Thank You.. ^_* - masam manis f

Breaking

May 5, 2012

Thank You.. ^_*

Assalamualaikum


Terlebih dahulu Dalili nak merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat ulang tahun dan doa yang tak putus daripada rakan-rakan maknya. Semoga doa dari kalian semua di aminkan dan dikabulkan jua..

Sebagai emak ita turut berharap agar Dalili berjaya di dunia dan juga di akhirat. Semoga dia sentiasa menjadi anak yang baik dan mendengar kata.

Tiada apa yang dapat kami balas sekadar kek sebagai penganti..
Terima kasih..

Disini juga ita nak gantungkan beberapa kad dari rakan-rakan yang dah lama sebenarnya ita tak ambil-ambil sampai ada yang ita dah terlupa dah.. maaf ye lambat sikit bawak balik sebab ita sibuk sangat sampai tak punya banyak masa nak duduk depan komputer ni...

Ita ucapkan terima kasih di atas pemberian kat ucapan ni sebagai tanda ukhwah dan memanjangkan silatulrahim

Kad pertama daripada Nieza yang jauh di Findland. Kad sempena ulang tahun blog beliau. Terima kasih ye Nieza, maaf lambat akak bawa balik kat dari Nieza ni..


Ini pula klender yang ita ambil dari dapur Rahel. Terima kasih Rahel atas klendernya ni.. Kalau senang-senang singahlah dapur Rahel, beliau ni rajin dan pandai memasak tau!


Kad yang ni pula ita ambil dari dapur Shahriah, seorang novelis dan juga salah seorang peserta program masakan yang pernah mendapat tempat di hati ita iaitu Master Chef Malaysia. Beliau bukan sahaja cekap didapur malah pandai menulis. Telah mengarang beberapa novel yang menjadi igauan pengemar novel dan sekarang pula telah membuat buku masakan beliau sendiri. Tak sabar ita nak dapatkan senaskah..

Tahniah Shah!, cukup banga dengan pencapaian Shah, semoga Shah terus maju dan berjaya dengan setiap apa yang Shah ceburi. Akak hanya dapat doakan dari kejauhan aje... dan tumpang seronok dan bangga dengan bakat yang Shah miliki. 


Terima kasih semua dan selamat berhujung minggu


15 comments:

La Billa Chinta Cakes said...

Selamat ulang tahun Dalili .. Moga membesar dengan sihat dan berjaya dalam kehidupan ini :) Ammin ...

Nazrah said...

Selamat Ulang Tahun Dalili... arghh makcik tak sabar nak tunggu dalili potong kek..macamana rupanya?? apa resepinya?? Alahai Kak Ita...

rahel said...

Dalili..kite nak ucapkan Selamat Harijadi..semoga sihat dan ceria selalu...hem..kek ape tu?..ambo tak sabar nak tengok dalamnya kek tu..
Terima kasih Kak Ita bab sudi gantung klender tu..hihi..

mimie said...

assalammualaikum wwb...
aish...dah besar si daily rupanya...
ada iras2 kecantikan emaknya..xixix
happy milad ya sayang... semoga hidup daily di penuhi berkah , berjaya di apa jua bidang yg di ceburi.. dan sehat selalu..

sampaikan salam mimie ke daily ya kak ita...
bilang dr aunt mimie yang cantik ..xixixixi ^_^

ummiaisyah said...

hppy bday dalili...comel anak emak!

leen said...

assalamualaikum..Kak Ita n Dalili..
Happy Birthday Dalili..comelnya dia...mesti kek dia pun istimewa...

Uji Hussein said...

Masih tak lewat utk ucapkan Selamat Hari lahir kan?Selamat hari Lahir moga panjang umur dan murah rezeki.

Gallery MamaMimi said...

Hepi besday dalili.....moga membesar menjadi anak yg solehah,dengar ckp ibubapa,rajin mencai ilmu dan menjadi hamba allah yg sentiasa mendpt keredhaannya....amin

Nieda said...

Comel birthday girl.
Panjang umur dan murah rezeki.

Unknown said...

aLAHAI, aunty terlewat wish la Dalili, sedap nama Dalili. Moga jadi anak yang solehah ye sayang.

Ita, kak pb copy paste cheese tart resipi dan cara2nya ke blog. Blog akak takde award ke hape, ntah bila nak merekanya...mcm ita juga, masa terhad duduk dpn pc. tq ye.

Fafau de Craft ( Zana ) said...

Happy Birthday Dalili..smg manjdi anak solehah...Amin

The Cendol Champion said...

Selamat hari lahir dalili sayang...nenek doakan kejayaan dunia dan diakhirat, semoga menhjadi anak yang solehah..pilihan ditangan dalli :)(I put nenek supaya tak lupa diri hihi)

kakak saya duka video kat header tu!

Anonymous said...

sukanya tgk kek dalili tu

cik pinkmoon said...

salam kak... :)
sy dah lama ikut blog akak ni..
dah lama nk tnya. akak guna dslr apa ya?? gambar sgt cntik:)

Acik Erna said...

happy birthday dalili..comel birthday girl.

Post Top Ad

test