Assalamualaikum..
Adoii... baru berapa hari tak singah sini dah terasa lama sangat... aii.. rindu pulak rasanya dengan blog ita ni..
Almaklumlah berapa hari ni sibuk sikit.. anak-anak pun balik cuti.. Bila anak-anak balik cuti ni rumah pun riuh rendah, maknya pula sibuk memasak menu yang di order..
Anak-anak pula sibuk mengadap komputer.. tak de can lah maknya nak dok mengadap blog ni lama2.. masing-masing berebut nak guna komputer yang satu ni..
Komputer yag satu lagi masih bermasalah.. Pic ita banyak dalam tu.. tapi semua tak boleh nak dikeluarkan gara2 CD tersekat dalam tu.. dah dia jam lah pulak! dah payah.. ita nak buat kerja ita ni.. Sabar aje lah kan..
Berbalik pada resepi yang dah tertunggak berapa hari.. di SINI Resepi ni mudah sangat cara membuatnya. Resepi ini jugalah yang telah di order oleh kawan Dalili untuk B'day dia tempoh hari.. Maaf ye lambat masukkan resepi.. Resepi asal dari resepi Moist Pandan Marble Cake
Resepi kali ni ita buat dalam cup cake dan ita namakan Chocolate Pandan Cup Cake. Ita letak 3 warna iaitu pandan, coklat dan kuning. Untuk pandan ita letak pandan emulco dan sedikit pewarna hijau. Untuk coklat pula ita letak Chocolate Emulco manakala untuk kuning ita letak paste vanila dan sedikit pewarna kuning. Kemudian tuang selapis demi selapis, satu lapisan tu satu sudu. Kemudian kita bakar.. lah dia..
Ok jom kita semak resepinya dulu..
CHOCOLATE PANDAN CUP CAKE
Adaptasi daripada resepi : MARBLE CAKE
By : Snappy Treats
250 gram mentega~ di cairkan dan sejukkan
250 gram gula kastor
250
gram tepung gandum, diayak
8 biji telur
1 camca besar ovallate
4 camca besar susu pekat manis
2 camca besar serbuk koko
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco
1 camca teh pes pandan
Perawna kuning dan hijau
Panaskan
oven pada suhu 170C
Susun cawan kertas dalam loyang muffin ~ ketepikan
Dalam mixing bowl, masukkan tepung, gula kastor,
ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata dengan whisk hingga
semua sebati.
Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan
gebu (kurang lebih 7 - 8 minit).
Tuang mentega cair dan gaul rata dengan
spatula.
Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak, satu diletak
pandan paste dan pewarna hijau ~ kacau rata.
Satu lagi diletak coklat emulco
dan serbuk koko ~ kacau sebati.
Satu bahagian lagi letakkan paste vanila dan sedikit pewarna kuning ~ kacau rata
Sudukan cara berselang seli antara adunan
pandan, kuning dan coklat.
Bakar selama 20 - 25 minit atau hingga masak.
Keluarkan kek dan susun atas redai hingga kek sejuk
Ramai yang tanya cara buat bunga tu kan.. Caranya mudah aje..
Untuk kelopak bunga tu ita gunakan nozel no 104
Untuk Krim ita gunakan krim putar bukan tenusu jenama Rich yang kotak warna gold. Krim ni kita putar hingga kembang. Kemudian ita ambil sedikit dan letakkan pewarna pink. Masukkan dalam piping bag. Kemudian dalam piping bag yang sama masukkan krim putih yang kita tak letak warna. Ini bermakna dalam satu piping bag ada dua colour iaitu putih dan pink.
Mula-mula kita letakkan kudup bunga di tengah-tengah cup cake. Untuk kudup bunga ni cuma masukkan sedikit krim putih dalam piping bag dan potong hujungnya. Pas tu letak kat tengah dan tekan piping bag dan tarik ke atas itu sahaja.
Dengan mengguna piping bag yang bernozel 104, kita mulakan proses membuat kelopak. Kedudukan nozel yang kecil sebelah atas dan yang besar sebelah bawah. lihat nozel.
Mulakan untuk buat kelopak. Buat 3 kelopak dahulu
Kemudian tambahkan kelopak dari 3 kepada 5, 7 dan seterusnya hingga habis satu cup cake. Mudah aje kan.. Selamat mencuba!
Apr 12, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
test
26 comments:
Oooh..mcm tu ker rose terhasil. Baru tau. Terima kasih kak ita sbb x lokek berkongsi ilmu. Suka sangat. Ilmu yg berguna ;)
cantek...
Weeeeee...Ita cayang...tak terbuat akak..takut x jadi kelopak bunga, jadi kelopak jagung lak, hahaha..nnt akak datang Johor, buatkan tuk akak, kena tengok depan mata...buka class bawak pokok okehh! Adeeehh....fengsan tgk seni tangan Ita ni... ^__^
As Salam...Bila la bleh break diet nie...kecur tengok! : )...tapik masih tak bleh nak lupa daratan, kena gak disiplin/tetapkan iman/kekang napsu..hehe ..dah kembang benar! (lain la yg badan mantop maintain slim..hehe)...uwaaaa.... : (!!!
As Salam....bila la bleh break diet nie, kecur tengok! : )..tapik tak bleh nak lupa daratan...kena disiplin diri/kekang napsu/mantapkan iman tang nie, dah kembang benar!lain la kalau badan tu jenis mantop maintain slim je kan but tak tersenarai dlm category gitu, jadiknya uwaaaa!!! : (
Assalam Dik Ita...cantiknya karya seni Adik...very impressive....kagummmm sgt!Tahniah & Tq for sharing!
boleh kak ita tunjukkan susu Rich tu tak?? almaklumlah kita ni orang baru
kagum dgn keseniaan akak...terpegun dgn hasilnya...kemas...gambo pon cntik2 ala Inggeris lg...
anggunnya living room kak ita...bertambah anggun dgn kek yg comel dan edap...fresh cream ni x muak berbanding butter cream kan...
As'salam Ita
Rindunya kat Ita ni macam lama betul tak singgah ni sinikan. Baru pagi tadi dok tanya Che Mat, mana Ita tak muncul2 ni,tup2 dah keluar dah..hehehe
ct ni pun dok payah nak bukak blog amat2 slow nak lodding. bila anak dara ct balik cuti tenet kat rumah ni pasti terganggu gugat ..hahaha. Maklumlah dia akan duduk depan laptop 24 jam Ita, mana tak slownya..hehehe
cantik menarik dengan kuntuman rose pink atas muffin tu :)
Kak Ita,
Cantik betul kelopak bunga tu... sayang nak makan.
Nak tanya, kalau tiada ovalate, nak ganti kan dengan apa yea? kat Stockholm cari tak jumpa...huuu
yay!! camtu rupanyerr.. nak try gak lah.. even hasilnya takkan segojes kak Azlita punya.. hehehehe.. thanks for sharing :)
mantappp! cantik & menarik.. suka tgk gambar2 ita.. haishhh.. mmg semua gambar2 ita akak suka tgk.. hihi...
Resepi utk icingnya mcm mana?...tak cair ke ?
Comey comey comey... i like!
Cantiknya
sedapnya......saya mmg pemgemar cup cake.....
sy cukup kagum ngan persembahan akak, setiap hari sy mesti buke blog akak, wajib coz menarik..n akak xkedekut ilmu...tq n tahniah..
salam kak ita
nak tanya 1 adunan boleh dapat berapa biji cupcake?
Salam kak,
Cantik cake stand tu..kat mana beli ye?
salam kenalan...:)
kek2 k.ita memang mantap..ain suke sgt..
Kak Ita punya entry sentiasa mantopsss gitu...
Wow berseri2 cupcake Kak Ita..tergoda sangat2. Berseri2 cc tu dengan hiasan icing rose tu.. Video baru tu menarik! Kreatif betul anak2 akak.
salam.kak ita dapat berapa cup untuk adunan ni
bahan seperti tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis tu mmg semua skali la..??dahtu pukul sampai kembang..??
Salam Kak Ita, tq atas perkongsian ilmunya.Moga Kak Ita terus sukses dan memberi ilmu kepada semua.
Post a Comment