Kaedah penyediaan buttermilk secara tradisional terhasil daripada proses pembuatan butter. Rasanya pula seakan yogurt atau susu masam dan di negara barat, kebiasannya mereka meminumnya sejuk. Ia lebih pekat daripada susu tapi tidak sepekat krim. Daripada 1 gelen susu yang diproses hanya dapat menghasilkan 1/2 pint buttermilk.
Kaedah komersial pula menghasilkan buttermilk melalui penggunaan cultured bakteria keatas proses pasturised susu yang dibiarkan selama 12 hingga 14 jam pada suhu rendah (69F). Penghasilannya pula ada yang bergaram dan ada juga yang tidak bergaram. Tapi kebanyakkan buttermilk yang dijual mengandungi garam.
Untuk mendapatkan buttermilk di pasaraya atau dikedai menjual bahan kek adalah agak sukar. Ini adalah kerana buttermilk tidak tahan lama dan mudah rosak. Bagaimana pula jika kita inginkan buttermilk tapi agak sukar mendapatkannya di pasaran? Jangan bimbang kerana kita boleh membuatnya sendiri di rumah. Cara membuatnya cukup mudah dan tidak sampai berapa minit kita sudah boleh menggunakannya.
Terdapat 3 kaedah untuk menyediakan buttermilk
Kaedah 1 : Dengan mencampurkan susu bersama jus lemon
Caranya :
1 cawan susu
1 sudu besar jus lemon
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah ia mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.
Kaedah 2 : Dengan mencampurkan susu bersama cuka makanan
Caranya :
1 cawan susu
1 sudu besar cuka makanan
Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan biarkan selama 5 ~ 10 minit. Anda telah menyediakan buttermilk yang mudah. Gunakan lah mengikut jumlah yang diperlukan oleh resepi.
Kaedah 3 : Menggunakan Krim Tenusu / Dairy Wipping Cream ~ Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream
Putar Krim tenusu / Dairy Whipping Cream (Heavy Cream atau Thick Cream atau Double Cream atau Dairy Whipping Cream) hingga ia kental. Proses ini sama seperti kaedah penyediaan krim. Teruskan memutar sehingga ia akan mencair semula, dan terpisah 'seperate'. Hasil dari pengasingan ini menghasilkan butter (yang berupa gumpalan berwarna kuning pucat) dan buttermilk (cecair yang putih-kekuningan).
Cecair yang putih-kekuningan itulah buttermilk dan boleh digunakan dalam pembuatan kek yang memerlukan buttermilk. Pepejal kuning yang terhasil pula adalah butter.
Pastikan anda lebih berhati-hati semasa membeli krim putar tenusu kerana ia menggunakan lemak susu. Lihat tanda halal dan kandungan bahan pada kotak sebelum membeli.
Mudahkan penyediaan buttermilk. Sekarang dah tak perlu susah hati bila tidak menjumpai buttermilk di pasaran. Terpulang pada anda untuk memilih kaedah penyediaan yang mana yg dirasakan paling mudah dan menjimatkan.
Buttermilk rasa seakan susu basi kerana kemasamannya, namun ia akan menghasilkan kek yang lembut dan gebu kerana tindakbalas kimia antara buttermilk (asid) dengan leavening agent seperti soda bikarbonat.
Antara resepi yang menggunakan Buttermilk
Terima kasih kepada sumber rujukan :
33 comments:
Selamat Pagi ita..awal pagi ni bersiaran..thanks for the info..keliru juga sebelum ni skg dah faham kegunaan buttemilk ni..
terima kasih sekali lg kak dgn info tu...biase QH buat sdri aje...ikut cra no 1 dan 2 tu...hehe
Assalammualaikum kak ita, saya mmg berminat buat kek tapi byk tak tau, lepas baca dlm blog akak nie, baru lah saya tau...byknya kegunaan buttermilk dlm buat kek ye...
salam azlita,
been following your blog for awhile,thanks for the info.
tak sangka plak bila terlebih pukul whipping cream the end product adalah buttermilk and butter..
pernah terjadi..tak tau dah terlebih pukul.. i thought whipping cream tu basi so terus buang..
Salam Ita, thank you for the useful info :-)
informasi yg sgt berguna..
klulah ayu thu yg aritu terlebih putar whip cream tu..
lama dah ayu simpan cecair tu and pepejal tu as mentega.
aih..
rugi dah 10 ringgit lebih time buang tu.
Terima kasih Ita kerana berkongsi maklumat. Mama tak pernah beli, buat je...
dah lame nak merase red velvet... huwaaa!
AS'salam Ita
Selalunya ct memang buat sendiri aje buttermilk setelah tahu dari blog seorang kawan. dengan buat buttermilk sendiri lagi terjamin dan halal. Apa pun ct hargai perkongsian dari Ita ni, terima kasih ia memang berguna buat kawan2 yang tak tahu nak buat buttermilk ni bolehlah rujuk keblog Ita kan :D
salam rindu dari CT, nanti nak balik JB sediakan kek sedap eh hehehe
salam k.ita...
sebelum ucu jumpa buttermilk yg dah siap dlm kotak tu..ucu buat yg menual,tp terasa rugi pulak (beli) kadang guna hanya utk 1 adunan jer.......
Salam Kak Ita,perkongsian resepi yang terbaek..percayalah...
salam k.ita,
susu tu kena guna susu apa ye??fresh milk ke?
Terima kasih Ita...
Tq k.ita ats ilmu ni...
kak tq for blogging everyday u cheer up my day...now im bed rest at home...im like disable women...i cant reach anything...cant carry my baby...cant bake...i can only hold my tablet...im been waiting and crazy abt your blog...it's like a routine for me to open ur blog everyday..i learnt about baking so much from you...i wanted to see u one day...if you happen to come kl..please let me know super women..even i dont meet u personally but i feel like i know u sometimes ago...the cake apprentice
Info yang sangat berguna.. Tq Kak Ita.
thanx sgt2! Google buttermilk terus nmpak link ni. Cara pertama nampak mudah, harap2 nya menjadi ler.,,
Susu tuh guna susu fresh milk or fullcreamm ?
salam.......k.ita
nak tau susu jenis ape yer yg diguner..fullcream boleh ker? atau lbeh tepat lg brand aper ekk?
Tq..4 sharing..
Susu ape eh?
Salam..susu selain susu segar bleh x..
Ramai yg btanye tp x nmpk jwpn..plezzzz
Tq.very useful tips
ooo ..baru tau cara nak buat buttermilk sendiri . jenuh cari kat mall takde jual ..konon nye nak buat red velvet ni ..hihi tq Sis <3
Terikasih ilmu nya kak ita
Terimakasih ilmu nya kak ita
Terimakasih ilmunya kak
Assalam. Saya jual buttermilk powder. Packing 25kg 1 beg. Harga rm23.00 per kg.
Interested contact 0125596728
Bagaimana dengan rasa buttermilk untuk setiap kaedah ?
Bukan sepatutnya ada perbezaan ?
Maaf la atas kejahilan saya, baru nak belajar .
Alhamdulillah... Tq kak for sharing. Ter kening jp Ble Tgk resipi de buttermilk. Tgk Kt kedai mahal plak. Rupenye bleh wt sendiri. Yahooooooo!! 😘😘😘
Alhamdulillah, terima kasih ya infonya...memang terbaik...
Setelah byk taun post ni, hari ni kejadian nya terjadi. Biasa guna brand anchor, bila whisk brand emborg jadi buttermilk pulak dia. Waaa...
Post a Comment