TELUR IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS SAWI JERUK ASIN - masam manis f

Breaking

Jul 9, 2012

TELUR IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS SAWI JERUK ASIN





Selamat tengahari semua..
Dah makan ke?
Hari ni ita posa jadi tak masak untuk makan tengahari, mungkin masak lewat sikit.. petang sikit kot.. Lauk ni ita masak semalam. Semalam masa ita pergi pasar, nak carilah ikan. Nampak banyak sangat ikan parang kat pasar. Musim ikan parang ke?? Ita ni suka ikan parang, tapi masalah sikit kalau nak masak kerana ikan parang ni banyak tulang. Kalau makan pasti berjam-jam sebab nak bersihkan tulang tu kalau tak... tak pasal-pasal pulak tercekik tulang. Lagi pula bila kita masak yang paling utama ita kena mudahkan anak-anak untuk makan, kalau ikan tu banyak tulang payah lah anak-anak nak makan.


Untuk itu, ita lebih suka beli ikan tenggiri atau ikan merah. eeemmm.. sebab mudah tak payak nak siang, sebab pak cik kat pasar tu dah tolong siangkan.. kan mudah jimat masa.. hihi
Masa nak cari ikan di pasar semalam, hanya ada satu gerai aje yang menjual ikan tenggiri. Ikannya pulak besar mak aiii.. berapa hari nak habis kalau beli seekor ni.. Kebetulan masa ita dok pilih tu datanglah sorang kakak tu.. nak beli ikan tenggiri jugak. katanya nak buat laksa. Apa kata ikan yang sekor ni kita bahagi 2 akak ambil separuh ita ambil separuh. Kakak tu pula nak bahagian ekor, dan ita ambil lah bahagian kepala. Bila di potong adalah pulak telur ikan di dalamnya.. rezeki ita lah tu..


Sebenarnya ita ni tak pernah makan telur ikan, tapi suami ita suka. Telur ikan ni pulak besarnya boleh tahan jugak. Mula ita nak potong kecil-kecil , suami ita pula tak kasi, katanya takut hancur dalam gulai nanti. Jadi ita pun masak lah sebiji terus cam tu..

Ita tak makan pun telur ni, suami ita makan sorang aje tau! huhu nak merajuk gi batu belah batu bertangkup lah.. sebab kempunan tak dapat makan telur ikan huaaaa.....

Telur ikan ni ita masak asam pedas lada hidup, ita letak sawi jeruk asin sebab ita memang suka kalau asam pedas letak sawi jeruk asin. Rasa-rasa orang Johor memang suka asam pedas letak sawi jeruk ni.. Makan dengan nasi panas.. emm..


TELUR IKAN TENGGIRI MASAK ASAM PEDAS SAWI JERUK ASIN

Telur ikan secukupnya ~ dicuci bersih dan toskan airnya
1 pokok sawi jeruk ~ di hiris dan rendam sekejap, toskan

8 batang cili merah ~ dikisar
8 biji bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
3/4 inci kunyit hidup ~ dikisar
1/2 inci halia ~ dikisar kisar
1/2 inci lengkuas ~ dikisar
1/2 inci belacan ~ dikisar

3/4 cawan jus air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
1 kiub ikan bilis ~ jika suka

Pijarkan minyak dalam periuk, tumiskan bahan-bahan yang dikisar dan masak hingga garing, harum dan terbit minyak.
Tuangnkan air asam jawa dan masak hingga didih. Jika kuahnya pekat tambahkan air secukupnya.
Perasakan dengan garam dan gula.
Bila kuah dah mendidih masukkan ikan dan sawi jeruk asin
Masak hingga telur empuk, siap di hidangkan.


 


21 comments:

Mat Gebu said...

Meleleh air liurr.....

ilahjy said...

masa kak ilah sekolah dulu di alor setaq.. nenek selalu masak telur ni masak gulai.. pas tu ada jug a guna teluq ikan jenis bulat2 besar tu pun sedap...lama dah tak makan ..huhuu seronok kak ilah tgok pelita cemeni..kalu tak silap eja org kedah selalu guna nama tu..

Gee® said...

Tumpang semangkok yer....

Ummi said...

Assalam Ita, byknya akak terlepas entry...tgk kek oren markisa kat bawah nun terbayang2 rasanya masuk ke tekak taaauu...adeehh kalau dekat nak je suruh Ita buatkan...jus celery apple pun sedap...byk khasiat. Ni telor ikan tenggiri adoiiihh mengancam nyawa ke tekak ke nih..! Boleh pitam terliur sgt2 ni taauu...

Hesti HH. said...

Awwwwww...super yummiiii!!

norhanim md zain said...

yum yum ..sedapnya:))

ummiaisyah said...

en suami sy pon peminat telur ikan...suka sgt la kalo dpt seketui cam tu..

https://gereenlove.blogspot.com/2012/08/assalamualaikum-hai-ni-dah-2-hari-batuk.html?m=1 said...

lauk sedap..deco pun lawa...yum..yumm..amik resipi yer kak...

Love2cook Malaysia said...

Tak pernah makan telur ikan...
Akak, please send me some vitamin rajin, sabar dan kreatif!!! :)

FnF Simple Life said...

oh... teringat asam pedas mak mertua saya...org johor juga... buat asam pedas tak lupa letak jeruk sawi tuuuu...

Nur-nba said...

Menu feveret orang Johor.. :) Suka sangat..

Miamore said...

Telur ikan paling sedap adalah bawal putih, ikan duri & ikan jenahak ... ikan parang pun sedap tp kulit dia trlampau nipis senang koyak.... tp zmn sekrg susah nk jumpa

Azie said...

Saya suka sgt makan telur ikan

Qasey Honey said...

slm rindu Kak Ita cyggg...lamanye QH ke sni..byk resepi yg tlepas dri akak...nti QH tgk yer...

QH pon xmkn telur ikan..xgeti nk mkn..tp kalau huby dia suka..lum penaj cuba lg msk sdri..tp bile tgk gmbo tu mcm sedap la pulak nmpknye...jd teringin lak nk merasa tlur ikan itu..hihi

Amie said...

Lazatnya! Biasanya kalau telur ikan Amie panggang dalam daun pisang je... nak goreng takut meletup, tapi nampak resepi ni memang sungguh menyelerakan!

Yatie said...

kalau apa2 yg di masak asam pedas mmng kegemaranku, lama tak makan telur ikan...bila tngk ni..perghhhhhh terliur sngt...

mimie said...

laparrrrrrrrrrr kak ita #hulurkan pinggan kosong ke kak ita....hihihi

faa.rosli said...

ya allah..heaven nye kalo dpt mkn seketui telur ikan ni..srruupp

Please contact me at haqyani@gmail.com said...

omg! i pasti masak ni bila balik ayer baloi! semalam buat assam pedas tenggiri...habis sekali hadap!

Anonymous said...

wuih enaknya yah..

Anonymous said...

bice blog..

Post Top Ad

test