FRUITTI CHEESE CAKE - masam manis f

Breaking

Jul 16, 2012

FRUITTI CHEESE CAKE

Assalamualaikum


Selamat pagi semua...
Minggu ni adalah minggu terakhir kita berada di bulan Syaaban. Minggu hadapan umat Islam akan mula berpuasa. Pastinya hari-hari kita akan bertambah ceria melewati bulan yang amat mulia dan sangat di nanti-nantikan ini.

Bagaimana dengan perancangan menjelang bulan Ramadhan ni. Apa persediaan kita menyambut kedatangan bulan yang mulia ini? Kepada yang masih belum berkesempatan untuk mengganti puasa yang lalu, segeralah berbuat demikian.. jangan berlengah kerana masa tidak menunggu kita..


Bagi masyarakat Johor, sudah menjadi kelaziman untuk mengadakan kenduri buat kaum keluarga yang telah meninggal dunia, pada minggu-minggu akhir bulan Syaaban atau pun sebelum menjelangnnya Ramadan. Walaupun ada sesetengahnya mempertikaikan amalan ini, namun pada ita ianya adalah satu amalan yang telah menjadi tradisi dan budaya masyarakat Johor, dan biarlah ianya tetap menjadi adat sebagaimana peribahasa yang berbunyi " biar mati anak , jangan mati adat"


Hari ni ita kongsikan resepi yang pernah tersiar di dalam majalah AROMA bulan Jun. Resepi ni dah lama ita buat, cuma tak berkesempatan untuk publishkan di blog aje. Jadi kesempatan yang ada hari ini ita kongsikan pula di sini untuk mereka yang tidak berpeluang mendapatkan majalah Aroma bulan Jun.

Resepi ni ita ambil dari sebuah buku masakan Cheesecake Mania hasil olahan dan sentuhan Kevin Chai. Resepi asal kek ini di beri nama Dainty Cheesecake, tapi ita ubah ke Fruitti Cheese Cake, kerana ita mengunakan gabungan perisa buah-buahan yang berlainan untuk setiap lapisan cheese.


Lapisan kek untuk dasarnya pula ita gunakan kek coklat, untuk serasikan rasa coklat dan perasa buah-buahan yang ita gunakan dalam lapisan cheese. Jom kita intai-intai resepinya pula..

FRUITTI CHEESE CAKE
Olahan daripada resepi : Dainty Cheese Cake
By : Kevin Chai
Rujukan : Buku Masakan Cheesecake Mania

Bahan Kek Span Cokelat
5 biji telur
125g Gula Kastor
1 sudu kecil Esen Vanilla
2 sudu kecil Ovelette
100g tepung
20g serbuk koko
1 sodu kecil Baking Powder
40ml air
70g Mentega ~ dicairkan

Panaskan oven pada suhu 170C
Campurkan semua bahan kecuali mentega.
Putar hingga kembang dan gebu.
Anggaran 10 minit.
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga rata.
Tuangkan ke dalam loyang berukuran 8" yang telah disapukan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak.
Bakar pada suhu 170C selama 35 minit.
Terbalikkan atas redai setelah masak dan biarkan ia sejuk sepenuhnya.
Potong kepada 3 kepingan



Lapisan Cheese
120ml susu segar
2 biji kuning telur
350g cream cheese
80g gula kastor
1 sudu besar serbuk gelatin
400g whipped cream


Pewarna dan perasa
1/4 sudu kecil strawberry emulco + 1/4 sudu kecil pewarna merah jambu
1/4 sudu kecil pes lemon + 1/4 sudu kecil pewarna kuning
1/4 sudu kecil pes blueberry + 1/4 sudu kecil pewarna ungu
1/4 sudu kecil pes oren + 1/4 sudu kecil pewarna oren
1/4 sudu kecil pes apple + 1/4 sudu kecil pewarna hijau

Satukan susu segar, kuning telur, cream cheese, gula kastor dan serbuk gelatin kedalam periuk
Masak secara double boiler sehingga semua adunan sebati dan mencair
Padamkan api dan biarkan sejuk sepenuhnya
Dalam mesin pemutar, putar whipped cream sehingga ringan dan bertanduk
Masukan adunan cream cheese dan terus memutar hingga sebati
Bahagikan adunan kepada 5 cawan
Tambahkan perasa dan pewarna pada setiap bahagian adunan dalam cawan tadi
Potong kek span cokelat kedalam loyang spring foam bulat berukuran 7"
Tuangkan adunan cheese oren, ratakan permukaannya dan simpan dalam peti sejuk selama 15 minit
Keluarkan dan tuangkan pula lapisan berwarna ungu.
Ulang semula proses yang sama sehingga habis setiap lapisan
Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong



Bersama-sama ini juga ita sediakan resepi asal dari Kevin Chai

DAINTY CHEESE CAKE
By: Kevin Chai
Source : Cheesecake Mania

1 slice sponge cake

Cheese Layer
120ml fresh milk
2 egg yolks
350gm cream cheese
80 gm caster sugar
1 tbsp gelatine powder
400gm fresh cream ( whipped )

Flavors
1/8 tsp strawberry emulco
1/8 tsp pandan paste
1/8 tsp choc emulco
1/8 tsp vanila essence
1/8 tsp orange paste

Place sponge cake into a 18cm square tin. Keep aside
To make cheese layer, bring fresh milk, egg yolks, cream cheese, sugar and gelatine powder to heat.
Strring over simmering water until mixture is melted.
Remove and leave to coold
Fold in whipped cream until blended
Divide cheese mixture into 5 portions and combine with difference flavour.
Spread strawberry cheese mixture in the tin. Refrigerated for a while.
Follow by pandan, chocolate, vanilla and orange.
Cover and keep in freezer until set.



40 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam Azlita,

Subahanallah sungguh cantik kek itu, dengan adunan warna yang lembut sajer.. kalau merasanya pasti sedap dan gebu gitu...

Saya pun balik kg sabtu baru ini, mak membuat doa sambut puasa ni...

Semoga Allah memanjangkan usia kita hingga bertemu Ramadhan seperti hadis nabi "Allahuma Bariklana fi rajab wa syaaban wa ballighna Ramadan" ... dan sampaikanlah kami Ya Allah hingga Ramadan (yakni panjangkan lah usia kami hingga ke ramadhan al mubarak...

SELAMAT BERPUASA AZLITA ....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Salam, Kak Ita, cantiknya kejadian melambangkan betapa halusnya jiwa Kak Ita. Salam Ramadhan dari saya.

CikPuanIsteri said...

salam kak,
semalam sy ade gak buat cheese cake tp cheese cake biasa j la..huhuh
tgk akk pnye cheese cake mmg menyelerakan.. =)

ameris said...

Slamat bpuasa kak ita.

Unknown said...

Assalamulaikum Ita..
selamat berpuasa jugak dari kak Noor utk Ita sekeluarga sama lah diBrunei ni pun sana sini ada majlis kenduri sambut ramdhan yg akan menjelang tak lama lagi insyaallah..
cantik dan menarik menu Ita ni teruja sangat akak tengok dan yg pasti sangat sedap dengan warna2 rainbow tu yg menarikk sekali..

Jujubabes said...

selamat berpuase kak ita ..
halusnye kerje kak ita ni, berseni lak tu ..suke lalu kat blog kak ita, syahdu mate saye tengok hasil kerje kak ita :D ..

Anonymous said...

Assalammualaikum k ita...
Masya Allah cantik sungguh kek tu...nak makan pun terasa sayang banget. Memang jari jemari serta jiwa k ita, jiwa org berseni...respect sungguh saya...skill like pro...

Btw...saya nak ucapkan selamat berpuasa dan maaf ye k ita andai sepanjang ni ada sesuatu yang menguris perasaan sis...TQ 4 everything.

Rose @ Ritzari Kitchen n KerepekCorner said...

Assalamualaikum Ita,
Memang cantik. Lebih cantik dari kevin chai punya. K rose ada buku tu, and yours are superb. 2 thumbs up.

Lily said...

assalamualaikum kak ita..... alahai camner nak buat kek yang best cam kak ita nih...... kena berguru ngan kak ita nampaknya ni..... apa pun selamat berpuasa buat kak ita n family...tq coz share banyak resepi yang best2....

Mel said...

Sungguh cantik berwarna warni! Another name to called this "Cheesecake Layers" boleh tak? :-)

Suliana said...

woweeee.. macam best & senang je tgk kak ita buat :-)

mykitchen said...

Akak nk tanya..bila potong kek coklat 3lygapis..yeg 2 tuh buang ek..sebb tgk selapis je akak guna.

Siti Nadira said...

A Salam Kak Ita,
Saya sangat mengagumi hasil tangan akak n keikhlasan akak menulis...semoga akak terus maju jaya...:)

zihan said...

cantiknye...:)

A.B.M said...

cantiknya kek kak!!
terliur. hehe

mimie said...

ttg kenduri tu, tadi malam pun kami baru kenduri.
kalau orang jawa bilang, megeng poso atau kenduri menyambut bulan puasa dan kirim luhur ( kirim doa buat para arwah leluhur kita )...

cantik the boommmm cake tu kak ita...
dan tak bosan2 mimie cakap, pic kak ita slalu buat mimie terkagum2... ^^

sekadar nak share kak, kat FB ada group GPI , galeri potograpi indonesia. tapi bukan melulu orang indonesia saja anggotanya, byk dr negara lain jg.
group tu d kelola oleh photografer pro. ada banyak katagori, dr macro, lanscape, still life , flower, sunsite, nigt fotografi.food pun ada.banyak lagi kak..
boleh ikut macam award sesuai katagori kak.
kalau yang suka photografi seronok ikut group tu....
nak jg tengok nama kak ita dapat award di GPI, standing dgn fotografer2 pro... ^^
kita b

inahar ali said...

woww..cantik banget ciskeknye ita..bak sepotong..ada lg x?

Aymy With L♥ve said...

Assalamualaikum Kak Ita... As usual, kalau merayap sini sure buat jiwa org yg berdiet memberontak... Cake look super yummy... :)

liemaopurut a.k.a ana said...

kak ita,
cantiknya kejadian fruitti cheese cake ni... nampak sedapppp.. terliur dah ni kak. mintax sepotong ;p

Rahel said...

Salam Kak Ita...
terpegun Rahel nampak kek cheese tu..warna-warni...dan semestinya enak banget..

Fafau de Craft ( Zana ) said...

Cantiknya Sis cake tu...Klu buat utk raya compem kejap je abis...
Selmat menunaikan ibadah puasa Sis.. :)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cantik & mulusnya kek yg ita hasilkan.... tak puas mata ku memandangnya...

geez said...

Kak azlita,,,,,,akak la idola saya dalam dunia kek......hehe....kagum dengan usaha akak......kek2 akak buat semua cantik dipandang....^_^

misshannajr said...

kagum dengan bakat akak dan usaha akak..cantik sungguh kek ni..pasti sedap kan :)

Yatie said...

spt biasa bila tngk kek yg Ita hasilkan..cantik, halus mulus dan berseni betullah...kagum sangat2..kalau dpt rasa sepotong ni, alangkah sedapnya tekakku ini..kih3...

Amie said...

Selamat menyambut Ramadhan yang mulia buat Ita sekeluarga.
Ngences tengok potongan kek yang sangat cantik tu!

Kak Nita said...

Salam Kak Ita,

Kombinasi warna yg menarik..,,Tambah menarik sekiranya dapat sepotong ...hehehe...

Nikee Me said...

KAK ITA SY DR LAMAN DAPUR HELE..AKAK MMG PANDAI DAN BERSENI...SEDAP SUNGGUH NAMPAKNYA,........TERLIUR

Unknown said...

Selamat Menyambut Ramadhan..Memang menyelerakan. Tie nak tanya Kak Ita sponge cake mana yang paling gebu? Tie ada ikut resipi french spponge cake tapi tak berapa nak gebu sangat atau ada tips2 nya kak ita.

LiNa_Pg said...

assalam ita, teropong dari tingkap TMK terus terjah mai..sangatlah cantik kejadiannya.Kaler n tektur sungguh memikat.Harus cuba gak bila ada kerajinan.Mayb utk berbuka pose nnt.

rara.aira said...

assalamualaikum k.ita, saya kalo masuk blog k.ita nih mst terpegun tengok hasil air tangan k.ita..dah bnyk resepi yang sy dah cuba dan semuanya sedap sgt.hehehe. btw k.ita,nk tny k.ita guna whipped cream jenama apa ek?

Ann Cake House said...

kek tu sgt la sopan-santun tapi gojes. hoho. thanks kak kongsi resepi, akan dibuat sebab anak ternampak terus cakap nakk!

Unknown said...

Cantiknyerrrrrrrr kek kak ita ......
Saya paling teruja everytime kak ita buat post on cakes. Sumer cantik2 ...huhuu...

Ada masa akak visit blog saya yer

Mama-iloveu.blogspot.com

Tq

~ KAK RAQYN ~ said...

as salam kak ita..
sy byk kali nak try resepi ori yg dari buku tu.. selalu belek2 je.. tapi bila time nak buat mood selalu ilang..last2 asek tgk buku ja la... hehehe.. bila dah tgk kak ita rasa semangat plak nak try.. tapi tak tau la bila.. apa pun, sgt cantik ciskek kaler2 ni.. nampak sedap sungguh! tahniah kak ita..sebab gambar2 kek yg kak ita amik ni mmg membangkitkan selera.. ^_^

ismi nisa said...

Assalamualaikum k.ita, cantik la kek ni...warna semua soft je....nampak lembut teksturnya...kena try ni..

Anonymous said...

subhanallah! cantiknya kek ni

1802reza said...

waduh2...sweetnye kaler..akak,leh x nk mntk akak tunjuk skit food kaler brand apa yg akak guna..cntik kaler dia..tima kasih..

Unknown said...

k.ita..sy dah try buat..knapa lapisan cheese sy jd lembik ye?dia couldnt stand..bila dah lapisan ke3 dia mula dan meleleh2 dah..adui..sedih..sedih..

Unknown said...

Salam...kak ita...nk tny sket...yg cake coklat span tu kn kena potong 3 lapis....pastu guna selapi je ke letak bwh skali???? Pastu yg balance tu ley smpn utk wat lagi la????

WALLFLOWER said...

salam k.ita :)
saya baru berjinak-jinak nak membuat kek,saya tertarik dgn kek fruitti cheese akak,mm saya nak tahu akak pakai serbuk gelatin apa ye?susahla kak nak cari gelatin yg halal,boleh akak kongsi ? :)

Post Top Ad

test