Senangnya berbuka puasa Masam Manis.... - masam manis f

Breaking

Jul 27, 2012

Senangnya berbuka puasa Masam Manis....


Assalamualaikum,
Bertemu kita di pagi Jumaat yang barakah dan bertambah barakah lagi ianya adalah pada bulan Ramadhan yang mulia.
Semoga pagi ini kita berada dalam rahmat Allah dan sentiasa sihat dan ceria menjalani kewajipan kita sebagai hambaNya..


Apa khabar sahabat-sahabat ita di luar sana, doa ita sentiasa mengiringi kalian semoga sentiasa tampil sihat dan bersemangat melalui setiap tugasan dan tanggungjawab yang di amanahkan..
Rasa-rasa ramai yang dah mula terasa-rasa nak bercuti.. tak sabar nak menunggu penghujung minggu. Banyak aktiviti yang nak di buat pada cuti esok hari kan??

Ada yang dah nak mula buat kuih raya, tak kurang juga yang merebut peluang cuti hujung minggu untuk membuat persediaan menyambut Hari Raya. Nak beli baju anak-anak, ada yang nak cari kain untuk buat langsir.. atau keperluan lain untuk memeriahkan lagi sambutan Aidil Fitri.
Walaupun raya setahun sekali tapi jangan lah sampai kita terpaksa berbelanja berlebih-lebihan, sambutlah ianya dengan meriah dan sederhana..


Hari ni, ada beberapa persoalan yang harus ita huraikan.. hihi
Ada yang tanya kak ita ni tak makan nasi ke waktu buka?
Ialah.. tak pernah nampak kak ita hidangkan nasi kan??
Sebenarnya kebiasannya dalam bulan puasa ita jarang ambil nasi pada waktu berbuka. Anak-anak lebih suka makan mi atau kuih muih. Suami ita pun tak berapa cerewet tentang makan. Apa yang ita masak semua sedap dan selera aje pada nya...
Ita hanya masak nasi jika anak bujang 2 orang tu balik.. Itu pun jika ada permintaan dari mereka. Biasanya mereka pun lebih suka makan yang ringkas-ringkas pada waktu berbuka. Kalau makan terlalu berat mula lah masing-masing liat nak pergi solat terawih. Mengantuk la.. tak larat la.. macam macam alasan lah.. pulak!!


Tapi pada waktu sahur ita memang makan nasi. Tapi menu sahur tak dapatlah ita nak tunjukkan kerana waktu sahur tu terlalu suntuk sangat untuk ambil gambar. Satu lagi ita menggunakan cahaya matahari sepenuhnya untuk ambil gambar. Waktu subuh kan tak de matahari jadi tak ambil lah gambar masakan tu.. hihi

Menu sahur ita juga ringkas. Biasanya ita masak yang ringkas dan cepat. Ita bangun seawal 3. 30 pagi. Lepas solat terus turun dapur dan masak. Ita masak untuk cukup hidangan bersahur aje.. tak masak banyak sebab tak nak berlaku pembaziran..


Biasa ita goreng ikan, itu wajib ada atas meja kerana suami ita dan Dalili suka makan ikan goreng. Kalau ada anak bujang pula kenalah goreng ayam. Kerana masa yang suntuk ita biasa beli ikan yang ita tak payah nak siang, macam ikan tenggiri atau ikan merah. Ayam pun ita beli yang dah siap potong. Ita masuk kan dalam beg plastik berasingan untuk satu hidangan sahaja jadi mudah ita nak masak. Sayur pun mesti ada, biasa sayur ita masak bening aje atau ita goreng. Lauk tambahan yang lain tu terpulang lah, nak masak kicap ke.. masak asam ke.. masak gulai ke.. ikut mana yang ita sempat.. Bulan puasa juga ita kurangkan masak pedas dan masak lemak...

Lagi satu pertanyaan, sempat kak ita ambil gambar semua masakan waktu berbuka?
hihi.. suami ita kata super women..
Super women apanyaaaa.. kadang kala terbongkang jugak.. haha


Menu buka puasa ita semua yang ringkas, mudah dan cepat di sediakan.
Biasa kalau minuman, kuih atau dessert ita sediakan awal. Pagi ita  dah buat air, ita masuk dalam peti ais supaya dingin jadi tak payah lah letak ais sebab dah dingin.. hihi
Dessert dan kuih pun sama, ita sediakan awal simpan dalam peti ais untuk rasa dessert yang dingin.. biasa ita buat tak banyak sekadar cukup kami makan anak beranak sahaja..
Berlainan pula bagi kuih, kalau kuih tu kita boleh makan sejuk, macam talam atau contoh tepung pelita ni.. ita sediakan awal.. Tapi kalau yang sedap untuk makan panas ita sediakan awal juga tapi bila mengorengnya nak dekat buka ita goreng lah..

Kadang kelang kabut jugak.. sebab ita nak kejar matahari untuk ambil gambar. Kena pandai bahagikan masa.. Lebih-lebih lagi semuanya ita kena buat sendiri.. dari masak, ambil gambar hingga masukkan dalam blog. Sebab tu kadang-kadang kerana terlalu letih sampai tersilap taip pun ada.. dah berapa kali kena tegur dengan adik-adik kat luar sana.. hihi terima kasih ye kerana selalu ingatkan dan tegur kesalahan kak ita ^_^


Ok lah dah banyak membebel..
Kita terus aje pada menu ita yang ringkas hari ni.
Kita mulakan dengan kuih dulu lah ye!
Rasa ramai yang dah tak sabar nak tau resepi kuih ni kan..
Ita terpandang kuih ni di Dapur Kak Jee..
Aduyaii.. sedapnya..!! lebih buatkan ita bersemangat nak buat bila kak Jee kata "rugi kalau tak cuba.. Sedap sangat2!! Betul2 melt in the throat!"
waa.. lagi berkobar-kobar nak buat..


Kuih ni kuih kegemaran anak kak Jee, Nadia. Bukan sahaja kegemaran Nadia, ianya juga kegemaran dan kesukaan suami ita. Rasanya ramai rakyat Malaysia sukakan kuih tepung pelita ni..
Biasa kuih ini disediakan dalam kelonsong daun pisang yang dijadikan kotak. Tapi kalau bulan puasa ni, kita biasa masak nak yang ringkas, mudah dan sedap! letak dalam gelas yang comel atau dalam bekas kaca atau plastik kecil pun ok!
Kalau nak tengok macam mana cara nak buat kotak guna daun pisang boleh rujuk di SINI

 
Bulan puasa ni kan.. tekak selalu mengidam nak makan kuih-kuih tradisional. Mujur ada bazar Ramadhan, boleh juga ronda-ronda dan cari kuih mana yang berkenan di hati.. Tapi kalau nak lagi sedap baik kita buat sendiri.. ^_^

Untuk resepi ni dapat banyak jugak, jadi ita cadangkan kalau keluarga tak ramai buat 1/2 daripada adunan sahaja.. Tapi kalau suka kuih ni boleh lah buat 1 adunan pas tu simpan dalam peti ais.. woooo.. sedap makan dingin-dingin.. sejuk aje lalu kat anak tekak ni...

Resepi dari Rina Mohd Dom, terima kasih Rina!. dan dikongsikan oleh kak Jee semula di blognya. Terima kasih kak Jee.. ita minta izin ye untuk copy di sini pula sebagai panduan rakan-rakan yang teringin mencuba!



TEPUNG PELITA
By: Rina Mohd Dom, Kajang
Rujukan : Kak Jee

Lapisan hijau

1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 cawan gula
7 cawan air daun pandan ~ Kjee blend daun pandan. Airnya Kjee sukat
sedikit pewarna hijau ~ kalau warna daun pandan tidak mencukupi

Larutkan bahan2 atas hingga sebati 
kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. 
Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas2 atau sampan daun pisang. 
Tepikan.

Lapisan Putih (Santan)

¾ cawan tepung beras
½ sudu besar tepung jagung ~ Kjee guna 1 sudu
7 cawan santan ~ Kjee campur 2 cawan air dan 5 cawan pati santan
½ sudu kecik garam

Larutkan bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. 
Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. 
Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.


Resepi ita yang kedua ni tak kurang juga hebatnya..
Resepi sekali lagi dari kak Hanieliza yang menyambut ulangtahun kelahirannya semalam..
Selamat Ulang Tahun kak Liza.. semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa ceria dan bahagia di samping keluarga. Semoga kak Liza juga sentiasa di berikan kesihatan yang baik untuk terus melahirkan idea bagi mereka cipta resepi yang mudah, ringkas dan yang paling utamanya sedap!!
Selamat Ulang Tahun sekali lagi..



Kuetiau Daging Halia, satu lagi resepi yang mudah dan ringkas dari buku masakan kak Liza 1 Hari 1 Resepi. Sedap kuetiau ni, ita memang tak pernah makan kuetiau masak cam ni, tapi bila dah makan sedap lah pulak! Rasa kuahnya macam, lauk black paper pun ada... dan lauk Daging Masak Ala Kaprau yang pernah Kak Jee kongsikan pun ada jugak! sedap!! kebetulan ita memang suka lauk kaprau tu.. Cuma bezanya daging ni diperap dengan sos tiram, tapi lauk kaprau tu dengan tom yum paste, tapi rasa seakan-akan.. Boleh masak lagi ni.. cara buatnya pun mudah dan senang sangat dengan bahan yang cukup simple!
Jom kita intai Resepi mudah ni pula..


KUETIAU DAGING HALIA
By : Chef Hanieliza
Rujukan : Buku masakan 1 Hari 1 Resepi

1 bungkus Kuetiau
1 biji kapsicum hijau ~ saiz kecil dihiris
2 biji tomato ~ dipotong kecil
1 pokok daun bawang ~ dihiris
2 cawan air
2 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan Perap
200 gm daging
3 inc halia muda ~ dihiris
3 sudu makan sos tiram
2 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang merah ~ dihiris
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam

Panaskan minyak dan gorengkan kuetiau sebentar.
angkat dan letakkan dalam pinggan hidang
Daging dihiris nipis dan di cuci bersih, kemudian toskan
Gaulkan daging dengan bahan perap dan perapkan sebentar

Panaskan minyak sedikit, dan tumiskan daging yang telag di perap tadi, kacau rata
Masukkan air dan biarkan daginglembut dan kuah sedikit pekat
masukkan Kapsicum dan tomato
kacau rata
Bila sudah masak tuangkan atas kuetiau dan hiaskan dengan taburan daun bawang.
emmm... senang aje kan.. mudah dan ringkas.


Untuk minuman pula ita buat  Sirap Bandung Cincau. Mudah aje buat sirap bandung ni.. ita gun sirap Ros F&N yang telah bergula. Campurkan dengan susu sejat dan tambahkan sedikit air.
Lepastu masukkan cincau yang dah kita dadu kecil. Letak dalam gelas letak ais dan tersedia satu minuman penghilang dahaga yang menyegarkan..
 Adoi... senangnya berbuka cara Masam Manis kan..?? mudah dan ringkas yang penting anak-anak dan keluarga suka.. ^_^

SELAMAT BERPUASA


















37 comments:

ninazsyafinaz said...

nanti nak cuba buat mee kueteow tuh lah..

laskar pelangi said...

Nak tepung pelita.
Sedap dimakan sejuk sejuk.Nyaman tekak..Hihihi:)

Liza said...

salam ramadhan kak ita, mmg best n simple je tgk menu berbuka akk...nnt Liza nk try kuetiaw tu, nmpk menyelerakan...thnx ye kak

Delima Zamrud said...

Ermm nampak sedpa sgt...Cantik gambar2 suker tgk :D

hanieliza's cooking said...

Salam.. Alhamdulillah..terimakasihyang tidak terhingga...seronoknya bila PPuan Azlita sudi mencuba sekali lagi resepi dari buku 1 hari 1 resepi kakliza...

Juga terimakasih yang berjuta-juta leon atas doa yang dititipkan untuk kakliza...Amin...

asyifamustaffa said...

semuanya nmpk sngat2 sedap....!

Unknown said...

Assalamualaikum kak ita,

Gie nak tanya pada kak ita pasal pinggan mangkuk, cawan kak ita yg digunakan dalam plating presentation sebab semua cantik tu semua beli kat mana. Jika tak keberatan boleh tak bagitau. Tq.:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedapnya tepung pelita..

Umi E-ca (Sms@017 - 3 3 1 0 4 0 5) said...

salam perkenalan k ita, saya ni selama ni silent reader.. tah kenapa arini tergerak hati nak menyapa k ita... saya memang kagum dgn k ita.. masak + picture yg k ita capture.. sgt saya suka.. dengan iringan cerita dan kata2 k ita yg tersusun.. saya membayangkan k ita adalah seorang yang lembah lembut dan penyayang orangnya.. moga saya dapat tempiasnya ya k ita..

selamat berpuasa..

Unknown said...

salam.. sungguh menyelerakan sume masakan akak... pandai memasak.. pndi ambil gambar... complate package..

Nur Islam said...

tersangat la hebat... Suka dgn blog ni.. 5 bintang sy beri pd akak..x sabar nk tgk menu pd esok hr..

Nur Islam said...

so creative..

Unknown said...

salam, akak, tepung jadung tue cmner?

Unknown said...

salam akak, tepung jadung tue cmner? dlm resepi tepung pelita.

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

assalam ita..
kita samalah ita.. sepanjang berbuka yg lepas ni pun belum lagi sentuh nasi.. semua buat menu2 ringkas juga.. yang penting anak2 suka.. nasi hanya mkn utk waktu sahur aje. hehe.. tp kuih muih tak sempatlah akak nak buat.. balik pun dah hampir pukul 7... kalau teringin beli ajelah kat bazar ramadhan..

ummisara said...

Salam perkenalan, selalunya i jengok blog u...tapi today i jengok n leving my footprint sekali.

sedapnya....food styling pun hebat.
semoga blog nih sentiasa memberikan inspirasi kat i

Puan Rose said...

Salam,

Nak ty sket..
petua untuk lembutkan daging dgn cepat? saya takot nak masak daging sbb amik masa sampai 2 jam utk masak semangkuk daging.. kalau sekilo daging rendang time raya mmg bajet 4 jam baru siap... selain menggunakan pressure cooker la kan, sbb belum ada lagi..

Jehanne said...

hi Kak ita
ade email address tak, I want to email you about photography..saya suka2 food blog too..but pics tak secantik kak ita la:-(

www.thecookingdoctor.co.uk

Mas said...

hmmm....baru jerk buat tepung pelita...
tetap terliur nengok tepung pelita akak tu..
cantikkk

kak ita..
mas pun selalu berbuka yg ringan2 jerk..
sahur memang makan nasi...he3
tapi tahun nie, berbuka makan juga nasi sikit sbb mas menyusukan adam...he3

kuetiaw pun....
mengeliurrrrrkannnnnnnnnn.....

Marsita Yahya said...

assalam, resepi yang saya ada cuma pakai tepung gandum dan tepung beras.
Ini kena cuba ni...samalah mana ada masa nak pakai daun pisang bulan posa ni. Lainlah kalau kat kg makan ramai-ramai..nanti nak cuba resepi baru ni.

Tembikai Laici said...

cantik menarik sgguh semua gambar2 nya...
buatkan keinginan utk makan tu membuak buak.. ehh.. keinginan utk masak lerr... ^_^

fazian.batrisyia said...

haiii kak ita...rasa mcm nak tumpang buka puasa kat rumah akak jek...semuanya nampak menyelerakan. Sy pun buka tak suka makan nasi, sebab dah biasa dgn keluarga didikan mak sendiri. Yg bestnya bila tak sentuh nasi....cincin, & jam tangan dah bole pusing2, bracelet dah turun...itu apa tandanya tu....

Cik Puan Izan❤ said...

wahhh...kue tiaw halia pulak...nampak sungguh menyelerakan... dan tepung pelita sentiasa ada stok kat fridge saya...nampaknya lps ni kena try resepi ni pulak... thanks kak ita.. :)

ibh_sue said...

Oh Kak Ita..
Tepung pelita akak tu sgt berseni..Cantik dan kreatif.

Tepung pelita tu my paberet jg..(^_^)

Siti Nadira said...

saye setuju ngan suami kak ita..kak ita mmg super woman...:)..selamat berbuka puasa kak...

Fauziah Samad said...

Salam ita. Cantik sangat. Mcm pelita lak kan. Hehehe

Love2cook Malaysia said...

TERPESONA!!!! :D~~~~~

Shasha Mohamed said...

Pukul 3.30pagi Ita bangun sembahyang apa tu?
Saya pun sukan makanan simple2 tu. Sedap dan rendah lemak. Betul ke?

liemaopurut a.k.a ana said...

salam kak ita...mmg feveret kami laki bini makan tepung pelita tu..mmg sedap sangat..

insyaallah..nanti nk try la kuey teow tu...x penah lagi makan...tp kene tukar ke ayam la sbb saya x makan daging hehehe

zila norazila said...

salam kak ita..yg paling best tepung pelita..kita pun suka tue:)..

MiJa said...

salam kak ita,
saya 1st time menjenguk blog ni.impress sgt2 tgk gambar2 kak ita capture ni,cantik & kreatif & semua sedap!tiap hari lah melawat lepas ni :)

faa.rosli said...

salam kak ita.

faa dah buat tepung pelita guna resepi akak. mmg menawan. xsabar nak tgu berbuka nak ras. hehehe. tenks akak sudi share resepi.

kalau sudi jom laa singgah blog saya tgk hasil tepung pelita saya. :)

http://faafeefoo.blogspot.com/2012/07/tepung-pelita-2-version.html

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Salam kak ita yanty selalu menyoal akak dan kak ita jawab...sukeeeee....ni ada lagi yanty nak tanya ...cam ner kak ita punyer kuih tako @ kuih pelita tu sgt smooth berkilat ..rata jerk...yanty ada buat tapi mengerutu laaa...bg tips sket kak cam ner time masak tu ..time bahan cair atau pekat baru tunag dalam acuan @ bekas...bantu yer kak ita..tq

habsah said...

salam..k.ita, saya peminat blog k.ita. masakan k.ita sering menarik minat saya utk mencuba, byk gak resepi yg telah saya cuba...seronok bila lihat hasil masakan.. tahniah k.ita, saya tertarik cara k.ita ambik gambar juadah2 tu... kreatif dan hebat..

habsah said...

salam..seronok baca blog k.ita,resepi pun best2, dah byk saya cuba...

Unknown said...

Salam Kak ita,

Pertama Kali masuk blog saya dah teruja Dgn gambar.. Salam perkenalan Dan slamat berpuasa..

Sofya said...

saya wat untuk makan dgn nasi tengah hari tadi...sedap la kak daging tu.. cuma saya xda kicap pekat.. men belasah kicap biasa ja.. mungkin sebab tu tak hitam cam akak punya.. apapun tq sbb kongsi resepi yg best ni..

Post Top Ad

test