14 Mac 1996 - masam manis f

Breaking

Mar 14, 2012

14 Mac 1996

Assalamualaikum..

Buat anakandaku Azrul....


Selamat Ulang Tahun anakku...
Sudah 16 tahun dah usia anak emak.. Sudah semakin remaja dan semakin meniti usia dewasa..
Setiap kali tarikh ini bertandang.. segera tingkap kenangan lama dibuka.. Kenangan 16 tahun lalu masih segar dalam kotak ingatan emak.. nak
Tak mungkin dapat diulang semula kenangan itu.. biarlah ianya bersemadi di sanubari ini dan menjadi kenangan yang terindah untuk dikenang..

Pagi yang dingin, dengan rintik hujan bak mutiara.. menyambut kedatangan hari ini.. Sejuk dan dinginnya pagi ini beralun indah sesejuk dan senyamannya ketika 9 bulan anakku dalam kandungan.. Besarlahmu nak.. menjadi insan yang berhati mulia.. taat dan patuh pada penciptaNya. Semoga anakku.. menjadi kebangaan keluarga, berjaya di dunia tidak lupa juga berjaya untuk urusan mu di akhirat kelak..

Percayalah anakku...
Setiap yang berlaku itu ada hikmahya..
Setiap kejadian pasti ada penciptaNya..
Dan mak bersyukur nak.. dikurniakan anak yang sebaik Azrul..
Tidak pernah sekali hati ini terguris oleh tingkah dan laku mu..
Azrul sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dan mengembirakan hati emak dan ayah..
Semoga akhlakmu ini kekal nak... hingga anakku meniti hari-hari yang semakin hari semakin berliku..
Sentiasa bersyukur atas nikmat dari yang maha Esa..
Ingat nak, sentiasa ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk ke bumi..
Dimana bumi kita pijak, disitu langit kita junjung..


Walaupun tuntutan dunia selalu memisahkan kita..
Tapi naluri ibu ini tetap utuh, sekeras banjaran Himalaya dan setinggi Everest..
Kasih sayang ini tidak pernah pudar..
Kotak ingatan ini tidak pernah berhenti mengigatimu..
Bibir ini tidak pernah berhenti berdoa agar anakku.. sentiasa dilindungi Allah walau dimana sahaja dirimu berada..
Hanya kepadaNya kedua telapak tangan ini dihulurkan setiap kali emak sujud kepadaNya..
Ketika lidah bersenandung menyebut namamu..
memohon, mengharap dan berdoa.. pasti jiwa akan terasa tenang, dan kerinduan ini terubat...
Dan naluri keibuan ini juga berharap dan berdoa agar anakku sentiasa mengigati diri ini dan penciptaNya dalam segenap ruang waktu..

Hujan semakin lebat anakku...
Hujan rahmat yang menyusul di subuh hari..
Selebat hujan di pagi ini..
Begitulah harapan dan doa dari ibumu.. semoga pintu rezeki mu sentiasa mencurah..
dan sederas air yang mengalir..


Setiap insan ada kelebihan dan kekurangan..
Andai sepanjang emak membesarkanmu nak..
Ada tutur bicara ini yang mungkin menguris hati mu..
Ada impianmu yang tak dapat emak tunaikan..
Andai ada kealpaan dalam mendidikmu
Andai ada kekurangan dari ibumu ini..
Emak memohon kemaafan...
Amanah Allah ini terlalu berat untuk emak pikul..
Emak tahu emak hambanya yang lemah..

Apabila berada di pagi hari, janganlah menungu waktu petang..
Kerana masa yang berlalu tidak akan dapat diulang...
Berlajarlah untuk menjadi insan yang cemerlang..
Cemerlang didunia dan cemerlang di akhirat..
Andai jasad ibumu ini bersemadi kelak..
Jangan lupa doakan emak di sana nak..
Hanya itu sahaja yang emak pinta dari mu...

Selamat Ulang Tahun anakku....

35 comments:

Masya said...

selamat hari lahir buat anak kak ita, semoga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezki.. jadi anak yg soleh dan contoh yg baik buat yg lain...

Ayu Online Dairy said...

selamat hari lahir... sangat cantik kek akak buat...

Qasey Honey said...

hepi besday to u azrul...sedap nmpknya kek yg mak Ita buat tu yer...teruja pula nk mrasa juga...

Kak Ita jgn lupa yer resepinya...QH tgu ni...hehehe

ANR said...

Selamat hari jadi untuk Azrul. Panjang umur dan murah rezeki. semoga menjadi insan yang berguna untuk ibu bapa, bangsa dan negara. InshaAllah.

Resipi akak dah kluar dalam Majalah Wanita April 2012. cantik sgt.

Gee® said...

Macam membaca bait2 puisi...happy b'day Azrul...

NORLYDA YUSOFF said...

Assalamualaikum wbr.

Hapy Birthday 2U Azrul. Be a the most perfect son out of the most in all yr outgoing.
Barakallah. Syabaz Ita being a mum adalah amanah we try to be one of the best. Insyallah.

ZalinZalina said...

Kak ita...tiba2 air mata saya mengalir...rasa sayu...

Apapun kita ni banyak persamaan la kak ita..he he...lahir sama bulan..anak lelaki sama umur..apa lagi yang sama ye...yang tak sama cuma saya tak rajin buat kek dan tak sekreatif kak ita dalam banyak perkara...

Hepi Besdei Azrul...semoga berjaya di dunia dan bahagia di akhirat...

NORLYDA YUSOFF said...

Assalamualaikum wbr.

Happy Birthday 2U Azrul.
Be a good son the best out of the best.
To be a good mum is an Amanah so we are trying to be the best & gd luck Ita. Barakallah.

khairiah khaizu said...

Selamat Panjang Umur Azrul....semoga ita berjaya membimbing anak2 menjadi insan yang berguna...Aminnnn

Mat Gebu said...

Selamat hari lahir, moga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, diberi ketabahan diri dan diberkati Allah swt...

ummiaisyah said...

syahdunya baca coretan Kak Ita kali ni..puitisnya isi hati seorang ibu..
hppy bday Azrul...kek tu kalo x abis bole pos k sini..hik..hik

sabar dubai said...

happy birthday buat azrul smg pjg umur dan dimurahkan rezeki...

Pink Mama said...

Selamat Hari Lahir Azrul.Semoga menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa.

Kak Ita lama tak update blog....risau saya almaklumlah hari-hari kena buka blog Akak =)

Oh Oeya said...

Selamat Hari Lahir Azrul :)

Sangat cantik kek dari ibu mu :)

Hawa said...

akak...kek akak tu...cantekk sgt...mengiurkan...hp beday u ank akak

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Selamat hari lahir buat Azrul... semoga Azrul sentiasa dlm peliharaanNYA walau dimana saja berada...

nampaknya cuti sekolah kali ni sangat bermakna buat Azrul sebab dpt sambut hari lahir bersama family tersayang... untung Azrul punya mak yg pandai buat kek yang seddap & sangat cantik tu...

Melly Octaviana said...

Happy bday unutk anak akak, wishing him all the best. ;)

ameris said...

happy bday 2 azrul; semoga murah rezeki, menjadi anak yg soleh, dan dilindungi Allah selalu...

tahniah kak ita ada anak sebaik azrul.

faa.rosli said...

happy beday to azrul!

hehe.

kek ape ni kak?sedapp giler nampak.

Anonymous said...

selamat hari lahir Azrul...
sedey baca lauahan hati seorang ibu...

Fafau de Craft ( Zana ) said...

happy birthday azrul...
bestnya birthday kek special from ibu... :)

Aza/Rin/Na said...

14.03.1995 pula tarikh hari lahir anak bujang sulung saya :-)
sudah 17 tahun usianya.
17.03.2012 pula tarikh lahir saya, selalunya kami satu kan hari utk meraikan bersama dgn keluarga.

Selamat harijadi dear...:-)

Natt_Alias said...

selamat hari lahir azrul...same hari lahir ngn arwah abah sy..

Unknown said...

Assalam Kak Ita, cantiknya kek birthday tu.Happy birthday buat anak akak semoga menjadi anak yg soleh dan berjaya dunia akhirat..InsyaAllah.

Ummi said...

Selamat Hari Lahir buat anaknda Azrul, auntie doakan semoga harapan setinggi gunung mama Azrul akan dimakbul dan terlaksana segala impian hendaknya....amiinn..

Cantiknya laaa kek mama Azrul buat tu...ngalahkan dah yg kedai...sejak2 blk kelas Chef Amir ni...makin mantops hasil tangan mu Ita...vangga akak tengok... ^__^

mama ju said...

Salam

Kemarin tgk Ita di 'ct' iTA jOHOR DI MANA?mama org batu pahat.
Selamat hari lahir buat anakanda.
Nampak cute sgt dia...

Bintangjauh said...

Salam Azlita,
Selamat menyambut hari ulangtahun-lahirnya buat Azrul, semoga tahun-tahun seterusnya akan memberi-hasil kejayaan yang cemerlang sekali hendaknya.

Teruja sekali dengan cake hiasan yang begitu tertip kemas cantik kejadian cake ulangtahunlahir buat Azrul itu, bertuah sungguh punyai seorang Mak yang begitu penyayang, pengasih lagi prihatin.


Salam manis manis madu.

ilahjy said...

salam...nak azrul...maaf long ilah terlewat dtg..seharian semalam tak de masa bw... long sibuk menjahhit..apapun long ilah ingin ucapakan selamat hari lahir ke 16..semoga doa mak azrul dimakbulkan sayu hati long baca doa2 dan harapan mak azrul,,,..tahniah dpt kek yg amat cantik dari emak...pasti dikongsi nanti emmm..

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
cantiknya kek yg Ita buat ni, mmng dah layak menerima tempahan...nnti kalau birthday yatie dan anak2, nak tempah je dngn Ita..bolehkan..he3..

btw Happy Birthday buat Azrul, moga pnjng umur, murah rezeki, sihat selalu, menjadi anak yg soleh yg sentiasa membahagiakan dan membanggakan ayah dan ibu serta berjaya di dunia dan di akhirat. Aminnn.

Love2cook Malaysia said...

HappY BirthdaY to your son...and that is a gorgeous cake! How lucky he is...owhhhhh so beautiful! ;)

Nyzal Aziz said...

selamat hari lahir azrul..semoga sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah selalu..moga jadi anak yang soleh..membahagiakan kedua ibu bapa..

Nyzal Aziz said...

Selamat hari lahir azrul..semoga sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah selalu..moga jadi anak yang soleh dan membahagiakan ibu bapa..

Amie said...

Terharunya.... happy belated birthday! Moga jadi anak yang soleh!

fazian.batrisyia said...

Sungguh terharu dgn bait2 kata dr seorg ibu kpd anaknya yg disayangi. selamat hari lahir azrul. cantik kek emak awak buat....beruntung awak

icaland pelangi indah said...

selamat hari lahir azrul.

kak ita buat kita nangis!

Post Top Ad

test