Selamat malam.. aik dah malam dah..
Cepatnya masa berlalu sekejap aje dah malam kan...
Bila sibuk dengan kerja rumah sampai tak sedar masa berlalu..
Hari ni ita nak cerita pasal sayur keladi pulak!. Aduyaiii.. sayur kampung lagi..
Aik... jangan pandang sebelah mata, sayur kampung ni sedap tau! bak kata orang tak lapuk di telan zaman..
Tapi sekarang memang kurang dah anak-anak kita yang sukakan sayur kampung. Padahal ia antara yang sedap di nikmati. Tapi serius cakap, sayur yang satu ni ita tak pernah lagi makan. Napa tak caya??
Betul, mungkin kerana mak ita tak pernah memasaknya. Jadi ita memang tak pernah makan.
Tapi ini antara sayur yang menjadi kesukaan suami ita. Sebenarnya mak mertua ita cukup suka masak sayur keladi, sebab tu lah anak-anaknya cukup suka sayur ni. Teringat satu hari adik ipar ita pernah tanya pada ita" kak ita belajarlah masak sayur keladi dengan maa, sedap tau maa masak!"
Ita ni sebenarnya segan nak tanya dengan mak mertua ita.. selalu kalau mak mertua ita masak ita dok perhati, kadang-kadang ita kacau-kacaulah juga dia masak sambil dalam kepala dok ingat bahan apalah yang di letak. Pas tu ita masuk bilik dan salin dalam buku hihi takut terlupa, nanti balik rumah ita cubalah.. hehe ^_^
Hari ini ita cuba masak sayur keladi setelah ita terliur lihat lauk ni terhidang atas meja rumah Yatie, aduh macam sedap aje.. Nak juga ita merasa. Tapi masalahnya ita tak pandai nak siang sayur keladi ni. Bila ita tanya pada suami ita, dia kata dia biasa siang sayur keladi kerana selalu tolong maknya masak dahulu. Apalagi cepat ajelah ita sambar 2 pokok keladi di pasar.
Kepada adik-adik ita yang senasib macam ita ni, suka sayur keladi, tapi tak tahu macam mana nak siangnya, jom kita intai-intai macam mana caranya suami ita siang sayur keladi ni.. hehe
Tapi jangan bimbang keladi yang di buat sayur biasanya tak gatal.. kalau tak tau juga gilah kat pasar sebab kat pasar tu ada juga jual batang keladi yang telah di siang atau di bersihkan, tinggal kita rebus dan gulaikan aje..
Mula-mula kita potong dahulu ubi dari batangnya.
Kemudian kita ceraikan batangnya.
Selepastu kita siat kulit luar batang keladi tersebut.
Kemudian potong lebih kurang 3 inc. Atau boleh potong serong ikut citarasa masing-masing.
Ubinya kita potong dadu atau ikut kreativiti. ~ ita buat bentuk bintang guna acuan kuih.
Beginilah hasilnya setelah di potong.
Kemudian kita cuci bersih dan direbus bersama asam keping ( anggaran 2 keping)
Bila keladi dah lembut kita toskan airnya. Ketepikan.
Sekarang bolehlah kita mula memasak. Sebenarnya kita boleh masak bersekali dengan kita merebus keladi. Jadi bila keladi dah empuk terus aje kita dah boleh masukkan dalam gulai kita.
Bila masuk dalam gulai yang dah mendidih sekejap aje dah boleh matikan apinya, sebab keladi kita dah rebus terlebih dahulu. Mudah aje kan.. jom kita mula memasak!
ASAM TUMIS BATANG KELADI
By : Yatie
1/2 cwn air asam jawa
3 tangkai daun kesum
garam dan sedikit gula
minyak utk menumis
Air secukupnya
1 kiub ikan bilis ~ ita tambah jika suka
Bahan kisar
1/2 cwn ikan bilis, cuci dan toskan
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit belacan
3 sudu besar cili kisar
3 tangkai cili merah
sedikit belacan
1/2 inci kunyit hidup
Batang keladi dan buahnya di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Rebus hingga empuk. Toskan airnya bila nak masak nanti.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau.
Masukkan air asam jawa dan masukkan pula batang keladi dan buahnya yg di rebus tadi.
Masukkan air secukupnya, bergantung nak masak pekat atau cair. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan daun kesum, garam dan gula.
Perasakan, sekiranya dah cukup rasa bolehlah matikan api dan hidangkan.
Resepi ni memang sedap! tak tipu punya.. kalau tak caya kena lah cuba!
Terima kasih ye, Yatie. Nampaknya ita dah mula jatuh cinta pada keladi ni. Ibarat kata orang 'miang-miang keladi, makin tua makin menjadi ' ^_^
28 comments:
allah kak ita, baru tadi masa balik sekolah terpandang pokok keladi kat rumah rakan sekolah, nampaknya nanti kena mintak la tu sepokok. saya memang hantu kalau sayur keladi ni, tambah2 kalau dapat keladi masak pindang...memang makan tak hengat la jawabnya
sedapnya kak ita...terliur2 saya tengok gambar2 ni hehe
setiap kali buka blog ni bukan setakat terliur tapi sure terpesona dengan teknik gambar dan peresentationnya.... suka sangat sangat.
setiap kali buka blog ni bukan setakat terliur sure terpesona dengan teknik gambar yang sungguh-sungguh superb.. suka sesangat.
kak ita..nak copy & share gambar berpantun tu kt FB sy ye..tQ
Tirrrgudaaaaaaaa dahh.... penggsannn >________<
Huwaaaa I've fainted! Please wake me up before food :)
hah3..klakorlah Ita ni, dpt bayangkan Salki tlng siangkan keladi gara2 sayur kegemarannya..seronok sama2 kat dapur masa tu kan....mmng minggu ni Yatie masak sayur kampung je taw, arini masak pucuk ubi plk, ni gara2 nak perabeskan sayur kmpng yg dibeli kat pasar tani...mmng ngam2 utk seminggu..Hamka kena masak sayur lain coz dia tak suka...he3..
masa masak sayur keladi ni, Hata dok ngulang2 ratah je sayur keladi..mmng kegemarannya, siap tanya mcmana nak masaklah...berangan nak masak sendirilah tu..adoyaiiii...
tak pernah masak ni lah kak ???
tapi kalau orang sumatra utara (batak) suka masak batang keladi...
waaaa....penasaran di lubuk jiwa...xixxi
merah menyala lagi tuuu.... ^^
pic tu, sep biasa...fav mimie... ^^
Cak Cak Itaaa Ani datang ni.. wah wah mana tahan nampak di dapur Kak Yatie ari ni di dapur Ita plak.. ngencessssss.. saya termasuk kategori suka makan tapi tak tau macam mana nak selesai kan keladi tu.. alhamdulillah Ita ada tunjukkan caranya.. trima kasih Ita..
pasti lah ingin di cuba nanti.. bila ? hahah tunggu
assalamualiakum Ita
nampak sangat sedap sayur keladi dimasak macam tu kan,akak pun nak mencuba jugak ni dah terasa kat tekak ni kesedapan nya mesti dicari jugak sehari dua ni dah tak sabar nak merasa ni...
Gulpppp terliur la kak!
Naseb baik x ngandung kalo x meleleh air liur baby nnt hehe
fuyooooooo serius kecur tengok. Keladi masak asam tumis mmg peberet. mmg tak tahan menambah...nampak sedapp sangat k.ita...jeles.
btw : nompak tanya...kiut arr bekas merah ijo tu...nak skodeng beli mana..?? heehe...
Alahai Ita... masa kecik2 dulu puas makan sayur batang keladi air tangan bonda, sekarang ni nak cari batang keladi punyalah susah....
waaa..k.ita..sedapnyaaa....,lama xmakan sayoq kladi..huhu..:)
memang sedap tu kak ita...
SALAM SEJAHTERA aZLITA
Keladi memang amat kakak gemari!
Kakak sentaiasa buka blog ni. Best sgt. Baru bukak kek keremel. Menarik sgt , baca step by step dan komen2 menarik .Rasa nak buat! tkasih.
Nampak kek karemel tu ramai peminat. Tersiar september 2011 tapi komen sehingga Jun 2012! Tahniah.
Salam.. Wow sayur kegemaran Nur ni.. Sedapnya.. :)
Waaah keladi pulak...serius cakap, akak mmg x makan sayur keladi dari dulu wpun mak selalu masak asam pedas rebus gitu, tambah2 pulak anak2 bolayan dan hb pun jenis x reti nak mintak, haha...tp x tau la kot pasni teringin pulak bila Ita kata sedap sangat nih....hehe,
arghhh nak cari batang keladi! my favourite!
Betul tu kak ita...kalau apa yg mak kita jarang @ tak pernah masak tu kita tak biasa makan. Tapi kalau dah merantau tu dah campur macam2 jenis latar belakang keluarga kadang2 kita teringin nak cuba. Masa mengandungkan Najla hari tu sy ingin makan minta mak mentua sy masakkan...memang sedap.
sedapnye kak..makan pulak dgn nasi panas ngan ikan kering gelame ..amboi terangkatt hehe
sedapnya... x sabar nak buka puasa.. hehehe...
ni petua dari mak... masa masak keladi xleh ditutup periuknya...takut nnti keladi tu jadi gatal...dah siap masak smua, xper la klu nak tutup...
Salam Kak Ita,
Wuuuuiiih...nampak lezat sekali sayurnya Kak Ita. Walaupun saya belum pernah coba, tapi kalau sampai ketemu di pasar pingin dimasak seperti Kak Ita ^^
Foto teramat cantik, always...
Assalamualaikum,
Salam perkenalan. Memang menarik gaya persembahan foto serta penerangan cara memasak asam tumis batang keladi ni. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. Hanya nak tinggalkan sedikit pesanan orang-orang tua, jangan selalu sangat bagi suami makan batang keladi ni....takut kita yang merana nanti, wallahualam.
Salam ceria selalu.
Bila tgk asam keladi akak teringat arwah mak saya yg pernah masak lauk ni..memang sedap tp sayang saya pun dah x ingat cara memasaknya..nasib baik ada resepi kak ita ni boleh lah saya mencuba nanti..tq
Post a Comment