Assalamualaikum
Apa khabar semua hari ni..? harap-harap sihat lah ye..
Nampaknya hari ni tak boleh nak sembang panjang-panjang, sebab ita dah mula mengemas rumah. Banyak sangat kerja yang harus ita selesaikan dalam kadar segera..
Minggu ni dan minggu hadapan adalah minggu yang paling sibuk, minggu ni anak-anak mula exam, Dalili pula exam minggu hadapan. Minggu hadapan juga dah mula ambil anak-anak balik asrama, pas tu dah nak bersiap-siap untuk pulang ke kampung.
Ada beberapa lagi resepi kuih raya yang ita akan masukkan. Tapi hari ni ita masukkan yang ni dulu sebab biskut ni buatnya pun mudah main terap-terap aje kan.. Biskut lama juga ni.. dan selalu di buat pada Hari Raya.
Ita tak taulah sempat atau tidak ita nak siapkan kek hari raya. Kalau sempat nanti ita masukkan lah ye kalau tak sempat ita masukkan lepas raya lah kan.. Apa-apa pun kita intai resepi ni dahulu...
Resepi biskut ni ita ambil di My Resepi, resepi kiriman kak Fida yang tidak asing lagi. Resepi ni pada ita pun ok juga, ita ni tak berapa minat sangat makan kuih raya ni, tapi ita rasa kalau ita buat lagi biskut ni, ita akan tambahkan sedikit lagi gula dan sedikit garam biar terasa lemak manis sikit.
Tapi pada yang kurang gemar manis, rasanya dah ok dah tu..
Terima kasih kepada Kak Fida kerana tak putus-putus kongsikan resepi yang sedap-sedap untuk di cuba oleh peminat-peminat dunia masakan..
Kepada yang lain.. dah mula buat kuih raya??
BISKUT GAJUS
By : Kak Fida
Rujukan : My Resepi
225 g mentega ~ dilembutkan
140 g gula icing ~ ayak
1 biji kuning telur
140 g gajus ~ panggang dan kisar halus
380 g tepung gandum ~ ayak
1 sk baking powder
1 sk emplex atau lacinta ~ jika tiada tak mengapa
1 sk serbuk vanilli/esen vanilla
secukup kuning telur ~ utk sapu
secukup kacang gajus panggang ~ belah dua utk hiasan
1 biji kuning telur
140 g gajus ~ panggang dan kisar halus
380 g tepung gandum ~ ayak
1 sk baking powder
1 sk emplex atau lacinta ~ jika tiada tak mengapa
1 sk serbuk vanilli/esen vanilla
secukup kuning telur ~ utk sapu
secukup kacang gajus panggang ~ belah dua utk hiasan
Mentega dan gula dikacau hingga sebati dan masukkan
kuning telur dan kacau lagi hingga rata.
Masukkan pula
vanilli, emplex, baking powder, gajus kisar dan kacau sebati lagi.
Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yg lembut dan
boleh dibentukkan.Ambil sedikit doh dan bentukkan seperti buah gajus,hias dgn 1 biji kacang gajus sebagai tangkainya.
Susun atas dulang pembakar dan sapu kuning telur di atasnya.
Doh juga boleh dicanai dan diterap ikut acuan yg digemari, sapu kuning telur dan hias dgn kcg gajus.
Bakar pada suhu 150C selama 15 min atau hingga kekuningan.
Sejukkan biskut di atas redai dan simpan dalam bekas kedap udara.
SALAM RAMADHAN
10 comments:
tina suka makan tapi tak penah lg buat biskut gajus ni, kalau sempat nanti nak try lah hehe
listnya panjang tapi tah rajin ke tak nak buat
kita belum buat sebiji kuih raya pun Kak Ita.. huhuhu.
Biskut evergreen ni, biskut gajus, kan.. kan..
sedapnyer kuih nih..:))
tahun ni tak buat pulak niskut gajus, biasa memang tak tinggal... nantilah buat lepas raya
asslm kak Ita cyggg..sedapnye tgk biskut gajus tu..dh bpe jenis dh biskut akak tu..hihihi...
simple jerk kan kak bahan2nya..
boleh try nanti...
Salam,
Menarik sungguh biskut2 ini. By the way, saya suka cara kak Ita ambil gambar masakan kak Ita, sungguh berseni
masuk list kak ita..... :)
cantik2 biskut kak ita....
Sedap biskut gajus ni..sebab gajus kan sedap...dah jadi biskut lagi sedap.
Salam Ita. betul tu Ita...biskut gajus antara biskut lama... tp masih popular hingga kini. suka ngunyah biskut yg berkacang gini. nengok biskut cendawan kat bawah tu alahai comei comeinya...ceria dg pelbagai warna.
Post a Comment