Tips sahur istemewa untuk Semanis Kurma TV9" Alahaiiii.. payahnyaaa.. - masam manis f

Breaking

Jul 19, 2012

Tips sahur istemewa untuk Semanis Kurma TV9" Alahaiiii.. payahnyaaa..



Dalili bangunnn....
Daliliiiiii.. bangun sahurrrrr.... jangan tidur lagiiiii...

Beginilah keadaan anak-anak setiap kali berada di meja makan ketika bersahur..
Pernah berhadapan dengan situasi anak-anak begini..?
Ita rasa setiap ibu bapa pasti pernah menghadapi situasi yang sama.. 
Nama pun kanak-kanak, waktu tidur mereka terganggu bila dikejut untuk bangun bersahur. Situasi tertidur ketika menghadap hidangan antara memori lucu ibu bapa setiap kali menjelang Ramadhan.  Lucu dan tergelak bila melihat keletah anak-anak.. tapi itulah yang mencuit hati.. dan amat menghiburkan.

Bukan kata anak-anak kecil aje yang liat bangun sahur, yang remaja dan dewasa pun sayang nak tinggalkan bantal dan mimpi indah. Sampai ada yang tak mau bangun sahur kerana lagi enak diulit  mimpi.
Bila siang hari barulah masing-masing mengeluh dan ada juga yang bising kerana mengapa tak dikejutkan bangun sahur..

Apa pula pendekatan yang kita ambil sebagai ibu untuk mengalakkan anak-anak supaya bangun sahur?


Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara sahur muslim dan sahur Yahudi. Sabda Nabi s.a.w:
Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. (Riwayat Muslim).
Maka, kita berpuasa kerana ingin mengabdikan diri kepada Allah dan kita berlumba-lumba melakukan perkara yang disukai Allah pada bulan Ramadan ini, maka ikutilah sunnah Nabi s.a.w termasuk dalam bersahur. Besarnya rahmat Allah, sehingga seseorang yang bangun bersahur agar dia bertenaga esok harinya ketika berpuasa, dihitung sebagai ibadah yang diberi ganjaran.

Allah jadikan keberkatan dalam bersahur. Sabda Nabi s.a.w :
Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Insan mungkin memiliki berbagai perkara, tetapi jika ianya tidak diberkati Allah, maka segala kebaikan yang diharapkan akan hilang. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam sahur itu ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya. Semoga kita memperolehinya.

Rujukan : http://drmaza.com/home/?p=1208


Untuk mengalakkan anak-anak bangun sahur, biasanya ita gunakan pendekatan yang sering di lakukan oleh mak ita. Kini ita lakukan perkara yang sama kepada anak-anak ita pula. Selain ita terangkan perkara-perkara yang baik untuk mengalakkan anak-anak berpuasa, ita juga akan masak masakan yang di gemari oleh mereka.

Menjadi kelaziman dalam keluarga kami, mengambil makanan berat pada waktu sahur. Biasanya kami akan makan nasi untuk membekalkan tenaga pada keesokkan hari. Ini amat penting terutamanya pada anak-anak yang bersekolah. Mereka perlukan kabohidrat, protin, mineral dan vitamin untuk kekal sihat dan cergas sepanjang hari.

Waktu buka puasa kami pula suka makan makanan yang ringkas dan tidak memberatkan, maklumlah bila lepas buka puasa dah bergegas ke masjid untuk solat tarawikh. Kalau perut terlalu kenyang pasti terlena pula ketika solat.


Hari ini ita kongsikan satu lagi menu hidangan yang sesuai untuk bersahur dan juga untuk berbuka puasa. Suatu menu yang ringkas dan mudah penyediannya.
Biasanya ita akan sediakan masakan untuk bersahur pada malam harinya. Ita akan masak nasi dahulu, kemudian ita perapkan ikan atau ayam atau udang yang hendak digoreng dahulu. Ita akan simpan ianya dalam peti ais, esok pagi barulah ita goreng atau bakar. 
Sayur pula adalah sajian yang wajib ada atas meja hidangan, kerana suami ita suka makan sayur. Biasanya ita masak yang ringkas, mudah dan cepat.

Jom kita intai resepi yang menjadi kesukaan anak-anak


NASI AYAM BOXING BEREMPAH CRISPY

Untuk penyediaan nasi ayam ita masih kekal setia menggunakan resepi dari Quinnie yang pernah ita kongsikan di SINI. Nampaknya resepi ni telah menjadi kesukaan kami sekeluarga. Terima kasih Quinnie

Mula-mula kita sediakan sup ayam dahulu. Ini kerana sup ayam ini akan kita gunakan untuk menanak nasi.


Sup Ayam
5 ketul peha ayam ~ di jadikan boxing
air secukupnya
2 ulas bawang putih diketuk
1 1/2 inci halia di hiris
2 pokok daun bawang
1 biji kentang dipotong ~ di dadu
1 biji lobak merah ~ di dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 10 minit. ~ Ayam jangan masak lama kerana kita akan goreng ia nanti.
Angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Ambil separuh air rebusan ayam dan asingkan untuk menanak nasi
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menghidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.


Nasi Ayam
2 mug beras
2 1/2 mug air rebusan ayam
1 inci halia - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
2 pokok batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan ~ disimpul
2 sudu mentega

Masukkan mentega dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, ( masukkan sedikit minyak untuk mengelakkan mentegar hangus)
Kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau.
Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasi
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.


Ayam Boxing Berempah Crispy
5 ketul ayam boxing
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
6 helai daun kari di mayang halus
2 sudu besar rata rempah kari
garam secukup rasa
1 sudu besar madu
Sedikit lada hitam kisar
Garam secukup rasa

2 biji putih telur ~ dipukul
1 cawan emping jagung yang telah di hancurkan
Minyak untuk mengoreng terendam

Satukan bawang putih, halia, rempah kari, daun kari, garam, lada hitam dan madu.
Kemudian salutkan pada ayam dan perap sebentar
Celupkan  ayam ke dalam putih telur
Golekkan ayam di atas emping jagun hingga bersalut sempurna
Kemudian goreng ayam dalam minyak yang cukup panas dengan api yang sederhana
Angkat ayam setelah masak dan toskan minyaknya

* bagi mereka yang alah pada makan makanan berempah untuk bersahur sila abaikan rempah kari dan lada hitam.
Ayam pula boleh di bakar jika tidak suka di goreng.


Taugeh Goreng
2 cawan taugeh ~ dibersihkan
1 sudu besar ikan bilis yang telah di tumbuk
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang cili merah ~ dihiris
1 pokok daun bawang ~ di mayang

Panaskan minyak
Tumiskan bawang putih, bawang merah dan ikan bilis hingga naik bau
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan taugeh dan terus tutp api
gaul taugeh rata bersama daun bawang dan cili merah.


Di kesempatan ini juga ita ingin merakamkan ucapan Selamat Berpuasa dan selamat menyambut kedatangan bulan Ramadhan, kepada semua umat Islam di seluruh dunia, kepada semua penonton rancangan SEMANIS KURMA di TV9, kepada kedua ibu bapa, dan juga keluarga mertua, buat saudara-mara, sahabat-sahabat sekalian, serta semua pengunjung setia Masam Manis.

Jika ada salah dan silap, terkasar bahasa atau terguris perasaan sepanjang jalinan ukhwah antara kita, sepuluh jari ita hulurkan , memohon kemaafan dari kejauhan..
Semoga amalan kita di bulan mulia ni mendapat keberkatan dan limpah rahmat dariNya. Sama-samalah kita meningkatkan amalan di bulan mulia ini dan elakkan dari berlakunya pembaziran.

Jangan lupa menonton rancangan SEMANIS KURMA di TV9 malam ini pukul 9 malam, ada panduan dan tips sahur istimewa untuk penonton setia TV 9 dan Masam Manis juga ^_^

SELAMAT BERPUASA







40 comments:

ibh_sue said...

Aslmkum Kak Ita..
OMG..Rajinnya akk..Tp betul lah..kadang2 lucu tgk gelagat kanak2 bangun sahur ni. :)

Kak Ita..Selamat Berpuasa ya..:)

Che Sall said...

Assalamualaikum Ita,

Selamat berpuasa untuk ita sefamily. Sesekali muncul memberi komen kt blog Ita...pagi2 ni tengok nasi tu, terus rasa lapar...harus cari nasi lemak kejap lagi....

Anonymous said...

salam kak ita

sedapnya menu tu, blh buat untuk berbuka nanti

CT Delima said...

As'salamualaikum Ita

SAlam rindu buat Ita dan Dalili..ewahhh model kecik tu pandai pulak begaya dia..dok gelak2 dengan Che Mat pagi2 ni tengok Dalili hehehe.

Samalah kat rumah ni, anak2 bujang ct memang liat kalau nak bersahur. Tapi bila dah bangun payah pulak nak sambung tidur balik..gelagat anak2 ni macam2 kan. dulu2 dukuk kat majidi tu ct siap rakam simpan untuk kenangan. bila tengok balik video tu gelak semuanya hehehe

Di kesempatan ini CT dan family mengucapkan selamat berpuasa dan Salam Ramadhan buat Ita sekeluarga..semoga ibadah puasa dan amalan yang kita lakukan diterima olehNYA...Insya'Allah.

ninazsyafinaz said...

hahahha..model cilik nih mmg cute! nanti Naz nak cuba buat resepi akak nih..tapi tahun nih InsyaAllah..puasa sorang2 jerk..huhuhu sayu nyer

Adnazthie said...

Assalam Ita, semoga sentiasa sihat dan di dalam rahmatNYA serta diberi kesihatan yang baik menyempurnakan ibadah puasa tahun ini..

Kalau anak saya yang perempuan tu..memang liat dikejut bangun. Nak kejut bangun ke sekolah..subuhnya jam 7 pagi..he he he

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita harini, esok dan seterusnya.

Selamat menyambut Ramadhan dan berpuasa

asyifamustaffa said...

As salam K.Ita,
selamat menyambut Ramadhan yg bakal tiba....minta maaf ye...

model bagus punya tu...nasi pun nmpk sedap.......:)

insyallah...sy mmg sahur x pernah mis lagi kak...wlaupun anak buat muka seposen je bila time sahur tu...sabar je la...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalamualaikum ita...

adeii.. pagi2 dah tergelak tgk gambar dalili ni... pandai plak tu wat gaya org ngantuk.. heeee.... mmg ada bakatlah dalili ni..

mmg betul bila tiba bulan puasa yg payahnya nak kejutkan anak2 sahur... sabar ajelah.. hehe..

MamaFaMi said...

Salam Ita..

Kalau dapat makan macam ni, bukan kata anak je tak liat nak bangun sahur... mama ni pun confirm tak liat bangun... hehehe...

Cemana ek nak buat ayam boxing tu?

Junie Octovian said...

Salam Ramadhan al-Mubarak utk Ita sekeluarga.

Mas Sani said...

salam ramadhan kak....

Sedapnya...lauk cam gitu buat sahur memang lajulh sy makan hihihi menyelerakan sungguh

shah_izan said...

alah2
comei jer model tu yea
pandai posing ala2 malas nak sahur ;)
btw, sya nak ucapkan
selamat berpuasa utk sis skeluarga..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Wahhh!! Salutelah Kak Ita. Saya ni kalau bulan puasa masa sahur nak masak malam ni alamatnya membawa ke waktu berbukalah.. hihihi. Silap-silap membawa ke dua tiga kali punya sahur ;-)))

Salam Ramadhan utk Kak Ita sekeluarga, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan dalam family Kak Ita yang manis.

Nizam Ijam said...

orang bujang... minum air jer..haha

Anonymous said...

heehe...comey aksi dalili...
Rajinnya k ita masak cenggini utk sahur...saya selalu simple²...tapi mmg nampak best ayam boxing tu.

liemaopurut a.k.a ana said...

hahaha...comel sungguh la aksi Dalili ni...tersenyum sorang sy di buatnya ;p.

sedapppnya nasi ayam akak ni...memang kalo buat berbuka @ bersahur memang bole bangkitkan selera ni...insyaallah nanti bole la try ;p

Zila Zainal said...

Alamak kalau macam ni puyna sedap, memang tiap2 hari laa dorang bangun sahur :P

fazian.batrisyia said...

Thn pertama nak sediakan sahur sendiri...selalunya Mak siapkan...Risau juga apa yg boleh sy sediakan utk family...

Ummi said...

Anak2 akak pulak lain2 peel masa bersahur, lain seleranya...abglong n kngah suka makanan ringkas je spt cornflakes dan susu segar, najiha n aiman lak lebih kerap makan nasi, abah dan maknya pulak, kadang2 nasi, kadang2 roti...hehehe.. Waaah kuar dlm Semanis Kurma lak ke Ita, insyaAllah akak tunggu...hehe, comeyy jek Dalili wpun mengantuksss...hehehee

Ummi said...

Ooopss lupa lak nak wish...Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak buat Ita dan keluarga...semoga kita dikembalikan kepada fitrah diri yang sebaik2nya....amiiinn ^__^

susumanis said...

salam ita, ni rasanya menu berbuka, kalau sahur selalu simple simple aja

RamRamCute said...

Selamat menyambut Ramadhan Kak Ita..sedapnya...

Unknown said...

Assalamualaikum Kak Ita , Tie ada try resipi sponge cake K.Ita ala2 france tu, tapi kalau ikut pendapat k.ita yang expert membaking ni, kek mana yang paling lembut dan gebus...

Nur-nba said...

Sedap tengok menu akak tu.. Ceria je warna sayur-sayuran tu..

Selamat menyambut Ramadhan buat Kak Azlita sekeluarga.. :)

zila norazila said...

salam kak ita,
thnks tip2 tue..lauk2 tu pun ..myelerakan..mcm nak dtg makan skali jew duk sblh dalili tue..ha haa..
selamat berpuasa juga wt kak ita n family yer..:)

ilahjy said...

salam dek ita lawa

kak ilah nmpk dalili berisi sikit dari dulu..comel...mkn byk ya nak dalili? mama rajen masak anak dara yg untung... mmg kak ilah tergodan dgn gmbr ita...semua menarik...dan bertambah baik kualitinya.. mungkin satu hari dpt dikongsi lagi sekali teknik amek gmbr..yg dulu kak ilah dah baca dah..teruskan kerjaya ini semoga semua dpt manfaat dari nya.. ita nak tahu bekas classmate kak ilah lelaki amat berminat dgn kerjatangan ita..sampai dia tanya mcmana ita amek gmbr? pastu kak ilah kasi N32 ita pasal amek gmbr diblog masak ni..dia dah rujuk lama dah dah 2 bulan dah rasanya...berkat tau kerjatangan dek ita semua tuuu..aminnn

LiNa_Pg said...

hahaha cutenya Dalili..budak2 mmg camtu,anak2 sy pun sama bgn sahur pakat2 tenyeh nasi..bleh terbabas nak suap ke mulut pun..
hmmm sdapnya menu sahur..suka lah kentang n karot tuh comey jerr

salam ramadhan buat ita sekeluarga juga ya

quinnie said...

dali...ni kalau autie dpt menu bersahur cam gini..terus celik biji mata...hhehehe...sedapnya...rajin betul kak ita ni...

selamat menyambut ramadhan almubarak buat kak ita sekelurga :)

Anonymous said...

Asalamualaikum kak Ita...
salam kenal, saya fans kakak dari negeri seberang ^_^... hampir setiap hari berkunjung ke Masam Manis penasaran apa yang kak Ita masak hari ini...
Terimakasih atas sharing ilmunya, sangat rinci dan jelas dalam step by step di setiap resep... Semoga jadi amal jariah buat kak Ita...
Selamat menunaikan ibadah puasa buat kak Ita dan keluarga...
*hug and kisses*
Wassalam...

Unknown said...

Selamat berpuasa kak ita! thanks a lot for ur inspiring recipe ;)

Unknown said...

selamat berpuasa kak ita...thanks a lot for the inspiring recipe! owh btw model akak sgt cute hehehe...

::Azura Rahman:: said...

Salam Ramadhan buat kak ita sekeluarga.. xpecially buat Dalili.. hihihi.. dan tahniah utk suara yang kedengaran di rancangan Semanis Kurma tadi.. ;)

Unknown said...

Salam K.ita...dasyat n terbaeekk btl menu sahur k.ita...kalau mcm nie nye menu mmg satu rumah laju jer mkn...:))

NorMala Bahar said...

rajinnya lah akk potong kentang2, karot2 dan lain cantik2 gitew... kalau kite.. main hentam jer.. untung jd ahli family akk. dapat makan makanan sedap2..

Pengumpul Lirik Lagu said...

sy pom susah gak nk bgn pagi..hehe

my blog http://www.kotak-lirik-lagu.com

umiawadah said...

wah saya siap capture gambar sedikit di tv sewaktu perbualan di semanis kurma...seronok bila lihat blogger dikenali di kaca tv...walaupun hanya suara sahaja yang kedengaran...

mimie said...

assalammualaikum wwb kak ita...

marhaban ya ramadhan....
izinkan tangan bersimpuh maaf...
untuk lisan dan komen2 mimie yang kadang tak terjaga heeee...

selamat menyambut bulan ramadhan buat kak ita dan keluarga.

selamat berpuasa....^_^

Anonymous said...

Your Menu all looks so yummy and make ppl hungry . selamat menyambut bulan yang mulia.

Mummy said...

salam kak ita...1st time sy jengah sini...tau pun dari semanis kurma...wah glamer kak ita kiter...serius memang nampak menggiurkan resepi dan menu dalam blog nih
dah macam masterchef dah..apap2pun teruskan memasak untuk keluarga tercinta

nabila azmi said...

thanks for the great recipe...

housemate suke..=)

Post Top Ad

test