COKLAT OREO - masam manis f

Breaking

May 23, 2012

COKLAT OREO

Assalamualaikum

Masih ramai lagi ke yang masih kurang jelas kaedah sebenar bagaimana nak mencairkan coklat masakan?
Kadang-kala rasa sedih bila coklat yang di cairkan tak menjadi. Ada yang mengambil keputusan mencampakkan ke dalam mulut Cik Tong.. adoiiiii... jangan.. jangan.... jangan dibuang coklat tu.. sayang kan mahal harganya.. Coklat yang mengerutu atau berketul-ketul tu jangan dibuang.. boleh dikitar semula untuk buat ganache atau di buat kek.


Kerana ramai yang bertanya macam mana nak mencairkan coklat, hari ini ita terangkan bagaimana kaedah mencairkan coklat yang betul hehe itupun setelah ita berguru dengan Chef Coklat kesayangan ramai ni..

Ok lah secara mudahnya. Pastikan bekas meletakkan coklat berada dalam keadaan kering ye! pastikan jangan ada air atau ia lembab mesti kering betul!


Cuba lihat rajah di atas. Rajah satu adalah kaedah yang salah sebenarnya. Coklat tidak boleh di caikan secara terendam sebegitu. Pasti wap air akan masuk ke dalam coklat dan membuatkan coklat berketul atau terpisah, tidak licin.

Bagaimana pula dengan kaedah ke dua ?
Ia masih lagi kurang tepat.
Coklat di cairkan pada suhu 40 ~ 45C. Jika dicairkan melebihi suhu ini, coklat akan mula kering, pekat dan berketul atau mengerutu.
Takat didih air pula pada 100C
Kedudukan dasar bekas yang menyentuh permukaan air juga adalah salah. Dasar bekas berisi coklat tidak boleh bersentuhan dengan air.
Dinding bekas yang diperbuat daripada keluli juga menjadi pengalir haba yang baik dan menyumbang pada kepanasan bekas.

Ya, kaedah ke tiga adalah yang paling tepat jika menggunakan kaedah pengukusan atau double boiler.
  1. Pastikan bekas mengisi coklat kering
  2. Dasar bekas tidak bersentuhan dengan air
  3. Setelah air mendidih, api dimatikan terlebih dahulu sebelum meletakkan bekas coklat di atas periuk air mendidih.
  4. Pastikan wap air sedikit pun tidak masuk ke dalam bekas coklat.
Ita harap penerangan secara ringkas ini sedikit sebanyak dapat membantu adik-adik di luar sana yang masih keliru. Jika nak tau lebih lagi tentang kaedah pembuatan coklat jangan segan untuk mengikuti kelas Chef Amer atau boleh dapatkan koleksi buku Terokai Rahsia Coklat bersama Chef Amer di pasaran. Bukan sahaja diterangkan secara terperinci tentang rahsia coklat, malah pelbagai himpunan resepi coklat yang hebat untuk diterokai.. Apa tunggu lagi!


Sejak ita balik mengikuti bengkel Chef Amer, ramai yang bertanya coklat apakah yang chef Amer gunakan untuk membuat coklat?. Ok lah, ita bagi tau ye.. Chef gunakan coklat berjenama  Le Bourne seperti dalam gambar di atas. Sekarang ita pun gunakan jenama yang sama. Sejak ita menggunakan coklat ini, ita dah tak mau tukar pada jenama yang lain. Pertama keranan rasanya yang sedap! penuh dengan rasa coklat yang asli. Kedua, mudah untuk dicairkan dan kurang bermasaalah. Ketiga, jika ita gunakan untuk buat ganache, ita dah tak perlu tambah butter kerana coklat ini dah tersedia berkilat cantik dan licin.

Harganya sekitar Rm 15 ~ Rm 16. 50 sekilogram di pasaran. Kalau nak buat berniaga carilah kedai yang menjual dengan harga yang murah, barulah ada untung kan???


Biasanya coklat ini hanya terdapat di kedai menjual bahan kek sahaja. Di pasaraya nampaknya masih tidak kelihatan. Ia datang dalam tiga perisa iaitu, Dark Chocolate, White Chocolate dan Milk Chocolate. Semuanya yummy!

Bila kita dah nampak coklat ni pastilah dah tau apalah menu yang bakal ita kongsikan hari ini kan. Yup! hari ni kita buat Oreo Coklat.
Oreo coklat ni adalah favourite anak ita Dalili. Inilah satu-satunya coklat yang dia suka makan. Kalau coklat yang lain tu macam kurang sikit.. Ita tak pasti kenapa dia suka coklat ini. Mungkin gambar-gambar kartun pada coklat itu yang mencuit hatinya..


Pertama kali ita beli coklat ini pada hari raya lima tahun yang lalu. Mula-mula Dalili bawa balik dari sekolah, dia dapat door gift pada hari jadi kawannya yang di adakan di sekolah. Ita nampak dia macam sayang sangat nak makan coklat tu.. Di belek2 dan di simpan dengan teliti. Sampai bawa tidur.. aiii takut sangat maknya makan.. hehe


Hari-hari dia minta ita buatkan. Tapi pada masa tu, ita tak tau lagi macam manalah cara nak membuatnya. Bila hari raya, ita nampaklah ramai orang jual coklat ni di pasaran. Makkkk.. datukkk.. masa tu terdetik dalam hati mahalnya.. bila melihatkan harganya RM 2.50 sekeping. Pada masa tu, ia tidak menggunakan biskut Oreo, sebaliknya hanya menggunakan biskut Maire. Selepas itu ita mula berkira-kira untuk membuatnya sendiri.

Ok lah banyak sangat celoteh nanti tak siap pula coklat ita ni.. Apa tunggu lagi jom kita cuba cara yang mudah membuat coklat buatan sendiri dirumah.


COKLAT OREO
By : Chef Amer
Rujukan : Buku Terokai Rahsia Coklat

300 gm coklat susu kompaun
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya.

Coklat susu kompoun di racik halus
Cairan coklat susu kompaun secara double boiler
Bila dah cair angkat, lap dasar bekas supaya tiada air menitis.
Masukkan coklat dalam piping bag



Mula-mula sediakan acuan seperti di sebelah.
Pastikan acuan ini di bersihkan dan pastikan juga ianya kering.

Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja











Kemudia ketuk-ketukkan acuan  atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar

Selepas itu, susunkan biskut oreo.











Tekan-tekan sedikit biskut oreo supaya dia masuk ke dasar  sedikit.

Kemudian paipkan semula baki coklat tadi hingga penuh.










Hentak-hentak lagi acuan untuk meratakan permukaan dan mengeluarkan gelembung udara.
Jika ada yang tak rata nanti ratakan ya.. tekan-tekan sikit.

Simpan dalam peti ais hingga mengeras.

Setelah keras keluarkan dari acuan.

Jika ada lebihan coklat, potong dengan pisau yang halus dan tajam matanya


Sediakan Edible Imej yang kita suka.
Sapukan sedikit coklat di belakangnya.

Kemudian lekatkan pada permukaan coklat kita tadi
Kemaskan.









Pasti anak- anak teruja dengan hasilnya kan. Boleh jadikan door gift untuk birthday party.
Banyak lagi resepi yang menarik dalam buku Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer. Pada yang berminat dengan coklat jangan lupa untuk dapatkan senaskah buku ini di pasaran. Kata orang alah membeli, memang memakai.



63 comments:

asyifamustaffa said...

Salam K.Ita,
sy bru buat choc nie semalam2nya lah...sy bru post n3 kat blog...ok ke cara sy buat tu kak...akak bole tgk kat cini ~ http://asyifamustaffa.blogspot.com/2012/05/coklat-buat-sendiri.html
mintak pendapat skit kak...:)

choc K.Ita mmg mabeles lah....:)

roziahojijie said...

Kak Ita , edible imej tu dibuat dari ape ? boleh mkn la ye ? hehe .. tak tahu nie , sbb tak pernah mkn . :D

Gee® said...

TQ ita...sangat cantek sponge bob tu... gee ada beli electric choc melter... senang nk cairkan coklat...

Shahriah Abdullah Novelis said...

SAlam Kak Azlita yang cantik jelita lagi bijak dan pandai memasak... tangkap gambar pun kalah jurufoto profesional!!!! << pujian ikhlas ni taw... wahh kak Azlita terima kasih kerana sudi berkongsi info yang cukup padat dan jelas.. kekadang tu idea ada.. nak membuatnya malas hehehe.. suka masuk dapur kak Azlita.... lain dari yang lain.. moga satu hari kita dapat berjumpa... akak bawak coklat yang seksi tu sha bawak biskut marie satu ten! hahaha... take care kak muahzzz

Sem said...

Hi, So beautiful, where can I buy the chocolate, from which baking ingredient shop?
Thanks

Nazrah said...

Salam Kak Ita..dulu ada pergi kelas coklat tapi tak practis langsung..tapi bila tengok coklat oreo ni..teringin nak buat untuk anak anak... licin je coklat yg kak ita buat ni

Choco Ani said...

Salam Ita.. Ani dok cair tgk cokelat tu meleleh air liur.. nak sket bole tak post sket kat sremban ni haaa.. (wat tak malu je) coklat nya pasal kan.. haha.. trima kasih atas segala informasi nya.. ;)

Qasey Honey said...

asslm Kak Ita cayanggg...bestnye...cantik n comeiii coklatnye...kemas la akak buat coklat tu...

MamaFaMi said...

Ohh alkisah... tampal edible tu lepas coklat tu dah keras eh Ita? Selama ni,ingatkan, letakkan edible image, tuang sikit coklat, tekankan oreo, tuang balance coklat, ketuk bagi rata. Salah rupanya tanggapan ku ini. Tu la dia... nak memandai sendiri. Sib baik lom ce terai godam sendiri. Terima kasih Ita sebab sudi kongsi ilmu... nanti mama ce terai buat. Tapi hari tu ada buat stail Ita ni, tapi tak guna edible, mama guna fondant je...

ibundo said...

salam ita. Ingat tersalah masuk rumah. Cantik.
Coklat tu pun cantik. Terima kasih kerana sudi berkongsi.

SIHAT DAN CANTIK said...

assalam....tak sangka mudah buat coklat yg ni....selalu sy orders kat member jer...pasni nak cuba buat ler....tq kak ita.

Wana Miera said...

salam kak ita , terima kasih atas perkongsian ilmu yg sgt berharga , hehe saya skrg tgh confuse, boleh tak saya buat buttercream , tp saya guna creamlite instead of creamwell , boleh ke kak ? thank yoou

zila norazila said...

salam kak ita cyg
siap ada draw lg..teruja tgok..info padat lg..tq share info dgn kami2 nie..:)pic chumil mcm orgnya jgk..he hee iklas nie..alif lam lam ha..

Miamore said...

Good info thks for sharing

Unknown said...

Bestnya, nak cuba la...tq kak ita ku sayang

Unknown said...

salam Ita,akak sangat teruja tengokan coklat Ita mantop sangat dengan idea yang kreatif dari jauh dah tercium wangi coklat tu,suatu hari akak pun teringin nak jadi pandai macam Ita jugak insyaallah ...

mashitah said...

Assala,ualaikum kak ita..
se,lamat pagi, ooo mcm gitu caranya nak cairkan coklat ye...tq sis..

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Waaaah, cantik sekali. Pasti anak anak senang kalau dibuatkan coklat ini ya kak, ibunya saja sukaaaa..hehe

Anonymous said...

Macam senang je kan...tapi klu saya yg buat x tau la menjadi ke tidak...

Anak saya pun suke sgt mkn coklat ade edible image cam nehh...

AdanyaKauUntukku said...

Kak Ita
ila pinjam ye resepi..nak cuba..mesti anak ila suka..thanks for sharing kak

rahel said...

Selamat pagi Kak Azlita..moga ceria selalu..
Alahaii..tak berkedip mata memandang cekelat oreo tu..cantik sangat2..patut la Dalili simpan dg kemas...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

TQ Ita sudi berkongsi ilmu walaupun ilmu yg Ita dpt itu berbayar tp Ita tak lokek berkongsi di blog ini secara percuma dengan semua peminat2 Ita.. insyaAllah pasti akan ada ganjaran dariNYA...

~Sya~ said...

salam kak ita, mudah nampaknya buat choc ni ye...thanks sudi share resepi...blhla buat utk anak2 nti...mesti anak2 bangga tgk maknya pandai buat coklat mcm kat kedai kan...

Ummi said...

Waaaaaaaa...tu diaaa...keluar dah coklat dia... Terima kasih seribu kerana berkongsi ilmu yang Ita pelajari dari Chef Amer kepada kami pula....hanya Allah swt jua yg akan membalas kebaikan dan susah payah Ita bercerita semula di blog...itu semua perlukan pengorbanan masa yg lama untuk entry sebegini kan... Alhamdulillah, Ita tidak berkira langsung...bertuahlah kami pengunjung2 MM dpt info sebegini...oleh itu, akak kirim salam muaaahh, muaaah tuk Ita...Lebiiuu ^__^

mis asn said...

wow.....cntikny.....tme kasih kak ita coz share ilmu ini tnpa bayaran....may Allah bless u always with ur family....

Love2cook Malaysia said...

You proved that knowledge is to be shared dear. So cute la the drawing..hehe! Luckily I had a friend who also thought me how to double boil the chocs. Same like your advise...;)

CT Delima said...

As'salam Ita

cantiknya pasti kalau makan ct lah orang pertama yang kasi habis ni hehehe

tr kasih Ita berkongsi ilmu yang amat mudah bila dah mengetahuinya. Tapi kena cari coklat tulah dululah ya hehehe

mama4A's said...

senang ajer upenya nk buat ye.. mama selama ni duk order je utk door gift besday anak2.. tq share kat sini. :)

mama4A's said...

suke la bila tgk kak ita buh recipe yg ada step by step. :)

Hody Loh said...

i never see this chocolate brand...dont know where can i buy...

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum kak ita..
Informasi yang betul untuk mencairkan coklat.. teknik mencairkan coklat ni kalau yg tak tahu mmg ada yg cairkan semasa api masih di ON kan.. termasuklah saya.. hehehe..

Unknown said...

mesti sengih-sengih dalili bila tengok coklat oreo nie..hihihi...memang cantik pun n sayang nak makan...

Kak Rose said...

ita, tq sangat2 share info ttg nak cairkan cekelat... selama ni main hentam jer, kini dah tau la kiranya...

cantik sangat cokelat oreo tu, pasti anak2 suka... termasuk maknya juga!

Mummyaza said...

TENKIU KAK .. :)

Diana Din said...

Owhh... selama ni cara saya salah... huhu... TQ kak ita...

himawari said...

baru tahu cara betul nak buat macam mana :]

terima kasih :D

fazian.batrisyia said...

wahhh...teringin nak coba. Sy pun pernah dapat gift cam tu masa wedding sepupu. Limited edition x dpt lebih cam telur pindang....!

Zareena Bt Shahmarudin said...

Salam kak ita...saya start follow blog kat ita mulai bulan mac baru2 ni...suka sbb byk resipi menarik yg kak ita terangkn dgn terperinci...mohon share resipi ye. Ina,Ampang KL.

Zareena Bt Shahmarudin said...

Salam kak ita...saya start follow blog kat ita mulai bulan mac baru2 ni...suka sbb byk resipi menarik yg kak ita terangkn dgn terperinci...mohon share resipi ye. Ina,Ampang KL.

Zareena Bt Shahmarudin said...

Salam kak ita. Saya start follow blog kak ita mulai mac baru2 ni...suka coz byk resipi2 menarik n kak ita terangkn secara tperinci. Selama ni saya xpernah beli majalah Saji,tp kak ita punya pasal...1st time beli :-) Mohon share resipi ye...

leen said...

tq kak ita,kerana sudi kongsikan ilmu cara cairkan coklat dan cara buat door gift coklat yang comel n cute nie.....tq..byk2 kak....semoga Allah memberkati akak selalu...

Myra Jay said...

Nampak seperti mudah..

Boleh la try..

TQ syer cara buat

FnF Simple Life said...

cantik sgt sekata je coklat tu cover oreo. anak FnF kalau mkn oreo, filling je dibuang...hmmmm... sayang je...maybe boleh buat choc oreo ni without filling kan

Dhaniya ShahNiza said...

As-salam kak Ita...Bukan ank2 je teruja tengok cekelat niyh..kite pun sama! tapi nak tnya kak.."coklat susu kompaun" tu rupanya camne???

Sheery Dream Cakes said...

Ermm yg nieee mmg sgt sgt cute... Irfan punya ler suka dia tgk... Siap nyanyi lagu spnge bob lg... Hehee... Mmg cantik...

Wana Yusuf said...

Salam ita......
saya ni silent reader n tak pernah tinggalkan komen...but selalu gak singgah ke sini... saya ada jugak kumpul byk resepi coklat, tp belum berkesempatan membuatnya... byk gak perkara2 yg membuat kita keliru ttg coklat ni... dgn ilmu yg ita curahkan, so byk lah perkara2 yg mengelirukan tu terlerai!!! thanks ya... ramai yg belajar dan masuk ke kelas coklat ni sangat kedekut dgn resepi coklat... but you sangat bermurah hati mencurahkan ilmu utk semua... semoga Allah membalasnya segala ilmu yg ita kongsikan...

Nur-nba said...

Terpegun lagi.. Terima kasih kak.. Moga Allah balas budi baik akak memberi tunjuk ajar pada kami semua.. Rasa macam masuk kelas memasak bila masuk ke blog Masam Manis..

Sayanggggggggggg Kak Azlita!!

Cik Puan Izan❤ said...

terliur pulak nak mkn coklat oreo..sedap tuh...

Mrs. Nisza said...

Untuk orang Sabah, Le Bourne ada ye di Damai, KK.. consfood

gadisworld said...

salam kak ita..dgn resepi kak ita ni saya terus buat..n skrg ni ada dlm peti sejuk..x pasti ler hasilnya mcm ner.saya buat dua jenis..satu choc biasa n satu lg saya guna white choc..tuk white choc saya blend biskut oreo,so jadilah white choc oreo.he..he..

umi's cup cake said...

Salam kak azlita,
umi nak buat satu entry pasal coklat oreo ni tapi dalam step ada gambar pasal acuan..mintak izin copy gambar acuan tu sebagai rujukan ya...

Unknown said...

thanks for sharing, Sis....nmpak mudah & menarik...sgt teruja nk buat utk anak dara sy t'sayang...

oshin-jamel said...

lama sy mencr camne nk buat coklat oreo nie..maceh kak ita....sy pon dah buat..menjadi..hehehe....

fieda said...

terima kasih kak berkongsi resepi..saya mmg dh lama terigin nk buat sendiri..

Unknown said...

Kak Ita...mohon kongsi cara cairkan coklat tu kat blog saya ya! Tima kasih

azie'y said...

salam kak ita..sy mmg peminat setia akak..mmg creative idea akak n pic yg akak snap pun ader style..thanks kak sbb sudi share recipe ngan kami smua..

tp sy nk tanye mana nk dptkan edible tu..dh siap jual kat bakery or kena tempah ikut ape yg kite nk...

Unknown said...

Salam kak ita, mohon nak share resipi neh, tq..
http://lotsoflovebynurazaahmad.blogspot.com/2013/02/resipi-coklat-oreo.html

sue said...

as salam kak ita..mohon nak share resepi n cara cairkan coklat ye...tq kak :)

bonda said...

Salam ita dan salam perkenalan..kita dah lama ikutblog ita tapi tak bertegur sape..kita tabik la kat ita very creative. Love yor blog sis. Kita nak minta halal dunia akhirat la ita sbb slalu copy masak ita..minta halal ya. Ita kita nak tanya la mane nak beli edible image tu kat jb? Harap ita bleh bantu. Terimakasih ita atas segala panduan n masak yg ita blog kan..

Unknown said...

hi Kak

I really very impressed with your blog.. and I really like ur oreo choc and the pictures.

Kudos to you.

Thank you very much for sharing

God bless you

Regards
Nesa

Aei said...

Salam...baru singgah cr resepi nak buat coklat oreo besday anak nanti..tq 4 sharing...
Harap2 leh jumpe coklat brand tu..

farwizah said...

Cantiknya coklat..teruja anak2 ni

Unknown said...

mekasih kak ita...info kak ita mmg sgt2 mbantu... detail lg... smoga kak ita trus sukses... mohon share ye kak...

Post Top Ad

test