Assalamualaikum
Apa khabar rakan-rakan ita di luar sana? Besar harapan dan doa ita agar semuanya sihat dan sentiasa ceria kerana kita bakal meraikan Aidil Fitri.
Walaupun mungkin ada antara kita yang berasa sedih untuk meninggalkan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, dan sering pertanyaan bermain di fikiran, adakah peluang bagi kita lagi untuk menikmati kelebihan bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang mendatang.?
Sama-sama lah kita berdoa agar di panjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik agar kita berpeluang lagi untuk menikmati malam-malam Ramadhan..
Hari ini adalah hari terakhir anak-anak bersekolah, bagi anak-anak yang tinggal di pusat pengajian tinggi, awal-awal lagi sudah pulang ke rumah. Peluang yang ada ini jangan dilepaskan untuk membantu ibu di dapur, bagi anak teruna pula, rajin-rajinlah ringankan tulang membantu tugas si ayah.
Hari-hari terakhir sebelum kita pulang ke kampung halaman masing-masing. Pasti saat ini ada yang sudah melayangkan kat ucapan Selamat Hari Raya kepada kawan-kawan dan sahabat handai. Ucapan Selamat Hari Raya dahulu dan kini telah banyak berubah, seiring dengan perubahan dunia yang berteraskan alam siber.
Kalau dahulu kat ucapan sebagai penganti diri. Setiap kali dapat kat ucapan hari raya pasti tak di lupa serangkap pantun
Pecah kaca
Pecah gelas
Sudah baca,
Harap balas
Seronok bukan kepalang bila menerima layangan kat ucapan, lebih-lebih lagi bila ianya di hantar oleh pos men. Gembiranya hati bukan kepalang.
Saban tahun kad ucapan sering berubah, bergantung pada permintaan. Dari sekecil-kecil kad hinggalah yang sebesar-besar kad. Yang paling seronok tak terkata bila dapat kad seiring dengan alunan muzik selamat hari raya. Waduhhhh... rasa macam nak tunjuk pada semua orang.. ^_^
Satu kenangan yang tak dapat dilupakan, masa kecil-kecil dulu, suka sangat gantung kat hari raya. Mana-mana rumah yang kita beraya pasti ada gantungan kad hari raya. Dari di gantung pada dinding rumah tak kurang juga yang mengantungkan pada ranting kayu. Tak pe lah walau terpaksa meredah semak dan samun semata-mata untuk dapatkan ranting kayu pilihan hati. Yang tak boleh tahan siap letak kapas-kapas lagi dah macam sambut hari Natal pun ada jugak..! haha
Tapi itulah yang seronoknya.. Terasa kemeriahannya berhari raya.
Itu baru cerita pasal kad raya, belum lagi lampu lip lap lip lap. ^_^
Ok lah kita lupakan pasal hari raya tu dahulu ye.. tugas banyak lagi yang tak selesai di dapur. Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang wallaaaa.... sedapnya.. ni memang pasti anak-anak suka.. usahkan anak-anak mak-mak anak dan bapak-bapak anak pun suka.. "mai secawan...."
Resepi dari Papa Coklat kita, siapa lagi kalau bukan Chef Amer. Masa ita pergi kelas hari tu Chef Amer ada ajar buat coklat ni.. tapi beliau tak letak dalam cawan kertas sebaliknya beliau tuang aje dalam loyang, pas tu keraskan. Bila dah keras di patah-patahkan aje.. tapi rasanya... aduh.. tak tertahan-tahan.. macam ita nak ulang-ulang aje makan masa tu, tapi aduyaiii.. segan pulak rasanya ^_^
Ramai yang tanya "kak ita tak buat ke kuih raya berasaskan coklat?" Sebenarnya kalau kuih yang ada coklat ni ita tak boleh buat awal-awal.. sebab tau-tau ajelah kan.. nanti ita yang makan banyak.. bila dah makan banyak berat pun naik banyak.. bila berat dah naik banyakkk... baju raya pun tak muat... aduyaiiii.. saborr je le..
Buat coklat ni pun.. satu sudu masuk cup satu sudu masuk mulut.. satu sudu masuk cup dua sudu masuk mulut.. bila dah siap aik.. nape dapat sikit aje.. tadi nampak macam banyak.. haha tau tak pe...
Resepi ni ita ambil dari buku Chef Amer Rahsia Coklat. Ita ada ubah suai sikit bahan-bahan mengikiut citarasa dan bahan-bahan yang ada didapur rumah ita sahaja. Ita gandakan sukatan pada setiap bahan. Sebab sukatan asal tu dapat sikit aje.. nanti tak cukup.. hehe
Jomlah kita intai resepi hebat dari Chef Coklat yang hebat ni..
CORNFLAKES ALMOND ROCHER
Resepi asal : ALMOND ROCHER
By : Chef Amer
Rujukan : Terokai Rahsia Coklat
200 gm cornflakes ~ ita panggang sekejap
100 gm badam hiris ~ dipanggang pada suhu 160C selama 15-20 minit
30 gm halwa kulit oren ~ ita gantikan dengan blueberry kering (50gm)
50 gm pes kacang hazel
50 gm lemak koko ~ dicairkan secara double boiler
200 gm coklat masakan gelap ~ dicairkan secara double boiler
200 gm coklat susu (milk coklat) ~ dicairkan secara double boiler
50 gm coklat putih ~ sebagai hiasan atas
Cawan kertas secukupnya
Dalam satu bekas, satukan cornflakes, badam hiris dan halwa kulit oren atau blueberry kering. Kalau tak de boleh gunakan mangga kering, nanas kering, kiwi kering atau kranberi kering. Sedap kalau makan terasa masam-sama sikit bila tergigit. Jadi coklat tak terasa muak.
Kemudian gaul rata semua bahan dan ketepikan.
Dalam bekas lain cairkan lemak koko ~ lemak koko ni untuk mencepatkan coklat keras dan memberikan sedikit kilatan pada coklat. Boleh dapatkan di kedai jual bahan kuih. Kalau tak letak pun tak apa.
Dalam bekas lain cairkan coklat masakan gelap
Dalam bekas lain juga, cairkan coklat susu masakan
Kemudian, satukan coklat susu di dalam coklat gelap. *pastikan anda lap dahulu bawah bekas supaya wap air tidak menitis dalam coklat.
Kemudian tuangkan pula lemak koko.
Gaul rata.
Masukkan pula pes kacang hazel. ~ ini yang membuatkan coklat tu terasa sedap sangatttt!!
Boleh dapatkan di kedai menjual bahan kuih. Bagi yang tinggal di JB boleh dapatkan dari Siti di TEL
: 019 7550154 ( yang Siti punya ni dia dapatkan dari Chef Amer sendiri )
Kemudian kita gaul rata.
Tuangkan pula adunan ini ke dalam bekas berisi campuran cornflakes, badam dan blueberry kering tadi.
Gaul rata-rata. Gaul lama sikit sehingga semua bahan-bahan benar-benar bersalut dengan coklat tadi.
Jika takut coklat cepat keras, letakkan bekas coklat kita tadi atas air panas yang kita cairkan coklat. ( kira macam kaedah double boiler juga tapi jangan buka api, cukup sekadar air panas sahaja)
Kemudian dengan menggunakan 2 sudu teh, sudukan adunan ke dalam cawan kertas
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais selama 15 minit supaya dia mengeras
Bila dah keras, kita paipkan pula coklat masakan putih yang juga telah kita cairkan dengan kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan putih dalam kon kertas ( gunakan kon kertas lebih baik kerana coklat lambat keras) , guntingkan lubang kecil dihujungnya, dan paipkan atas coklat tadi.
Biarkan ia keras.
Simpan coklat didalam bekas kedap udara.
Jika takut coklat cepat keras, letakkan bekas coklat kita tadi atas air panas yang kita cairkan coklat. ( kira macam kaedah double boiler juga tapi jangan buka api, cukup sekadar air panas sahaja)
Kemudian dengan menggunakan 2 sudu teh, sudukan adunan ke dalam cawan kertas
Buat sehingga habis
Simpan dalam peti ais selama 15 minit supaya dia mengeras
Bila dah keras, kita paipkan pula coklat masakan putih yang juga telah kita cairkan dengan kaedah double boiler.
Masukkan coklat masakan putih dalam kon kertas ( gunakan kon kertas lebih baik kerana coklat lambat keras) , guntingkan lubang kecil dihujungnya, dan paipkan atas coklat tadi.
Biarkan ia keras.
Simpan coklat didalam bekas kedap udara.
SALAM LEBARAN
28 comments:
Cantiknye biskut ni kak ita.. nmpak sedap sgt.. aritu fara baru try cornflakes bersalut coklat & almond.. ^_^
oooo.. patutlah coklat cepat habisssssssss
hadoi banyaknya biskut raya...me still doing orders huhu!
Selamat hari raya & maaf zahir batin kak ita. Semua biskut kak ita nampak sedap belaka...Nak datang rumah kak ita la cam ni...
alahaiiii..meleleh air liur..nak try buat la lepas ni.. :)
kak ita, kalau coklat cair tu kita campur dengan shortening boleh tak?
balik melaka nnt nk g beraya umah kak ita lah..bnyk kuih best2..hihihi..bleh x?nk cop kuih ni...
tak boleh tahan tengok biskut ni. Selamat menyambut hari raya buat ita sekeluarga.
tq ita utk promo tentang hazelnut paste tu. dlm setiap resepi Chef Amer pasti ada hazelnut paste sebagai penambah perisa. coklat anda pasti rasa lain dari yg lain..
untuk tahu banyak lagi rahsia tentang keenakkan coklat, bole ikuti kelas terokai rahsia coklat bersama Chef Amer yg akan datang..
K.Siti Oliez Academy
selamat hari raya kak... ;)
salam..kak ita...sy suka cara k.ita capture pict...sy pn minat fotografi...tp xde senilah...sanggup beli dlsr sbb minat...tp xde kwn nk share n outing 2gether..kak ita pakai lens ape...sy punya 50mm je...nk ambil gmbr masakan xcantik ble close up
Sedap dan sungguh menyelerakan.. :)Nur tak sempat nak buat.. tapi mungkin raya tahun depan Nur cuba..
Selamat Hari Raya kak.. maaf zahir dan batin.
selamat hari raya buat ita sekeluarga.Maaf zahir dan batin.
ucapan khas daripada peminat setia belog akak...hehe
selamat hari raya aidilfitri
MAAF ZAHIR BATIN
moga bergembira di adilfitri
Assalamualaikum :D
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.
Terima kasih.
Sayang Anda Semua
Muaaahhh...Muaaahhh...
Assalamualaikum :D
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.
Terima kasih.
Sayang Anda Semua
Muaaahhh...Muaaahhh...
Assalamualaikum :D
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.
Terima kasih.
Sayang Anda Semua
Muaaahhh...Muaaahhh...
sALAM iDIL fITRI DAN mAAF zAHIR bATIN
tumpang tanya, ada terima tempahan tak? :D
akum kak,tumpang tanya yg blueberry kering tu blh x ganti dgn kismis/anggur kering?
First time stumble upon your blog, really nice photography ! I can see you pouring your heart into all that you do. Thanks so much for sharing <3 your blog !
Selamat hari raya kak ita...nanges rasa tgk nih...nk buat tp rajin xde nih...
Lemak koko tu cocoa butter yg kaler putih tu ke kak? Ke benda lain?
Pepon tq share rsp...nk try 1day I.Allah...
singgah jap...
sedapnya...
nak try buat lah...
jemput lah singgah ke blog nosa...
singgah jap...
sedap nyer...
nak try buat lah...
jemput lah ke blog nosa...
Terima kasih bnyk..
Lemak cocoa tu apa ye?
Assalamualaikum Kak ita .. Saya nak tanya pes hazelnut brapa ringgit,berapa gram?Terima kasih.
Post a Comment