Pasti ada yang sudah mengecap-ngecap air liur takala melihat kelibat sebiji epal hijau kan... Pasti dah terasa akan kemasamannya.
Ita adalah salah seorang dari pengemar epal hijau. Epal hijau yang rangup dan rasanya yang kemasaman pasti membuatkan ita seakan payah untuk berhenti mengunyah.
Masa ita mengandungkan anak sulung, ada rakan yang mencadangkan ita makan epal hijau, yang dikatakan dapat mencantikkan kulit bayi. Apalagi ibarat kata perpatah 'orang mengantuk disorongkan bantal' ita pun dok lah borong buah epal hijau yang kebetulan segar-segar di pasaraya. Sedang ita dok pilih tu.. datanglah seorang perempuan tua, dia kata " nak, anak kan mengandung, tak bagus makan epal hijau" ita pulak tercengang-cengang kerana kurang pasti.. " epal hijau tak berapa elok di makan masa kita mengandung, ia akan melemahkan otak bayi dalam kandungan" sambung perempuan tua itu lagi.
haaaa... ye ke? ita segera meletakkan semula epal hijau itu.. Sejak itu setiap kali ita mengandung, ita tak sentuh epal hijau dan tidak benarkan anak-anak makan epal hijau..
Ada ke yang mengalami situasi yang sama macam ita ni? Sebenarnya kata orang 'kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya' kalau kita tak dapatkan info manalah kita tau kebaikan dan keburukannya.
Hari ni ita nak kongsikan sedikit info tentang khasiat dan kebaikan buah epal hijau. Semoga maklumat yang dikongsikan ini dapat memberikan panduan buat kita semua dalam memilih hidangan yang terbaik buat keluarga tersayang.
'An apple a day take a doctor away" pasti kita biasa dengar ungkapan ini kan?
Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup
untuk membekalkan khasiat untuk mengurangkan kandungan kolesterol dalam
badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient sangat baik bagi proses pertumbuhan penyakit jantung.
Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.
Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.
Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.
Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.
Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian.
Memakan epal juga membantu mencegah pembinaan kolestrol dalam dalam dinding saluran darah dan meningkatkan kesihatan paru-paru
Ia juga dapat membantu kesihatan tulang dengan menambahkan bahan kimia (boron) pada mineral tulang.Serat yang terkandung dalam epal dapat membantu sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolestrol darah dan membantu mengekalkan berat badan.
Selain itu ia juga mampu mengurangkan penyakit asma dan juga mengurangkan risiko cancer.
Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.
Selain di makan begitu sahaja, epal hijau juga sangat sesuai di jadikan satu hidangan yang cukup istimewa. Pastri adalah satu gandingan yang sesuai untuk epal selain dari di buat kek.
Di Amerika, epal jenis Granny Smith adalah epal hijau paling terkenal digunakan untuk memasak. Isinya yang rangup, bukan sahaja cantik malah tahan jika di masak lama. Pai paling digemari di Amerika ialah pai epal lama.
Epal jenis rangup Mc Intosh, epal hijau Granny Smith dan jenis kuning amat sesuai di buat pai dan tart. Jangan sesekali menggunakan epal biasa untuk memasak kerana ia mengandungi banyak air dan akan pecah apabila di bakar dan rasanya juga kurang enak.
APPLE CRUMBLE PIE
Bahan Untuk Kulit Pastri
240g Tepung Gandum
170g Mentega sejuk ~ dipotong kecil
2 sudu besar Gula Aising
4 sudu besar air ais
Gaulkan tepung dengan gula aising
Masukkan Mentega dan gaul semula menggunakan garfu
sehingga tekstur seperti serbuk roti
Campurkan air ais sesudu demi sesudu dan gaul rata dengan menggunakan garfu sehingga ia menjadi doh.
masukkan doh kedalam plastik dan simpan di dalam peti ais selama 30 minit.
Bahan Inti
5 biji apple hijau (Granny Smith)
1 biji parutan kulit lemon
Secubit garam
2 sudu besar mentega
100g gula perang
secubit
serbuk
kulit kayu manis
2 sudu besar tepung jagung
Apple dibuang kulit dan biji dan kemudian dihiris nipis
Ketepikan
Panaskan gula dan mentega. Kacau rata.
Masukkan hirisan Apple. Gaul rata
Masukkan garam. serbuk kayu manis dan tepung jagung.
Kacau hingga apple lembut dan kuahnya pekat
Angkat dan biarkan sejuk
Bahan Crumble
75g tepung gandum
35g mentega tanpa garam
35g gula
35g chip cokelat
Gaulkan mentega, tepung dan gula sehingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan chip cokelat dan gaul rata
Cara Menyediakan Pie
Panaskan ketuhar pada suhu 220C
Sediakan acuan pie 12"
Keluarkan doh pastri dari peti sejuk
Canai doh
pastri menjadi nipis dengan ketebalan 5mm
Alihkan kedalam acuan pie. Kemaskan tepinya dan buangkan lebihan.
Masukan inti ke dalam pie hingga penuh. Tinggalkan sedikit hirisan apple sebagai hiasan
Tutupkan atas pie dengan crumble.
Hiaskan dengan baki hirisan apple
Bakar pie selama 15 minit pada suhu 220C.
Kemudian turunkan suhu kepada 190C dan bakar selama 45 minit hingga bahagian atas pie berwarna perang.
20 comments:
assalam ita aduh kecur betul tengok epal hijau tu masam manis bagai di kata..appel crumble pie..emm..memang sedap..tertawan dgn gambar gambar terbaik:-)
betulllll, dah kecur tengok epal hijau tu, bila dah jadi hidangan menyelerakan lagilahhhh kecurrrrr
As salam Ita, well done research. Very useful information. Terima kasih atas perkongsian.
msti rase ala2 apple pie kn?nk try cmni lak laa...
Terima kasih Ita kongsikan info yang baik dan hidangan yg berkhasiat...cantek!
Salam Kak Ita,
Waaaaaw pienya menggugah selera...penampakannya pun cantik. Suka banget sama cetakan pienya ^^
menarik sungguh warna hijau epal tu..kalau saya beli kat rumah ni selalu tak habis ..nanti boleh lah saya cuba resepi ini
so sedap nih
Wow, beautiful apple pie you have baked here. I had wanted to bake this for quite awhile. Just loves apple pie as it is my favourite. May I know where do you buy this rectangular pie pan? I wanted to get this soooooo desperately. Locally here in Msia or overseas?
Salam. Kak Ita, memang banyak khasiat epal.. Terima kasih kerana berkongsi info dengan kami..
Gambar2 apple crumble pie ni cantik sangat.. :)
terima kasih atas perkongsian yang sangat berguna ini Ita. Lucu pula bila baca Ita letakkan semula epal hijau bila ditegur perempuan tua tu... he he hehh
As'kum Kak Azlita cayangg.. tq sudi berkongsi info sha sekeluarga memang epal hijau dalam raga sentiasa ada.. hero no 2 memang sukakan epal hijau.. betul tu kak ada info yang mengatakan epal hijau melemahkan otak... hmm... memula tu termakan jugak... yalah takut lembap otak anak tu nanti.. tapi bila terbaca info di akhbar ehhh epal hijau banyak khasiatnya so continue makan sampai laa...hehhee..
Tq so much buat Kak Azlita kerana sudi berkongsi info, resipi dan gambar2 yang hebat! muahhzzz cayang Kak Azlita..:))
Kak Azlita sha mana ada kurus.. sekarang semakin gemokkzzzz naaaa... jangan terpedaya dengan gambar tuhehehee...
kagum tengok gambar kat sini...cantik sangat...apple cramble mesti best ni...
Assalam Ita cayangg...apa khabar? Rindu dgn Ita dan entry2 Ita...bz sesangat dan x lekat rumah wiken baru ni...balik2 kena seminar...adeh mlm ni baru leh update...dlm keterpaksaan...hehe. Cantik apple crumble Ita nih...mmg fav akak jgk ni kalau yg ada crumble2 ni... ^__^
Assalamualaikum Ita,
cantik dan menarik hidangan apple crumble pie ni, geram je tngk, kalau boleh nak sangat rasa tawww....
Kalau apple hijau mmng Yatie tak suka coz masam sangat, dari dulu hingga kini Yatie mmng tak amalkan makan apple hijau, Yatie lebih suka apple gala yg ranggup dan masam manis tu....masa mengandung Yatie suka makan apple gala tulahhh....ni pun kawan yg anak2nya putih melepak tu beritahu, yatie tanyalah petuanya, so yatie pun buatlah...masa tu mmng asyik makan apple gala tu je..menjadi gak SERI dan Dina putih..hah3 ni semua lantaran je...yg penting budi pekerti anak2 tu bila besar nanti..
saya suka epal hijau lah kak..
suka sgt..
npk mcm senang je resipinya..
bl lah nak cuba nihh
salam....sy mtk izin share resipi ya...
salam....mohon share resipi yerrr... :)
salam, kak ita, mohon share resepi ya...thanks...
Salam Ita.akak baru cuba buat semalam sempena bday ana,memang sedaaaap.yang makan bertambah2 gitu.akak campur epal dan pisang,derhaka sikit la yatkasih Ita utk resepi yg bsik ini.semoga Ita n keluarga d berkati n d lapangkan rezki n kehidupan.aamiin
Post a Comment