Salam di minggu baru.. Di bulan yang baru.. dengan semangat baru dan keazaman baru..
Semakin hari semakin cepat dan pantas masa berlalu. Sedar tak sedar kita sudah menghampiri pertengahan tahun.. Semoga setiap masa yang berlalu tidak sia-sia.. Maanfaatkan setiap detik dan setiap saat itu dengan sebaik-baiknya..
Salam kepada semua yang sentiasa setia menemani Masam Manis, salam kenalan juga kepada teman-teman yang baru pertama kali bertandang ke dapur ita ini.
Dikesempatan yang ada ini, ita mengambil sedikit masa untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua teman-teman yang sudi mengucapkan Selamat Hari Ulang tahun pada anak ita Amirul dan juga suami ita.
Ya, kebetulan tarikh lahir mereka bersebelahan.. Amirul pada tanggal 31 Mac dan ayahnya pula pada 1 April. Teringat kejadian lucu sewaktu ita ingin melahirkan anak ita Amirul, suami ita minta ita tunggu sekejap supaya tarikh lahir Amirul sama dengan tarikh lahirnya.. hihi mana lah boleh nak tunggu-tunggu.. org dah nak bersalin..
Rupanya Amirul adalah hadiah hari lahir yang cukup bermakna pada suami ita.. hihi dapat hadiah awal sehari....
Sebenarnya Amirul lahir lebih awal daripada yang doktor jangkakan.. Biasalah kan anak sulung kata orang mmg akan lahir awal..
Disamping kejadian lucu ada juga kejadian sedih pada tarikh yang sama, kejadian yang tak mungkin akan ita lupakan juga seumur hidup. Setiap kali tarikh-tarikh ini bertandang memori lama tersingkap semula. Tarik ini juga lah yang telah menyelamatkan kedua ibu bapa dan anak-anak saudara ita daripada maut dalam kemalangan ngeri...
Alhamdulillah Allah Maha Besar dan sentiasa memakbulkan permintaan hambanya.. Semua yang terlibat dalam kemalangan itu selamat walaupun kereta yang mereka naiki remuk teruk.
Kita lupakan kenangan pahit dan manis itu.. Biarlah ianya menjadi satu sejarah yang sentiasa dikenang.. dan tak akan hilang dari kotak ingatan ini..
Sebenarnya beberapa hari ini ita tak berapa sihat. Mood nak berblog pun seakan merudum... Ditambah pula faktor kesihatan yang tak mengizinkan ita dok lama mengadap komputer ni. Mungkin ita akan berehat lama sedikit, jika kesihatan ita mengizinkan ita akan kembali bersiaran seperti sedia kala... Doakan ita cepat sembuh ye..
Sebelum ita melangkah pergi..
Ita akan kongsikan satu lagi resepi kek.
Rasanya ramai yang dah tau kek apa yang ita buat sempena hari lahir anak ita Amirul.
Dah lama sebenarnya ita dapat permintaan supaya ita butkan kek yang cukup popular sedikit masa dulu dan ita rasa hingga kini ianya juga masih popular dan masih lagi mendapat tempat dihati pengemar-pengemar kek.
Tapi ita sebenarnya tak ada resepi kek yang original. Jadi ita gabungkan beberapa resepi kek untuk dapatkan kek yang hampir serupa. Ita mengambil ilham dari resepi Russian Black And White cake yang cukup popular, tapi maaf ye.. sebab ita tak pasti siapalah pencipta asal resepi ini. Terlebih dahulu ita ingin mengucapka terima kasih kepada pencipta resepi kek ini yang memberikan ilham dan mencurahkan idea dalam pembuatan kek.
Rasa-rasa ita tuan punya kek ada buat kelas dan ada mengajar cara2 untuk membuatkan kek ni. Kepada sesiapa yang tahu dimana kelasnya bolehlah belajar dan dapatkan resepi kek yang sebenarnya daripada beliau.
Untuk kek yang ita buat ni, ia adalah gabungan antara resepi KEK CHOC MOIST dari Pn Munira Baharum dan juga DEVIL'S FOOD CHOC CAKE by Shelly Kaldunski
Hasil gabungan kedua-dua kek yang telah menambat menambat selera ita dan keluarga ini tidak menghampakan.
Boleh ita katakan kek ni adalah kek mewah dan kaya dengan rasa coklat dan harum dari lemon yang buatkan kek ini begitu istimewa.
Mujur juga ita letakkan lemon jadi tak lah terasa muak bila menikmati kek ni. Tapi tak boleh makan banyak-banyak..
Ok, kepada yg dah lama idamkan resepi kek ni boleh lah mencuba, tapi sekali lagi ita katakan ianya bukanlah resepi Russian Blachk and White cake tau! ia adalah gabungan antara 2 resepi kek yang ita olah untuk B'day kek Amirul.
Untuk buat kek ni, kita perlukan sebuku kek coklat moist yang lembab dan basah2 gitu.. Oleh itu ita gunakan resepi kek Choc Moist Munira Bahrum. Jika ada resepi kek-kek lain yang moist yang dirasakan sedap juga boleh digunakan. Terpulang pada citarasa masing-masing.
KEK CHOC MOIST KUKUS
By: Pn. Munira Baharum
CHOCOLATE GANACHE
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat gelap dicincang halus
sedikit garam ~ ita tak letak
1 sudu besar golden syrup ~ ita tambah
1 sudu teh paste vanila ~ ita tambah
1 sudu teh gelatin ~ Halal Jel
50 ml air
Taburkan gelatin Halal Jel dalam 50 ml air
Biarkan ia kembang
Kemudian panaskan cara double boiler hingga gelatin larut ~ ketepikan
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat & sedikit garam, kacau rata.
Tambahkan golden syrup
Bila semua sudah cair tambahkan gelatin tadi.
Kacau rata
Letakkan perisa vanila dan kacau sebati
Angkat dan sejukkan
Bila dah sejuk masukkan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras sedikit.
Ganache ni kita kena buat 2 adunan. Satu adunan kita letak gelatin dan satu lagi tak perlu. Yang tak perlu kita ketak gelatin tu kita buat setelah kek kita siap kita sapukan dengan cream cheese frosting dan selepas cream cheese mengeras. Itupun jika kita nak sapukan keseluruhan kek dengan ganache, jika nak buat macam ita ni tak perlu lah buat ganache ke 2 tu.
Sekarang kita sediakan pula Cream Cheese Frosting. Sebeluam kita buat cream cheese frosting, cheese dan butter tu kita kena keluarkan awal dari peti ais. Biarkan kedua-dua bahan ini berada pada suhu bilik.
CREAM CHEESE FROSTING
125gm Philadelphia cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanila ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon ~ ita tambah
sedikit pewarna kuning ~ ita tambah
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising, pewarna dan jus lemon.
Masukkan adunan dalam piping bag dan simpan dalam peti ais hingga ia sedikit mengeras.
Bila kesemua bahan telah siap kita mulakan pula proses untuk melapis kek.
Kek tadi kita potong pada 4 kepingan yang sama besar. Buangkan lapisan permukaan kek yang keras.
Letakkan sekeping kek atas lapik kek
Letakkan cream cheese di tengah-tengah kek bentuk bulatan ukuran sebesar duit siling 50 sen. Kemudian letakkan pula ganache coklat di sekeliling cream cheese tadi dalam bentuk lingkaran. Buat kaedah ini sehingga habis secara berselang seli macam dalam gambar.
Setelah habis selapis, masukkan semula dalam peti ais sekejap dalam 10 minit, kemudian keluarkan dan letakkan pula lapisan kek yang kedua. Dengan kaedah yang sama cuma kali ini lapisan bulatan siling 50 sen ditengah ditukar pada ganache coklat pula. Buat kaedah yang sama hingga habis. Kemudian simpan semula dalam peti ais anggaran 10 minit.
Keluarkan dan mulakan pula lapisan pada kepingan yang ke tiga, cara dan kaedahnya sama seperti kepingan yang pertama.
Setelah siap kita letakkan lapisan yang terakhir dan salutkan keseluruhan kek dengan cream cheese tadi. Simpan dalam peti ais sehingga cream cheese yang tersalut pada permukaan kek mengeras.
Sementara kita menunggu cream cheese mengeras kita sediakan ganache coklat untuk salut permukaan luar kek. Kaedah yang sama seperti resepi ganache di atas cuma kali ni tak perlu letak gelatin.
Kek yang dah siap tadi kita letakkan atas redai untuk proses meletakkan ganache. Alas bawah redai dengan loyang supaya bila kita tuang ganache baki ganache akan jatuh ke dalam loyang.
Curahkan ganache dari tengah dan biarkan ganache meleleh turun ke sisi. Jangan ratakan permukaan kek ye biar ia rata sendiri. Cuma perlu sendeng-sendengkan loyang sahaja .
Kemaskan kek dan simpan semula dalam peti ais hingga ganache mengeras.
Hiaslah kek mengikut kreativiti masing-masing.
28 comments:
asslm Kak Ita...sgt cntik kek tu...kemas dan akak sgt rajin...suka pula mnengoknya...mesti sedap ni..masam2 manis...
Akk share resepi ni ya ita..menarik sangat...
kak ita klu ngekek...
memang terbaikk...
cantikk mempersona jerk kek2 akak tu...
suka mas tengok......
pagi-pagi tengok kek cantik lagi nyummy ni memang TERBAEKK!!!
Kalau tak sihat, rihat dulu hingga betul2 semboh.
Cantik sangat kek Ita ni, beruntung la si abg, tak perlu order kek kat kedai nak celebrate birthday.
alahai memang cantik dan mesti sgt2lah sedappp
terima kasih kak ita berkongsi resipi kek yg nampaknya sangat mewah dgn coklat ini... pasti menjadi kegemaran seisi keluarga :)
cantik cake tu kak... ^_^
Assalam Ita cayang...terima kasih wish anniversary akak tu..kalau dekat tentu akak nak Ita buatkan kek ni tuk akak dan hb akak...hehehe.. Dah x kuasa nak buat kek skrg ni...kebetulan lak pi jenjalan rumah Hana smlm..sakan berjamu..
Sebelum terlupa Happy Birthday to Amirul dan cik abang Ita jugak...Moga mereka berdua akan menjadikan diri Ita berasa bahagia selamanya....Semoga keduanya jugak panjang umur, murah rezeki dan diberkati kehidupan oleh Allah swt...amiiinn..
marveles..
cantik sangat2 kek akk ita
no komen dgn kreativity kak ita.
hanim suka sangat
As'salam Kak Ita ...
Tahniah kak !!
Kak Ita sangat creative. Tentu sedap!
Insya'Allah ... nanti free2 Nina nak cuba yg nie lak ...
Baru-baru nie Nina try Carrot Cake.
Wow !!! Tak terkata kesedapannyer...
Tak cukup 1 adunan kakkk ;)
hehehe . . .
salam kak ita..kite nie suka beno jd silent reader...bile tgk kek2 kak ita..tingin nak rasa hasil tgn kak ita...mesti sodap & enak mcm keunikkan nye kan...tu la..besday yg bakal mjelang nie wat kite sedih...bln nie adalah hdiah tragis wat kite...
suka sangat tengok kek2 yang akak buat... rasa teringin nak buat jgk!! tapi risau tak jadi.. ehehe~ aritu nak wat red velvet, last2 tak jadi terus down. bungkus terus brg2 wat keke. =P
Cantiknya kejadian kek Ita ni. Agak kalau mama yang buat, mesti sememeh!
Salam Ita, akak mmg suka tgk blog ita ni...dan akak selalu rekomen kwn2 tgk blog ita...byk idea2 baru boleh dpt kat sini..pastu gmbr cantek2 smuanya..tahniah ita..oh ya pasal kek ni mmg kontroversi skit..tapi apa2 pun tahniah skali lg sbb ita dpt buat kek ni dgn cantek dan kemas dan ikhlas, itu yg penting...wslm
Hello Kak Ita (May I call you this). Your cakes are always amazing, very inspiring me. Greetings from me, Ella, from Indonesia.
Spechless lihat cake Kak Ita ni...betul betul rajin melapis lapis kue serumit itu. Rasanya pun nampak sangat sedap. Selamat milad buat anak Kak Ita, semoga jadi anak yang berbakti pada kedua orangtua, agama dan negaranya.
happy beday utk ank n hubby k.ita...suke tengok hasil tgn akk bila wat kek..bersih mata ni bila tengok kek2 akk..cantik n kreatif..suke3x :)
Sangat Menyeleraan kek tue...
Bertuah birthday boy....
kek ni sgt menarik pada pandangan mata saya...deko nye juga cantik...cadang nak try buat utk besday anak sedara next month.kak ita saya nak pakai resepi kak ita ni ye. deko nye pun tiru kak ita leh tak, hehe. geram tengok.
assalamualaikum kak ita...
saya nak tanya cream cheese frosting tu kena wat 2 kali ke mcm coklat ganache tu utk lapisan dlm dan luar..??
terima kasih ita.. sudi share resepi di sini.. saya telah mencuba.. kek choc ini.. memang sangat lembab dan rasanya juga sedap... teramat suka... thanks...
as-salam, kak ita. saya dah try buat resepi ni. alhamdulillah smua okek kecuali bab deko. huk2. sudi2la singgah & bg komen. setiap komen akak, amat di hargai. makacih. http://along25.blogspot.com/2012/04/choc-moist-cake-no-backup-cake.html
Assalamualaikum, kak ita, kita nak tanya, tang cream cheese frosting tu kan, satu adunan tu khas utk melapis je kan, jadi makanya untuk salutan keseluruhan kek, adakah kita kena buat lagi satu adunan utk salutan kek? Terima kasih.
AsSalam Kak Ita,
dlm byk3 resipi kek ni, resepi kek yg mana sesuai utk dibuat kek hantaran?
uishhh... lawa laa.. nk cuba lah mintak halal ye resepi nie... sdare oder tok raye nie.. xd idea nk wt cake coklat ape.. yg nie paling best...
Post a Comment