Yang kita nak tau dan rasa - masam manis f

Breaking

Jul 10, 2012

Yang kita nak tau dan rasa

Assalamualaikum


Mesti ramai yang tertanya-tanya buah apalah pulak yang kak ita bawa kali ni? Mungkin ada juga yang dah tersenyum-senyum kerana  dah ada jawapan.. ialah dah terlalu kerap memakannya. Ada juga yang mengaru-garu kepala antara tau atau tak tau..
Ada juga yang dah mengecap-ngecap air liur, dah lama mengidam nak makan buah ni lah tu.. tapi tak tau mana nak cari..

Hari ni sekali lagi ita kenalkan buah yang dah jarang-jarang kita temui ni.. atau kadang-kadang aje kita temui..
Ini lah namanya buah binjai. Pernah makan??
Masa ita kecik-kecik dulu mak ita selalu meletakkan hirisan buah binjai ni dalam sambal belacan. Bukan main berselera lagi bapa ita makan, bertambah-tambah pulak bila di lawankan dengan gulai lemak dan ikan kering sepat. 


Ita pula suka akan baunya yang harum tu nak-nak bila dah masak ranum, satu rumah berbau wangi. Semalam masa ita pergi pasar, sedang ita belek-bek dan pilih-pilih sayur tiba-tiba ita terbau harum wangi yang biasa ita bau harumnya masa ita kecik-kecik dulu. emmm.. bau buah binjai. Mata ita pun apalagi melingas lah mencari di mana pulak kelibat buah ni bersembunyi. Selak sana silak sini sampai di tegur oleh kakak yang menjual tu..
" cari apa dek?"
" saya macam terbau buah binjai lah kak.. dari mana pulak ye bau ni datang?"
" ooo.. kat kedai sebelah tu dik baru sampai gi lah tengok.. manalah tau kot-kot mengidam.."
" eceh eceh akak ni macam tau-tau aje.. "

Alhamdulillah dapat jugak ita merasa buah binjai ni, macam mengidam pulak lagaknya kan.. Dah lama ita cari buah ni, tapi sekarang memang payah sikit nak jumpa. Dikatakan pokoknya bermusim, tu yang payah tu.. Tapi kalau ita balik Kelantan banyak pulak ita nampak buah ni di jual di Pasar Siti Khadijah tu..
Buah ni pula ita beli di Pasar Larkin di bandaraya Johor Bahru.


Pokok binjai adalah dari kelompok mangga. Ia mempunyai bau yang sangat harum bila telah masak ranum dan mempunyai rasa masam manis. Ia juga mempunyai pelbagai gelaran mengikut tempat dan daerah. Nama saintifiknya ialah  Mangifera caesia. Terdapat 2 jenis buah binjai, ada yang masam dan ada yang manis. Dikatakan yang berkulit kasar agak masam berbanding yang berkulit licin. Pokoknya  juga dikatakan berbuah mengikut musim.

Pokok binjai biasanya di tanam untuk buahnya. Buah binjai biasanya di makan segar setelah buah masak ranum, ada juga yang memasukkannya ke dalam minuman. Kebiasannya buah binjai di tambah dalam sambal belacan atau di jadikan kerabu, di makan bersama ulam-ulaman dan nasi. Ada juga yang meletakkannya di dalam gulai atau masakan.


Buah binjai muda tidak boleh di makan kerana rasanya sangat masam dan membuatkan tekak terasa gatal dan perit setelah memakannya. Biji buah binjai pula di tumbuk, di keringkan dan di jadikan keropok  yang terkenal dengan nama keropok binjai. Rasa  keropok binjai pula sedikit pahit, mungkin ada yang mengemari rasanya yang sedikit pahit dan tidak kurang juga yang tidak meminatinya. (yg ni tak pasti sebab ambil dari http://wannura.wordpress.com/?s=buah+binjai)

Pokok binjai dikatakan berasal dari Sumatra, Kalimantan dan Semenanjung Malaysia. Ramai yang meyakini bahawa pokok ini berasal dari Kalimantan.
Pokok binjai hidup subur di dataran rendah dan kebiasannya tumbuh di tepi sungai.


Buah binjai yang mengandungi banyak sari buah dan asam-manis rasanya dapat dimakan dalam keadaan segar setelah buahnya matang dan sebagai pencuci perut. Di Kelantan biasanya buah binjai di jadikan jeruk atau di jadikan colek. Di Terengganu pula, ia biasanya dijadikan jeruk, asinan dan diawetkan dalam garam dan disimpan dalam botol untuk membuat sambal. Manakala di Melaka pula buah binjai kebiasannya dimakan bersama sambal belacan, dicampur dalam masakan sambal binjai,  kuah kari binjai atau masak lemak binjai.


Buah binjai kulitnya kuning dan pokoknya biasa besar dan tinggi. Kepercayaan orang dahulu kala,  ada sesetengah orang kita tidak boleh dekat atau terkena kayu atau batang binjai, ini kerana ia akan menyebabkan  kulit akan kemerahan dan gatal atau dipanggil kena sembor atau gegata pada istilah orang Johor.

Masyarakat kita  juga memperbagaikan binjai masam dengan dijerok air garam dan dimakan untuk menaikkan selera makan.  Kata orang tak cuba tak tau..


SAMBAL BELACAN BUAH BINJAI

1 biji buah binjai yang masak ranum
3 biji cili merah
7  biji cili padi
1 inci belacan ~ dibakar
Sedikit garam kasar
Secubit gula
1 biji limau kasturi

Buah binjai dikupas kulitnya, dan diracik-racik ~ ketepikan
Dalam batu lesung, masukkan cili merah, cili padi, garam kasar, gula dan belacan yang telah dibakar.
Tumbuk semua bahan hingga lumat
Kemudian masukkan sedikit hirisan buah binjai dan lenyek sikit dalam lesung.
Masukkan baki hirisan buah binjai tadi , perahkan limau kasturi dan gaul rata.




Rujukan :
http://wannura.wordpress.com/?s=buah+binjai
http://hazila.blogspot.com/2009/06/buah-binjai.html

40 comments:

Please contact me at haqyani@gmail.com said...

salam sister, i belajar makan buah ni when i got engaged wt my hubs...sedapkan!

cikja said...

salam ..
wah sedap giler kalau buat sambal belacan ni..kalau balik melaka selalu jumpa buah ni jual tepi jalan..

Cheq Sue said...

fuhhh...kecur air liur tengok buah ni...kat kelantan pun musim2 jugak boleh dapat kak ita...

https://gereenlove.blogspot.com/2012/08/assalamualaikum-hai-ni-dah-2-hari-batuk.html?m=1 said...

sis..sedap tau buah ni..mane dapt ni..sy lama dah mencari..buah ni buat sambal sedap makan gtu je pun sedap..sy makan buah ni mcm makan mempelam..xsempat buat sambal..alahai terliur plak..mujur belum mengidam...

https://gereenlove.blogspot.com/2012/08/assalamualaikum-hai-ni-dah-2-hari-batuk.html?m=1 said...

sedap buah ni .mana dpt ni sis..sy lama dah mencari..sedap buat sambal makan gtu je pun sedap..saya makan mcm makan mempelam..xsempat buat sambal..terluir dah ni..mujur lum mengidam

mashitah said...

salam kak ita,
selalunya mak saya buat sambal belacan dgn buah binjai...rasanya masam2 mmg sedap mkn nasi panas2...

qaseh_fariza said...

kini baru qaseh taw kegunaan buah binjai ni. selalu dgr je..rupa xtaw

Unknown said...

asalamulaikum Ita
sedapnye nampak sambal binjai tu kalau kt sebelah Brunei ni sambal binjai dimakan dengan ambuyat yg macam sagu tu,memang sedap lah tapi akak tak reti nak makan ambuyat hanya sambalnya tu di makan dengan nasi lebih puas...

UmmiAbi said...

Ya ALLAH kak ita..mmg kecur air liur ni...Sy dhla pose...Haiii...lmbat ke lg nk berbuka...hehehe

Unknown said...

rumah mertua saya ada pokok binjal ni, jenis yg manis. kalau masak ranum boleh makan terus macam mangga... sedap

asyifamustaffa said...

sedapnyaaaaaa......

emma marini said...

owwhh begini rupanya buah ni, selalu tok saya buat samabl binjai ni tapi tak pernah tau buahnya cemana..

fazian.batrisyia said...

Baru 2 minggu lps sy makan sambal belacan binjai MIL sy buat...berselera sy makan walaupun sy tak biasa sgt makan binjai ni tp boleh diterima tekak, hb sy tak suka. Ada yg manis ada yg masam...tapi bau dia mmg sedap harum..Binjai ni ada juga yg dijerukkan...just hiris & tambah garam. Tp sy tak suka...lebih suka yg fresh...

Aymy With L♥ve said...

Selalu dengar nama... Ayu tak pernah nampak dan tak pernah makan buah ni... Tapi kalau dah disambal belacankan, memang lawannya kuah lemak dan tumis air jer kan... kalau kena dengan ikan kering macam akak kata, mertua lalu pun tak nampak... Ehehehe...

Hesti HH. said...

Salam Kak Ita,

aiiiiih ngeces air liurku membayangkan rasanya. Belum pernah coba tapi mungkin terasa asam seperti mangga muda kah? sluuurph

Sariyusa said...

kita dah kesip2 air liur nih, huhu..

Kak Ita, keropok binjai saya tak tahu, keropok belinjau atau melinjau saya tahu.. urmmm.. sama ke lain, tapi teknik keropok belinjau tu sebijik macam yg Kak Ita tulis keropok binjai tu..

diana said...

salam kak ita. memang sedap buah binjai ni.. kalau mak saya pulak, biasanya dia xletak dlm masakan, tapi isinya dihiris2 pastu tabur gula.. then letak dlm fridge. jadi ala2 jeruk camtu.. masam manisnya, sedap sgt!

tapikan kak, rasanya keropok binjai tu bukan dibuat dari biji binjai yang ini. buah binjai yg dijadikan keropok tu, dia kecik2 aje.. dan luarannya tak boleh dimakan mcm buah binjai ni.

cikmanggis said...

salam ita..bila nampak gambar buah binjai ni terkenang pada arwah ayah Cm..kerana dia suka sangat jeruk binjai...binjai di jeruk dan kuahnya dimakan bersama ikan bakar.

Sedap sungguh..meleleh air liur.Kuah jeruk binjai tu di perah asam limau nipis dan dipicit picit cili api.kemudian cicah ikan bakar...masyallah..sedap ..sedap.

Unknown said...

Ita...saya ni silent reader je.. but saya suka your entries lately.. very informative. Just nak share with Ita...Buah seperti binjai, tampoi, sentul, pulasan, nam-nam etc.. adalah dikategorikan sebagai "rare fruits" atau buah nadir.. sebab susah nak dapat dan biasanya kita tidak tanam tapi boleh diperolehi secara semulajadi. Keep up the good work...

rahel said...

Tolong la Kak Ita..jangan ini macam bah...dah lama tak merasa sambal belacan dg ikan sepat...emmm..telan liur dulu..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Pegrrhh Azlita memang kecur lah air liur saya dibuatnya...

Kegemaran bapa mertua saya juga ni..

zila norazila said...

pernah jumpa tp x ingat sapa yg kasi..mmg sedap wt sambal:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..
aduh ita dah buat akak kecur air liur bila nampak buah binjai ni.. akak suka mkn buah binjai dicampur dlm budu selain dicampur cili padi.. hehe...

benarkah biji buah binjai boleh dibuat kerepek.. tak tau pula akak.. tp akak suka kerepek melinjau/belinjau yg femes kat indonesia tu... yg tu mmg rasanya pahit2 sikit.. tp kalau kerepek yg tu dibuat dari buah melinjau/belinjau.. buahnya mcm peluru & bila masak warna merah manakala semasa putik boleh dimasak bening... tp dah susah nak cari buah tu skrg ni.. sama juga dengan buah binjai ni.. dua2 pun susah nak carik... nasiblah akak tak mengidam.. hehe...

re: t.kasih ye ita atas doa & kata2 semangat yg ita berikan pd akak.. mudah2an semuanya akan berjalan lancar..

Amie said...

adoiii Ita... kecot dan kecurrrrrr...

MamaFaMi said...

Salam Ita,
Binjai yang manis sikit ada. Bulan lepas, hubby sanggup travel all the way balik Melaka nak cari binjai punya pasal. Kami tak dapat beli binjai madu, tapi dapatlah juga binjai yang manis sikit.

Love2cook Malaysia said...

Very new fruit to me...tak pernah nampak or heard of it. Thanks for sharing and building up my knowledge, hehe! Sambal looks delish :)

And the photos, pengsan I!!!

sitiezahim said...

ooo keropok melinjau saya panggil. bes bes saya suka. tak sangka rupa buahnya camtu...time kasih kak ita sbb berkongsi :D

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Kak Azlita.. dulu sha tak reti makan buah binjai ni.. sekarang dah reti sebab dah terpaksa nak kena merasa semua jenis masakan... memang sedap :) cuma kekadang baunya agak memeningkan.. tapi bila suap dengan nasi waduhhhhhhhhhhh hilang segalanya hehehe.. tq for sharing ya kak..:)

Siti Nadira said...

Salam kak ita, ini mmg favorite sy...mmg susah nak jumpe...sekali setahun je dpt mkn...kalo nk, sy kene balik kg kat melaka...ada jual kat tepi jalan...kat klang susah nk jumpe..kak ita mkn ngan asam pedas..mmg xleh stop..hehehe

zuwaidah said...

Salam....belum pernah lagi mencuba buah binjai ni. teringin pulak rasanya.

Misriah Salleh said...

Salam Sis Ita, i am new to your site...ni tersangatlah sedap..teringat arwah nenek saya selalu membuatnye..tapi buah binjai ni if simpan dalam fridge, satu fridge bau..hehehe.. baru terjumpa yr blog..thank you soo much for sharing..tak ramai yang nak share the recipe...love yr photos and recipe...saya baru nak cuba recipe kueh koswe..again thks!!

~azillakhalison~ said...

aduh kak..sedapnye..kecur dibuatnye...lame dah mengidam ni

AdanyaKauUntukku said...

adoiiii terasa2 di lidahku
cam ne ni kak..huhuhu

Aira said...

kecur air liur tgk resepi ni, rasa cam nak buat je,tuk buka pose, kebetulan opis mate baru je bagi sebiji buah binjai tadi,tu yang search resepi buah binjai..sebab 1st time dpt buah ni

mieza said...

as'kum kak..
selalu tgk blog akak tpi arini bru post comment coz saye x pernah thu psl buah binjai ni, 1st time tgk tau. org kate bau dia mcm buah kuini. btl ke?

syakirah said...

Ya Allah kenapala jmpa blog nie...huhu...sume benda best2..tgh ngandung nie nampak binjai rs nak binjai..nampak sentul rs nak sentul..nampak crepe durian nak jugak..huhu..Ya Allah..tabahkanlah jiwa kacau hambamu ini..nyum2..susah nak dapat tu

Maisarah Salwani said...

Salam perkenalan kak..suka blog akak ni..

nak bagi pencerahan sikit pasal biji binjai boleh kak?maaf ye kalo komen ni mengganggu..

saya ni asal dari Terengganu..biasa makan buah binjai ni dulu dan kerepek binjai..tapi buah binjai dan kerepek binjai ni dari 2 buah yang berbeza.

setahu saya, pulur dan biji buah binjai ni nak gigit pon x boleh sebab getahnya bahaya boleh menyebabkan beguk kata org2 tua..

kerepek binjai pulak pokok dan buahnya ada kat kampung saya..tinggi jugak pokoknya..pucuknya pon boleh dibuat ulam..(ayah saya tanam untuk ulam) tapi buahnya amatlah berbeza dari binjai yang besar yang masam dan manis 2..malah binjai untuk kerepek ni pon buahnya x dimakan sebaliknya diambil bijinya dogoreng @ ditumbuk buat kerepek..buahnya cuma sebesar jari kelingking dan sedikit bujur.berubah dari warna hujau kepada oren seterusnya merah..buah yg berwarna merah @ oren boleh dipetik dan diambil bijinya untuk disangai dan mkn mcm kacang..

jd, jgn lah sesekali mencuba buat kerepek homemade pulak gn binjai masam diatas..bimbang2 ad kesan yang x diingini krn getahnya merbahaya..sekian, terima kasih.

Seri7ujuh said...

Salam...
betullah tu, kerepek binjai/malinja tu buahnya lain...buah binjai yg guna buat kerepek tu boleh juga direbus, makan n rasa macam kacang. Selain pucuknya,putiknya boleh dibuat sayur...rebus atau tumis...

cikLah said...

salam k.ita.. sy search durian sbnarnye tp jumpe skali binjai ni.. hee.. lani tgh musim ni kt klantan trg.. blkg umah sy ade pokok binjai ni... besaaarrr... buleh kot dlm 3pemeluk kot... dulu2 buah sgt ranum bila tiba musim.. tp skrang since arwan ayah dah de,, xde plak dia nak bbuah ranum.. sedih sungguh.. huhu.. ingt kecik2 dulu b4 bsiap nk g skolah pagi.. turun dulu blk rumah pg cari buah binjai ni.. heee... sronok.. mak biasa buat jeruk je.. atau pon makan masak gitu bersama nasik.. ni first time tahu bleh buat sambal.. thx akak ^^

maaf lah kak.. excited pulak bcerita.. sebab jrg jmpe kawan2 saya yg kenal buah binjai ni.. heee...

shidasanmil said...

bagus dedahkan budak2 muda skrg mana tau sgt dgn buah2 kg cmni kan..sedap2 ..

Post Top Ad

test