'Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai jongkang-jongkit' - masam manis f

Breaking

Jul 18, 2012

'Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai jongkang-jongkit'

Assalamualaikum


'Kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai jongkang-jongkit'

Mungkin kita biasa dengar istilah sebegini yang sering di sebut-sebut sebagai perumpamaan pada orang yang tak tau, cuba tunjuk tau tapi akhirnya menyalahkan orang lain jika hasilnya tidak seperti yang di harapkan.

Ita sering terima rungutan, teguran dan ada juga kata-kata yang kadang kala menguris perasaan.Tapi biasanya setiap apa sahaja ita terima seadanya, ita memang jenis yang malas nak ambil kisah setiap apa yang orang katakan. Mana yang baik ita akan jadikan ianya sebagai satu panduan dan yang tak elok ita jadikan ianya sebagai pengajaran untuk ita meniti perjalanan ita dari sehari ke sehari yang semakin berliku-liku.


Setiap resepi yang ita kongsikan dalam blog biasanya semuanya bertuan. Ita akan sertakan dari mana setiap resepi itu ita rujuk, siapa pencipta resepi asalnya ( kalau yang ita tau) atau dari mana sumber rujukan itu ita perolehi.

Ita sangat-sangat menghargai jerih perih mereka yang mengilhamkan sesuatu resepi dan mereka yang sudi berkongsi resepi dengan rakan-rakan. Inilah ilmu yang sangat bernilai pada ita kerana ianya akan menjadi darah daging dalam diri insan-insan yang mencuba resepi tersebut, apatah lagi hidangan tersebut turut di nikmati oleh mereka seisi keluarga. Selagi ada manusia di atas muka bumi Allah ini, selagi itu lah kita perlukan makanan untuk hidup dan di situlah betapa besarnya jasa dan pengorbanan pencipta sesuatu resepi masakan.


Berbalik kepada apa yang ita ingin sampaikan kepada adik-adik ita di luar sana, sebagai mana insan lain ita juga mempunyai banyak kekurangan, banyak yang ita tak tau dan banyak lagi yang ita perlu ambil tau. Apa yang penting, kita sentiasa ingin belajar, sentiasa ingin memperbaiki diri, belajar dari kesilapan dan jangan ulang kesilapan yang sama.

Kepada mereka yang baru berjinak-jinak ke dapur, atau baru kenal resepi. Mungkin hari ini kita dapat belajar sesuatu untuk meningkatkan kemahiran kita dan memperbaiki kelemahan diri. Apa yang ita kongsikan ini juga sebagai panduan buat ita juga, anak-anak untuk sama-sama menambahkan ilmu dan memperbaiki lagi setiap kelemahan.


Bila kita dapat sesuatu resepi yang menarik, baca setiap resepi dengan teliti. Fahami setiap sukatan bahan yang diperlukan, dan kena kenalpasti apa pula peralatan yang di gunakan. Jangan terburu-buru nak buat, lepas tu bila hasil tak memuaskan hati kita mula salahkan resepi atau mereka-mereka yang kongsikan resepi tersebut yang dikatakan tidak ikhlas....

Kenapa selalu ada perkataan yang berbunyi " saya dah buat resepi ni sebijik-sebijk macam yang di ajarkan, ikut sebulat-bulat seperti resepi yang dikongsikan tapi kenapa kek saya tak jadi sebijk macam yang awak buat?"

Macam ni lah kan.. setiap manusia itu Allah jadi kan berbeza-beza, bukan sahaja dari warna kulit tapi rupa dan jantinanya juga berbeza-beza. Manalah ada manusia yang sama.. kembar yang seiras pun kita dapat bezakan mana kakak mana adik..
Seperti juga kuih yang kita buat, lain acuan lain lah kuih yang di hasilkan.. Air tangan seseorang memang lah berbeza, itulah anugerah yang Allah ciptakan tanda kebesaranNya.


Bahan yang digunakan juga mungkin tidak sama. Bahan asas untuk membuat kek mestilah tepung. Tepung pula ada pelbagai jenis tepung yang setiap satunya mempunyai kandungan dan fungsi yang berbeza. Oleh itu baca resepi betul-betul, jika dalam resepi guna tepung kek jangan pandai-pandai tukar kepada tepung gandum kerana ia akan menghasilkan tekstur kek yang berlainan. Ikut arahan pada resepi dengan tepat.

Penggunan lemak juga perlu di ambil perhatian. Kek yang di hasilkan menggunakan mentega yang tinggi kualitinya tidak sama dengan hasil kek yang menggunakan margerin atau minyak. Kek yang menggunakan minyak sayuran atau minyak jagung tidak sama hasilnya jika kita menggunakan minyak dari kelapa sawit.


Gula juga salah satu bahan yang penting. Biasanya di disetiap resepi ada dinyatakan gula yang bagaimana yang sesuai untuk resepi tersebut, contohnya gula biasa, gula kastor, gula perang, gula aising, sirap kencana, madu dan lain-lain lagi.

Telur sangat penting, untuk mendapatkan kek yang gebu dan cantik teksturnya... pilihlah telur yang baru. Biasanya telur yang digunakan adalah dalam gred A yang beratnya anggaran 50gm. Ini berbeza pula bagi telur yang di sarankan dalam gred yang berlainan. Ini belum lagi termasuk bahan penaik yang digunakan dalam setiap resepi.Bahan-bahan juga perlulah disukat dengan tepat dan menggunakan alat sukatan yang tepat (materik)


Cara kek di hasilkan juga berbeza mengikut tangan yang membuatnya. Cara penyediaan, teknik memukul adunan yang betul dan cara kek dimasak, samaada secara pembakaran, kukusan atau steam bath.
Struktur kek adalah sangat rapuh, oleh itu panduan berikut dapat membantu :
  • Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu 15 minit sebelum adunan kek dimasukkan
  • Pastikan rak oven berada dalam keadaan rata
  • Jangan biarkan rak pembakar terlalu rapat
  • Pastikan suhu tepat, jika terlalu panas kek akan mengembang di bahagian tengah dan cepat mengeras sebelum naik. Suhu yang sejuk pula menyebabkan kek padat dan tidak mengeras secukupnya.
  • Jangan buka pintu oven semasa kek dibakar, kerana ini akan menganggu proses kek menaik.
  • Suhu oven juga bergantung pada jenis oven dan jangka hayat oven tersebut.
  • Loyang yang digunakan juga haruslah bertepatan dengan kuantiti adunan.
  • Bagi kek yang dikukus pula, pastikan kukusan di panaskan dahulu hingga airnya mendidih sebelum adunan kek di letakkan.
  • Kek yang dikukus juga bergantung pada kepanasan kukus, ada yang perlukan api yang besar dan ada yang perlukan api yang sederhana.
  • Masa sesuatu kek itu perlu di kukus juga sangat penting dan ianya perlulah tepat. Oleh itu baca setiap arahan pada resepi dengan teliti.

Akhir sekali masaklah dengan iklas dan penuh rasa kecintaan kita terhadap resepi tersebut dan kecintaan dan kasih sayang kita kepada keluarga. Kerana jika kita iklas memasak insyaallah kek itu juga akan iklas melahirkan zat dan sifatnya.

Sebelum mula memasak, tarik nafas dalam-dalam dan hembus, tenangkan hati dan lapangkan fikiran. Mulakan memasak dengan lafaz Bismillah dan kata puji-pujian terhadap bahan-bahan yang akan kita masak. Ianya juga adalah makhluk Allah yang mempunyai zat dan sifat. Sebagaimana penciptaNya yang suka pada puji-pujian makhuknya juga suka bila dipuji. Jangan malu untuk bercakap dengan bahan-bahan tersebut kerana dengan bercakap dengan mereka insyaallah hasil masakan kita akan bertambah lazat dan nikmat yang tak terkata... Wallahualam...


Resepi ni adalah resepi kek karamel yang ita olah coraknya. Untuk dapat kan resepi dan cara-cara membuatnya sila rujuk di SINI
Pastikan anda ikut setiap arahan pada resepi dengan tepat. Insyaallah.. pasti akan terhasil satu resepi yang lazat tak terkata yang juga sesuai untuk hidangan sebagai manisan pada bulan Ramadhan.

Pastinya yang clown comel sesuai untuk door gift, atau untuk menarik minat anak-anak kecil untuk terus melekat di meja hidangan.

* untuk resepi ini ita gunakan 2 loyang empat segi tepat, untuk satu adunan kek dan 2 adunan karamel.
1 adunan karamel untuk satu loyang
1 adunan kek di bahagi sama banyak untuk 2 loyang

Panjang loyang 9 inc
Tinggi 2 inc
lebar 3 inc



47 comments:

Ummi said...

Assalam Ita, tu diaaa muqaddimah dia..pjg dan penuh tips dan teladan...akak suka! Betul kata Ita, setiap resepi ada pencipta dan ada pengolahnya...jika pun x mau berterima kasih jangan pula dinista bermacam2. Ikut panduan dan cuba dan cuba dari kesalahan, itu sebaiknya dari terus memberi komen negatif terhadap sesuatu resepi itu. Akak bersetuju dgn semua kata2 dan nasihat Ita biarpun Ita baru dalam blogging tp bukan baru dalam dunia masakan...Penuh pengalaman cara-cara Ita menitipkan ulasan dan nasihat untuk diikuti...terima kasih banyak Ita... Lebiuuuu... Nnt akak nak kek ada clown ni jugak eh...hehehhee

ninazsyafinaz said...

Betul apa yg kak ita cakap kan tu..hasil tangan masing2 tidak sama2..kerana bahan2 yang diguna tidak sama..waima kalau sama pun..air paip dan udara rumah tidak sama..kadang geli hati jug adgn telatah org yg tak faham mcm nih..tapi yelah..kit ayg mendengar nih..sabar jelah kak yerk..Salam ramadhan yang bakal menjelma utk kak ita dan keluarga..Naz nak godek2 dapur kak ita sat lagi ye..(nanti kita kemas lah balik..ahaks)

Fazlinil Irma said...

jangan kedekut utk melabur beli bahan yg terbaik. insyaallah.. kena cara dan teknik, hasilnya memang terbaik. :))

norhanim md zain said...

Assalam ita..emm cukup setuju dgn pandangan ita..tanya diri sendiri dulu sebelum menyalahkan orang..belajar dari kesilapan bukan cari orang utk diletakkan kesalahan itu.

by the way sedapnya kek nie..dah pernah try dulu mengikut resepi ita..ikut step by step tau alhamdulilah menjadi..cantik..thanks ita..hope ita akan lebih bersemangat memberi tunjuk ajar pada kami ya..:)

asyifamustaffa said...

As salam K.Ita...
terima kasih berkongsi tips yg baik...
sememangnya akak terbaik !!!

clown tu pun comel je...akak mmg tangan berseni.....:)

Ita Rossi said...

salam ita.

Adatlah tu berguru dengan alam cyber. Tak nampak depan mata. Lain orang lain cara, lain bahan2 yg diguna walaupun resepinya sama. Pembaca kena kreatif d bijak dalam menilai resepi macam Ita. Setiap resepi yang sampai ke tangan Ita selalu meletop! Kalah resepi penyumbang asalnya.

Sabor je lah. Keep it up!

come visit my blog: http://blogitarossi.blogspot.com/2012/07/pdapor-biskut-dahliamekar-di-hatiku.html

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

aaaaaaaaa... kita pun selalu dapat mesej macam tu.. errr.. kenapa kek saya tak gebu, kenapa tak naik, kenapa tak itu, kenapa tak ini, jenuh juga nak menjawab, huhu..

TATI MANSUR - WIFE SOSAB MAMA SAZSO said...

Salam,

Alhamdulillah..terimakasih pada kak ita n semua bloger masakan yang tak jemu berkongsi samaada resepi mahupun petua... Biasalah manusia kan..macam2 ragam... Mungkin diorang lupa la tu yang manusia ni Allah ciptakan berbeza antara satu sama lain...Apa pun...keep up the good work..InsyaAllah will do my best utk tak tergolong dlm golongan org2 tersebut...hopefully bila ke perling indah lagi ada rezeki jumpa kak ita.... :-)

HomeKreation said...

Assalamualaikum Ita. Bagus juga rencana yg Ita huraikan tu. Harap2 dapat membantu sesiapa yg memerlukan nya. Along pun byk kali kena tanya macamtu, seolah2 resepi yg di kongsi tu tak betul walaupun sudah ramai yg mencuba dgn jaya nya. Selalu nya Along akan jawab dgn baik & beri tips supaya dapat membantu. Cuma kekadang sikap seseorang di luar tu mmg di luar jangkaan, walaupun kita bertungkus lumus utk kongsi pengetahuan yg ada. Bersabar je lah Ita, bukan semua manusia di besarkan dgn didikan yg sama sbb itulah berbeda2 sikap. Along mmg kagum dgn usaha gigih Ita kongsi step-by-step utk pembaca. Kalau kata tak bagus lagi tu, tatau lah mana lagi yg lebih bagus... keep it up & jangan putus-asa dgn komen2 -ve.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

betul sangat apa yg ita luahkan di sini... janganlah sesekali menyalahkan resepi yg dikongsi jika baru kali pertama di cuba.. cuba & cuba lagi... sedangkan dah ramai org lain yg buat menjadi dengan jayanya.. tentu anda sendiri yg ada membuat kesilapan di mana2 tanpa disedari atau disengajakan dgn menukar sebahagian bahan2nya.. jadi sudah tentulah hasilnya tak sama dgn hasil dari resepi asalnya...

syabas ita... tips yg diberi amat berguna sekali dibuat panduan..

mama lynn said...

suka dgr kata2 dr ita

yg pasti kek tu nampak yummy sgt

mama lynn said...

suka dgr kata2 dr ita

yg pasti kek tu nampak yummy sgt

Nuwairani said...

Terima kasih kak ita kerana sering mengingatkan kepada perkara2 kebaikan...

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

kak ita kek yang guna loyang berapa inci ...sungguh cumilsss....sukeeee

hafza said...

Salam perkenalan. Saya cuma nak berterima kasih pada Ita di atas resepi kek karamel ini. Sebagai amatur dalam baking, saya telah memberanikan diri utk mencuba kek karamel ini, Alhamdulillah, ia menjadi dengan jayanya w'pun pertama kali mencuba resepi (step by step) Ita. Sy dah buat 5x kek ini menggunakan resepi yg sama, tqvm. Sy tak nafikan air tangan memainkan peranan juga, tp selagi kita follow betul2 resepi tuh, InsyaAllah menjadi.

Aini Iskandar said...

Assalamualaikum kak Ita....
Comelnya kek nie...cute !!!!

Alhamdulillah, sepanjang sy mencuba resepi kak Ita, semuanya menjadi...bersyukur sy kepada Allah kerana dianugerahkan sedikit kelebihan "boleh" membuat kek dan memasak...

Biasala Kak Ita, mulut tempayan kita boleh tutup, tetapi mulut manusia mmg tak boleh ditutup, selagi mata terbuka dan jantung berdegup, mmg ada saja yang tak kena... itu tak boleh, ini tak boleh... betul tak? susah nk memuaskan hati semua orang.. lebih baik kita puaskan hati kita sendiri...kan???

Terima kasih sekali lagi pada kak Ita kerana berkongsi resepi dengan yang lain...

Luv U kak Ita....

eija said...

salam kak..

saya pn nk beteme ksh pd akak sbb beri tjuk ajar dan tip2 utk sy buat kek... dah 2 resepi yg sy buat..alhamdulilah smua mjd...( macroon dan kek karemal) teme ksh byk2 kak... mkin rjin sy buat kek skrg nie...hehe

plik gak npe dorg buat xjd.. mgkn dia org jnis xsbr...atau xteliti kot.. bla xjd sbuk nk slhkn org...

eija said...

salam kak..

saya pn nk beteme ksh pd akak sbb beri tjuk ajar dan tip2 utk sy buat kek... dah 2 resepi yg sy buat..alhamdulilah smua mjd...( macroon dan kek karemal) teme ksh byk2 kak... mkin rjin sy buat kek skrg nie...hehe

plik gak npe dorg buat xjd.. mgkn dia org jnis xsbr...atau xteliti kot.. bla xjd sbuk nk slhkn org...

Rosidah Binti Muhamad said...

Salam kak ita..setuju dgn aper yg kak ita ckp tu..memula dulu saya pernah try wat apam belang akk. Tp tak jadi..puas saya try..ada jugak tanyer akk. Tp sayer pham ramai yg ajukan soalan mana mungkin akk dpt jawab. Lg pun saya baru dlm dunia masakkan ni. Akhirnya saya terjumpa ruangan tips..Haa..baru tahu ada tips rupanya..

Akhirnya jadi dan yg terbaru saya try apam pisang pun jadi..saya harap akk tak patah semangat utk terus berkongsi hasil tangan akk. Sebab ramai yg suker..

liemaopurut a.k.a ana said...

assalamualaikum kak ita,

terima kasih sebab selalu bagi petua2 yang berguna.

kek karamel akak tu tersangatlah comel dan menggoda.. haisssh rasa cam nak terus masuk dapor n buat kek ni ;p

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

Terima kasih untuk sharing ilmunya yang berguna. Tambah lagi ilmu. Cakenya sangat cantik...sayang tuk dimakaaaann

Juwita Jamaludin said...

salam kak ita air tangan akak memamng tak mengecewakan.. suka sgt dngn kreativiti akak.. truskan ye kak.. moga akak sntiasa bersemangat

Person who adores cooking.... said...

Salam kak ita

Sedih pulak entry akak kali ni. Tak perlulah ambik hati kak. Apa yg akak dah buat setakat ni, Alhamdulillah...dah besar sangat pahalanya..Nama pun Mulut manusia. Sabar ye...
So far, banyak yg saya dah cuba resepi dr blog akak...ok je pun...huhuhu.
Apapun, selamat menyambut Ramadhan buat kak Ita sekeluarga.

Anonymous said...

Salam sis..
TQ atas tips serta panduan yang berguna bagi saya yang masih dalam tampok pembelajaran...apapun mmg benar dan tepat apa yang sis katakan...

Air tangan, bahan serta kesenian masing² antara faktor penting.

apapun sis mmg kretip...suka clown tu...sweet jerk...mcm nak gigit

Shiela said...

Assalam Ita sayangg.. terima kasihlah jugak tolong bersuara bagi situasi saya juga.. Beginilah juga yang sering saya alami.. Setuju sangat sangat.. Syukran..

luvmum said...

assalamualaikum..kak moga allah swt membalas jasa akak dlm berkongsi ilmu..tq yer kak...

PINATBATE said...

Salam kak Ita,
Setuju benar dengan nasihat kakIta dlm entry ini..kalau tak pandai menari janganlah salahkan lantai pula..;))

Kek caramel ini cantik sungguh..selalu nampak yg corak pelangi sja..warna yg sangat menarik

WaNNi said...

salam k ita, mmg biasa komen2 mcm tu kat blog2 masakan esp kat myresipi.com. abaikan je k ita, difikir sgt k ita yg down. mana ada try sekali boleh jadi mcm hasil org yg dah pakar. sbb tu la tak menjadi..tak sabar n salahkan guru pulak. dah besar jasa k ita buat blog ni free of charge, gambar kualiti majalah, step by step lagi. keep up your good work kak.

khairiah khaizu said...

salam ita....panjang lebar betul celotehnya.....adakah ita mendpt komen yg menyakitkan hati....siannya, sabar ye ita.....saya pn selalu ambil resepi ita n kalo x jadi sya akan rujuk ita sbb saya tau cara dan keadaan yg membuatnya mmg berbeza dan hasil akan jd tak sama seperti yg asalnya.....tp lama2 ok sbb kita akan belajar dr kelemahan kita.....saya bersyukur seadanya....jgn pulak ita merajuk yee....ramai yg sokong ita...^__^

Shaz said...

Salam Cik puan...huiih panjang sungguh muqaddimah dan huraian isi hati untuk entry kali ni. jangan risau dengan komen2 peminat tu.. Orang berguru dengan guru invisible mmg le ada byk kemusykilan. Saya sendri baca berkali2 setiap resepi terlebih dahulu sebelum cuba. Itu pun ada yang tak berapa berhasil untuk kali pertama,,tapi bila cuba lagi dan baca lagi betul2 arahan resepi..alhamdulillah menjadi hasilnya. Tima kasih kongsi resepi yang best2 kat sini. Byk lagi resepi cik puan yg dlm waiting list saya nak cuba nie. Jangan risau ye..happy sokmo k...

~ Cinta Health ~ said...

Salam Kak Ita,

Memang manusia sifatnya begitu kak. Jarang ada yang nak mengaku kesilapan sendiri. Saya percaya ini asam garam yang semakin mematangkan akak kan. Setiap pengalaman adalah pelajaran.

Sy pon nak ucapkan terima kasih atas tip² dan resepi yg akak kongsikan. Sy dah byk kali buat kek keramel ni ikut resepi akak sebiji² memang menjadi dari first try lagi.

Terima kasih byk² ilmu yang di sampaikan sebenarnya tidak ternilai... Semoga akak terus success.. ;-)

"Kalau tidak tahu menari jangan salahkan lantai ..." --- setuju sgt.

A beautiful Mistake

Cheq Sue said...

Salam kak ita... betul la tu kata kak ita, kadang2 kita ni mudah sangat nak salahkan orang lain... setiap orang pun tak lepas dari perkara ni... tengok badut tu, teringat 1st time buat, kat blog kak ita ni la saya nengoknya... :)

mimie said...

assalammualaikum kak ita...
terimakasih banyak kak... dah bagi penerangan yang terang benderang buat kami yang masih lagi mula berjinak2 ke dapur ni...
blog kak ita salah satu blog yang paling sering mimie kunjungi...
walaupun terkadang jadi pengunjung senyap saja.heeee..^^
semoga selalu sehat dan semangat ya kak...aminnnn.
mimie ni macam fans kak ita la...
rasa2nya,,,,kalau bertatap muka..nak ambik gambar, minta autograp sekali ni.....
nak pajang kat rumah ..nak bagi tengok orang sekampung... hahah
sayanggg kak ita...^^
kalau kak ita nak tau..masa kak ita folow blog mimie dan komen hari tu....kecoh..heboh mimie kat FB.bagi tau kat kawan.hahahah
so happy....

AdanyaKauUntukku said...

thanks for the tips kak......
sangat sangat hargainyaaaa

amirahnajihah said...

Assalamualaikum. Kak ita ;)
Ni my first time komen kat blog masam manis.
Dah addicted sangat, hari2 jenguk dapur kak ita dalam diam. Try add akak kat facebook, tapi tak boleh sebab no. of friends dah sampai max limit.
Btw, saya share link blog akak kat facebook. Blog yang baik harus dikongsi so that golongan muda macam kami lagi tertarik nak cuba memasak. Thanks a lot untuk segala ilmu yang akak kongsi.

Akak tak nak join masterchef malaysia ke? Hihiii.
Semoga dalam lindungan & rahmatNya selalu ;)


*amirah najihah

Kak Nita said...

Salam Kak Ita...

Tips yg sangat berguna..terima kasih banyak2...
Yg sangat menarik ialah bercakap dgn bahan2...bila dipikir2 betul jugakkan..barulah bahan2 tu tak sombong dgn kita sebab kita beramah mesra dgnnya...kann..

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
eloklah Ita luahkan dan terangkan disini, kita manusia biasa serba kekurangan..mmng susah nak puaskan hati semua orang, tapi pecayalah kalau niat kita ikhlas ilmu tu tetap sampai hingga keakhir hayat...moga perkongsian ilmu selama ini menberi manfaat pada kita semua..teruskanlah berkongsi idea, petua dan resepi..kami peminat setiamu sentiasa ternanti dan terus menanti hasil sentuhan air tanganmu..sesungguhnya Yatie kagum dngn kebolehan dan kelebihan yg ada pada Ita...

pasal resepi tu mmng setuju sangat2..kdng2 guna butter dan tepung yg berbeza pun dah menghasilkan kek yg berlainan...so mmng kena kaji dan muhasabah dirilah sebelum menyalahkan resepi/orang lain...

Nur Islam said...

Setuju dgn apa yg kak ita coretkn... Yg pasti jgn putus asa utk mcuba... Betul x??
Terdetik dhati.. Jika akak join masterchef msia pasti menang... Resepi yg akak kongsi semuanya menarik... Terima kasih buat blog resepi ini krn dpt mberi idea utk msk apa spjg bln ramadhan dn syawal yg bakal tiba...

Unknown said...

Salam K.Ita...
Asz setuju sgt kata2 akak tue...mmg selalu ada pertikaian mengenai maslah nie jika ape yg mereka buat x menjadik...kdg2 smpai tertutup mulutnak jawab...sbb kalu di layan berpanjangan...BTW nak clown kek tue...cantik sgt kek akak..:))

tok_chik said...

salam puan
tc setuju sangat dengan apa yang puan katakan.
walaupun resepi yang kita catitkan dilaman blog kita adalah resepi yang serupa kita gunakan (tak ada sembunyi2) tetapi apabila dicuba oleh orang lain...ianya tak nak menjadi, kita juga yang dipersalahkan seolah2 memberikan resepi secara tak ikhlas.
bukan menuding jari mengata orang, cuma tokchik rasa, kesemua blogger yang menyiarkan resepi masakan dilaman blog masing2 telah memberikan resepi yang tepat dan tidak menyembunyikan apa2
kekadang tu bila membaca komen orang, terasa amat sadisnya tuduhan "resepi kau ni menipu, aku buat tak pernh menjadi".
seperti kata puan, perhalusi setiap resepi yang nak dicuba, ikut arahan yang diberikan.....jangan lupa bissmillah dan selawat sebelum memulakan kerja2 memasak
btw puan...terima kasih....tokchik pernh mencuba beberapa resepi daripada blog masam manis...terbaik hasilnya

Sunah Sakura said...

salam kak ita...setuju dengan kata2 akak...sejuk hati saya baca entri ni, lemah lembut aje cara akak memberi tips dan nasihat...terima kasih... :)

cantik kek karamel akak olah, macam mana buat corak dia jadi gitu kak? masuk dalam botol sos ke?

WendyinKK said...

Kalau pertandingan masakan, bahan dan resepi diberi sama, hasilnya memang tidak akan sama. Air tangan setiap individu memang berlainan. La, mak dangan Wendy pun tak sama, walaupun lauk yang sama.
Keep up your good work, resepi yang dikongsi tidak dipaksa untuk dicuba, kan?

quinnie said...

betul segala cakap kak ita...yg penting hati kena penuh kasih sayang masa memasak...:)

intan said...

Dah 2X buat kek karamel ni. Mmg sedap cuma marble effectnya x selawa ita punya.tp betul kata ita,raja segala kek.....thanks for sharing

intan said...

thanks for sharing the recipe.......raja segala kek,bak kata tuan empunya blog.sedap sgt

Yanie said...

Suka baca blog akak...bnyk sgt info & tip utk di kongsi..sharing is caring..
Semoga perkongsian ilmu ni mendapat ganjaran dr Allah s.w.t.

Yanie said...

Suka baca blog akak...bnyk sgt info & tip utk di kongsi..sharing is caring..
Semoga perkongsian ilmu ni mendapat ganjaran dr Allah s.w.t.

Post Top Ad

test