KERUTUP IKAN ALA JOHOR - masam manis f

Breaking

Jul 5, 2012

KERUTUP IKAN ALA JOHOR

Assalamualaikum


Alhamdulillah, semalam kita telah pun melewati malam Nisfu Syaaban. Nisfu dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke lima belas Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban, dan esoknya 15 haribulan Syaaban. 
Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan buku amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Kita sedia makhlum ramai yang tidak mahu melepaskan peluang untuk berpuasa. Ialah bukan mudah kita untuk menemui hari-hari yang berkat dan malam-malam yang barakah. Entah ada atau tidak umur kita untuk berjumpa lagi dengan hari ini pada tahun hadapan...

Di dalam Hadis-hadis Sahih riwayat Imam Al-Bukhari, tidak disebut secara khusus puasa sunat hari Nisfu Syaaban iaitu pada  14 atau 15hb Syaaban, namun disebut secara khusus berpuasa sunat pada 13, 14 dan 15hb setiap bulan yang mana termasuklah di dalamnya hari pertengahan Syaaban (Nisfu Syaaban). 

Abu Mikmar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warith, dari Abu At-Tayyah, dari Abu Uthman, dari Abu Hurairah r.a.  berkata bahawa : 

Kekasihku (Nabi s.a.w. ) telah mewasiatkan kepadaku 3 perkara iaitu puasa 3 hari setiap bulan (13, 14 dan 15hb), 2 rakaat Dhuha dan Solat Witir sebelum aku tidur”

~Hadis Sahih No. 60 riwayat Imam Al-Bukhari

 

Semalam ita sediakan lauk kegemaran ita. Kebetulan hari tu semasa ita menonton rancangan Celebriti Master Chef, seniwati Maryani ada memakhlumkan bahawa Tan Sri P. Ramli cukup suka makan lauk kerutup ala Johor. Aduh! masa tu dah ngecap-ngecap liur dah ita, kebetulan inilah juga lauk yang menjadi kegemaran ita sejak zaman berzaman.

Ita kalau dapat lauk kerutup ni, tak payah lauk lain lagi dah. Ita makan dengan nasi pun ita dah terasa nikmatnya hingga tak terkata. Lebih-lebih lagi kalau ianya lahir dari air tangan ibu tersayang.. lagi lah lazat tak terkata..


Kali ini ita masak lauk kerutup dengan menggunakan ikan cencaru. Sebenarnya selain ikan cencaru, kerutup boleh juga disediakan dengan ikan lain antaranya kembung, selar, ikan parang dan ikan kerisi. Lain-lain ikan pun boleh juga tapi ini antara ikan yang sangat sedap pada selera ita untuk di buat kerutup ala Johor ni.

Ada yang masih tidak mengenali ikan cencaru? Apa kata kita dapatkan sedikit info tentang ikan yang keras kulitnya ni.

Ikan Cencaru  atau dalam bahasa Inggeris di kenali sebagai  Torpedo Scad merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Panjang Ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter , dan beratnya sehingga 4 kilogram. Ikan ini mempunyai 7 - 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.


Selain ikan, lauk kerutup ala Johor ini juga sesuai jika di masak dengan ayam atau daging. Aduh kalau mak sediakan kerutup ayam, pasti lagi melonjak-lonjak lah ita kesukaan lebih-lebih lagi jika ayam yang digunakan ayam kampung. Fuhhh!!! bertambah-tambah lah ita makan. Kadang kala ita ratah aje ayam tu.. Bisinglah mak ita sebab lauk yang di masak cepat habis.. Tapi itu lah mak ita sentiasa ringan tulang untuk menyediakan hidangan untuk anak-anaknya. Mak juga cukup memahami setiap selera anak-anaknya..

Kerutup ala Johor ni tidak menggunakan rempah kerutup, sebaliknya rencahnya hanya menggunakan bahan asas yang tersedia di dapur. Mudah dan ringkas!

Ikan tu hendaklah di masukkan kedalam kuah dan masak hingga kuah meresap ke dalam ikan. Untuk yang dalam gambar ita tu... ikan tu ita masukkan kemudian sebab nak ambil gambar. Kalau ikan tu dah bersalut kuah kerutup payah pulak nak nampak bentuk ikannya.. hihi


KERUTUP IKAN ALA JOHOR

3 ekor ikan cencaru ~ ikan kembung, ikan parang, selar atau kerisi
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 inc halia ~ dikisar
1/2 inc kunyit hidup ~ dikisar
1/2 inc lengkuas ~ dikisar
1 inc belacan ~ dikisar
2 batang serai ~ 1 kisar dan 1 batang lagi dititik
1/2 biji santan kelapa
2 sudu besar air asam jawa
1 kiub ikan bilis jika suka
Garam dan gula secukup rasa

Ikan dibersihkan
Gaul ikan dengan kunyit dan garam
Kemudian goreng hingga garing
Setelah garing angkat dan ketepikan
Minyak untuk mengorengkan ikan di keluarkan dari kuali dan tinggalkan sedikit anggaran 1 senduk untuk menumis.

Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum.
Masukkan serai yang telah dititik
Kemudian masukkan cili kering dan tumis hingga ia garing dan pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.
Jika kuah agak kering tambahkan sedikit air.
Tambahkan santan dan masak hingga merenih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Jika suka boleh tambahkan kiub ikan.
Bila kuah dan mesra barulah masukkan ikan
Masak lagi hingga kuah meresap ke dalam ikan.
Sedia dihidangkan.



17 comments:

Su Mama Hani said...

rezeki betul pagi2 bukak blog akak dah ada idea utk menu hari ni...tq kak..

Nina Mirza said...

As'salam Kak Ita ...

menarik sungguh gambar kak Ita. Penuh nostalgia nampaknya..
Mesti sedappp nie kannnn, pedas2 pass tu rasa lemak santan.
masuk list Nina yea kak... nanti nak try~~

Ribbon and Circus said...

Love the first pic-the warm moody setting works!!

mimie said...

assalamualaikum wwb kak ita sayang...
sedap lauk tu kak...
tapi mimie ni jenis yang tak seberapa gemar dengan ikan2 ni...eheheh...

esok req lauk ayam pulak...eh....xixixi

selamat menjalankan puasa buat kak ita dan keluarga... ^_^

fazian.batrisyia said...

wahhh...bole cuba nih...sy selalu x tau nak masak apa...masalah betul. Susah hati kalau tak tau masak...tp perut dah lapar...

Gee® said...

Tgk pelita tu teringat Malam 7 Likur... Selmat Menyambut Puasa Ita...

FnF Simple Life said...

Salam kak Ita...mak mertua saya pun selalu buat ikan masak mcm ni...mmg lauk feveret famili belah suami (org johor) selain asam pedas... mak letak daun kunyit jugak kasik wangi...lain2 bahan rasanya sama je...

Marsita Yahya said...

boleh cuba nanti...muak dah asyik ayam jer and kari ikan jer..

ibh_sue said...

Aslmkum Kak Ita.
Suka sungguh tengok gambo yg first tu. Cantik :)

Hanis Zulaikha said...

alahai kecur air liur tgk blog kak ita nie ptg2x...dh ler tgh berpuasa nie..huhu

Pink Lavender said...

selalu ikan caru ni saya bakar sumbat sambal jer kak

lps ni blh try la masak cara ni plak

Love2cook Malaysia said...

I just don't know what to say la kak. Terpegun tengok gambar2 di atas ni. Gojessssss! :)

misshannajr said...

tk penah makan la ikan kerutup ni..macam sedap sgt tau kak ita..nak cuba la nnt buat menu berbuka

faa.rosli said...

lebih kurang sambal ikan je..hehe

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

kagum sangat... komposisi yang sangat menari...sedapnye....

Nur-nba said...

Salam.. Komen Nur sama macam Love.. Terpegun tengok gambar.. Gambar yang first tu cantik sangat!!

Normilah Sham said...

tqvm resepi...dah lama cari resepi ni...baru jumpa..

Post Top Ad

test