JELLY KELAPA GULA MELAKA - masam manis f

Breaking

Jul 21, 2012

JELLY KELAPA GULA MELAKA

Assalamualaikum..


Alhamdulillah hari ini semua umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Bila kita bercakap pasal puasa, ia bukan sahaja menahan diri dari lapar dan dahaga tapi kita juga di tuntut untuk menjaga setiap perbuatan kita yang boleh membatalkan puasa dan mengurangkan pahala kita berpuasa.

Salah satu perkara yang paling sukar untuk kita tahan dalam bulan puasa adalah nafsu kita. Walaupun syaitan di rantai atau terbelengu di bulan puasa, tapi kita harus akui bahawa nafsu kita masih lagi bermaharajalela. Kerana itulah kita perhatikan semakin bulan puasa semakin banyak kita melakukan pembaziran kerana tidak dapat mengawal hawa nafsu.

Bulan puasa juga sering di katakan sebagai bulan untuk makan mewah. Kita lihat sekarang, banyak sangat tawaran berbuka puasa yang diiklankan oleh hotel-hotel atau restoran-restoran untuk menarik hati pelangan. Bukan itu sahaja, bazar Ramadhan juga tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Kalau kita tidak dapat mengawal nafsu , itulah yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


Dulu ita sering makan di hotel setiap kali berbuka puasa. Bukanlah pada setiap hari, biasanya kita berbuka di luar pada hujung minggu. Mula-mula ita rasa seronok.. ialah kita tak payah masak kan, dan makanan yang disajikan pula bukan calang-calang hebatnya dan ada juga yang sukar kita temui pada hari-hari biasa. Layanan pula, amboii.. bagaikan anak raja, lepas habis makanan dipinggan terus diangkat. Air pula di tuangkan. Tak payah nak menyinsing lengan.

Tapi bila kita fikirkan kembali, berapa lah sangat makanan yang kita boleh makan, bila dah minum seteguk air perut dah terasa kenyang dan terus nafsu makan pun hilang. Bukanlah kita berkira dari segi bayaran, tapi rasa-rasanya banyak perbuatan yang sia-sia kita lakukan. Hinggkan kita tertinggal satu malam untuk bersolat tarawih. Aduh berapa banyak kerugian yang harus kita tanggung, apatah lagi jika malam itu adalah antara malam yang di janjikan Allah akan pahala yang berlipat kali gandanya. arghhhhh... ruginyaaaa..

Pada ita berbuka puasa di rumah adalah yang terbaik. Selain kita dapat merapatkan hubungan kekeluargaan, ianya juga adalah lebih barakah kerana ianya adalah hasil air tangan kita sendiri yang kita hidangkan untuk insan-insan yang kita sayangi. Kita juga pasti akan sumber, dan tahap kebersihan makanan yang kita hidangkan untuk keluarga. Disinilah lahirnya barakah puasa kita pada hari itu.


Setiap kali bulan Ramadhan, ita pasti akan sediakan jeli kelapa untuk keluarga. Seperti kelaziman, keluarga kami sukakan manisan yang lembut, untuk dinikmati bukan sahaja pada waktu berbuka puasa, tetapi juga selepas kita melakukan solat tarawih. Ianya satu dessert yang ringan yang amat digemari anak-anak.

Biasanya ita buat lebih-lebih, masukkan dalam bekas cawan kecil dan simpan dalam peti ais untuk dinikmati dingin. Jadi bila balik tarawih, sambil menonton TV atau melayari internet pasti anak-anak akan mengapai secawan jeli untuk dinikmati.
Cara membuatnya tak susah, janji ada kelapa muda pasti setiap penyediaan berjalan dengan lancar.

Sebelum kita intai-intai resepi, ita nak mengucapkan selamat berpuasa, dan selamat beramal kepada semua pengunjung yang sudi jengah dapur ita ni.


JELLY KELAPA GULA MELAKA

1 peket agar-agar serbuk
3 liter air kelapa muda daripada 4 biji kelapa muda, boleh tambah air jika kurang
Isi kelapa muda
Gula secukup rasa
1 helai daun pandan di simpul
1/2 buku gula Melaka

Campurkan air kelapa muda bersama gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga aga-agar dan gula melarut
* air kelapa cepat kering kalau dimasak, kalau air kurang tambah lagi air supaya tekstur jeli lembut.
Ambil 1/3 bahagian dan masak bersama gula Melaka
Baki jeli kelapa yang putih pula di masukkan isi kelapa muda dan masak hingga air mendidih

Tuangkan lapisan jely gula Melaka ke dalam bekas cawan
Tunggu ia mengeras sebentar
Kemudian tuang pula jely kelapa
Simpan dalam peti ais untuk rasa yang lebih dingin.



10 comments:

Nely's Kitchen said...

Salam singgah k ita..Selamat berpuasa n salam Ramadan buat k ita sekeluarga..Tgk jelly kelapa muda tu..dh kecur ni..hehe.

Btw Selamat berbuka..

Wani SK said...

salam kak ita .. wah dah tayang jelly kelapa hihi bila bulan puasa ni memang tak lupa dengan pencuci mulut cam ni ...selamat berpuasa buat kak ita dan family ... semoga keberkatan dan amalan di bulan ramadan yang mulia ini dapat diterima oleh-Nya ..amin..

inahar ali said...

salam ramadhan & selamat berpuasa gak wat ita sekeluarga ye!

ada the baker said...

salam kak. will try it soon ;). salam ramadhan

ilahjy said...

sejuk mata memandang suraman gambar yg dek ita tembak tuuuu mmg cantik kelas gitu... mesti guna kain hitam dibelakang tuuu kan..? tapi mcm mana la cahaya jadi suram dan amat romantis gituuuu..

ibh_sue said...

Asslmkum kak ita.
Betul tu kak berbuka dirumah lg byk manfaatnya. Sue pun lg suka berbuka dirumah.

Selamat berpuasa kak dan selamat berbuka puasa jg.

Marsita Yahya said...

Sejuknya rasa bila tengok.., boleh ke tukar dengan sengkuang? Kelapa muda ni kadang2 susah nak dapat.

Mas Sani said...

bestnya kalau dpt rasa segelas :-)

Love2cook Malaysia said...

Fuh...terasa jelly kelapa tu kat tekak ni kak :)

Selamat berpuasa dear...

Unknown said...

Salam semua,

Saya ada buat special giveaway di blog saya. Jemput sertai yer :-)

http://mama-iloveu.blogspot.com/

Post Top Ad

test