IFTAR hari pertama kami... - masam manis f

Breaking

Jul 22, 2012

IFTAR hari pertama kami...


Assalamualaikum..
Alhamdulillah telah sehari kita menjalani ibadah puasa. Semoga kita di berikan kesihatan yang baik, diberikan kesabaran dan dipanjangkan umur agar dapat  meneruskan ibadah puasa ini hingga ke penghujungnya.

Ini lah antara menu yang sempat ita sediakan untuk keluarga. Biasa bila anak-anak berkumpul di rumah, macam-macam yang di minta. Sebagai ibu, kita hanya menurut mana yang baik dan termampu kita laksanakan, semoga apa yang kita lakukan sentiasa mendapat keredaan Allah.


Juadah pertama adalah Nasi Minyak Ganu. Ita tertarik untuk mencuba resepi ini sewaktu singah di dapur Ida. Melihatkan nasi yang kuning keemasan membuatkan hati ita seakan meronta-ronta untuk mencuba.

Resepi daripada  Kak Noor Masri, terima kasih kak kerana berkongsi resepi yang enak! 
Rasanya cara penyediaannya lebih kurang sama macam nasi minyak Johor atau yang sewaktu dengannya tapi ianya lebih simple dengan bahan yang minima. Cukup mudah!

Masa nasi ditanak, harum semerbak satu rumah. Mungkin penggunan minyak sapi yang membangkitkan aroma hingga anak-anak pun turut turun menjengak ke dapur.. "Sedapnya bau... tak sabar nak makan.."

Bagaimana rasanya? pada ita ianya sedap, anak-anak pun suka hingga mengulang makan selepas pulang dari tarawih. Kepada kak Noor Masri ita minta izin ye untuk sharekan di sini, mana lah tau kalau ada antara rakan-rakan atau adik-adik diluar sana yang teringin mencuba!


NASI MINYAK GANU
By: Kak Noor Masri
Rujukan : Coretan Dari Dapur

3 cawan beras basmathi
4 1/2 cawan air ~ jika guna beras lembut kurangkan air atau mengikut kesesuaian beras
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
pewarna kuning
2 helai daun pandan ~ disimpul
 
Bahan Tumis
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inc kulit kayu manis
1/2 inc halia ~ di mayang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 ulas bawang putih ~ dimayang

Beras dicuci kemudian di toskan airnya. 
Panaskan minyak sapi dan marjerin dalam periuk.
Masukkan bahan tumis
Tumis hingga naik bau atau warna kekuningan
Masukkan beras dan daun pandan.
Kacau sekata
masukkan air dan susu
Tanak hingga nasi kering
Kemudian titikkan pewarna kuning
biarkan seketika.
Kemudian gembur nasi menggunakan garfu



Nasi ini ita gandingkan dengan Daging Kuzi. Rempah kuzi ita beli di Pasar Larkin. Dah lama sebenarnya ita nak masak Kuzi, tapi rempah kuzi amat sukar nak di temui. Kepada warga Johor yang nak dapatkan rempah Kuzi boleh lah cari di Pasar Larkin Johor. Di kedai menjual rempah.

Resepi dari tukang masak popular siapa lagi kalau bukan Pak Engku yang terkenal kehebatannya dalam penyediaan hidangan untuk bakal mempelai. Ita olah sikit resepi menggunakan rempak kuzi yang ita beli dah siap-siap.
Tapi kalau tak jumpa juga boleh lah gantikan rempah kuzi dengan rempah kari daging campurkan dengan rempah kurma dalam nisbah 2:1


DAGING KUZIE CATLYE
By: Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin


1 kg daging ~ dipotong
1 tangkai daun pudina
1 tangkai daun ketumbar
3 biji cili merah ~ belah 2
3 biji cili hinaju ~ belah 2
1/2 tin susu cair
2 sudu besar tomato puris
10 biji badam
2 sudu besar rempah kuzi
Garam secukup rasa
1 kiub daging ~ jika suka

Bahan Tumis
2 sudu makan minyak
3 ulas bawang merah ~ dikisar
1 ulas bawang putih ~ dikisar
2 inc halia ~ kisar
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis

Panaskan minyak dan tumis semua bahan tumisan hingga harum
Masukkan rempah kuzi dan sedikit air.
Bila naik minyak masukkan tomato puri dan juga susu cair
Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk
Masukkan garam secukup rasa

Bila sudah masak dan daging telah empuk, masukkan daun pudina dan daun ketumbar, kacau rata.
masukkan juga cili merah, cili hijau dan tabukan badam
Boleh lah di hidangkan.


Pada ita lauk ini sangat sedap! anak-anak makan sambil menjilat jari. Kepada yang tidak pernah merasa lauk Kuzi bolehlah mencuba.

Untuk pembasah tekak kami setelah seharian menahan kehausan ita sediakan Air Teh Longan. Resepi ita ambil dari majalah RASA keluaran bulan Ogos 2012. Resepi hasil olahan Nurul Nasuha Mohamad Noor.
Jom kita mencuba satu kelainan...


AIR TEH LONGAN
By: Nurul Nasuha Mohamad Noor.
Rujukan : RASA Ogos 2012

750 ml air panas
1 uncang teh
150 ml air gula
1 tin longan dalam tin
Beberapa ketulan ais


Rendam uncang teh bersama air panas sehingga kembang
Masukkan air gula dan kacau rata
Tuangkan air longan dan buahnya kacau rata
Tambahkan ketulan ais untuk rasa yang lebih nyaman
Sedia dinikmati


SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA



18 comments:

ibh_sue said...

Asslmkum kak ita.
Banyak2 menu tu air teh longan yg x pernah tengok.
Apa yg pasti juadah berbuka akk sgt menyelerakan tau. ;)

Azie said...

Selamat berpuasa Ita. Seronok tengok gambar gambar di blog Ita. Saya hanya sempat ambil gambar sebelum dihidangkan jer. Tak sempat nak posing mcm gambar Ita yg cun melecun ni.

Amie said...

Seronoknya menikmati juadah bersama keluarga kan Ita... kita pun bersemangat nak masak.

Nuwairani said...

assalamualaikum kak ita..meriahnya menu iftar pertama...Nani masak biasa2 je. Dah nama orang bujang, makan pun ala kadar je. Menu kuzi tu memang menarik perhatian betul. Mak Nani suka masak kuzi ayam dengan roti jala. Pasni boleh gandingkan dengan nasi minyak la pulak.

laskar pelangi said...

Pagi pagi tengok nasi minyak ni.Serius terliurrr. Boleh la try untuk masak time raya..Cam best jer;)
Selamat berpuasa...

Nina Mirza said...

As'salamualaikum kak Ita ...

Alahai ~~~ terliur dibuatnya tengok nasi tuu. Bila tengok ayam lagi lah>>> Gulp Gulpp ..!! Telan air liur lah kita..

Selamat Berpuasa kak Ita sekeluarga

Ardini Humaira said...

nak cuba teh longan :D

Mulan said...

wooowwwweeee... terpegun tengok menu ni.. tqs for sharing d recipe..

rasa nak masak nasi & kuzi sekarang jgk..

ummiaisyah said...

br tau rempah kuzi tu bleh olah dgn rmph daging dan kurma...patutla rasanya ada rasa rempah kurma...
paling tak tahan tgk air longan tu!

HaniFadil said...

Salam ramadhan kak intan,
I'm officially a fan of your blog. baru jumpa blog ni, link dari blog kitchen guardian.. Sukanya.. Kenapalah tak jumpa lebih awal dulu.. Keep up the good postings.. Sangat2 suka penyampaian akak, baik gambar yang sangat cuns mahupun bahasa yang sangat mudah difahami. :)))

Nur-nba said...

Semuanya sedap2 belaka..

Selamat berpuasa untuk Kak Azlita sekeluarga.. :)

Azian Nd said...

Cntik nasi Ita tu, Akak pun selalunya masak nasi yg simple2 gitu.
Masak begini tak perlu byk lauk...

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Lezat sekali nampak hidangan iftar tu kak Ita, apalagi es longannya...kelihatan segar! mau coba kapan kapan.

KG said...

adoi! i terliurq! i made your karamel cake semala, sedap...tqs for showing the step by step, taklah menakutkan sangat nak buat! selamat berpuasa ita and family!

Salmi Khairil said...

semuanya nampak sedap..;)

Nina Johari said...

saya suka air longan tu!!! thanks for sharing ya! :)

let be frens! follow me~
http://websitenina.blogspot.com/

Unknown said...

sangat2 tergoda dgn hidangan dan rasa nak masak lepas balik kerja nnt insyaAllah...thanks

Lelord said...

tempting...kena cuba ni, aduhh kat qatar ni ntah ada ke tak rempah kuzi, sini mcm2 rempah ada

Post Top Ad

test