THE FAMOS AMER CHOCOLATE CHIPS COOKIES - masam manis f

Breaking

Aug 13, 2012

THE FAMOS AMER CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik kita dah pun berada di minggu terakhir bulan Ramadhan. Kira kalau kita masuk pertandingan lumba lari, ini dikira minit-minit terakhir sebelum kita menempuhi garisan penamat...

Rasa-rasa ramai juga yang akan pulang ke kampung minggu ini. Pasti tidak sabar ibu dan ayah menunggu kepulangan anak-anak di hari raya. Sayu rasa hati pula bila anak-anak tak pulang ke kampung. Pasti saat beraya bersama anak-anak berlegar-legar di ruang mata.

Ada juga pada saat ni dah mula tercetusnya percikan bunga api.. masih berkira-kira nak balik kampung siapa? Walau apapun biarlah keputusan yang di pilih menyenangkan hati semua agar tidak pula dari percikan bunga api bertukar pula pada ledakkan meriam buluh.. hehe ^_^


Tu lah masa khawin dulu kenapa tak cari calon senegeri.. kan senang raya sekampung.. Bila musim perayaan barulah mengeluh kenapalah tak fikir dulu masa nak khawin.. haha ada juga yang dah mula menyalahkan takdir.. dah jodoh..

Bagaimana pula yang sorang  di utara.. sorang di selatan macam ita ni.. Sebenarnya ita tak kisah raya di mana, pada ita sama sahaja. Cuma yang tak larat nak menempuhi kesesakan jalan raya setiap kali pulang ke kampung. Perjalanan biasa yang mengambil masa 7, 8 jam boleh bertukar kepada 24 jam.. aduh.. sengal punggung duduk lama dalam kereta.. :(

Anak-anak ita cukup suka kalau beraya di Kota Bahru, sebelah ayahnya. Tapi tahun ni rasanya macam tak cukup korum pula.. mungkin keluarga ita dan adik suami yang bungsu sahaja yang beraya di sana. Dua orang adik suami lagi tak dapat pulang beraya kerana suami masing-masing tak dapat cuti raya. alaaa... macam tak syok pulak kan.. Ita suka kalau semua berkumpul.. seronok beraya bersama-sama. Macam-macam cerita dan gosip! lebih-lebih lagi kami semua lebih kurang sebaya..

Yang paling seronok bukan sahaja sebaya malah saiz badan juga lebih kurang sama, kalau yang gemuk sikit pun mungkin ita kot.. ^_^
Kasut pun sama saiz.. baju lagi lah.. boleh tukar-tukar pakai.. Yang paling lucu, bukan kita aje yang sama saiz kasut, mak mertua ita pun sama saiz kasut dengan kita.. hihi


Beraya di Kota Bahru dan Johor tak banyak berbeza, kalau beza pun dari segi juadah yang terhidang di pagi raya. Orang Kelantan tak suka makan ketupat, mereka lebih suka makan pulut. Mujur mak mertua ita dah lama tinggal di JB dan anak-anak mereka pun dah biasa makan ketupat, jadi setiap kali raya mak mertua pasti buatkan ketupat untuk kami menjamu selera di pagi lebaran.

Rendang, lodeh, kuah kari, ayam masak merah, sambal tumis adalah antara juadah yang terhidang di pagi raya. Tapi kalau kat Kelantan ada tambahan satay dan kuah kacang.
Yang seronok di Kelantan, mereka suka buat kenduri di hari raya pertama, jamu orang makan. Kira kalau kat Johor macam 'open house' lah.. tapi biasanya di JB ni open house di buat pada raya ke 2 dan berlarutan hingga sebulan Shawal.

Biasanya awal pagi lagi kami dah diundang makan kenduri. Antara juadahnya nasi berlauk, nasi dagang, laksam, nasi kerabu dan macam-macam lagi.  Pada masa ini lah baru dapat bertemu keluarga sebelah suami yang tak pernah ita kenal. Tapi ita ni kalau mereka berbual ita melopong aje lah.. hihi tak paham sebenarnya.. orang ketawa ita ketawa.. orang senyum ita senyum.. haha Kalau ada adik ipar dia tukang translatekan kat ita.. ya adooo...


Aduh indah sungguh rasanya suasana di hari raya.. macam dah tak sabar nak pulang ke kampung..

Hari ni ada lagi satu kukis yang nak ita kongsikan. Resepi dari Chef Amer yang tidak asing lagi dengan coklatnya.. kira Papa Coklat kita lah kan..
Sebenarnya ita dah dapat merasa air tangan Chef Amer masa beliau bawa biskut ni ke klas tempoh hari. Sedap biskut ni dan menurut Chef Amer biskut ni antara yang top sale untuk biskut raya keluaran beliau.

Tapi ita tak boleh buat awal-awal sebab nanti ita yang banyak makan, belum raya biskut dah habis.. hihi
Resepi biskut ni telah di kongsikan oleh Chef Amer dalam Majalah SAJI bulan Ogos. Kepada yang belum dapatkan majalah SAJI bulan Ogos boleh lah dapatkan di pasaran, banyak resepi biskut raya yang menarik tersisip di dalamnya.


THE FAMOS AMER CHOCOLATE CHIPS COOKIES
By : Chef Amer
Rujukan : Majalah SAJI Ogos 2012

250 gm mentega
70 gm gula halus
80 gm gula perang
1/2 camca esen vanilla
1 biji telur
1 biji kuning telur

Bahan Diayak

300 gm tepung
10 gm serbuk koko
1/2 camca teh serbuk penaik
1/2 camca teh soda bikarbonat
50 gm susu tepung

Bahan Lain

60 gm kacang badam / walnut / pecan ~ dipanggang pada suhu 160C selama 10 minit ~ cincang
40 gm oats
250 gm cip coklat
  
1.            Pukul mentega, gula, gula perang dan vanilla hingga sebati sahaja.
2.            Masukkan telur dan kuning telur dan pukul lagi hingga sebati.
3.            Masukkan campuran tepung perlahan-lahan sambil dipukul.
4.            Campurkan kekacang, oats dan cip coklat lalu dimasukkan kedalam adunan.
5.            Gaulkan hingga sebati dan rata.
6.            Sudukan adunan atau letakkan sedikit adunan di atas dulang yang telah di glis.
7.            Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170°C selama 20 minit.

Ita salutkan atau celupkan cookies ni dengan coklat masakan putih dan hitam yang ita cairkan secara double boiler.


Salam Lebaran



21 comments:

shay ina said...

kak ita, ina pun wat cookies ni tahun ni, n alhamdulillah, tempahan agak meriah tahun ni. MMG SEDAP!!! cuma idea akak mencelup cookies ni sangat BRILLIANT!!! pasti bertambah sedap...

MYA EL QAYREENA AZRYAN said...

Wow sedap..kak ita

mimie said...

sedap kak ......
pic kak itaaaaaa.....daebakkkk ^^
mimie sukaaa....

ibh_sue said...

Asslmkum Kak Ita.
Wah! Satu lg sekut yg sedap..Byk dah biskut akak buat..Sue ni baru 4 dah semput..Mula slow dah..huhuu

mrs kayrul said...

sedapnya kak ita..kayrul pun buat gak biskut nie tapi pakai resepi lain...belum raya dah tinggal setengah balang..hehhehe

faa.rosli said...

faa pon buat cookies ni tp guna resepi kat myresepi.sedap sangattt..

siti hafsah omar said...

Ade gak blajar nganchef amer biskut ni...tp dah celup coklat tu memang cantek sgt....bleh buat ni....dah sebelum ni tak make up....anak2kurang gemar...ni mesti diorang suke

Lydia Miza said...

kak ita, lawanya sekut kak ita. terliur saya.

kak ita, cam syok je kan mereka kenduri raya pertama, kita lak org dah puasa sunat br nak buat open house

norhanim md zain said...

Assalam ita..kak anim pun dah buat biskut nie..sedap..Selamat menyambut Aidilfitri.selamat balik kampung .hati hati memandu ya..

Unknown said...

Mula2 tadi ingat kak ita sambung2 cookies tu. rupenye celup...sgt kreatif lah kak.

Pada yg ingin mendapatkan tips penyusuan, kecantikan dan kesihatan. Jemput singgah ke blog saya

Mama-iloveu.blogspot.com

Terima kasih ;-))

mummy alisha said...

biskut kegemaran... tp tak penah buat... beli jer... nak try jugak lah...

Hidayat said...

tentu sedapp ya mak sava pun suka mencuba tapi dia kehilangan buku nya

Unknown said...

Kak ita saya dah wat memang best tq kak ita

cat lover said...

satu adunan boleh dapat berapa biji biskut?

cat lover said...

satu adunan boleh dapat berapa biji biskut?

Unknown said...

Assalam puan,minta izin copy resepi ye

Nis,rawang

Anonymous said...

saya penah try buat biskut ni.. Mmg Sedap.. Time nk buat lg sekali, aku x jmpe resepi.. Last2 ambik resepi lain.. Masih x sama mcm yg ni.. Yg ni Sedap..

Unknown said...

Looks very delicious

Thanks for share it with us
Yg ni Sedap


Droid4apk

Anonymous said...

tentu sedapp ya mak sava pun suka mencuba tapi dia kehilangan buku nya

Anonymous said...

tentu sedapp ya mak sava pun suka mencuba tapi dia kehilangan buku nya

Anonymous said...

tentu sedapp ya mak sava pun suka mencuba tapi dia kehilangan buku nya

Post Top Ad

test