Dari sahabat buat sahabat... - masam manis f

Breaking

Aug 14, 2012

Dari sahabat buat sahabat...





Bila kita berbicara tentang sahabat, di hari yang mulia ini pasti kenangan kita terawang-awang pada sahabat sepermainan masa kita kecil-kecil dahulu, apatah lagi rakan-rakan sepersekolahan yang bersama-sama kita di alam persekolahan.

Rasa kerinduan pada mereka memuncak setiap kali tibanya hari lebaran. Teringat kenakalan sewaktu sama-sama di bangku sekolah. Ponteng kelas, didenda cikgu berdiri atas kerusi, atau yang curi-curi makan semasa cikgu mengajar.. haha bila ingat kembali saat itu pasti tersenyum sendiri..

Kenangan ita bersama rakan-rakan sekolah tak mungkin ita lupakan, baik di sekolah rendah maupun di sekolah menengah. Kalau di minta ita senaraikan nama sorang perseorang rakan di sekolah rendah pasti laju bibir ini menyebut satu persatu nama-nama mereka.. Cuma mereka masih ingat atau tidak dengan ita di sini..


Di sekolah ita seorang yang agak pendiam.. ceh wah..
Ita ni pemalu dan kurang bergaul dengan rakan-rakan.. Ada seorang dua sahaja yang agak rapat dengan ita waktu itu.. mungkin kita ke sekolah bersama-sama dan main permainan yang sama.. Namun semua rakan-rakan di sekolah rendah sangat baik tidak kira bangsa apa pun mereka..

Bila masuk ke sekolah menengah ramai antara kita yang terpisah, ada yang mengikut keluarga berpindah dan ada yang bersekolah di asrama.
Bila di bangku sekolah menengah situasi agak berbeza, dari rakan yang tak sampai 50 orang dah bertambah ke beratus-ratus pelajar. Lagi payah nak disenaraikan nama mereka, kerana ramai yang menggunakan nama glamor.. hehe

Mentol, Mak Aji, misi, patung, antara contoh nama glamour yang tak mungkin dilupakan.. Nama-nama glamour inilah yang buatkan kita semakin dekat dan semakin sering mengigati mereka..
Di manalah kawan-kawan ita sekarang??? 
Kepada rakan-rakan ita yang telah kembali ke rahmatullah.. Al Fateha untuk mereka..


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi yang di ciptakan sendiri oleh seorang sahabat buat sahabat baiknya. Ikatan persahabatan mereka sangat utuh bagaikan aur dengan tebing. Dari kenalan di alam siber kini mereka bersahabat baik dialam nyata.. saling kunjung mengunjung dan ziarah menziarahi..

Hubungan persahabatan yang saling hormat menghormati, tolong menolong dan saling ingat-mengigati, buatkan mereka berada di kelompok pentas mereka tersendiri. Seorang di pentas masakan dan seorang lagi kini sibuk bersama cahaya mata sulung mereka..

Siapakah kedua sahabat baik ini????
Nak tau cerita selanjutnya tentang ikatan persahabatan mereka, dan tercetusnya ilham menghasilkan cookies ini. Jom kita singgah di SINI


BENZILLA LOVE COOKIES
By: Adnan Ibrahim

140 gram mentega (mat guna jenama "Anchor")
145 gram tepung gandum*
80 gram tepung kastarad* ~ custard powder
40 gram Horlick*
40 gram gajus, kisar halus*
30 gram cocoa crunch, kisar halus*(*A)
40 gram gula aising
1 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla

Bahan Hiasan
Coklat masakan secukupnya
1/4 camca teh lemak sayur
Coklat masakan berperisa strawberry secukupnya
Gula hiasan bentuk hati secukupnya



Putar mentega dan gula aising hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan putar rata.
Perlahankan kelajuan, masukkan esen vanilla dan juga bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh (doh memang lembut sedikit, tapi anda biarkan ianya terdedah pada udara untuk 10 - 15 minit, nanti doh jadi OK).
Canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.5 cm.
Terap dengan acuan bentuk hati, susun dalam loyang pembakar, jarak kan sikit, sebab biskut akan mengembang sedikit dalam proses memasak.
Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 15 - 20 minit, bergantung pada oven masing.
Bila masak, biar sekejap dalam loyang hingga suam dan baru dialihkan atas jaringan sepenuhnya.

Sementara itu cairkan coklat masakan secara kaedah "double- boiler", masukkan lemak sayur. Kacau rata.
Bila biskut sejuk, celupkan permukaan biskut tadi dalam coklat masakan, susun atas jaringan kembali.
Hias dengan gula hiasan bentuk hati, atas biskut tadi.
Buat hingga selesai dan biar sekejap hingga coklat mengeras.

Cairkan pula coklat masakan berperisa strawberry tadi, gunakan kaedah double-boiler.
Gunakan api paling kecil semasa proses mencairkan.
Isi dalam piping beg dan drizzle kan zig-zag atas biskut tadi, biar coklat mengeras baru simpan dalam bekas kedap udara.

CATATAN MAT GEBU
Acuan biskut, selalunya mat celup dalam tepung sagu untuk mengelakkan doh melekat ketika kita menerap biskut tadi....


SALAM LEBARAN



15 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sahabat sejati ibarat burung malam yang membawa berita indah menjelang siang...

Salam Lebaran untuk Kak Ita sekeluarga, semoga dipermudahkan segala urusan pulang ke Kelantan nanti.

Kak Nita said...

Amboiiii..comeinya kuih kak ita . pastinya sedap dan rangup ni ...minta sebiji boleh ...????

fazian.batrisyia said...

itulah, smlm sy dah nampak kat DTS. Sahabat sejati susah nak ditemui. Byknya biskut kat ita buat..jelous betul. Nak tunggu anak2 masuk hostel @ u kot baru boleh buat byk...Anak sy yg besar 2 org tu suka tolong..tp nak buat bby pulak xde org nak jaga...

Marsita Yahya said...

penceritaan yang menarik...

faa.rosli said...

wahhh..love love gitu

shafiqabdshukor said...

ya betul...
sahabat selamanya~~
walaupun terpisah lama tak mungkin dapat melupakan..

Ben Ashaari said...

Terima kasih kak azlita.. Kelate kat mana ? leh g beraya.. dekat dah tu.. hehe..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

tadi nampak mat gebu cipta biskut buat baby Qhaliff... memang rapat dorang tu kan... sahabat cyber membawa ke alam nyata... indahnya bersahabat!

agatha said...

kak ita, minta tahu apa itu tepung kastarad di recipe? Itu ke custard powder? Terima kasih :)

agatha said...

kak ita, nak minta tahu apa itu tepung kastarad? Itu ke custard powder? Terima kasih.

RamRamCute said...

teringat zaman kanak kanak

Unknown said...

salam Ita
alangkah indah jika bersahabat selagi hayat dikandong badan itulah sahabat sejati,berbalik pada biskut Ita akak jeles lah cantik dan menarik biskut Ita mesti sedap sngt ni kan

deena said...

Wah k ita menariknya..

Ummi said...

Ita, Mat Gebu dah buat biskut bantal Qhaliff letak love2 jgk...kalau Ita buat, letakkan doh botol susu Qhaliff taauuu....hehehhee...

Nur-nba said...

Nak buat juga.. Cantiknya..:)

Post Top Ad

test