Bila tirai berlabuh - masam manis f

Breaking

Mar 17, 2012

Bila tirai berlabuh

Assalamualaikum


PLKN sudah pun berakhir semalam....
Pejam celik pejam celik sudah tiga bulan ianya berlalu..
Bagi  pelatih-pelatih PLKN ianya merupakan satu pengalaman yang sangat berharga yang akan menjadi satu kenangan yang cukup indah sepanjang hidup mereka.


Program Khidmat Negara  dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah digariskan seperti berikut:
  1. Meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
  2. Memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  3. Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni.
  4. Menyemarakkan semangat kesukarelaan.
  5. Melahirkan generasi muda yang lebih cergas,cerdas dan penuh keyakinan diri.
Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:
  1. Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
  2. Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
  3. Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
  4. Implikasi kewangan.
  5. Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
  6. Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kumpulan 1 siri 9, berlansung pada 16 Mac 2012 di hadapan Astaka Kem PLKN Pusat Bina Semangat YPJ Sekakap, Mersing. Majlis yang dianjurkan cukup sederhana tapi dirasakan cukup meriah sekali.
Majlis pagi itu dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dan kawat kaki oleh pelatih PLKN bagi kumpulan 1 siri 9.



Majlis di serikan lagi dengan penyampaian pingat dan sijil untuk kumpulan yang berjaya dengan cemerlang. Diikuti oleh penyampaian pingat bagi wira dan wirawati serta tidak ketinggalan pelatih terbaik.
Alhamdulillah cuaca pada pagi itu sangat cerah dan majlis dapat dijalankan dengan jayanya.




Jutaan terima kasih yang tak terhingga daripada kami, ibu bapa pelatih khususnya kepada  Kerajaan Malaysia,  Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, badan-badan yang terlibat dan kepada semua jurulatih-jurulatih yang turut sama menyumbangkan tenaga, mencurahkan ilmu dan menjayakan program yang dirasakan cukup baik untuk golongan remaja ini.

Di harap visi untuk menjadi organisasi terunggul dalam melahirkan bangsa Malaysia dan misi memastikan Program Latihan Khidmat Negara Dilaksanakan Dengan Cekap Dan Berkesan, diharap dapat dicapai.




Selama 3 bulan berada di PLKN sudah tentunya banyak ilmu dan pengalaman berharga yang dikutip. Diharap anak-anak bangsa kita ini mengambil setiap ilmu yang diberikan dan mengamalkannya sebagai panduan untuk meniti hari-hari mendatang yang semakin mencabar dan berliku.
Keseronokan tergambar di wajah mereka. Pastinya satu keseronokan yang tak terucap bagi setiap pelatih sehinggakan air mata menjadi pengiring hari-hari terakhir perjalanan mereka disini. Suasana sayu dan pilu mula mengamit apabila masing-masing mula melangkahkan kaki meninggalkan rakan-rakan yang susah dan senang bersama sepanjang berada di sini. 
Semoga persahabatan yang telah terjalin disini tidak bertitik noktah disini.



Hati gembira bersama teman
Bersuka ria di bawah jambatan
Jikalau kita diizinkan Tuhan
Pasti bertemu dihari kemudian



Tanjung  sauh di Pulau Bintan
Tempat berlabuh orang Penyengat
Berpisah jauh bercerai badan
Sahabat handai tetap ku ingat

 



Orang Aceh sedang sembahyang
Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang
Pandai-pandailah menjaga diri




Gunung Bintan lekuk di tengah
Sayang Penyengat kubunya tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi ku sanjung ku ingat juga

Bunga kemboja putih berseri
Putihnya melur dihujung dahan
Atas kerjasama dan bantuan yang diberi
Puji syukur dan terima kasih kami ucapkan



 Kalau menjemur papan panjang
Baik disusun tegak berdiri
Kalau lah ada umur ku panjang
Insyaallah kita akan berjumpa lagi

7 comments:

Farah Deeb said...

Wahh same lak ngan anak sedare kite kak. Tapi dia kat Hulu Selangor semalam abes. Harini balik dah!

fazian.batrisyia said...

Seronok jumpa family..tp sedih tinggal kawan2...

Hawa said...

tak pernah merasa cmnie..untunglah diaorg

Gee® said...

Salam Ita, anak gee pon balik semlm dr Kem Arena di Temerloh... semoga mereka beroleh kebaikan dr latihan PLKN kan... tp anak bujang gee tu tak sempat balik rumah pon, pepagi ni sudah kena pergi training untuk SUKMA di putrajaya... huuu.. masih rindu

Zalia said...

gembira betul mereka semua ye... cuma ujung2 tu muka sedey sket. Mungkin sebab nak berpisah sekejap dgn rakan2 :)

Rozy Amir (Owner) said...

nak nangis tengok all ya photos kt sini... masuk jiwa! awesome!!

Masrizan Abdull said...

bile tengok pic at c nie.. terase rindu teregat memory mase at PLKN.. :)

Post Top Ad

test