Aduh kecoh ita hari ni.. ajak nyanyi lagu Seroja dengan Jamal Abdillah lah.. ajak susun bunga seroja lah.. aii.. macam macam.. pening kepala kan.. yang paling pening macam manalah nak buat biskut bunga seroja yang tengah hot di pasaran ni..
Setiap tahun pasti ada sahaja kuih yang mendapat carta tertinggi antara berlambak-lambak kuih muih di pasaran.. dan katanya kuih ni hot sale tahun ni.. dan permintaan untuk order kuih ni dah pun di tutup.. almaklumlah nak buatnya pun bukannya mudah.. hanya yang ada urat dawai tulang besi aje yang boleh buat.. kalau rasa tulang tu dah loose sana sini skrunya.. mintak maaffff.. banyak-banyak.. hihi ^_^ jangan mare.. ita gurau.. alala.. tak kan gurau pun tak boleh... eceh.. eceh..
Di pendekkan cerita..
Ita mendapat permintaan dari seorang kenalan di FB yang pm ita dan minta ita buatkan dan tunjukkan bagaimana nak buat biskut bunga seroja ni..
Uiii.. macam-macam tau adik-adik kat fb ni.. minta..
kuih yang pelik-pelik pulak tu yang di minta..
Ita pun google lah dan cari lah resepi kuih yang di katakan tengah meletupppss.. ni..
Alhamdulillah akhirnya bertemu juga dengan resepi yang dikongsikan oleh Yatie's Cooking. Terima kasih Yatie's kerana sudi kongsikan resepi ni.. semoga murah rezeki Yatie's dan keluarga..
Resepi menurut Yatie's hasil menuntut ilmu dengan seorang Chef, tapi malangnya Yatie's terlupa pula nama chef tu.. tak pe lah.. Yatie's.. perkongsian ilmu yang Yatie's berikan sudah cukup baik dan semoga mendapat ganjaran pahala bila ramai rakan-rakan yang lain turut sama-sama mencuba..
Bila dah dapat resepi, ita mula lah bayangkan bagaimana rupa bunga seroja ni.. bila google rupa bunga seroja ni macam bunga teratai, ia tumbuh di air tetapi berbatang panjang dan bunganya tumbuh tidak cecah air.. tak seperti teratai yang terapung atas permukaan air..
Bila ita search pula rupa biskut bunga seroja rata-rata bentuk yang ditunjukkan macam bunga loceng.. kenapa tak letak nama biskut bunga loceng.. kan senang.. hihi memandai pulak lah ita ni.. marah tuan punya resepi.. heheh ^_^
Ada juga yang cadangkan letak nama biskut bunga Alammanda.. sebab bunga loceng ni nama saintifiknya Alammanda.. sedapnya nama.. boleh jugak lah..^_^
Sebenarnya nak buat bunga ni kena ada acuan khas berbentuk kon.. sebab ita cari acuan tu tak de jual kat kedai ita gunalah kaedah DIY hihi..
Apa yang ita gunakan ialah nozel. Tapi nozel ni nak banyak lah kan.. tak kisahlah tentang lubangnya tu sebab kita cuma nakkan bentuk loceng tu aje..
Cari punya cari dapatlah nozel ita ada 25 biji aje.. tapi nozel tu tak boleh yang ada bibir tau nanti susah nak keluarkan bunga tu.. dia nak yang licin macam dalam gambar kat bawah tu.. guna nozel yang kecil aje..
Jadi masalah lah kan buat biskut ni.. sebab kalau nozel banyak mudah.. tau ajelah nozel pun boleh tahan juga harganya kalau nak beli.. Terpaksalah ita buat 2, 3 jenis kuih dalam satu masa supaya masa ita tunggu nak buat bunga tu dan tunggu dia sejuk, sebab nak guna semula untuk adunan yang lain ... oven tu tak lah terbiar lama.. kita boleh bakar biskut lain..
Buat biskut ni tak susah sangat.. kalau ada banyak nozel.. ita berdoa semoga satu hari nanti adalah orang tolong buatkan acuan kuin ni.. senang sikit kawan-kawan nak buat.. kan..kan..kan..
Ok lah lama pulak ita membebel.. dah tak sabar kan jom kita intai resepi dan cara macammana nak buat biskut ni..
BISKUT BUNGA SEROJA
Rujukan : Yatie's Cooking
125 gm butter
40 gm gula ising
20 gm tepung jagung
1/2 sudu besar tepung kastad
200 gm tepung red rose atau tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur
* adunan ni dapat sikit aje tau! nak banyak kena gandakan sukatan
* adunan ni dapat sikit aje tau! nak banyak kena gandakan sukatan
Satukan butter dan gula ising dan pukul hingga sebati dengan speed perlahan
Tambahkan telur dan esen vanilla dan terus pukul
Semua tepung di satukan.
Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit-sedikit dan terus menguli sehingga adunan menjadi doh yang lembut dan tidak melekat pada tangan.
Ambil sedikit doh dan letakkan pewarna hijau ~ untuk kudup bunga
Sekarang kita mulakan proses membuat bunga seroja.
Canai adunan di atas 2 lapik plastik supaya tidak melekat-lekat
Sediakan nozel kecil secukupnya
Terap dengan menggunakan acuan sama seperti acuan yang ita guna untuk buat Tart Nenas Teratai boleh rujuk di SINI
Cara membuatnya boleh rujuk gambar di bawah.
- Cucuk nozel di tengah-tengah doh bentuk bunga
- Tekan dan bentukkan bunga seroja
- Kemaskan agar terbentuk seperti bunga
- Tekan sedikit kelopak bunga
- Ambil sedikit adunan warna hijau
- Gelek-gelekkan dengan jari agar bentuk panjang lagi halus ~ kena buat 2 untuk satu kuntum bunga
- Kemudian letakkan pada bunga sebagai kudupnya. Kemaskan
Untuk lebih mudah buat bunga dahulu hingga habis.
Susun dalam dulang secara telangkup iaitu kelopak bunga di sebelah bawah
Kemudian barulah letak kudup bunga
Panaskan oven 15 minit sebelum biskut di letakkan
Panaskan oven pada suhu 170 C bergantung kepada kepanasan oven.
Hanya gunakan api atas sahaja
Bakar dalam oven selama 20 minit.
Sentiasa perhatikan biskut dalam oven supaya tidak hangus
Setelah biskut masak letakkan atas redai hingga sejuk sebelum nozel di keluarkan.
Letakkan inti peanut buter di tengah kelopak bunga dan hiaskan dengan ceri merah atau manik gula hiasan.
Senangkan...
Sekarang dah boleh lah mencuba.. buat untuk hantaran pun cantik kan..??
Kalau buat kat mak mertua ni mesti mak mertua sayang beribu-ribu lemon.. ^_^
Sekarang dah boleh lah mencuba.. buat untuk hantaran pun cantik kan..??
Kalau buat kat mak mertua ni mesti mak mertua sayang beribu-ribu lemon.. ^_^
SALAM RAMADHAN
57 comments:
Ya Allah...lawanyer....kreatif Ita ni...jadi jer tangan buat apa2 pun...
aduiii mana nak cari nozel byk² pulak nie...
sedap ni.. kretif btul akak ni.. :)
cantik..comey...kiut...
tergoda tengok...time ksh ats perkongsian...^_^*
oh, senang juga nak membuatnya tapiiii.. adunan tu kukuh ya, kalau tangan sy ni rasanya takut bobos pulak kelopak bunga tu... hihihi..
terima kasih atas tunjuk ajar Kak Ita.
cantiknya.. xnak ambik order ke kak??
Subhanallah... Ita ni sangat berbakat... betapa besar kurniaan Allah
terima kasih ita.. di atas panduan dan resepi yang diberikan.. nanti saya akan mencubanya .. insya allah
jem peanut butter kt tengah tu leh tukar ng cheese pny ke???
kulit dia tu sme ke cre nk wt tart cheese??
Asslmkum kak!
X sabo nak tgk kejadiaannya kat blog. Kat fb sikit sgt. Heheee. Mmg terbaiklah hasil kerja tgn akak. Ni la yg buat sue syg akk ni. Heeee.
Thanks kak share tutorial lg :)
thanks kak ita! lepas ni nak buat la..teruja sgt!
As'salam Kak Ita cayanggg....
Nina surrender !!!
memang tak termampu nak buat cookies macam gini!
Walaupun ada urat dawai sekalipun, sanggup angkat bendera putih awal2....
Salute ngan kak Ita!
Akak, hembuskan sikit aura 'kerajinan tahap tertinggi' utk Nina~
hehehe . . .
Sure balik kampung nie mak mertua akak peluk kuat-kuat tak mau lepas!
hik hik hikk>>.
adoii hebat betul kak ita ni..
alaa..umah faa 1 nozel pon xde..mcm mne?hihihi
SALAM..
kak ita,nampak gayanya mmg sy tak cuba buat la biskut ni..mmg salute habis pada kak ita,osemmmmmm!!!
Salam,
terpegun i tau...tabik kat u ita.
lawanya!
akak, time bakar ni,
nozzle tu tetap ade dalam bunga tu ke?
ataupon akak kluarkan nozzle tu?
cantiknya akak buat kuih ni... :)
Assalamualaikum..
Terima kasih kepada yang sudi berikan komen..
ok ita jawab ye beberapa pertanyaan kawan-kawan harap dapat membantu bagi yang nak mencuba..
Biskut ni sedap! rasa krust nya manis dan intinya penut tu.. semua tau kan lemak masin jadi memang ngam..
Biskut pun rapuh sebab menggunakan tepung rose.. jadi berhati-hati memegang biskut selepas di bakar..
Semasa bakar kita bakar dengan nozel sekali.. lepas bakar dah sejuk baru keluarkan nozel tu..
Ita cuba try keluarkan nozel dan bakar tapi bunganya jatuh dan leper.. jadi kalau nak cantik memang kena bakar dengan nozel sekali..
jam penut butter tu boleh tukar kalau nak letak jam lain.. terpulang tapi kena ingat bahawa krust luar tu manis jadi sesuaikan dengan jamnya.. atau tak perlu letak gula pada krust..
Harap jawapan ita dapat membantu..
tangan magik la kak ita ni...
pegang pensel pun leh jadi coklat ni...hahaha...
xdalah gurau aje...akak solute la dgn bakat akak ...tahniah...
agak2 kalau sya praktis masak ari2 leh jadi cam akak tak?
cantiknya kak ita...sedap pulak tu...nozel kat rumah ada 4 je...xdptlah nk buat...huhuhu...
luv kak ita la.......
jelesnya... cantik sangat2.. tgn kreatip mmg semuanya menjadi kan..
Perrggghh...siap dgn tips dan panduan nak buat, nak bakar segala...harus berterabur nozzle akak kalau berkecah kat dapur nak wat kukis ni Ita ooiii... Cantik dan kretip yg boleh pengsaannn punyeerr...
salam...sangat cantik..anugerah dari Allah dengan memberi kak ita kekreatifan itu...kak buka bakeri je la cam ni....
sangat cantik...buka bakeri je la kak kami dtg beli jek hehehehe
cantiknyer ita...!! suka tengok kejadiannya...
agak2 biskut tu tak lemau ke ye kalau buat awal2 & letak terus peanut butter tu...
As'kum Kak Azlita cayangg selamat berpuasa sibuk sha sekarang ni jarang dapat bw... tapi hari ni singgah dan tinggalkan komen... TERBAIKKKK!!! KAK TERBAIKKK.... :))
Nak order boleh?
tak tercapai dek akal tina tgk biskut cantik tu kak ita
nak makan pun sayang, lawa betul
Subhanallah...mmg kagum saya dgn hasil magik tgn sis ita ni..
Alhamdulillah...Such a beauty, I have never seen such a beautiful creation before...Lovely...Wonderful clicks.. too tempting.
SubhanAllah.. cantiknya.. dni tade kepakaran nak wat cecantik gni.. mesti hancus kalo dni buat hehe
canteknya Itaaaa .. jual la kat kita ita. nnt kita beli. kita suka makan cookies tapi kita malas. so kita beli je la. hahaha.
Salam kak ita.. Cantik nyaa ...sy ngan bebudak ofis mmg tengah carik resepi biskut nih... Thanks sbb kakita sudi nak share resepi nih.... Tp kaannn..... Mana nak cekau nozel bnyk2 nih... Hihihhiihhihih
Salam perkenalan Ita.Cantik betul bunga seroja tu ;)
tak berkelip mata ni...amboi kreatifnyaaa;)
nak makan pun sayang ni..hehehe
i really inspire dgn hasil kerja akak nie..hope that one day elly boleh jadi serajin and sekreatif akak..kalu elly buat biskut ni tunjuk kat mak mmg dia kagum habis kak..elly doakan akak sukses slalu..
WOW!! These are so pretty!
kakak adalah idola saya ^_^
sangat mengoda ..:)
Salam. Kak Ita, sangat kreatif, cantik dan unik.. Boleh cuba untuk buat sebelum raya.. TQ atas tunjuk ajar..
sgt cantik lah kak ita...memang terbaik..kat umah noozle x bnyk..leh pinjam kak ita punya???...hahahah
Ini memang tahanp rajin paling maximum aje yang boleh buat ni...
Masha'Allah cantiknya..rasa cam nk buat la..Lydia mmg suka biskut ke kek ke yg berdesign2..
thanks kak atas respon. :)
hihi
cantiknya tapi mak aii, leceh gak nak membuatnya ya.. btw, tq kak ita for sharing
memang betul, cantik tapi orang yang tak kreatif dan tak tangan seni macam saya ni gerenti tak pandai nak buat bentuk bunga seroja tu, takat masukkan inti bolehlah kot.. apepun, selamat berbuka kka ita & family
Hai Kak Ita ... yatie nie dr Yatiecooking. Teimakasih Kak Ita kerana mencuba resipi dari dapur Yatie. Teruja sangat. Tapi Kak Ita buat masya-allah comel & kreatifnya.
Terimakasih Kak Ita kerana mencuba resipi Yatie. Tapi Kak Ita buat cantiknya .. tekun gila nie ....
rajinyaaa kak ita ni.... sgt cantik rupa biskut tu sampai sayang nak mkn
kak ita..biskut ni sedap gak di isi inti buah prunes....kalau tak silap biskut bunga prunes
Kak ita... nak tanya tepung red rose tu tepung apa..... kalau tak de boleh ganti dengan tepung apa????
Org rajin & kreatif mcm kak ita ni boleh jek buat biskut rupa apa pun...sy mmg belum terbuat lagi buat masa ni...
cantiknya..teruja cam nk buat tapi my nozel semua plastik lak huhuhu..
Hi sis, boleh sy guna gambar pertama tu ? Cantik
Post a Comment