Dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung yang masih setia menemani dapur Ita. Apa khabar semua dan di harap semua berada dalam keadaan sihat dan ceria meniti hari-hari bahagia disamping insan-insan tersayang..
Semoga hari ini menjanjikan kebahagiaan buat semua dan sentiasa dalam rahmat yang maha Esa.
Sehari bersama Chef Amer Hamzah adalah peluang yang cukup ita nanti-nantikan selama ini. Bila ita di pelawa untuk mengikuti Bengkel Pembuatan Kek Komersial yang di kendalikan oleh beliau, peluang sebegini pastinya tidak akan ita tolak.. ibarat kata perpatah pucuk dicita ulam mendatang.
Umpama mimpi dalam mimpi tapi... pastinya ita tidak bermimpi disiang hari... ye!
Sebelum ini ita tidak pernah mengikuti mana-mana kelas memasak atau pembuatan kek. Ita hanya belajar melalui buku resepi, melalui pembacaan di buku atau di internet. Keinginan untuk belajar itu ada tapi, kebanyakkan kelas yang menawarkan latihan pembuatan kek di Johor ni selalunya dikendalikan oleh bangsa asing dan ita sedikit ragu akan bahan-bahan yang digunakan. Kata org kalau ragu-ragu dan was-was baik tok sah!
Mengikuti bengkel kendalian Chef yang tak asing lagi dikalangan pengemar coklat macam ita ni.... adalah satu pengalaman yang tak mungkin akan ita lupakan seumur hidup ita. Banyak sangat ilmu yang telah ita kutip dari Chef tersohor ini. Semakin banyak yang ita belajar, semakin banyak kesilapan yang ita sedari, yang sebelum ini telah ita lakukan. Semakin banyak ilmu yang Chef curahkan semakin banyak lagi yang ita ingin tahu.. terutamanya Rahsia Coklat.
Sudah semestinya, banyak sangat ilmu yang ditimba dan memang tak rugi rasanya mengikuti bengkel sehari bersama Chef Amer ini.
Banyak sangat panduan dan tips yang diberikan. Info-info yang sangat berguna tentang bahan-bahan untuk pembuatan kek yang tepat yang selalu ita ambil mudah ketika menyediakan kek di dapur. Rupa-rupanya setiap bahan itu ada fungsi dan kegunaannya.. Umpama tepung yang terdapat dengan pelbagai jenis dipasaran. Rupanya setiap tepung itu ada fungsi dan kegunaan untuk pembuatan bahan tertentu tidak boleh main langgar aje.. atau kata lain kita derhaka kan resepi!
Itu baru tepung belum lagi masuk bab cheese atau keju.. mana satu keju tenusu dan keju bukan tenusu mana yang sesuai untuk menjadikan kek kita bertambah lazat tak terkata!
Bagaimana pula dengan bahan lain seperti baking powder, soda bikarbonat, krim of tarta dan ovalette ? Apa pula fungsi dan kegunaannya.. dan bagaimana halal dan haramnya? Itulah persoalan yang dikupas oleh Chef Amer dalam bengkel pengendaliannya nanti.
Untuk mengetahui rahsia semua tu.. emmm... kenalah belajar.. Kita ni kalau nak cari ilmu mestilah berguru, dan pilihlah guru yang terbaik dan memang pakar dalam bidangnya.
Pada ita Chef Amer adalah guru yang terbaik! penerangan yang diberikan sangat terang dan jelas! Pengalaman beliau berkecimpung dalam bidang masakan berpuluh tahun memang tidak dapat disangkal lagi dan hasilnya memang yang terbaik dari beliau! Ita memang sangat berpuas hati.. Terima kasih banyak-banyak Chef.. terima kasih kerana Chef sudi mengundang ita, tak dapat ita gambarkan bertapa suka dan gembiranya rasa dihati apabila dapat melihat Chef berdiri gagah di hadapan ita.. semoga ilmu yang Chef curahkan ini akan memurahkan lagi rezeki Chef dan keluarga dan semoga hidup Chef dan keluarga sentiasa di rahmati.. Halalkan segala ilmu yang Chef curahkan untuk ita jadikan hidangan yang sangat istimewa buat keluarga tersayang.
Kepada rakan-rakan ita di luar sana yang berkeinginan untuk mempelajari teknik pembuatan coklat , kek , biskut dan aneka masakan silalah hubungi Chef Amer di laman rasmi beliau di
Yang memaparkan semua jadual kelas yang beliau tawarkan dan info bengkel kendalian beliau sendiri. Sila kunjungi untuk dapatkan maklumat lebih lanjut..
Percayalah.. tak rugi belajar dengan Chef Amer..
Di samping itu juga Chef Amer turut
menyediakan blog dimana beliau berkongsi maklumat tentang coklat dan rahsianya. Sama-samalah kita manafatkan perluang untuk menimba ilmu dan bertanya sebarang kemuskilan bersama beliau di
Jom kita intai-intai kelas Chef Amer
- Chef Amir memulakan kelas dengan memberikan penerangan tentang bahan-bahan asas pembuatan kek yang tepat dan betul. Diberikan juga nota dan resepi untuk rujukan dan panduan. Setiap penerangan yang diberikan memang sangat membantu dan sangat berguna kepada semua bakal-bakal pembuat kek tak kiralahkan untuk jualan atau untuk hidangan buat keluarga tersayang..
- Hai.. lah kawan ku tepung... hai lah kawan ku gula.. apakahabar semua... hari ni.. harap sihat2 lah ye!.. ada yang batuk atau tak sihat... jangan lupa makan ubat.. hihi hari ni ita nak buat kek yang paling sedap sekali.. harap2 naiklah semangat kau tepung untuk menghasilkan kek yang tersedap di dunia ini untuk ku hidangkan buat suami dan anak2 tersayang... hihi
- Jangan lupa sukat bahan biar tepat dan betul.. Guna alat penyukat yang baik dan berkualiti bukan alat timbang badan ye...
- Kacau betul2 ye.. kalau salah kacau boleh tanggal tulang tangan tu.. hihi
- Besarnya laaa... alahai chef alat pukul tepung tu.. larat ke nak angkat.. kalau Chef tak pe lah.. kalau ita ni.. adoi.. kena lah telepon suami kat opis suruh balik tolong angkatkan.. haha
Chef Amer juga tidak jemu melayan setiap pertanyaan yang diutarakan oleh anak muridnya..
Tak kering gusi dibuatnya bila berada dalam kelas Chef Amer.. Membuatkan semua pelajar terhibur dengan aksi dan celotehnya.. Rupanya Pak Lawak juga Chef Amer ni ye!
Jom kita lihat pula gelagat Sifu dan anak muridnya...
Waaaaa.... lulus ke ni Chef??
CHOCOLATE PERFECTION CAKE
GERMAN BLACK FOREST TORTE
Yang depan tu : BOSTON CHEESE CAKE
Yang belakang tu : OREO CHEESE CAKE
Ini lah antara barisan kek yang sempat di sediakan. Masa yang di berikan terasa terlalu cepat dan pantas berlalu tak puas rasanya menimba ilmu dengan Chef Amer.Banyak lagi sebenarnya ilmu yang ingin ita kutip dari Chef kesayangan ramai ni... Insyaallah pasti ita akan ikuti lagi kelas yang akan Chef Amer kendalikan nanti..
Air tangan Chef Amer memang tidak dapat di sangkal lagi.. semua kek di atas itu terlalu sedap sampai ita tak tau nak gambarkan bagaimana disini kesedapan kek ini. Ita rasakan inilah antara kek yang paling sedap yang pernah ita rasa selama ita bernafas di bumi Allah ini.. Terlalu sedap! sampai ita tak tau nak khabarkan kesedapnannya .. kalah kek kat hotel 5 bintang.. sungguh tak tipu!!
Semoga ilmu yang dicurahkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Jumpa lagi di kelas yang lain pula!
Cook With Love
Azlita
Masam Manis
N3 berbayar
10 comments:
alahai...syoknyeee kak ita kalau dpt join kelas ni. best!
bertuahnya kak Ita..dpt join klas sifu tersohor....dh melelah air lior tangok kek cekelat tu.....kak paling sedap dlm dunia ye kak....no doubt...tgk pon tau!
bertuahnya Kak Ita...adoiii..bila la dapat merasa kek buatan Kak Ita..hehe..
tahniah dek ita lawa...bertambah lagi ilmu d dada...semoga meningkat lagi kerja tangan dari ita nanti.. kak ilah tak sabar menanti....
tahniah...mesti lepas ni kek makin meletoop...tak gi kelas pun dah canggih dan cantik...lps ni kongsi2 lah dgn kami ye.....
bestnya kak ita belajar wat kek ngan chef amer.........mas pun teringin nak belajar wat kek..tahniak kak ita
bestnya ita....tp x nmpk ita pun....jd camerawomen je ke..hahaha....ita kenapa chef tu ceria sgt..suka pulak sya tgknya...hukhukhuk...
Assalam Ita cayang...waaahh menapak selangkah lg skill tu nanti...masuk kelas Chef Amir...beruntung badan...nnt leh kongsi2 dgn kitaorg tips2 dan treats for cakes and chocolate eh... Waaah ni buat akak x sabar nak tunggu persembahan Ita seterusnya...moga terus maju ya Ita, akak yg dah suam2 kuku ni sentiasa berdiri di belakang Ita... ^__^
As salam Kak Ita.. Wahhh! Menimba ilmu dgn Chef Amir.. Pasti lepas ni hasil dari Kak Ita akan lebih hebat :)
Credit: Keripap Rapuh at http://ohoeya858.blogspot.com/2012/03/karipap-rapuh-inti-keledek.html
suke sgt2 folow blog akak nih...sy pon try wat resipi2 yg akak tunujk kt dlm ni..n hubby ckp sedp...lag teruja nk cri resipi dr blog akak..hope akak xkisah erk..tq akak...
Post a Comment