PETER ~ PAN JELLY - masam manis f

Breaking

Apr 9, 2012

PETER ~ PAN JELLY

Assalamualaikum


Dah malam-malam macam mi baru lah ita dapat masukkan N3 ni. Sebenarnya ita sedikit sibuk sejak kebelakangan ni. Tak cukup waktu nak mengadap blog. Walaupun tugas dan rutin seharian berjalan seperti biasa, tapi dek kesuntukan waktu dan mengejar masa ita terpaksa kurangkan waktu berblog ni. Ita terpaksa uruskan mana yang lebih penting bak kata orang yang dahulu didahulukan..


Hari ni pula keadaan berlaku sebaliknya. Sebenarnya ita dapat tempahan untuk buat cup cake sempena birthday kawan Dalili. Oleh kerana  ita dapat tempahan dengan kadar masa yang suntuk dan bekalan bahan-bahan kat rumah yang dah semakin kehabisan, ita buat sekadar yang termampu dengan hasil stok yang masih ada. Nak gi beli kat kedai, kedai jual bahan kek pula tutup pada hari minggu ni... jadi ita gunalah apa aje yang ada kat rumah.

Ita berharap sangat agar kawan Dalili dan ibunya berpuas hati... Dan dikesempatan ini juga ita dan Dalili ingin mengucapkan selamat ulang tahun yang ke 10 buat adik Atiqah Maisarah, semoga Atiqah berjaya dalam hidup, menjadi anak yang soleha dan membangakan ibu dan ayah.

Terima kasih atas tempahan dan minta maaf jika ada sebarang kekurangan..


Hari ni pula, kepala ita senoneng.. toing.. toing..
Semalaman tak tidur kerana menyiapkan cup cake.. hihi
Kepala dah berat semacam aje ni.. berpinor-pinor mata.. Nasib baik suami ita cuti, dapatlah dia bantu ita ambil Dalili dari sekolah..

Ok lah kita berbalik pada menu atau resepi ita hari ini. Pernah dengar nama buah Naga atau Dragon Fruit. Mungkin ramai yang sudah sedia makhlum dengan buah ini. Buah ini juga nampaknya semakin mendapat tempat di pasaran. Buahnya kelihatan agak pelik! dan ita seperti biasa akan jakun bila pertama kali jumpa buah ni.. hihi

Sebenarnya ita tak pernah makan buah naga ni. Tak tau macam mana nak makan dan tak pernah tau apa rasanya. Hari tu bila ita jalan kat pasar berhampiran rumah ita ni.. Ita nampak lah kelibat buah ini yang galak dijual dikaki lima. Melihatkan buah yang segar dan baru turun dari lori, buatkan hati ita terpanggil untuk merasa buah yang selalu ita lihat tapi tak pernah terasa nak membelinya..


Buah ni ada 2 jenis, satu isinya berwarna putih dan satu lagi isinya berwarna merah. Yang berwarna putih buahnya sedikit lonjong berbanding yang isi berwarna merah yang mana buahnya agak bulat. Ita pernah lihat pokok buah naga ni. Pokoknya sama macam pokok kaktus. Rasa-rasa buah naga adalah dari spesis kaktus yang berbuah. 

Bila ita makan buah ni, teksturnya seakan buah kiwi, tapi yang menghairankan ita, ia tidak mempuanyai rasa.. macam tak de rasa apa-apa pulak! manis yang biasa aje..hihi ye ke?? atau deria rasa ita tak cukup kuat untuk menangkap rasanya.. Baunya juga tidak terhidu seperti buah-buah tempatan yang lain yang mempunyai bau yang harum dan memikat selera.. tapi keistimewaan buah ini pada warna kulitnya yang merah dan bersisik dan isinya yang berbiji..


Apa ye keistimewaan dan kebaikan buah naga ni..  Kita ni kadang pandai makan aje.. tapi khasiat dan kebaikan langsun kita tak pernah ambil tau.. Apa kata kali ni kita intai apa pula khasiat dan kebaikan buah naga ni.
 
Untuk dapatkan maklumat dan khasiat buah naga ni, ita singah di SINI
dan SINI 
Kepada tuan empunya blog, ita minta izin untuk copy dan letakkan segala maklumat tentang kebaikan buah naga ni untuk dikongsikan kepada rakan-rakan yang lain. Semoga dengan pembacaan ini semakin ramai yang ingin mencuba dan merasa khasiat dan kebaikan buah yang istimewa ini.


KHASIAT BUAH NAGA

Buah naga mempunyai khasiat yang bermanfaat bagi kesihatan manusia diantaranya sebagai penyeimbang kadar gula darah, pelindung kesihatan mulut, pencegah kancer usus, mengurangi kolesterol, pencegah pendarahan dan mengobati masalah keputihan.

Buah naga biasanya dirangkumi dalam bentuk buah segar sebagai penghilang dahaga, kerana buah naga mengandungi kadar air tinggi sekitar 90 % dari berat buah. Rasanya cukup manis kerana mengandung kadar gula mencapai 13-18 briks. Buah naga juga dapat disajikan dalam bentuk jus, sari buah, manisan ataupun sajian lain mengikut kesesuaian selera anda.

Secara umum, pakar sependapat dan mengakui buah naga kaya dengan potasium, ferum, protein, serat, sodium dan kalsium yang baik untuk kesihatan berbanding buah-buahan lain yang diimport.


Menurut AL Leong dari Johncola Pitaya Food R&D, organisasi yang meneliti buah naga merah , buah kaktus madu itu cukup kaya dengan berbagai zat vitamin dan mineral yang sangat membantu meningkatkan daya tahan dan bermanfaat bagi metabolisme dalam tubuh manusia.

“Penelitian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk sistem peredaran darah, juga memberikan efek mengurangi tekanan emosi dan menutrealkan toksik dalam darah.“Penelitian juga menunjukkan buah ini bisa mencegah kancer usus, selain mencegah kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah dan menurunkan kadar lemak dalam tubuh,” katanya.

Secara keseluruhan, setiap buah naga merah mengandungi protein yang mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan menjaga kesihatan jantung, serat (mencegah kancer usus, kencing manis dan diet) karotin (kesihatan mata, menguatkan otak dan mencegah masuknya penyakit), kalsium (menguatkan tulang).

Buah naga juga mengandungi zat besi untuk menambah darah, vitamin B1 (mencegah demam badan). vitamin B2 (menambah selera), vitamin B3 (menurunkan kadar kolesterol) dan vitamin C (menambah kelicinan, kehalusan kulit serta mencegah jerawat).

Berikut ini kandungan nutrisi lengkap buah naga :

Kadar Gula : 13-18 briks
Air : 90 %
Karbohidrat : 11,5 g
Asam : 0,139 g
Protein : 0,53 g
Serat : 0,71 g
Kalsium : 134,5 mg
Fosfor : 8,7 mg
Magnesium : 60,4 mg
Vitamin C : 9,4 mg 



Bila dah beli buah naga ni, hihi ita tak tau pula apalah nak buat dengan buah ni, anak-anak pula kurang gemar dengan buah ni. Akhirnya ita pun berkelana di dapur CMG untuk mencari resepi yang sesuai untuk ita jadikan satu sajian yang mungkin dapat menambat selera anak-anak supaya sama-sama menikmati buah yang kaya khasiat ni..

Melihatkan resepi CMG yang banyak menggunakan buah naga ni, ita tertarik dengan resepi INI
Akhirnya ita mengambil keputusan untuk mencuba, dan hasilnya memang tidak mengecewakan. Hasil gabungan buah naga dan nenas memang serasi. 

Daripada pemerhatian ita juga, ita rasakan tekstur buah naga ini sangat sesuai jika kita jadikan puding yang menarik. Bukan sahaja menarik ita rasa ianya juga sesuai jika kita nak jadikan sebagai salah satu juadah untuk barangan hantaran. Kepada bakal-bakal raja sehari, apa kata jadikan buah naga ini sebagai salah satu koleksi pemberian buat hantara untuk pasangan masing-masing. Bukan sahaja ianya menjimatkan malahan, sangat menarik dan nampak eksklusif sekali... hihi


 

Terima kasih kepada CMG kerana berkongsi idea, sehinggalah tercetusnya ilham untuk melahirkan koleksi puding Petterpan ini. Kenapa namanya Petterpan..?? untuk dapatkan jawapan kenalah baca N3 CMG di SINI

Ita ada olah sedikit resepi asal, supaya ianya seiring citara ita dan keluarga. Ita juga buat selapis demi selapis. Ita bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Ita tambahkan sedikit tepung kastard untuk adunan nenas dan tambahkan sedikit pewarna kuning. Ita asingkan antara puding naga dan puding nenas. Ita tambahkan sedikit esen nenas dan sedikit esen vanila pada lapisan merah bagi memberikan aroma pada puding. Ita juga gunakan 2 jenis buah naga merah dan putih. Untuk lapisan nenas ita campurkan juga puri buah naga putih supaya bila dipotong akan kelihatan bijik2 buah naga. Ita juga corakkan potongan buah naga merah dan putih dan buah anggur hijau sebagai corak daun bunga.

Masalah yang ita hadapi dalam menyediakan puding ni ialah, buah naga merah melunturkan warna merahnya dan warnanya meresap ke puding kuning. lainkali ita kena gunakan buah naga putih dan meletakkan pewarna merah untuk lapisan merah.

Terima kasih sekali lagi Mat, akak minta izin untuk kongsikan dan panjang-panjangkan resepi ini disini untuk rujukan dan panduan bersama.


PETER - PAN JELLY
By : CMG Dapur Tanpa Sempadan

1 bungkus konnyaku jelly powder ~ ita guna agar-agar
180 g gula pasir
150 g buah naga merah, dilecek halus
750 ml air
200 ml susu sejat
1 1/2 cawan isi nenas dalam tin telah didadu kecil
2 helai daun pandan, disimpul
Hirisan buah naga, untuk hiasan
Hirisan nenas, untuk hiasan

Sediakan acuan yang sesuai (mat guna jenis kecik2), isi kan setiap acuan dengan isi nenas yang telah didadu tadi. Ketepikan.
Satukan gula dan serbuk jelly konnyaku ke dalam 750 ml air, kacau rata dengan whisk, jerang atas api sederhana sambil dikacau, hingga mendidih. Masukkan daun panda juga, kacau selalu.
Tuang susu cair, kacau rata dan masukkan buah naga merah yang telah dilecek tadi, kacau lagi dan masak hingga mendidih, gunakan api kecil. Keluarkan daun pandan dan tuang bancuhan tadi ke dalam jug air.
Berhati2 tuang ke dalam acuan kecil yang telah disediakan awal tadi hingga penuh. Biarkan wap panas nya hilang dan simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam, atau hingga beku dan sejuk (biasanya jeli konnyaku cepat membeku). Keluakan dan hias dengan hirisan buah naga dan hirisan nenas tadi.

Lupa nak tulis, lapisan atas tu ita letak lapisan agar2 putih sahaja. Agar2 masak dengan air dan gula. Bila susun buah tuangkan agar2 putih tu dahulu. Agar2 tu buat dalam 1/2 peket sahaja.

29 comments:

monalea said...

cantik...rasa sayang nak makan

NinaAz said...

perghhhh.... giler cunnnn ..huhu.. nanges (T_T)

ibh_sue said...

Aslmkum Kak..
Hadoiii..dah la sedap..lepas tu gambo2 food nya pulak cantik2..
Suka dengan hasil gambo akak tau..Sangat kreatif.

Qasey Honey said...

kak Ita...cantiknya...xbkelip mata mnengoknya...

ummiaisyah said...

Ye la..ajaib sungguh tgn kak Ita....lebih dr cantik..speechless!

Hanis Zulaikha said...

Ya Allah kak ita...superb hebat ler....tengok gambar pun dh tahu tahap kesedapannye....memey terliur lah..

norhanim md zain said...

Apa khabar ita..rindu duk tertungu tungu N3 terbaru dari ita.bila keluar aja..aduhsss....meletup....terbaik.....

is esma said...

always the best aunty ita. :)

Unknown said...

Slm Kak ita...bestnya...siap ada layer kak....mmg terbaeeek!!!

rahel said...

Selamat malam Kak Azlita...terpegn gue tengok pudin tu..cantek sangat..macam kek la..

::Azura Rahman:: said...

antara impian sy ialah nk tgk kak ita buat semua nie.. cantik sgt kak.. syukur kak ita diberi keistimewaan spt ini.. kreatif.. teliti.. isk.. dh x reti nk puji apr lg.. huhuhu..

.: S.A.Y.A :. said...

salam...
kak ita, nape gambO jelly kak ita ni, yg layer atas tu cam jeli putih kosong je? kak ita susun buah naga n buah2 lain tu dulu, then tuang jeli kosong, then baru tuang adunan jely mix susu cair tu ek? sbb tengok gambO ni cam yg adunan mix susu cair+buah naga tu jadi lapisan kedua...

Kek Kawin said...

Salam kak ita,cantik sangat ,kalau iza sayang nak makan.Mesti sedapkan ,secantik rupanya

Euphoria Hana said...

perfecto..kagum dan terpesona ;) ni rasa cam nak buat jugak ni kak ita ;)

Pn.Mieza Fadzly said...

setiap kali tgk kak ita masak mesti teruja nk try ;)

Unknown said...

cantiknya jelly ni kak...saya suka mkn buah naga yg warna tu.buah naga kat sini tak ada yg warna purple tu ada yg putih jer tu pun import mari harga memang mahal la.

cahayahidupku.blogspot.my said...

Canteekkk lah kak ita.. pandai betul kak ita deco...

Memang betul kak ita, buah naga ni banyak khasiatnya... nabil cukup suka...

Minta share resipi ye ^___^

mashitah said...

buah naga mmg sedap dan mmg bagus utk kesihatan..klu buat jelly mmg sedap...meriahnya

Ummi said...

Assalam Ita cayang....subhanallah...cantiknya la jelly ni Ita ooiii...kena pulak dgn sentuhan seni dr Ita, bertambah2 elegant akak tengok...leh wat hantaran nih! Hehee... Akak mmg suka buah naga yg merah tu Ita, kalau dpt 2 biji tu...sekali hadap ulang2 makan...habis kat akak sorang...tp yg putih mmg akak x suka, xda rasa apa pun ntahh...tp isi dalamnya cantik.... Ini pulak Ita gabungkan kedua2 buah...pergghh lg mantopss!

CA said...

ya Allah..memang dah xde kata2 yg nak diucap utk hasil tgn kak ita ni..Sokmo buat sy nganga kejap...kadang2 lamaaaaa nganga tu...
memang cantik..and konherm sedappp...
muah2...

ogyep yummy mellow said...

cantik dan mengancam... Standard gitu kalau hasil tangan kak ita... mantopsss selalu..

Rohah said...

Salam Kak Ita, teruja sungguh saya nengok puding nie..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sapa dpt hantaran puding secantik ni mesti seronok sakan... cantik gilerrrr... sapa tak kenal dengan ita yg tangannya sgt berseni.. ada2 jer idea kretif ita.. hehe..

akak suka buah naga merah sbb lebih sedap dari naga putih tu.. hehe.. nak yg sedap aje..

Watierman said...

Assalam Dik Ita....Subhanallah...cantiknya anugerah bakat yang Allah berikan buat Ita..menghasilkan puding yang sangat cantik...kreatif...Speechless Akak!!

Anonymous said...

Wah, sungguh mengkagumkan! Apa yg Ita buat semua beautiful tapi yang ini too amazing beyond words... u're an inspiration :)

Anonymous said...

As Salam....body sape tu?slim jer..jeles bangat deh....hehe..sebab bleh makan segala2 yg sinful n still maintain (tak puas hati..ahaks)

Ain Fajar said...

buah naga mmg byk istemewanya, ianya sesuai tok org yg sakit kencing manis 2sbb buah nie tak manis..tp kdg2 yg merah tu manis juga tp x semanis buahan lain..warna buah nie mmg kuat xperlu pewarna makanan dah..jelly tetap cantik dan mengoda..

1 lg, best tengok vidio akak kat atas2..

Su @ Aya said...

Salam... kat rumah saya ada pokok naga merah tu. bila musim berbuah (musim panas), memang byk la buahnya. dan naga merah lebih manis berbanding yg putih. yang putih, memang macam tak der rasa kan. yg naga merah kt rumah tu, jarang la buahnya tak manis. tapi manis yg sedap la.


http://worldsaroundme.blogspot.com/2009/03/pokok-naga-i.html

ada post tentang buahnya.. tapi dah lupa bila!

monasrie said...

sgt cantik, menarik dan kak ita memang debommm...rasa nak buat jugakk...serius..memang sy tertawan..belum dpt rasa lagi..

Post Top Ad

test