225 gm
1 peket agar2 serbuk ~ anggaran 13-14 gm
600 ml santan dari 1/2 biji kelapa
100 ml santan ambil dari 600 ml santan tadi
300 ml air
2 helai daun pandan ~ disimpul
1 biji telur
secubit garam
1 biji isi kelapa muda


Mula-mula kita racik gula melaka halus.
Masukkan dalam periuk bersama dengan 300 ml air dan panaskan atas api hingga gula larut dan mendidih.
Kemudian tapis

Dalam periuk lain, satukan santan, air gula melaka, aga-agar, daun pandan, dan garam
Masak atas api yang sedehana hingga agar-agar melarut

Dalam mangkuk kecil pula kita pukul (kocok) telur bersama 100 ml santan (dari 600ml santan tadi)
Ambil sedikit larutan agar dan masukkan dalam telur dan pukul hingga rata.
Kemudian tuangkan semula adunan telur kedalam adunan agar-agar tadi
Masak semula hingga ia mendidih dan telur berketul2.
Masukkan isi kelapa dan masak sebentar.

Sediakan loyang atau acuan yang sesuai dengan sukatan.
Cuci atau basahkan dengan air
Tuangkan agar2 tadi kedalam loyang
Biarkan ia sejuk dan mengeras
Simpan dalam peti ais untuk rasa yang dingin.



17 comments:

asyifamustaffa said...

As salam K.Ita, sedapnya nmpknya...petang² cuaca panas cmnie..mmg best lah pekene puding nie..masuk kat tekak....hu...mmg x dpt dibayangkan...!

Ribbon and Circus said...

Kak ita,

Tgk pudding ni trus teringat kat mak. Mak saya slaluu buat puding ni.. :) Masukk bookmark..

Qasey Honey said...

Asslm Kak Ita...
patut la hrni lmbt bersiaran..
rupanya berpuding yea...
mmg sedap ptg2 mcm ni makan puding dgn teh o...

AbbotCottage said...

all time favourite....hope can take even a slice from ur photo.

Ummi said...

Ita, begitulah kan, kalau duk pejabat dengan cara pejabatnya sibuk, kalau duk rumah dgn cara di rumahnya...lg la x penah habis2... Apapun, kita just buat apa yg termampu, take your sweet time, akak setia menunggu entry2 mantopsss Ita... ^__^. Puding karang ni cantiklah Ita, nampak kelapa kat dalam tu...mmg ada kelainan...bila ntah dpt cuba.. konon nak slowkan dah aktiviti blogging, tp tengok sana sini rasa sume nak buat.. :)

Oh Oeya said...

As salam Kak Ita.. Selamat petang..
Puding ni makan ketika sejuk aduhhh nyaman :)

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ....

glup .. glupp .... arghhh ....
sejukkk tekak Nina (walaupun sekadar tengok picture agar-agar kak Ita)
.
Best nyer kalau betul3 dapat sepotong tuu... Hehee . . .

ummiaisyah said...

mmg menawan hati puding Kak Ita...
skrang dh stat cuaca panas..tgh2 hr ..asik nk buka peti ais je...bestnya kalo dlm peti ais sy ada puding ni!

Hesti HH. said...

Cantiiiiknya puding dan picturenya. Aku suka semuanya. Kalo di Indo ini namanya puding gula merah kak Ita...kalau aku bikin nggak sampai dua hari sudah habis di refrigerator. Favorit semua anggota keluarga...

CT Delima said...

As'salam Ita

hari ni ct pun dok baring aje kat rumah, sakit kepala berdenyut2 tak boleh nak buat kerja dah. tunggu anak2 balik sekolah mintak tolong picitkan kepala..cuaca panas membahang makinlah sakit kepala ni. nak buat kerja2 pun macam malas aje rasanya

sesuailah dengan cuaca yang panas ni Ita, nampak segar jer puding tu dan kalau dapat yang sejuk lagi sedap kan :)

ilahjy said...

oooo sebab ada isi kelapa lah namanya karang.. kak ilah duk cari apa sbb nama mcm tuuu tgok mcm agar2 yg kwn2 duk biasa buat tuuu... kak suka..sbb rasa gula merah/melaka tuuu enak bangat...hehehe

Gee® said...

rasa sejuk jer agar2 karang ita tu lalu kat tekak... ermmm nyam nyam...

IeRA said...

Salam...

sedapnya kak!!!

Yatie said...

nak rasa ..nak rasa...he3...mula2 pelik gak nape namanya puding karang..ghupernya ada kelapa muda kat dlm tu..mesti ada kelainan kan rasanya..sedap tu ada gula melaka dan santan....

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita..nampak menarik juga agar-agar ni pasal ada isi kelapa muda...mesti lebih terasa lemaknya kan....

Sheery Dream Cakes said...

cantiknya puding tu akak ita... mmg nampak sgt menarik... mata yg memandangnya pun tak berkelip... :).. suka sgt diana tgk... cantiiik!!

tik tok said...

Macam mana nak hilangkan bau telur? Kalau tak letak telur boleh tak?

Post Top Ad

test