Opppppsss... - masam manis f

Breaking

May 27, 2012

Opppppsss...

Assalamiualaikum..

Cuti persekolahan telah pun bermula.
Pasti rumah telah riuh rendah dengan gelagat anak-anak yang dah mula bercuti. Bagi anak-anak yang tinggal di asrama, ramai yang telah kembali ke rumah masing-masing. Mungkin ada juga yang pulang lewat kerana ada aktiviti yang harus mereka ikuti di sekolah.

Ibulah yang paling sibuk bila cuti sekolah menjelma. Pasti banyak juadah istimewa yang telah dirancang untuk di hidangkan kepada anak-anak dan keluarga sepanjang cuti sekolah ini. Banyak juga perancangan yang telah di atur, untuk memenuhi aktiviti anak-anak sepanjang cuti sekolah berlansung. Walau apapun yang kita lakukan, pastikan keselamatan anak-anak terjamin. Almaklumlah sekarang ni.. pelbagai berita yang kurang enak kita baca setiap kali menatap dada akhbar. Dengan kes penculikan yang tidak pernah berpenghujung, faktor kecuaian dan kelalaian yang mengundang kematian, dan macam-macam lagi yang kadang kala ianya menghantui dan menyentap tangkai hati.. nauzubillah..

Bagi mereka yang bercadang untuk pulang ke kampung. Berhati-hatilah di jalan raya. Bertambah-tambah musim cuti sekolah sekarang ni, terlalu banyak kenderaan berada di jalan raya. Masing-masing berebut-rebut menuju ke destinasi masing-masing. Jangan kegembiraan kita mengundang kesedihan pula di penghujungnya.. berhati-hatilah ye.. ingatlah pada insan-insan yang kita sayangi...


Amboiiiii.... merahnya mak ngahhhhh...
Beginikah gelagat seorang bapa bila ke dapurrrr...???
Pasti kemunculan majalah Aroma kali ini, mencuit hati peminat setianya yang sentiasa menanti kemunculan majalah ini setiap keluaran.

Kali ini majalah Aroma tampil dengan kelainan apabila mengundang aktor dari Singapura, yang sedang melonjak namanya di persada seni Malaysia.
Bertepatan dengan konsep yang diketengahkan, bersempena dengan kedatangan Hari Bapa yang di raikan pada tanggal 16 Jun tahun ini, kemunculan Aron Aziz dengan gaya ala-ala Chef Celebriti pastinya memberikan satu kejutan bukan sahaja pada peminat-peminat aktor yang macho dan gagah perkasa ini, malah turut meruntum jiwa bapa-bapa di luar sana..
Jika Aron Aziz sudah boleh ke dapur, bagaimana dengan yang lainnya kan??

Jika Hari Ibu sering di raikan, sambutan Hari Bapa pula ibarat suam-suam kuku aje..
Janganlah begitu.. Pada ita ibu dan bapa adalah 2 insan yang cukup istimewa di hati ini. Bapa peneraju rumahtangga, tanpa bapa ibarat kapal yang tak bernakhoda.
Buat pertama kalinya ita di beri peluang oleh majalah Aroma untuk berkongsi resepi, sempena Hari Bapa. Peluang yang di berikan cuba ita penuhi dengan sebaiknya. Untuk resepi kali ini ita kongsikan 14 resepi untuk tatapan semua peminat majalah Aroma. 7 resepi baru yang belum ita kongsikan dalam Masam Manis dan selebihnya adalah resepi yang ita pernah kongsikan dengan pembaca setia Masam Manis. Kepada yang ingin tahu apakah menu istimewa yang ita kongsikan untuk hari bapa, jangan lupa dapatkan majalah Aroma di pasaran..

Di kesempatan ini juga ita, merebut peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi berkongsi resepi, memberikan ita dan semua peminat-peminat dapur masakan untuk memcuba dan merasa. Semoga perkongsian dari kalian mendapat keberkatan di akhirat kelak.. AMIN

Kemunculan ita kali ini tidak kesorangan, sebaliknya ita di temani si cantik manis Nieza yang berada nun jauh di Helsinki Finland. Jika sesiapa yang masih belum pernah berkunjung ke dapur beliau silalah kunjungi Our Journey Begins pasti teruja dengan juadah yang beliau sajikan. Bukan itu sahaja panorama penuh indah sepanjang pemgembaraan beliau di bumi Finland, bersama suami tersayang turut di kongsikan bersama.

Orang berbudi kita berbahasa, 
Orang memberi kita merasa.

Jutaan terima kasih ita hulurkan, kepada semua team Aroma, terutama sekali kepada Editor majalah Aroma Siti Dimiati, yang memberi kepercayaan kepada ita untuk menyumbangkan resepi buat tatapan pembaca setia majalah Aroma.
Kepada semua team majalah Aroma, tahniah dan syabas! semoga majalah Aroma akan terus bersinar dan sentiasa mendapat tempat di hati pembaca.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. ~ Cecil B. DeMille




25 comments:

laskar pelangi said...

ala comelnyaaa cupcakes dalam majalah tu =D

Siti Aisya mzm-fc said...

salam kak ita..
comelnyeee yg dalam cawan tu..tiramisu ek kak ?
Tahniah kak dapat masukkan resipi dlm majalah lagi..

Shahriah Abdullah Novelis said...

W'salam kak Azlita..:))

Tahniah sekali lagi.. wahh asyik gitewww.. nanti sha cari di pasaran yaa.. tahniah sekali lagi kak! Kelessss :))

Selamat bercuti yaa kak muaahhhh

Nur-nba said...

Tahniah sekali lagi... Suka mendengar perkhabaran gembira dari akak.... Selamat bercuti. ;)

FnF Simple Life said...

tahniah kak ita

CT Delima said...

As'salam Ita

Alhamdulillah...Tahniah sekali lagi dari CT..Ita banyak mendorong ct untuk terus melangkah lebih jauh lagi dalam dunia masakan ni.

CT dah beli majalah Aroma ni semalam, tapi tulah ada cerita disebaliknya. Kedai apek ang selalu CT singgah tu dah nak tutup, dah turun pintu tu separuh tapi CT dok ketuk pintu tu sebab semata2 nak beli Aroma tu hahahahaha adoiiii sabar jerlah Cik CT oiii hihi

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita...

Senangnyaaa masuk majalah...selamat ya Kak Ita. Tapi sayang, saya nggak bisa lihat karena Aroma tak ada di Indo *hiks hiks

Unknown said...

tahniah Ita wah best nya tukar2 majalah dah resepi Ita nak kena cari majalah aroma lah nak tengok resepi yg sedap2 tu

Kek Kawin said...

Salam kak ita..tahniah beribu2 lemon...dapat tempat d majalah aroma..kena p beli ni...

Lily said...

tahniah kak......seronok nyer...... hihihi kdg2 cuba gak resepi2 dari blog akk.....tp kdg2 jd...kdg2 tak..... hihihi

Unknown said...

Assalammualaikum kak Ita, Tahniah kak..akak memang layak dan saya selalu kagum dgn hasil air tgn semua masakan akak tu.

Terima kasih diatas sokongan dari akak..segan juga saya rasa sebab saya belum sampai tahap mcm kak Ita lagi.Apapun saya amat berterima kasih juga pada pihak editor majalah AROMA diatas peluang yang diberikan.Semoga segala perkongsian resepi itu dapat dimanfaatkan oleh orag lain juga nanti..insyaAllah.

Zareena Bt Shahmarudin said...

Salam kak ita...
Wahhhh...nampaknye saya nk kena beli majalah ni esok..kak ita punye pasal....xperasan plak ada majalah aroma ni di pasaran.

dapurCikWan said...

tahniah kak Ita ;))

asyifamustaffa said...

As salam K.Ita,
tahniah...semakin maju akak nie....:)

kakwan said...

Tahniah Ita,, harap satu hari nanti Ita akan menerbitkan buku masakan sendiri! Tahniah selamat maju jaya :D

mashitah said...

Assalammualaikum kak ita,
tahniah kak,saya doakan kak ita sukses, nak dptkan majalah Aroma nak cuba buat resepi baru kak ita...

Ummi said...

Assalam Ita cayang...waah ketinggalan jet akak nih...cuti 2 hari x beron9 langsung lantara ada tetamu di rumah dan jalan2 dgn diaorg...hehe. Tahniaaaahh dan bangga dari akak buat Ita...selayaknya hasil sentuhan, idea dan resepi2 serta gambar2 mantops Ita ni masuk majalah...dapat jugaklah para suri dan ibu yang tidak berkesempatan melayari internet mencari idea masak di majalah2 pula kan....semoga perkongsian ikhlas Ita memberi ganjaran sebaiknya utk Ita dan family...insyaAllah... Muaaahhh!

Fafau de Craft ( Zana ) said...

tahniah sis...nak pi beli majalah tu now! :)

Ida,Japan said...

omedetou gozaimasu kak ita!!..adehhh baru sempat terjah blog..emmm...kalau terjah sini, susah pulak nk balik he..he

Reen Tart Nenas said...

cake in jar nampak sedap

fazian.batrisyia said...

Tahniah kak ita...sy akan cuba dapatkan AROMA...sblm ni tak pernah beli...belekw adalah. Sebab kak ita, sy mesti beli nih...

familisihat said...

salam kak...
tahniah sebab akk memang deserved ;)
sy punya resepi pon ada dlm edisi mei (rasa tak layak je sebab sy ni bukannya pakar mask2 mcm k.ita)

HALAMANKU said...

Salam Tahniah wat akak.. wah bestnyer tadi gi blog kak nieza.. tu yang sampai ke sini.. semoga akak n Masam Manis akan terus maju.. juga tak lupa salam kenal n ziarah.. saya follow akak yer..

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
Tahniah dari Yatie, sabtu dan ahad yatie busy dngn jemputan dan menziarahi makcik yg sakit kat hospital....masa menunggu lawat tu lama, so yatie jln2 kat kedai bawah tu, tetiba terpandang majalah aroma...apalagi, sambar teruslah...syukur sangat2 sbb kawan baik yatie masuk majalah lagi...sememangnya Ita mmng layak..

yat said...

salam ita..tahniah dah masuk majalah..nak tanya kat mana saya leh dptkan majalah AROMA ni?dia terbitan mana?nampak sangat saya ni sgt ketinggalan sampai x sedar kewujudan majalah ni..

Post Top Ad

test