THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD - masam manis f

Breaking

Jul 14, 2012

THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD

Assalamualaikum


Selamat berhujung minggu, apa khabar semua rakan-rakan yang tidak pernah jemu mengunjungi dapur ita. Terima kasih banyak-banyak ye.. dan semoga kehadiran kalian ke dapur ita semakin menguatkan semangat ita untuk terus memasak dan berkongsi resepi.

Terima kasih sekali lagi kerana selalu menghantar kiriman msg, berupa kata-kata semangat kepada ita, maaf kerana kadang-kala ita tidak punya banyak masa untuk membalas setiap msg, atas faktor kesuntukan masa. Terkejar-kejar atas urusan keluarga, minat ita di dapur masakan, photography, dan dapur alam maya khususnya.  Namu ita amat-amat menghargai setiap komen, hanya masa yang amat mencemburui ita untuk duduk lama di hadapan komputer. Insyaallah setiap komen ita akan jawab di N3 itu semula, maksudnya mana yang terkurang ita akan perbetulkan dan setiap pertanyaan ita akan huraikan semula di resepi itu.

Lagi satu permintaan yang sering di utarakan berkenaan food photography yang ita ambil. Buat masa ini ita masih tak punya masa untuk menunjukkan bagaimana caranya ita ambil gambar. Ita perlukan pembantu untuk membantu ita merakamkan gambar tersebut. Buat masa ita assistant ita semuanya sibuk.. ^_^. Dua anak bujang pula di asrama. Anak dara tu pula kena ikut mood dia.. kalau rajin dia nak buat ada masa datang angin puting beliung nak minta pegang prop pun dia tak mau.. aduyaiii.. terpaksa tunggu suami ita, namun sejak dua menjak ni beliau sedikit sibuk. Insyaallah satu hari nanti ita pasti tunaikan setiap permintaan yang minta ita terangkan atau tunjukkan cara ita ambil setiap gambar masakan ita di blog. 


Berbalik pada resepi kita hari ni. Hari ni ita masak Tom Yum. Ini semua adalah faktor terliur sewaktu menonton rancangan Celebrity Master Chef tempoh hari hehe.
Masa melihat Faruk dan Angah sediakan Tom Yum ita pula yang dah mengecap-ngecap air liur.. adoii.. terliur pulak! mula lah tekak ni terasa nak makan tom yum lah pulak!


Untuk memenuhi selera anak tekak ni, maka hari ini ita sediakanlah Tom Yum. Resepi asal sebenarnya adalah resepi Tom Yum sayur-sayuran dan amat sesuai bagi mereka yang berdiet. Tapi ita olah semula resepi kepada Tom Yum Seafood untuk memenuhi selera kami sekeluarga. 

Bahan-bahan yang ita gunakan pula, mengikut selera ita dan keluarga, apa yang kami suka kami letak! Sebenarnya memasak ni, tak sama macam kita buat kek atau kuih yang perlukan kita ikut resepi dengan tepat. Kalau masakan kita boleh ikut selera keluarga dan bahan-bahan yang kita rasa bersesuaian dengan resepi tersebut. Kalau suka pedas boleh tambahkan cili. Kalau suka masam lebihkan asam limaunya, terpulang pada citarasa kita. Kan kita yang nak makan.. ^_^

THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD
Olahan dari resepi : Thai Style Tom Yum Pak
By: Sunkis
Rujukan : My Resipi

5 ekor udang
6 ekor kupang
3 ekor sotong

3 1/2 cwn stok ayam
3 kepingan hirisan  lengkuas muda
2 keping daun limau purut
1 batang serai ~ di titik
2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 sudu besar roasted chili paste (roasted tom yum paste) ~ ita letak 2 peket Tom Yum Adabi paste
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau nipis
4 biji tomato ~ dibelah empat
6 biji Thai chilies ~ ita letak cili padi
10 cendawan tiram segar ~ ita letak cendawan butang
1 cawan bunga kobis ~ dipotong sederhana besar
1/2 cawan putik jagung muda ~ potong memanjang
1/2 cawan lobak merah ~ hiris memanjang
1 sb daun ketumbar  ~ dicincang
1 sb daun bawang ~ dicincang
1 batang celery ~ dihiris ita tambah

Panaskan stok ayam di dalam kuali.
Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis.
Masukkan seafood ~ udang, kupang dan sotong
Masukkan pula bunga kobis, putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram.
Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.
Boleh dihidangkan.
Nota: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.


16 comments:

Moonirah said...

aduh..nikmatnya tomyam kak ita! nyam nyam..nasi panas+tomyam+telur dadar....tsandar tesnyum gumbira...hati snang =)

fuzidss said...

so talented...tengok ni speechless terus.. so niceeeeee.

Gee® said...

sedapnyaaaa....

ummiaisyah said...

sy sgt2 kagum ngan kak Ita...rasa cam nk pinjam tgn kejap! suka sgt gambo yg no 3 tu..ekslusif sangat!

Hesti HH. said...

Oh my...sedapnyeeee!!

rahel said...

Oh KAk Ita....
Telan telan liur je tengok tom yam dlm mangkuk yg cantek tu...pastinya menggamit selera....nyum nyum....

Marsita Yahya said...

Emm, Ita ni yang buat akak nak bertomyam lagi nih..

Marsita Yahya said...

Emm rasa nak buat tomyam lagi bila tgk ni

Unknown said...

sedapnya nampak tomyam Ita anak akak pun suka tomyam apa saja nak di tomyamkan,sayur,ikan,ayam, udang pokoknya kalau akak masak tomyam happy bangat tu diaorang,satu lagi gambar nya menyerlah sekali bikin hati goyang heee

Amie said...

Wow! Macam-macam ada dalam tom yum tu... sedapnya Ita!!!!! Rasa nak makan sama...

liemaopurut a.k.a ana said...

akakkkkk.....

bukan takat akak yang ngecap air liur..saya pun sama nih....aduss terliur betul tengok tomyam seafood akak ni...feveret saya ni kak ;p

norhanim md zain said...

best nie...i like :)

misshannajr said...

sentiasa sedap hasil dapur kak ita ni..untung family akak :)

Nasuha Mansor said...

Assalamualaikum :)

Maaf mengganggu . Nak minta tolong sikit boleh ?

Minta tolong LIKE page n gambar nih . Kalo sudi share & promot skali la naa . Mohon kerjasama awak & rakan blogger sekalian. 1 LIKE mampu membuat ibu & anaknya tersenyum bahagia. Terima kasih ,Jasa anda amat dihargai :)

1. LIKE this page , https://www.facebook.com/Mumnbabycom


2. LIKE this photo , https://www.facebook.com/photo.php?fbid=344849685583802&set=a.332350763500361.70545.111646315570808&type=1&theater&notif_t=photo_comment_tagged


TARIKH TUTUP : 31 JULAI 2012

Love2cook Malaysia said...

Hi Kak...wah I wonder how you find time to take these gorgeous shots especially the raw items!

I've tried this recipe before...sunkist@Ida is a good friend dari MyR :)

You made it much yummier than mine...hehe!

Cik Saya said...

tomyam sarawak ada x? harap kak ita sudi share ea..

Post Top Ad

test