Alhamdulillah nampaknya hari ni cahaya sangat terang benderang. Matahari pun memancar cerah. Harap-harap biarlah sampai ke petang.. Dah berapa hari hujan.. kain baju banyak yang tak kering.. lembab aje tersidai atas ampaian..
Apa khabar semua hari ni?? Harap-harap sihat dan ceria lah kan secerianya kicauan Sang Burung dan sehangatnya Sang Mentari..
Bagi ibu-ibu dan suri rumah, pastinya waktu pagi begini adalah saat yang paling sibuk melangsaikan urusan rumah tangga. Sibuk memasak didapur, membasuh pakaian, mengemas rumah.. dan sudah semestinya tugas itu tidak pernah berakhir.. Yang menghairan kita tidak pernah berasa jemu melakukan tugas yang sama setiap hari..jauh sekali untuk mengeluh..
Yang paling utama setiap tugas itu kita lakukan dengan reda dan ikhlas..
Bagaimana pula dengan juadah untuk hari ini? dah ada perancangan ?
Kalau inginkan resepi untuk pencuci mulut atau dessert cuba lah resepi puding roti pelangi ni..
Yang pasti ianya sedap! rasanya juga ada kelainan, lembut dan lemak manis ditambah lagi rasa orange dan harum lemon yang memikat!
Resepi ni ita ambil dari My Resepi. Resepi yang dikirimkan oleh Cik Mai. Terima kasih Cik Mai atas perkongsian resepi dessert yang sedap dan memikat selera ita dan keluarga. Menurut Cik Mai, beliau dapatkan resepi ni dari sebuah majalah Mingguan Wanita. Tak sia-sia mencuba kerana ianya sedap dan serasi dengan citarasa ita..
Ita buat setengah daripada adunan asal. Ita olah sikit resepi ikut citarasa ita. Tapi jangan bimbang ita sertakan resepi asal disini untuk rakan-rakan yang teringin mencuba.
Ita juga serta resepi yang ita dah ubah suai. Pengubahsuaian yang ita lakukan tak lah banyak dan memjejaskan resepi dan rasanya. Ita cuma tambahkan sedikit paste lemon untuk dapatkan harum lemon dan bagi menghilangkan rasa telur..
Semua dah tak sabar kan nak lihat resepinya..
Apa tunggu lagi, jom kita ke dapur.. yok!
PUDING ROTI PELANGI
By : Cik Mai
Rujukan : My Resepi
1 paket agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera individu)
2 sudu besar sunquick
Pewarna hijau
Pewarna merah
Sedikit esen vanila
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera individu)
2 sudu besar sunquick
Pewarna hijau
Pewarna merah
Sedikit esen vanila
Dgn menggunakan blender, kisar roti dgn telur,susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar td. Masak dgn api perlahan.
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
Kemudian angkat dan tuang adunan yg di masak dlm loyang (tupperware pon boley).
Drpd adunan td, asingkan 2 cawan berasingan adunan. 1 dicampurkan dgn pewarna merah, 1 lg dgn pewarna hijau.
Tuang adunan berwarna td secara berselang seli ke atas adunan di dlm loyang.
Sejukkan.
PUDING ROTI PELANGI
7gm agar-agar
serbuk
300 ml air
1biji telur
1 tin susu cair
1 tin susu cair
3 sudu makan susu pekat manis
3 keping roti
3 sudu gula
3 keping roti
3 sudu gula
1 sudu besar sunquick
1 sudu teh pate lemon
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau, merah, purple, biru
Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga didih.
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
Tutup api dan masukkan paste lemon
kacau rata
Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan
Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air.
Ketepikan
Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain
Buat hingga habis
Kemudian sejukkan.
32 comments:
Waaaaaaaaaaaaahhh...cantiknya puding roti pelangi mu Ita cayanggg....terpegun akak tengok...adeeii lg berselera nak makan..xpa kan, makan puding seloyang pun...x gemukss kaan..hehehhe ^__^
nampak sedapnyer...klu dpn mata nie mmg ngap2 jerla...kebetulan arini beday my hubby n dia request puding roti...nak cuba puding roti yg nie la...harap2 menjadi la...huhuhu...minx share resepi yer...
So cute..berkobar2 pula nak mencuba rasanya..
Cantiknya lahaiiii, mesti sedap sebab ada paste lemon dan oren sunquick. Lain dari rasa puding roti pelangi yang biasa kita buat sbelum ni. Urmmm, tengok corak atas tu, teringat zaman2 sekolah dulu masa subjek lukisan pernah dapat tugasan buat corak macam ni, pernah tak??
Oh, ya.. kita dah cuba buat rainbow cupcakes resepi Kak Ita, mabeles!! tenkiuuuuu
Canteeekkk .... warna-warna pelangi tu.. macam nak cuba jer.. Mohon copy paste resipi ye..
cantiknya puding pelangi Ita ni..kalau lalu kat tekak yatie yg perit ni bestnyaaaa..nmpknya kenalah wat sendiri..hu3....
perhhhh...cantikkk berseri2 puding roti pelangi kak ita tu..
mengancammmmmmmmmmm.............
ohsem! :)
cantiknya kak!!!! menggiurkan sungguh!
menarik & tertariklah ita....
yumyum....
haaa sue pon da pernah try mmg sedap......tgk kak ita buat lagi mengancamm....cantissss..!!!!
kreative!
i like it kak ita
sedapnya............membangkitkan selera nak makan...
Assalamualaikum.....cantiknyer...recp yg pertama tu gune agar2 tali tu ek? Air brape ml? Teringin plak nak buat bila tengok cantik camtu :))
nak try buat laa. :))
Assalamualaikum Ita
Cantiknya Puding ni nampak kemas gitu...
Selamat Menjamu Selera :)
cantik kombinasi color2 tue...tgk jer daa nmpk sedap...resepi pon senang..bole try nie.. :)
yes....blh la try nnt..ari tu try biskut n kek batik akak..jadi..thank u akak for the resepi..
yeayy..blh try nnt..ari tu try wat biskut,puding ngan kek batik.thank u akak ngan resepi yg diberi
asslm Kak Ita cayang...dh lama xberkunjung ke sni...
tgk puding ni betul2 buat QH jatuh cinta la...cantik2 sgt kejadiannya...sgt kreatif...rasanya tntu la sedap ni...
Assalam kak Ita, lama tak singgah dapur akak ni..saya lama tak bw..kekadang sempat balas kunjungan yg singgah jer. Sedap tgk puding ni kak..lama tak memuding nanti tunggu musim panas baru sedap mkn puding.
tqvm atas sokongan akak pada blog saya..byk link dtng dr blog akak juga..tq:)
Assalamualaikum kak ita.:)
Akak takde section yg listkan resipi akak? Macam dalam blog ni http://happyhomebaking.blogspot.co.nz/
Mudah sikit untuk kami-kami yg nak belajar masak ni cari resepi.hehehe.
comelnye :D
as'salam kak ita
semalam kita dah cuba buat puding roti pelangi kak ita nih...hehehe...tq so much for e resepi..mintak izin letak link kat blog kita...utk rujukan kawan2 kita....
tapi puding kita tak secun puding akak...
sekali lagi thanks sbb berkongsi resepi puding yg sedap ini....:)
salam kak ita,
thank for sharing resepi yg sedap ni. nak tanya sikit, adunan puding yg dh dicampur pewarna kena asingkan, dia x mengeras ke sementara kita menunggu baki adunan yg nak dituang ke dlm bekas? nmpk yg kak ita buat tu nmpk licin jer, camne nk dptkan hasil yg halis tu.
terima kasih,
dari linda
Terima ksh kak ita resepi memg lazat, cntik, mnyelerakn yg plng pnting senng nk buat sure ank2 saya yg "kaki" makan tu terpesona...harusssss buat tq once again ;)
Cantiknya puding kak ita ni, nampak sgt sedap... sungguh menyelerakan. Nak try gak lah....
Ishk.. kalau ke blog Kak Ita ni selalu buat saya lapar, kak
:) nampak sedap la kak ... saya nak cuba pakai resepi ni nanti ye ...
:) hai kak puding ne nampak sedap.. saya nak guna resepi ni boleh
?
salam akak, resepi puding roti yg biasa jer xde ke???? saye teringin nk makan.....
Dlm kaq..mtk pakai resepi ni yer
Post a Comment