ALAMANDA BAR COOKIES - masam manis f

Breaking

Aug 8, 2012

ALAMANDA BAR COOKIES


Assalamualaikum
Dah tengahari dah.. sekejap aje masa berlalu..
Bertemu kita kali ni pada waktu tengahari..
Lewat lagi ita bersiaran.. Maaf jika ada yang ternanti- nanti.
Sebenarnya ita lagi sibuk mengemas rumah. Ita bila dah mula mengemas dah mula lah malas nak mengadap komputer ni..

Hari ni ita berkebun pula.. aii.. bulan-bulan puasa ni berkebun lah pulak!
Nak buat macam mana rumput yang ita tanam di halaman rumah semuanya bagaikan hidup segan mati tak mau..
Dulu ita tanam rumput carpet, mula-mula tumbuh dengan hijau dan cantik!
Bila pokok-pokok dah besar dia dah terlindung dan kurang mendapat cahaya matahari..  pas tu mula lah dia buat perangai tak mau tumbuh lah pulak! botak sana botak sini..
aaa.. hari ni ita bawakan pakar dari Yunam.. tak taulah tumbuh ke tidak!
Harap-harap tumbuh lah..


Ita suka rumah yang banyak pokok, nampak redup dan nyaman.. tapi kata mak tangan ita ni panas. Tanam pokok semua mati. Masa beli bukan main lagi.. pilih aje berjam-jam. Pulak tu pilih yang gemuk-gemuk aje..
Bila sampai rumah seminggu aje semua macam buat dek aje.. pas tu mula lah daun sana gugur.. daun sini gugur.. aiii.. pening kepala..
Nak kata tak jirus.. hari-hari jirus..
Nak kata tak bubuh baja.. rasa-rasa macam dah terlebih-lebih lah pulak!
Mungkin betul kata mak tangan ita ni panas.. macam mana nak bagi sejuk ye??? kot kena rendam dalam air batu kot.. ^_^

Aduh.. dah jauh ita merepek.. kerja banyak lagi yang tak siap ni.. anak yang dua ekor tu dah mengiau-ngiau kelaparan.. masing-masing dok menunggu tepi komputer ni.. agaknya kata dia" bila lah mak cik ni nak siap menaip.. macam ayam patuk jagung aje.." haha

Ok lah, sebenarnya ita ada janji dengan adik kat FB. Dah berapa hari ni ada yang bertanya, "dalam banyak-banyak cookies yang kak ita buat untuk hari raya ni kak ita rasa mana yang paling sedap!"
OOOoo.. macam tu ye.. sebenarnya ita ni tak berapa minat makan kuih raya. Tak taulah mungkin bau margerin tu buatkan ita tak berapa suka! Bukan baru ni aje ita tak suka, tapi memang dari kecik.. ita kalau makanan yang baunya kuat sangat ita tak berapa suka, macam buah durian, cempedak, atau apa-apa makanan yang ada letak durian atau cempedak ita memang tak akan makan..


Berbalik pada pertanyaan tadi, hari ini ita akui bahawa ita sukakan biskut ini. Entah macam mana boleh tersuka pulak dengan biskut ini. Memang sedap! lebih bertambah sedap bila ada tooping coklat putih dan dark coklat wallaaa... buatkan ita tak sedar dah berkeping-keping masuk dalam mulut.. serious memang sedap!

Jangan ragu-ragu lagi untuk mencuba, melihatkan bahan-bahan yang di gunakan untuk membuat biskut ini sahaja kita dah boleh bayangkan akan kesedapan biskut ini. Biskut hasil ciptaan Chef Asma, seorang Chef yang kecil molek tapi berbakat besar dalam bidang masakan. Ita terjumpa resepi ni sewaktu selongkar dapur Bdria. Menurut Bdaria ia di ambil dari koleksi resepi Chef Asma dari buku masakan beliau Festive Cookies. Terima kasih buat Bdaria yang sudi kongsikan untuk kita semua. Ita minta izin untuk kongsikan di sini pula ye.. mana lah tau kalau ada yang berhajat untuk mencuba!


ALAMANDA BAR COOKIES
By: Chef Asma
Dari : Buku Festive Cookies
Rujukan : Bdaria

Bahan A
125 gm butter
100 gm margerin
80 gm shortening atau lemak sayuran
80 gm gula kaster
2 sudu teh cappucino emulco

Bahan B ~ diayak
350 gm tepung gandum
1/4 sudu teh serbuk penaik atau baking powder
40 gm tepung jagung
40 gm tepung kentang
1 sudu besar susu tepung

Bahan C
100 gm koko-crunch ~ dikisar
40 gm kacang tanah ~ dipanggang dan dikisar
100 gm coklat rice

Hiasan
Kuning telur
Coklat masakan putih ~ cairkan kaedah double boiler
Coklat masakan gelap ~ cairkan kaedah couble boiler

Pukul bahan A sehingga sebati
Masukkan bahan B sedikit demi sedikit
Masukkan bahan C dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Rehatkan doh selama 15 minit.
* Doh agak sedikit lembik tapi bila dah direhatkan selama 15 minit doh dah sedikit OK

Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit buter
Panaskan oven pada suhu 150C
Canaikan doh di atas 2 lapik plastik supaya doh tidak melekat-lekat
Terap doh dengan penerap biskut
Susun doh di dalam loyang pembakar
Sapukan kuning telur di atas permukaan doh
Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 15 ~ 20 minit atau sehingga doh masak sempurna
Sejukkan doh setelah masak

Hiaskan doh dengan coklat masakan putih dan gelap yang telah di cairkan
Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.


 SALAM RAMADHAN







10 comments:

Saleha said...

takpe, mungkin akak tak menjadi berkebun tapi akak dah diberi kelebihan dalam masakan.. :)
kalaulah saya jadi anak akak, confirm saya dah gemuk gedang sebab boleh makan kek dan biskut selalu.. pasal saya memang sukaaaaaaaaa sgt makan semua tu. buat sendiri sokmo tak menjadi

faa.rosli said...

telan air liur bergelen2 da ni...

aina said...

kak ita, kacang tanah tu buang kulit tak..? tq!

aina said...

kak ita, kacang tanah tu buang kulit tak...? tq!

Ummi said...

Oooo ni resepi Chef Asma yea..akak ada terpandang kat blog Kak Wan pun ada...x tau la sama ke tak bahannya...sedap Ita eks...kena buatlah nampaknya... ^__^

Unknown said...

salam Ita..
cantik lah akak pun macam teringin nak buat ni jugak sbb ada deco2 kat atas tu anak2 tentu suka snagt ni

ibh_sue said...

Siap! Bukan siap biskut ya. Siap copy resepi dl. Sue mmg nak bwt biskut yg sedap2 ja. Tq kak ita.

dZana said...

aduhai ita.. terpegun akk memandang biskut2 ita ni.. mmg klass..

ilahjy said...

kak ilah pula sejuk tangan apa jer tanam mesti menjadi,,sekebun dah kak tanam buah2an di melaka. tanam tanpa jaga tanpa siram balik 3 minggu sekali kasi baja.. sedih lah ita kakk tgok pokok2 yg masih baby lagi tuuu..masa di PD tanam sayur 2 tahun tak yah beli hehehe...best.. la ni kat kondo ni tanam jug dalma pasu2 ..
kalau dah ita ckp sedap nak try juga lah..hehehe kak dah print semua sekut2 ita ..satu pun tak buat lagi tunggu 13 hb nie anak dara cuti..dari UIA..hehe

Choco Ani said...

Salam Ita.. wah wah byk dah Ita buat biskut semua nya cantik dan sdap sdap belaka.. Ani dan kawan ofis mmg sentiasa tunggu ntry dari Ita.. sampai ada yang kata best nya kalau dapat g raya umah Ita... dapat rasa sume biskut biskut ituh.. ;)

Post Top Ad

test